Brolly KL - Restaurant and Bar Menara Felda

12:23 PM Yanty Lee 12 Comments


Salam u olls . 

Kali ini Ty gi menternak lemak di tengah kota Kuala Lumpur , nama kedai / restoran nya - Brolly  , yang terletak di Menara Felda , Platinum Park. First impression Ty ialah ini kedai makan ke bengkel sebab damn so cool deko seluruh pelusuk ruang dalam restoran ni.

cari mana sinki hand wash

Superb cool kan? Terkedu tak berbahasa sekejap berdiri tengah halaman restoran ni bila terkesima dengan design yang tersangatlah kreativi. Apapun tak kan nak tercegat je tengok dekorasi , perut kena isi tandanya lapar sudah.

Antara menu menarik yang ada kat Brolly ini ;

Cencaluk Fried Chicken Wings  -  RM22/-
Untuk pertama kali nya , Ty makan "cencaluk" tapi bila dah disaluti perap segala dengan kepak ayam ini. Tak rasa jangal pun , sedap je kedarah. Rare sangat so I give a try juga. And it's y-u-m-m-y!

Buat u olls yang kerja berdekatan atau kebetulan nak pergi lunch , kat sini ada juga set lunch tray dengan hidangan sampingan - sayur, ubi , buah - buahan. Ubi tu sedap gila weyh , ratah tu pun boleh sebab cam begedil nampak cam nuget dari luaran.

Ayam Percik Lunch Tray - RM26/-
Seafood Fried Rice Lunch Tray - RM28/-

Untuk yang nak makan nasi ala big portion , boleh cuba menu ni - Beef Yakiniku Omelette Curry Don ; RM28/- . Ty yakin la u olls mesti tersandar kekenyangan punya. Tengok aje la pinggan besar tu. 

Penggemar BURGER pula boleh try rasa betapa juicy nya daging Beef Burger ; RM32/- atau yang tak makan daging bole cuba Chicken Burger ; RM34/-. Mungkin nama terlalu common tapi lihat pada texture , besar kot portion nya dan I can gurantee you'll full just with it.

Tempting rite?

Lambogarlic Pizza - RM34/-
Hantu makan kambing memang sesuai la rasa makan pizza Lamborghini ni , eh Lambogarlic u olls. Combination daripada daging kambing dan bawang putih.

Untuk yang ala - ala nak kunyah - mengunyah , boleh makan Variety Skewers. Lingkungan harga daripada RM9/- hingga RM16/-.
Lamb - Chicken - Striploin - Tiger Prawn - Baby Octopus


Kan dari awal mukadimah , Ty kata di tengah kota restoran ni. Jadi kalau rasa nak melayan makan - makan / minuman yang unik dan sedap , u olls boleh la lepak bersantai di luar sambil tengok KL gitu. Nak smoking ke berhuha tak hengat dunia pun sangat la boleh.

Wild Blueberry, Passion Mojito, Apple Mojito, Pineapple Maracuja, Passion Blueberry dan banyak lagi - RM15/-


Beef Ribeye with Mushroom Sauce & Mash - RM78/-
Sesuai juga untuk sekali portion makan untuk sorang as Main Course tambahan pula yang bajet - bajet nak diet segala boleh la try ini. Yang pasti nya , mash potato tu memang sedap nak mampuih! 


WOW! Kat Brolly ni pun boleh makan segala jenis makanan laut @ seafood yang hampar atas kertas berapron juga. Kalau rasa tools yang disediakan tak berjaya nak kopek leh la pinjam mana - mana hiasan dinding tu kopek ketam u olls. Ha Ha Ha , kidding. Sos Mild , Spicy Plum & Garlic Butter untuk hidangan Meat Crab juga Flower Crab memang sedap dan mana pedas , lidah Ty kata pedaslah. Tak percaya , kena try la sendiri.


Chunky Peanut Butter - RM18/-
Tiramisu - RM16/-
Waffle - RM20/-

Sambil tersandar kekenyangan , berSweet Ending dengan dessert yang light tapi sedap kena dengan tekak semua makhluk seantero alam. PASTI punya.

Tempat ni memang lepak - date - santai sangat sesuai. Bukan sekadar makan tapi nak chilling around pun sangat best.


Promosi di Crab Factory di Brolly :


Promosi Monthly Crazy Bag March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)


Promosi Monthly Meal For Two Seafood Lovers March adalah "500gm Yabbies-M dan 300gm New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja (Biasa RM115). Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"

Cara order baru untuk makanan laut di Crab Factory.
Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.

Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies

Untuk u olls yang dah kecur air liur nengok tu , pa kata gi terjah Brolly ;
Ground Floor, Menara Felda, Platinum Park,
Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.
Opening Hours: 11am-11pm
Tel no: +603 – 2181 4122
Facebook: Brolly 
Instagram: @mybrolly

12 comments:

  1. semua menarik. hrga pun blh tahan. tp sdp xpe.

    ReplyDelete
  2. Lamborgalic pizza tu nampak sedap! Ya Allah ... naper la aku tak sampai sini lagi. Kena gi terjah jugak ni .... arghhhh!

    ReplyDelete
  3. The Ex Factor Guide

    More and more people are beginning to cross over to naturopathic medicine and hire doctors who perform these services. The great thing about naturopathic care is that it's available for the entire family. Some naturopathic doctors offer OB/GYN services, as well as allergy testing and treatment. Enclosed are Some facts worth knowing about naturopathic doctors if you are considering seeing seeing one.

    http://innertradingcirclereviews.co/ed-reverser-program-review/

    ReplyDelete
  4. kejam gila lambogarlic pizza tuuuuU!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Okeh.... Mengidam terus!! Nak makan ketam tuh!!!

    ReplyDelete
  6. Teringin nak try cencaluk fried chicken tu ^-^

    ReplyDelete
  7. nampak sedap..tp padan laa dgn harganya.. hehee..

    ReplyDelete
  8. heavennyaaa weh makan cenggini.. bila nak p lagi ? nak ekot ehehe..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen