Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS di Utara pada 30 & 31 Oktober 2015

1:11 PM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls ,

Okay , kali ini ampa yang ada di sekitar Kedah dan Pulau Pinang boleh serbu 4 buah kedai buku Hasani dan berpeluang berjumpa juga beramah mesra dengan penulis terkenal iaitu pasangan ikonik PTS ; Dr.Khairul Nizam dan Puan Mardiana.

Pernah baca buku berjudul , Buat Pahala Free Gaya Rasulullah dan Super Woman? Mereka lah penulis nya.


Pakat set kat kalender masing - masing , pada 30 & 31 Oktober 2015 nanti serbu kedai buku Hasani. Boleh jumpa in person dengan mereka nanti. In sha Allah.


Meh nak kongsi sikit info tentang penulis terbaik PTS kali ni.

Nama Penuh :
Dr. Khairul Nizam bin Zainan Nazri

Pencapaian Akademik :
1.    Doktor Falsafah bidang Usuluddin (Al-Quran dan Hadith)
2. Ijazah bidang Islamic Revealed Knowledge in Hadith

Penglibatan Aktiviti :
1. Ahli panel penilai MQA
2. Editor lebih 30 buah buku
3. Ahli Kongres Profesor Negara
4. Lebih 50 siri program motivasi
5. Lebih 500 ceramah keagamaan
6. Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan) , Fakuliti Al-Quran dan As-Sunnah , Universiti Sains Islam Malaysia.

Ha , nak tau pasal Puan Mardiana? Tunggu pada episod siri seterusnya.

Selamat berhujung minggu dengan penulis terkenal dan terbaik PTS nanti !

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bercuti di Langkawi Lagoon Resort - Private Residence

9:49 AM Yanty Lee 15 Comments


Ke Langkawi baru - baru ni untuk merehatkan kepala hotak yang bersirat serabut dan sempatlah luangkan masa dengan mereka - mereka terdekat di sana.

Alhamdulillah , rezeki menulis blog dapatlah merasa juga sebuah percutian penuh dengan privasi di 
Langkawi Lagoon Resort - Private Residence.

Itu bukan muka bangun pagi tak mandi tapi itu muka penat travel sengsorang dari Putrajaya terbangkan sayap kapal terbal terus ke Langkawi.

Bilik  Studio Suite yang penuh ketenangan untuk 3 Hari 2 Malam

Lokasi resort ini memang strategik dengan konsep "private" , sepanjang kat sini rasa aman tanpa gangguan atau bunyi bising . Pandangan mata pun tenang dapat tengok pantai luas terbentang. Sempatlah berjalan dan hirup udara tak berapa nak segar memandang seluruh Malaysia di landa jerebu , cumanya di Langkawi masih OK dan tak macam kat KL.

Jujur ni , tak puas repeat tidur - peluk BB kesayangan sebab singkat sangat masa. Bestnya , ada pilihan pasang air - con atau kipas siling . Keadaan sejuk memang peluk BB tak lepas la Ty. Puas guling - guling sambil tengok TV LCD [ bz kerja , tv pun tak tengok berbulan sebab tv ghumah meletop tanda protes lama tak switch on]. 

Meh tengok keadaan sekeliling resort Ty menginap.











Memang recommended untuk sesiapa yang nak bawa diri cari ketenangan jiwa dan raga [ahaks] , rehatkan minda dari segala kekusutan kerja atau kota yang penuh dengan istilah kesibukkan duniawi , paling strategik untuk pergi honeymoon bagi pasangan baru atau lama [pasti menjadi #eh] . Senang kata , memang tempat yang boleh pergi berehat untuk sesiapa sahaja.

Bagi yang nak menginap di Langkawi Lagoon Resort - Private Residence boleh lah tempahan bilik hotel dan lain - lain di laman web ini : http://langkawiresidency.com/ [klik] @ hubungi talian 013-6409111.

Atau boleh terus walk-in ke alamat berikut :
Langkawi Lagoon Private Residence
78, Jalan Kuala Muda,
Kampung Padang Masirat,
07100 Langkawi, 
Kedah, Malaysia

Ada sapa - sapa nak pergi nanti , bawa la Ty . Janji tak kacau percutian u olls , i olls nak ZzzZZzz je. Boleh gitu?

15 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SIRI JELAJAH PENULIS TERBAIK PTS (OKTOBER 2015)

9:00 AM Yanty Lee 9 Comments


Gemar membaca novel sejarah atau konspirasi seperti kisah Ahmad Ammar atau Dracula VS. Al-Fateh? Mungkin juga ada yang gemarkan kisah dengan watak kontrovesi seperti Mustafa Kamal Ataturk dan Hitler

Berita baik untuk u olls!
Temui penulis-penulis buku terkenal ini yang akan menemui peminat di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bharu dan Kedai Buku Pustaka Arris, Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang pada 24 dan 25 Oktober ini

Jangan lepaskan peluang hebat bertemu mereka dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS tahun 2015/2016 ini!  

Info Penulis:
1. Abdul Latip Talib (Pak Latip)
* Sudah menulis lebih daripada 30 buah buku
* Pemegang anugerah-anugerah:
- Hadiah Sastera Negara
- Sayembara Cerpen Berunsur Islam
- Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007
* Penulis buku terkenal:
- Ahmad Ammar
- Salahudin Ayubi
- Perang Badar


2. Nur Iman Ramli
* Penulis buku terkenal:
- Fail Sulit Presiden Amerika
- Dracula vs Al-Fateh


3. Al-Ghazali
* Aktif menghasilkan karya untuk media seperti majalah Dewan Bahasa dan akhbar Berita Minggu
* Penulis buku terkenal:
- Syeikh Ahmad Yassin
- Hayreddin Barbarossa
- Umar Mukhtar


9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kerja - Tak Lena Tidur

7:07 AM Yanty Lee 7 Comments


Gambaran sebenar.

5.00 pagi bersamaan Hari Sabtu di mana sepatutnya masa untuk istirehatkan kepala hotak yang bersirat serabut dan badan selepas pulun kerja 5 hari berturut - turut. Tapi sebaliknya.

Terbawa - bawa dalam mimpi  dijadikan mainan tidur. Sebuah mimpi ngeri. Makan ke mandi ke teringat - ingat hal kerja.

Walhal ke Kemaman , Terengganu baru ni hanyalah 2 hari. Tapi kesibukkan kerja yang senantiasa urgent sepanjang bulan September yang hakiki dsb tertangguh. Maka nya , bertimbun menggunung dengan peel bos yang pelik - pelik.

Tangan dikurniakan dua - satu kepala berisi otak. Tapi arahan diterima bukan dari satu bos tapi dua. Melampaunya dua - dua kata nak kerja tu cepat aka URGENT. Ko ghase? Nak marah , jerit , tempik tak? Renungkan bersama yuk.

Memang agak rude sangat dengan semua , malas nak bagi muka. Sedangkan pukul 5 petang jam punch kad loceng bunyi boleh ja angkat pungkoq blah balik tapi ada rasa tanggungjawab lah masih kekal duduk menghadap pc. "Kayuh pelan" siapkan untuk susutkan kerja sampai pejabat gelap gelita tandanya - Sila Pulang ! Tapi bos - bos tak nampak pun effect tu yang tahu esok pagi buta akan tanya , " yang bla bla bla tu dah siap ? dah angkat ke atas ? ". Rasa nak starlight je kat dahi , ingat satu Jabatan ke kerja sama - sama sampai malam.

Manis mulut berbicara hanyalah pada awal dirisik dipinang lepas dah nikah ranap segalanya. Umpama macam tu la , dulu kerja tak berapa la hectic sangat dan bermusim. Kata dan rayu dipujuk untuk tukar desk kononnya orang sebelum ni bermasalah , memang taik je dapat dari awal sampai la sekarang. Najis! Hakikatnya , dipergunakan sebab tak berkeluarga so life kena korbankan untuk kerja , agaknya? Nak keluar bersukan / cuti / kursus dsb mencuka dan berubah mimik muka bos - bos. 

Penat mental dan fizikal , masalah nya derang je ke ada masalah luar pejabat dan ada keluarga / kawan ? Aku , takde? Masa sosial dah bertukar menjadi "so-sial" . Makan breakfast pun tak habis , dah kacau nak itu ini , tong sampah tolong habiskan makanan sebab dah spoil mood pepagi. Bawa ke lunch dan dinner jadinya. Sebab sepanjang hari bekerja memang takde rasa aman dan tenang nak buat kerja. Atlast , printer pun protes sampai tak mampu bekerjasama lagi. Tengok , mesin pun tahu penat !

Sia - sia kerja tak dapat apa bila nya OT tak boleh lagi claim. Peruntukkan licin habis kekdahnya. Kononnya boleh claim cuti nanti. Kumpul 6 bulan nya ot 's hours dan bercuti? Mampu kah semua itu berlaku atau ada yang mencuka muka bila permohonan diminta atau terus direject? Tak keperikemanusiaan la kalau ada orang macam ni dengan anak buah. Back up tidak , siap emel konon shoot untuk semua sekian alam tapi Whatsapp tak tuju kat sesiapa. Kalau tak salah tak perlu kot Whatsapp tu. Baru la professional tapi sayangnya lagi tinggi gred jawatan lagi palat. Hilang respect!

Sabtu , semua kengkawan berehat dan berjimba. Siap kata lagi , bangla pun tahu cuti. Tapi takpa , siapkan kerja menggunungkan balik kerja di meja bos. Yang pastinya bila masuk kerja nanti ada saja yang dia nak amend dan reject kerja - kerja anak buah. Janji bukti tak perap kerja.

Chill. Redha.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Laksa Sarawak - Mini Farewell

11:27 PM Yanty Lee 2 Comments


Busy !
Get a life lah Ty , kata pegawai sorang kat opis. I wish tapi terbaiknya dia tempik dengan petirnya depan bos gua. Makan dalam la jawabnya.

Berbalik kepada tajuk entri , baru ni walaupun sesibuk kalah umpama Perdana Menteri dek kata orang. Sempatlah berkumpul dan lepak dengan Kak +Nadia Azis , Zarina & Ash kat my house. Al kisah ada lagi kaum kerabat nak datang tapi last minute ada kekangan memasing tak dapat dielakkan.

Nak masak - makan - lepak ala santai - santai pada mulanya. Pes Laksa Sarawak dalam peti sejuk dah setahun tapi tak juga masak. Import Zarina la masak. I olls sediakan dapur dan tempat lepak ja.

Tapi petang lepas jam 5 , dikejutkan dengan berita Kak +Nadia Azis dapat tukar. Ditukarkan sebenarnya dan sebetulnya. Frust menonggeng minah ni. 

Alhamdulillah dinner is ON even mood a little bit swag.

Lupa beli taugeh si cooker we olls.

As usual , tuan rumah balik kerja lewat. Masak pun lewat sikit la jadi ceritanya. Selagi tak dapat call kata si tukang masak memetir kata nak sampai rumah , selagi tu la dok menghadap kerja mat opis. Walhal satu opis. Maaflah , saya workalholic. Kahkahkahkahkah.

Gigih we-fie dengan Oppo

Ampun , i olls balik kerja terus sambubg kerja kat dapur. Tak sempat dah nak mandi segala. Sebab tu la berbaju kurung. Pe de hal masak dengan baju kurung lepas kerja kalau sebelum ni main badminton pun leh berbaju kurung. 

Lepas lepak makan gossip segala bagai. Terlebih rajin , kemas rumah dari bilik ke bilik sapu & mop satu rumah. Zarina settle part di dapur. Tengah malam jap 1.30 pagi baru I olls masuk mandi. Exercise memalam buta kekdahnya. Sebabkan dah lewat , ada la teman tidur malam nya bila Zarina dah malas nak drive balik. 

Terbongkang memasing , tapi miracle memasing masuk kerja next day awal dari biasa. Semlat lagi Zarina lik rumah and bersiap ke kerja. Tapi i olls asal sampai parking opis memang mood nak masuk opis sumpah gua down. How do I get back my mood to work?

Directly pulun kerja , rasa nak berhenti kerja je. Hipokrit gila orang kat opis. Nak sesuatu , manis gila butir bicara tapi lama kelamaan cam haramjadah!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday - Majalah DARA.com Keluaran Oktober 2015

10:48 AM Yanty Lee 10 Comments



Oooppppssssssssssss!

Dapatkan majalah Dara.com keluaran Oktober 2015 untuk ketahui apa yang "menarik" di dalam.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tiada Istilah DIET

9:59 PM Yanty Lee 8 Comments


Alhamdulillah , selamat pergi dan balik dari Kemaman , Terengganu. Ada kursus sukan sambil bersukan di sana selama 4 Hari 4 Malam. Pelik kan ? Sebab nya 4 Malam tak dapat peluk "tersayang". Demam on the spot malam tu , ko!

Dekat Kemaman , bab makan semua disediakan cumanya selera orang sakit dengan selera tekak dah lari tune sikit. Makan tetap makan cumanya makan sekadar tuk isi perut. 

Ahad yang patutnya semua orang repeat rehat dan tidur lagi , Ty pula selamat sampai ke Warung Bunian dengan Kak +Sue Izza bersama suami dia.  Melantak tak hingat dunia , 2 roti canai pembuka selera dan diikuti dengan Nasi Lemak Telur Bungkus.


Sebenarnya bukanlah berhajat pun nak bekpes di sini. Cumanya kebetulan , memandangkan ada perjumpaan dengan pihak Tadom Hill Resort . Nak tahu , boleh face to face untuk tahu kebenaran tentang tempat ni.

Lepas mesyuarat santai , singgah rumah Kak +Sue Izza . Sempat lah tolong gorengkan cempedak dan makan burger special versi Kak Sue dan akhirnya terbongkang kejap depan TV sebelum balik rumah.




Walaupun makan ala kadar tapi lagi puas dan sedap apatahlagi kena dengan selera tekak. Bukan memilih tapi dari kecik memang selera mat salleh. Eh silap , cheq orang Penang kan , masakan tak cukup rasa memang leceh la nak terima. Mengada? Lantak hang la nak label pa pun.

Ha tu dia , masak berapronkan , 
Apron Kelab Blogger Ben Ashaari.

Bila jumpa tukang masak sorang ni , memang lupakan saja niat untuk DIET . Mustahil ianya akan berlaku apa tidaknya bila dia berjaya umpan I olls dengan makanan feberet - Cempedak. Goyang iman. Saia ta kuad.

Thank you , Kak Sue & Abang Eddy for today and everything.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen