Resepi : Roti Sosej Chesse Gulung

4:59 PM Yanty Lee 12 Comments



Resepi : Roti Sosej Cheese Gulung

Bahan
- Roti
- Sosej
- Cheese
- Telur
- Serbuk Roti
- Minyak Masak


Cara penyediaan
1. Leperkan roti
2. Letak cheese
3. Letak sosej (Ty rebus dulu)
4. Gulung 
5. Celup dengan telur
6. Celup dengan serbuk roti
7. Goreng

Dan makan.

Percubaan pertama , alhamdulillah. The girls and family like it. Simple snack for a evening tea with my love ones.

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menjerit Masa Isi Minyak

11:27 AM Yanty Lee 8 Comments



Satu lagi menda yang buat gua teruja.

Kisahnya , gua menjerit masa tengah isi minyak bila brader 2 orang yang nek motor pun berhenti belakang kereta nak isi minyak juga.

Terkejut semua.

Sebabnya punca kenapa gua menjerit semuanya gara - gara ternampak dalam beg brader sorang ni ada kucing siam gila comey nak mampuih. Teruih brader tu bagi ai men sat. 

Huh. 
Teringin nak ada kucing sendiri dan semua itu mustahil bak kata semua orang. Cam brader ni la jaga kucing kesayangan dengan sayangnya dia sampai nak bawa balik dari KL ke Kedah. 

Pergh. Salute.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Run 4 Peace 2015 Putrajaya

3:00 AM Yanty Lee 3 Comments



Selalu nya tak berkesempatan nak join mana - mana race / run sebab kekangan masa yang tidak berapa mengizinkan. Kali ni , tak fikir panjang. Terus grab peluang walaupun sekali imbas ja baca dekat Facebook tak silap.

Thanks +ara leeya bab layankan. 
+noor affida raffika mohamad nazari len kali cepat-cepat grab ye. 


Wiken yang penuh aktiviti "sihat". In sha Allah.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kolam Renang Berbumbung di Marina Putrajaya

9:37 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam u oll s,

Stress!
Memang banyak la kejadah yang bersirat dalam kepada hotak . Betul la ulamak kata orang tak ada pedoman kalau dah bunuh diri. Alhamdulillah , semuanya terkawal. Sebenarnya tak pun. Ampun la yang kena tempias.

Again , apa pun i have to be strong , stay positive . Redha dengan ujian Nya. 


Sebab kan tak berapa nak okay , gi la bawa diri yang lara , gitu. 
Berenang for few hours dekat kolam renang berbumbung di Marina , Putrajaya. Entry fee - RM5.30 seorang. Kanak - kanak , tak amik port pula.


Cuma nya kat sini pool nya bercampur. Tapi memandangkan serabut , gua redah je la. Janji dapat puaskan nafsu .

Ada 4 sesi waktu nak berenang. Sampai ke malam. Kalau pasni rasa lonely - buntu tak ada aktiviti boleh la memancing berenang je kat sini.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pelancaran Buku - Momen2 MatLuthfi

10:07 AM Yanty Lee 3 Comments


Ty dah khatam buku ke 2 yang ditulis sendiri oleh MatLuthfi ni.

Pelancaran Buku ke - 2 ; MomenMatLuthfi telah berlangsung di MPH Bookstore NuSentral pada 13 Disember (Ahad) yang lepas.

Apa yang boleh dikatakan , memang peminat MatLuthfi ni ramai gila wei. Masa sampai sana awal lenggang , sekali dekat dah dengan masa nak launching , perggghhh. Ty speechless

MatLuthfi dalam video (vlog) dan in person sama sewel baq ampa. Tak rasa attend PC pun.


Selepas kejayaan buku pertamanya; Catatan Matluthfi yang telah mecatatkan jualan sebanyak 125,599 naskah, kini matluthfi kembali dengan buku keduanya yang menurutnya lebih panjang, lebih serius dan lebih dewasa nadanya.

Wakil Puteh Press, Encik Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir meletakkan sasaran jualan yang lebih tinggi bagi buku Momen2 Matluthfi kerana sambutan di luar jangkaan bagi buku Catatan Matluthfi yang mula dijual sejak setahun yang lalu.

Jika chu olls mengikuti perkembangan Puteh Press di laman facebook , satu pertandingan telah dianjurkan khas kepada peminat-peminat Matluthfi. Mereka hanya perlu memberikan komen pada post Puteh Press tersebut mengenai pendapat mereka tentang Matluthfi sekreatif mungkin dan beliau sendiri yang akan memilih pemenangnya yang mana hadiah akan disampaikan pada hari pelancaran nanti. 

Like FB lekaih untuk maklumat lepas ni pula.


Sesi PC memang santai nak mampuih. Gelak ja layan lolaq si Mat ni dengan pekat sungguh la loghat Kedah ni. Kalau orang bukan asal Utara , memang boleh kata awat kasaq sangat nada tapi its the natura; way , guys.


Paling tak boleh blah , bila salah sorang peminat juga Youtuber yang ada pada masa tu pula sebijik muka dengan Mat. Memang lawak la part ni, u oll boleh search - Mat Mizan kat You Tube. 

Momen2 Matluthfi dijual pada harga RM25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM28.00 di Sabah/Sarawak. U olls boleh mendapatkannya di MPH seluruh negara atau boleh juga mendapatkannya secara atas talian di laman web Bookcafe.

Ty dah habis baca , ada yang memang perkongsiaan boleh buat terfikir sejenak, deep dan tahap bongok abadi sampai gelak sorang2 sbil baca dalam tren ka atas katil ka memamg tahap gila babi. Jangan jadi malaih nak baca hat cerita hat panjang sikit ada mesej yang Mat nak sampaikan.

Njoy reading guys!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Main Lepas

12:58 AM Yanty Lee 4 Comments

Shhh

Nak carut tapi tak boleh. (Ampa hat mana nak tolong carut maki hamun baca ar dengan nada hat Ty selalu sebut tu)

Ohoiiii,  ampa pernah rasa penat dak? Mesti pernah kan. Tambah pula part yang mana ampa terpaksa jadi pelakon terbaik setiap anugerah dalam dunia ni pun kalah. Where is kena tabah tuk berdepan atau senang straight to the point jaga hati orang lain.

Setiap hubungan dengan manusia yang terjalin tu la nak kena jaga. Gigih usaha sampai tahap tak pernah menipu ka melukakan hati dan perasaan. Di mana pulun abis pulihkan which mean jernih kan keadaan. Takmo bagi nampak keruh. 

Walhal, hakikatnya hati sendiri tak terjaga. Makan hati sorang - sorang. Dan paihtu kot atas sebenarnya ang tu bukan lah noob mana. Taw saja yang selama ni ang pun kena kencing kena tiau khaw-khaw. 

Part tu memang kelakar, bukan rare noh. Tapi ang terpaksa buat-buat noob tak tau pa sedangkan semuanya hanya satu dusta belaka. Bila mai satu point, konon ang nak smash mesti hang bagi hint ja. Takat nak tengok akai. Ternyata ianya memang menyakitkan bila semuanya drama belaka.

Kesimpulannya, layankan aje la dengan hati yang tertipu.

Tak cukup kot ataih. Ang salah kata sikit pun leh buat salah faham and keadaan cam nak perang. Tu kalau ang. Tapi dia sebaliknya yang berlaku, dalam dok makan dalam pun layan sebab tak abis-abis nak jaga hati tadi tu. Kena jaga gak setiap kata perkataan. Jenuh.

Hoi. Sumpah penat kot naip ni. Ampa make sure baca faham and komen.

Layan - Hidup dan Mati sambil nangis tepi bucu katil sat la.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Genap Setahun Bersama

11:16 PM Yanty Lee 3 Comments


Mr.Reddy

Alhamdulillah, genap sudah setahun bersama dengan Mr.Reddy 3 Dec yang lepas. Hadiah hari jadi yang Ty dapat awal dari tarikh ulang tahun. Pemberian yang tak diduga. Walaupun hanya dengan mengeluarkan duit muka oleh Daddy. Mungkin bukanlah hadiah yang ala-ala surprise sebab memang dah tahu. Niat Daddy dan Mummy memang buat Ty berdikari untuk uruskan selebihnya sampai ke hari nI cuma Ty tetap anak Daddy masih berharap bergantung untuk beberapa urusan.

Manja terlebih.

Syukur, walaupun selepas hampir masuk bulan ke 2 awal tahun ritu di timpa malang tak berbau. Apapun tiada kemalangan jiwa. Dan selama 4 bulan terpisah, ada rakan blogger yang membantu sampaikan pinjamkan kereta sedangkan tuannya nek motor atau ERL ulang alik ke KL. Terima kasih Kak +Sue Izza. Jasa mu dikenang.

Mr.Reddy tak jalan merata dan berfoya sangat tapi merantau hampir semua pelusuk negeri di Malaysia. Dari urusan kerja luar pejabat ke urusan peribadi dan juga menjadi teman sampai ke destinasi mencari rezeki berblog.

Dikalangan geng opis, Mr.Reddy ada nama timangan - 'pavlova'. Dari mana datangnya itu ada pada Mr.Reddy dan mungkin sekali tengok memang itu yang terlintas di sejenak fikiran semua orang.

Harapnya Mr.Reddy sihat selalu dan setia ke mana saja. Walaupun awal pagi dan lewat malam ja bergerak gara - gara tuannya kerja umpama tak jumpa jalan pulang atau sempat bersosial.

Mula sayang Mr.Reddy tapi masih juga sayang Abang Waja.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menu ala Johor di Teh Tarik Place , Emerald Avenue Selayang

2:30 AM Yanty Lee 5 Comments


Salam u olls ,

Okay , straight to the point untuk makluman u olls. Selalunya kalau u olls lepak dekat mana - mana Teh Tarik Place mesti tak dapat menu - menu yang ada di 2 branch ni. Apa yang "rare" nya di restoran yang berada dekat Emerald Avenue ,  Selayang dan Menara UOA , Bangsar ialah menyediakan makanan berasaskan menu ala negeri Johor.

Konsep Teh Tarik Place di sini masih sama seperti branch - branch lain  , tiada apa - apa yang diubahkan cuma hanya penambahan menu sahaja. 

Yang menarik dan lain nya juga boleh mengeliurkan u olls ; 

Roti Sardin - RM4.50
Sorang makan memang gerenti kenyang , maka berkongsilah dengan tersayang.

Kacang Pool Set - RM9.90
Nampak mungkin simple tapi portion disebalik telur tu memamg boleh buat uolls tersandar , ok!

Keropok Lekor Rainbow - RM6
Sedapnya dan uniknya sebab berpelangikan dengan 6 jenis sos ;
- sos cili
- sos barbeque
- mayonis
- thousand island
- chessy sos
- sos blackpepper


Nasi Lemak Ayam Sambal Strawberi - RM12.50
Yang menariknya , beras yang digunakan adalah beras basmati dan uniknya bersambalkan sambal strawberi. Rasanya pedas ala masam tapi ada sikit manis. 

Kuey Teow Cantonese - RM9.50
Sedap sangat tak reti nak bagitaw rasa dia cam ne , rasa la sendiri. Janji gaul semua baru rasa "the kick of the taste" gitu. 

Assam Laksa - RM7.50
Ok , ni memang my favourite all the time . Hantu Laksa = Me. Pekat kuahnya tak ceroi jadi bukan kuah semata air tapi berisi isian ikan. Dapat otak udang lagi terangkat.

Jadi kalau korang nak rasa kelainan yang ada di Teh Tarik Place boleh la pergi dan cuba sendiri di antara kedua - dua cawangan ni.

Untuk makluman , di antara ke dua - dua cawangan  Teh Tarik Place ini juga boleh diadakan majlis / private event dengan kadar sewa ; 
- Sewa tempat untuk majlis = RM1,000/2 jam tanpa makanan
- Sewa tempat untuk majlis = RM1.5k/2 jam dengan makanan untuk 20 orang
- Tambahan setiap seorang seterusnya = RM25/seorang

Maklumat tentang Teh Tarik Place Selayang ;
Alamat : Unit A8 & A9 , Emerald Avenue , Lebuhraya Selayang - Kepong Selayang , Selangor.
Waktu Operasi : Isnin - Khamis ; 9 pagi - 11 malam | Jumaat - Ahad ; 9 pagi - 12 tengah malam
No.Telefon : 03-61275560

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen