Review Filem : Pontianak Menangis

10:55 AM Yanty Lee 9 Comments



Pontianak Menangis | Filem terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam dibintangi pelakon-pelakon gabungan Malaysia-Indonesia. Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.

Filem seram komedi “Pontianak Menangis” akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 1 Oktober 2015 (Khamis) . Filem ini adalah sebuah filem yang bermesejkan kehidupan masyarakat di sebuah desa yang bersatu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Sinopsis filem Pontianak Menangis
Sebuah kisah di sebuah kampung yang huru-hara diganggu Pontianak. Bukan itu saja malah kampung tersebut selalu berlaku kes kecurian dan pecah rumah. Kejadian-kejadian ini menyebabkan penduduk kampung berasa tidak selamat dan takut untuk keluar pada waktu malam. 

Oleh kerana tidak tahan dengan ketakutan ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk mencari orang yang boleh menghalau pontianak dari kampung tu. 

Salah seorang daripada penduduk kampung, Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan kononnya dia kenal dengan seseorang dari Tanah Jawa bergelar Raja Paku, yang mampu mengusir pontianak dari kampung mereka. 

Akan tetapi, Din Kelentong memang kaki kelentong, Raja Paku tak wujud pun. Sudahnya orang kampung dah bagi tanggungjawab kat Din Kelentong suruh cari Raja Paku. Din mendapat idea untuk berpakat ngan kawan lama dia, Mat  Yeh (yassin) untuk menyamar menjadi Raja Paku. 

Alangkah lucunya bila timbul perasan cinta , bila si Raja Paku telah jatuh cinta dengan Pontianak! Setelah meluahkan perasan kepada pontianak , baru lah terbongkar al kisah sebenar yang telah berlaku ke atas Azura si Pontianak yang mencari anaknya setelah hilang akibat rumahnya diceroboh 5 tahun lalu. Dia juga diperkosa sehingga jatuh sakit. Menangis si Pontianak menceritakan kisah hidupnya. Sebalik itu , Pontianak juga telah membongkar segala kegiatan jahat yang dilakukan oleh Pak Arab (Ilya Senario) yang menyamar datang dari Mesir.


Barisan pelakon tanah air dan Indonesia ; Soya, Hamdan Senario, Yassin Senario, Ilya Senario, Wan Walla, Sathia, Rahim Sepahtu, Joey, Watie Elite, Bella (Indonesia) Sally (Indonesia) dan Sayuti (Indonesia) .

Filem ini memang lawak habis tapi memandangkan filem pertama , mungkin akan datang boleh lagi memantapkan lagi. Korang yang memang serabut bersirat - sirat kepala hotak tu boleh la dapatkan tiket wayang u olls di pawangan mulai 1 Oktober .

Layan owh dengan muzik terapi dengan hanya menggunakan gergaji oleh Seniman Sdr. Ismail Jejaka, fdam.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

KAIO Studio

4:22 PM Yanty Lee 6 Comments


KAIO Studio | Pernah dengar tentang hasil kerja yang mantop dari photographer dan videographer mereka? Sebelum tu , meh kenali siapa sebenarnya KAIO yang telah berkobelirasi dengan Kelab Blogger Ben Ashaari buat kali ke-2 semasa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari baru - baru ini di Hulu Langat. 


Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.

Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media! , I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari seperti yang Ty katakan di awal.

~ Video semasa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari & Buffet Ramadhan di PICC ~
Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. 


Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.


Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 


Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady.


Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.

Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
(Anuar Zain in Paris KLIK )
(Lumiere Fashion Show VIP KLIK )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt KLIK)

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.


Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.


Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer  baru-baru ini.

Maklumat lanjut tentang KAIO Studio boleh terjah di ;

Ikuti perkembangan Anwar Abdullah dan Kaio secara personal di blog; www.kaio.my  atau Instagram; www.instagram.com/kaio_my .

Memang tak rugi la kalau guna khidmat mereka , puas hati gila! Cantik dan curlas kan ? Kalau nak tunang / kahwin / sebarang event boleh lah u olls dapatkan perkhidmatan dari KAIO Studio nanti. 

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapatkan Pakej Pelancongan , Umrah dan Haji dengan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd

4:55 PM Yanty Lee 3 Comments



Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).


Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.


Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015

8:40 AM Yanty Lee 28 Comments



Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015 | Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar dengan kerahan tenaga AJK yang mantap dan jitu yang diketuai oleh Lan Careno. Ada beberapa isu berbangkit dari pihak resort yang kami menginap juga menjalankan aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam namun kami tetap bersatu untuk menjayakan juga dan bergembira dengan apa yang ada.

Resort yang terletak di Hulu Langat ini sangatlah not recommended untuk u olls datang untuk sebarang aktiviti , Ty sendiri takkan kembali. 

Apa - apapun geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari memang havoc jadi semuanya memang jadi meriah dan boombastic

Antara aktiviti yang kami geng blogger dapat buat di sana , 
        - Pertandingan Karaoke
        - Senaman Poco - Poco
        - Flying Fox
        - Sukan Rakyat [ darat & air ]
        - BBQ
        - Persembahan Petunjukkan Api
        - Zumba
        - Jungle Trekking 

Sukan Rakyat : Terompah Gergasi

Sukan Rakyat : Kepit Bola

Sukan Rakyat : Pancing Tin

Memang mencabar sebenarnya sukan rakyat ni. Tambahanpula bila acara Bowling Kelapa , tak fahamnya macam mana seterror - terror i olls , bole terbabas tolong hit pin kumpulan sebelah si Biru. Buta - buta ja depa dapat point. Geng Mak Ko Ijau , percaya lah saya tak belot !

Pertunjukkan Api

Untuk gambar yang memang memukau mata u olls , sila terjah sini - Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari [klik] untuk tengok sendiri bertapa happening nya kami Kelab Blogger Ben Ashaari sepanjang 3 hari di Hulu Langat.

Lucky !

Sepanjang umur hidup ini memang tak bertuah , tertiba malam penutup ada Cabutan Bertuah dan bila nama dipanggil macam Wah, I am a lucky girl ! Alhamdulillah , terima kasih pada  +team umie official !

Terima kasih kepada COSMODERM yang merupakan penaja utama Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015 . Dan tidak lupa juga kepada semua penaja hadiah , baju juga rakam segala precious moment sepanjang berlangsung ;
        - Cosmoderm [klik]
        - Qasehsu [klik]
        - Azzuha Travel & Tours [klik]
        - KaryaSeni [klik]
        - Buku PTS [klik]
        - Dkna [klik]
        - AJ Cetak District [klik]
        - TeamUmie Official [klik]
        - Kaio Studio [klik]

Terima kasih semua , hope  sentiasa happening selalu ! 
Selalu ingat - #kelabbloggerbenashaari ; "Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together."

28 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kerja Sampai Mati Tak Habis

8:24 PM Yanty Lee 11 Comments



Ungkapan yang sering kita semua dengar atau katakan , "Kerja sampai mati pun tak habis" memang kenyataan yang benar , bila mati yang si mati ada pula si pengganti yang menggantikan tugasan yang ditugaskan. Tetapi selagi bernafas dan mampu kerah tenaga untuk bekerja , apatahlagi menyiapkan tugasan yang diberikan memang antara mampu ataupun tidak , bersedia dari fizikal dan mental untuk berdepan dengan situasi yang mungkin berlaku di luar jangkaan.

Keadaan meja kerja merangkap nama manjanya - "partition" , semakin hari semakin bersepah. Tapi sebelum balik memang kemaskan , andai sekali imbas tengok maka akan terdetik , "Tak de kerja ke dia ni?" . Jawapan kepada persoalan itu - "Waklu!".

Kalau meja dah bersepah , emel pula tiap - tiap hari ada ja "kerjaan"nya. 

Bila masuk saja pejabat , terus hadap PC dan kerja memang kecendurangan untuk hilang selera makan dan mood pagi mula merosot peratusannya. Silap haribulan ada yang kena herdik. Bukan terlalu komited dengan kerja sampai lupa makan atau sebagainya tapi setiap saat itu memang umpama emas tak dapat nak lekang punggung dari kerusi dan jari - jemari dari papan kekunci dan tetikus. Gelabah dan tertekan juga panik bila semuanya mahu dengan segera

Ya Ampun , Allah SWT tak jadikan semua umatNya sempurna tetapi bersyukur kerana adanya kedua - dua belah tangan, makanya bukan la punyai lebih dari itu untuk tampung tugasan semua.

Syukur Alhamdulillah , di saat terlalu "mengejarkan dunia" dan "lupakan diri sendiri seketika" , ada insan - insan tersayang yang senantiasa ingatkan tentang makan dan minum juga keselamatan diri walaupun bukan ada di sisi. Bukan niat nak menyusahkan sesiapa tapi demi kebajikan negara semuanya kerana rela secara terpaksa . 

Terima kasih , [you know who you are] !

Alhamdulillah , blurpppp {macam kenyang sangat} sibuk macam mana pun makan tetap kena makan. Ada juga yang sentiasa ingatkan suruh makan , belikan makan, hantarkan makan. Sweet sangat , tambah pula tengah malam semalam dapat merasa kek cokelat sedap nak arwah sempena hari jadi +Faizal Fredley . Thank you , ALLAH 'cause there is still peps out there who cares of me while I don't even have time for myself.

Esok pergi bercuti tapi baju apa pun tak kemas lagi , waktu macam ni masih di opis bila agaknya nak packing and get enough rest ni? 

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menu Baru KENNY ROGERS ROASTERS - Honey Glazed Chicken

5:37 PM Yanty Lee 21 Comments


Honey Glazed Chicken 

Honey Glazed Chicken  , menu terbaru daripada Kenny Rogers ROASTERS yang mana ayam nya dipanggang setelah diperapkan dengan sitrus herba istimewa serta bersalutkan madu . Hidangan ini dilengkapi dengan tiga (3) hidangan sampingan pilihan sendiri. Rasa madu pasti memenuhi selera si pemakan. 

Kelazatan Kenny's Honey Glazed Chicken boleh dinikmati dalam tiga (3) pilihan hidangan ; 
-    Honey Glazed Chicken Meal ;
-    Honey Glazed Chicken Lite Meal ; dan
-    Honey Glazed Chicken Soup Meal
yang mana harga hidangan masing - masing adalah bermula dari RM19.36* ke atas.

Kenapa hidangan terbaru ini berasaskan "madu" , kerana KRR ingin mengekalkan tarikan rendah kalori di samping manfaat madu kepada kesihatan adalah terbukti setelah dieksperimenkan bersama ramuan semula jadi bagi hidangan ini. Selain berkhasiat , juga sesuai untuk misi gaya hidup yang sihat.

kredit to +Lan Careno 

Bersempena dengan promosi Kenny's Honey Glazed Chicken yang Ty makan di atas ni , ada tambahan promosi istimewa bagi para pemegang Kad KRR ! U oll semua berpeluang untuk ; 
-    Tambah RM3.50* untuk Soup of the day & Single Happiness / Iced Lemon Tea dengan pembelian hidangan  Honey Glazed Chicken Meal sahaja ;
-      5% diskaun bagi jumlah keseluruhan bil dengan sebarang pembelian Kenny's Honey Glazed Chicken .

Untuk dapatkan Kad KRR , boleh dapatkan lanjut di sini : KRR Reload Card [klik]

Dan sebarang maklumat lebih lanjut , dapatkannya di ;
Laman Web Rasmi KRR : Kenny Rogers ROASTER [klik] 
Facebook Rasmi KRR : Kenny Rogers ROASTER Malaysia [klik]

Tunggu apa lagi , cuba lah rasa sendiri kelainan menu baru ini di KRR berdekatan.

21 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Operation Done

2:09 PM Yanty Lee 9 Comments



ALHAMDULILLAH.

After almost 6 hours being waited once he enter for the operation. With prayers , the doctor did it! They able and manage to insert atrial appendage occluder device into his heart.

Thank you Allah.
Thank you everyone.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Family Comes First - Meet My Hero

1:49 AM Yanty Lee 6 Comments



3 heroins and the one hero.

First of all , Alhamdulillah. Buat pertama kalinya , Ty balik ke Penang dengan sendiri. Sebelum ni 2 kali ada saja dugaan menimpa. Kekasih lama 'bikin panas' dan terbaru Mr.Reddy stunt ala Fast & Furious , tribute for Paul katanya.

Kerja pejabat dan event blog memang padat sampai ke minggu hadapan tapi bila apa - apa yang melibatkan keluarga , maaf terpaksa utamakan mereka dahulu. Duit boleh cari , family tidak.

Orang tersayang yang Ty maksudkan dalam entri sebelum ni ialah Daddy.

Penat drive , hilang terus bila dapat tengok wajah - wajah kesayangan cumanya rumah agak sunyi sikit sebab adik paling kecik dah berjaya melanjutkan pengajian. Jadi 2 orang anak Mummy Daddy dok jauh dari keluargalah nampaknya.

Daddy akan menjalani minor operation esok awal pagi. Semoga semuanya berjalan dengan lancar hendakNya , Aamiin.

K masuk tidur dulu , berapa jam lagi Ty yang kena teman Daddy ke bilik pembedahan.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Batal Percutian Ke Lombok

9:20 AM Yanty Lee 16 Comments




Percutian ke Lombok dengan +Emas Putih terpaksa dibatalkan. Atas beberapa urusan peribadi dan kekangan keadaan kedua - dua pihak. 

We just burn our flight tickets.

Sebaliknya , ada hikmah. Urusan keluarga diutamakan. May Allah swt ease everything and smooth my journey back and his too. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tak dapat tidur hotel berehat pun takpa  , janji dapat gak tidur hospital teman orang tersayang.

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Di Sebalik Tabir Photoshoot Majalah DARA

7:00 AM Yanty Lee 14 Comments



Baru - baru ni , terjebak dengan geng blogger gegirl #kelabbloggerbenashaari yang lain ; Uzu ( Emas Putih , Yaya Natsumi & Tya Salmid dalam sesi photoshoot slot "Bila Blogger Di Dapur" bagi majalah DARA.

Masing - masing dengan "skill memasak tersendiri" dengan menu yang ringkas dan mudah.


Nak tahu apa Ty masak dan lakukan terhadap pisang - pisang tu , kenalah dapatkan majalah DARA keluaran Oktober 2015 nanti. In Sha Allah. Jangan terkejut pula sudah la ye dengan penampilan comel Ty nanti. Oppsss!


Respect-lah brader photographer ni , dia tabah melayan keempat - empat orang kami punya kerenah. Bukan terror hamek gambo je tapi masak pun ok! Salute la.

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mee Racun Batu Pahat

10:03 AM Yanty Lee 11 Comments


Mee Racun Ayam

Minggu ke 3 Aidil Fitri yang lepas , Ty ke Johor - Negeri Sembilan atas urusan luar pejabat. Semasa di Batu Pahat berkesempatan cuba antara makanan yang wajib makan bila sampai sini. 

Mee Racun , yang pastinya tak merbahayakan apatahlagi memudaratkan .

Sekali pandang macam mee bandung tapi rasa dia lain sikit. Dan di sebalik mee racun tu ada ayam , antara menu lain yang ada ialah kambing.

Lokasi Mee Racun ni bertentangan dengan Pinetree Hotel. Krew JJCM pun dah sampai sini , u oll pun kena la try kan.

Nah Ty kongsi dengan korang resepi Mee Racun [klik

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen