Makan Western Murah Dan Sedap di BBQ By The Sea , Sungai Batu

4:15 PM Yanty Lee 21 Comments


Kalau selalunya nak makan makanan ala western ni mesti susah nak dapat yang harga yang murah apatalagi pakej sekali dengan rasa yang sedap tuk memuaskan tekak kita , kan? Tapi kali ni , Ty dapat makan dan merasa sendiri di gerai makan BBQ By The Sea , Sungai Batu , Bayan Lepas , Pulau Pinang . 

Gara - gara kengkawan rapat dok sembang pasal kedai makan ni , jadi balik raya kali ni Ty sempat la singgah dengan keluarga Ty sehari sebelum Ty gerak balik ke "Jin Tendang".

Walaupun gerai makan ni biasa sahaja , tapi pengalaman Chef Amir Hamzah selama hampir 37 tahun dalam bidang masakan memang tidak menghampakan kami sekeluarga. Orangnya nampak garang tapi peramah dan banyak berkongsi pengalamannya apatahlagi tips memasak. Seronok betul kami sekeluarga berborak dengan beliau seolah - olah dah kenal lama.

Antara menu western yang kami makan untuk makan malam pada malam terakhir Ty ada di Penang ;

BBQ Fish Salmon - RM18/-

Chicken Chop - RM9.50

Fish & Chips - RM9/-

Chicken Wing - RM5/-

Spaghetti Bolognese - RM8/-

Chicken Chop with Mexican Sauce - RM9.50

Menarik dan sedap sangat! Alhamdulillah , kenyang kami semua sekeluarga malam tu dapat makan makanan yang memang superb delicious.

Untuk Maklumat ;
Facebook : Bbq By the Sea [klik]
Nombor Telefon : 0124815243 (Chef Amir Hamzah)
Alamat : Persiaran Sungai Batu , 11920 Bayan Lepas , Pulau Pinang
Waktu Perniagaan : 6 petang - 12 tengah malam
Hari Perniagaan : Jumaat - Rabu (Khamis tutup) 

21 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Deman Rindu Pada Siapa

11:36 PM Yanty Lee 12 Comments



Oh tidak!  Demam menyerang tiba-tiba tanpa sebab munasarawak. Letih la.

Konon gerak balik awal niatnya nak berehat sehari sebelum kerja esoknya selepas hampir 12 hari tinggalkan workstation. Sebaliknya,  sepanjang malam sampai kesudah badan panas tak kebah langsung.

Demam rindu kat sapa pula dah?-Awak!

Sakit penghapus dosa. Posisif. 
Cumanya camna nak fokus kerja yang gerenti sesak nafas esok ni. Tambah pula dengan aircon yang sejuk ketaq.

Mentabahlah.

Depa kata musim "budak-budak" dok demam. Suh take care. Gulp, i olls dah besar panjang aih. Manja dengan #familee ja pun.

10 hari semuanya disediakan sampai nak air kosong pun Daddy layankan, ni baru sehari lik terus demam. Jenuh aih.

Homesick? Mustahil.

Please pray for me to get well ASAP,  I need to work seems next week O/S for a week. Tak sihat camne la nak drive nanti. Arggghhhh stress!

Dear work, catch up very soon.

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Back To Reality Life

9:59 PM Yanty Lee 5 Comments


Huh!
Sumpah tak suka balik Jin Tendang ni bila dah lama duk kat "kampung" , Penang. Hampir 11 hari di Penang , semua kengkawan dah mula kerja tapi Ty masih bersantai dan senang lenang kat rumah. 

Dan pagi Sabtu yang hiba , Ty amik keputusan untuk balik semula ke sangkar yang realiti nya di sini la segala punca rezeki Ty datang. 

Kononnya , nak gerak sebelum 9 pagi. Jahanam , lepas Subuh tidur balik jadi pukul 11 pagi baru tayar kereta bergolek meninggalkan perkarangan porch kereta rumah keluarga melalui pintu gate menuju ke highway PLUS.

Sebelum gerak , sempat lagi Mummy & Daddy masakkan breakfast.

Sambal Tumis Udang

Kenyang perut Ty. Selamat tak mengantuk sepanjang perjalanan. Alhamdulillah , memang layaann dari Mummy Daddy sangat tiptop. Sekali sekala balik , perut mesti ke depan kalah orang mengandung. Diet , here I come very soon !

Rezeki datang lagi bila nak keluar , bilanya mak cik jiran belakang rumah datang bagi Ketupat Palas dengan Rendang Daging. Semuanya Ty bawa balik. Kah..Kah..Kah..

Ketupat Palas

Alhamdulillah.  Perjalanan selama hampir 3 jam 30 minit dari Pulau Pinang ke W.P.Putrajaya semuanya baik dan selamat tiba. Okay , mungkin laju tapi hakikatnya jalan lenggang dan tak jem langsung. Bahagia sangat sampai terbawa laju ke 160km/j ja Mr.Reddy mampu pi. Opppsss bukan tak serik tapi memang jiwa ada sikit cam Paul Walker. Tak dapat dibendung.

Lepas duk sat , pekena ketupat dan rendang. 

Memandangkan tak ada apa sangat nak buat , repeat tido. Esok serbu beraya di Open House kengkawan. Isnin bakal membirukan diri la jawabnya. Oh tidak!

Hate to be back , yet Im back to the reality life !

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Perut Kenyang di Hari Terakhir Ramadhan

2:24 PM Yanty Lee 11 Comments


Al Kisahnya bila hari terakhir baru berpeluang berbuka puasa bersama dengan keluarga di Penang.

Sepanjang bulan Ramadhan,  setiap sahur dan waktu berbuka memang Mummy akan tanya makan apa? Dengan siap pesan jangan tahaq perut. Kalau boleh nak sangat suh balik berbuka sama - sama tapi kekangan masa dan sebagainya memang tidak mengizinkan.

Pagi Khamis semingu yang lepas, 
Daddy kejut and minta duit kononnya nak pi beli Cempedak nak goreng untuk berbuka nanti. Memang umpan yang berjaya buat bangun tidur. Favourite sepanjang hayat.


Mummy pula bersungguh nak masak Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah as before ada kata teringin nak makan.


Pergorbanan seorang emak dan ayah. Sanggup masak dan buat apa pun untuk anak. 


Sedang sibuk tolong Mummy masak, baru sedar rupanya Daddy dah beli pun Cempedak tapi saja sakat pepagi. Satu rumah berseloroh gelakkan bila berhasilkan kenakan Ty.

Alhamdulillah,  kenyang perut sampai esok pagi raya.

TQ Mummy & Daddy! 

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bertemu Jodoh Di Syawal Pertama

1:18 AM Yanty Lee 8 Comments


Jodoh di hari raya?


Baru tadi ada incident yang buat cheq tergaman. Kena pi Tesco belikan keperluan yang diperlukan tuk Mummy. Masa nak amik troli , xda kudrat nak leraikan 2 troli yang melekat. Tertiba si mamat cina sorang ni datang , sambil hulurkan wallet and henpon dia kata "Hold This". Pastu siap ucap "Selamat Hari Raya".

Melting sat. 
Bukan sebarang melting sebab dia tolong ye , tapi memang entau nia wei !

Just nak highlight kat sini , I am Malaysian and we are Malaysian. Not racist.

Again , Selamat Hari Raya Aidil Fitri Malaysian!

pssttt : teringat kat ex cina pula , haihs.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015 !

2:11 AM Yanty Lee 5 Comments



Alhamdulillah , berkesempatan di bulan yang mulia ini , Ty ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog picisan ini , rakan seperjuangan di alam nyata mahupun alam maya , dan pada mereka yang mengenali Ty secara peribadi.

Mohon segala kekhilafan diampunkan antara tidak sengaja mahupun secara tidak langsung dengan tanpa niat.

Halalkan segala makan dan minum Ty selama pekenalan dan pertemuan kita semua terbina. 

Tak lupa juga , jutaan ribuan terima kasih di atas kiriman doa dari jauh yang tak putus agar Ty sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya.  Terutama sekali mendoakan Ty selamat sampai ke kampung untuk menyambut Syawal kali ini. Sekali lagi terima kasih.

Semoga uhkhuwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga hujung nyawa , In sha Allah.

Sekali lagi , Salam Aidil Fitri dan Salam 0 - 0 ye u olls. 

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Sampai Di Penang

1:41 AM Yanty Lee 6 Comments



HOME SWEET HOME !

Alhamdulillah , Selamat sampai di "kampung halaman" - Penang. Dalam jam 930 malam tadi Mr.Reddy dah pun jejaki Jambatan Pulau Pinang Pertama dan terus menuju kampung bukannya rumah keluarga.

AMAZING! sepanjang perjalanan dari KL - Penang tak jem , lancar gila. Memecut itu tak dapat dinafikan. Traffik slow sat ja kat certain places.

Macam biasa , tiap - tiap tahun kena pergi hantar / amik kuih raya dsb. Dan sebab tu la ke rumah arwah tok - tok cheq.

Pastu jumpa "minah rempit wannabe" . Baru 2 hari lepas excident masa nak pi kerja. So kiranya dah early "soq" with my girls.

Rasanya lanjak dah sampai matahari terik ataih kepala.

Esok bz day for me !

Thank you semua yang mendoakan perjalanan Ty selamat sampai. Muahciked!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jangan Salah Sebut - Bayar Zakat

9:30 AM Yanty Lee 3 Comments



Salam u olls,

Raya lagi berapa hari je lagi , dah selesaikan urusan bayaran zakat ke belum? Jangan pula pagi raya dengan tetamu segala terus terlupa bertangguh - tangguh pula.

Di Putrajaya , Ty bayar sendiri.
Di Penang , Daddy pun bayarkan.

Opis dah kosong , jalan di Putrajaya dah mula lenggang.

Jalan yang berinti "jem" bakal di redah , doakan perjalanan Ty pergi dan balik dengan selamat ye , kengkawan.

In advance , "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" !

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar bersama Blogger - Si Budu Tempe di Viet - Thai Canteen

9:05 AM Yanty Lee 4 Comments


Sabtu lepas punya cerita , 
Kononnya nak kemas rumah sebelum cuti yang tak berapa nak panjang untuk balik kampung dan beraya. Tapi mood asyik laut , dari pagi sampai petang hasilnya ciput ja selebihnya layan short film kat YouTube. Istirehat sangat kekdahnya.

Petangnya , blogger Si Budu Tempe [klik] datang dan culik Ty untuk berbuka puasa terakhir sebelum depa balik kampung. 

Ke Viet - Thai Canteen , Cyberjaya [klik] je untuk ber"iftar" together - gather.

Pengganti buah kurma

Sebotol Air Sirap yang unik

Dekorasi dalam restoran Viet- Thai Canteen ~ Santai ja tempat ni

Chicken Whole Leg Quarter & Butter Flied Chicken Cutlets

Tender Australian Lamb Shoulder Chops

Vietnamese Beef Bone Broth with Beef Meatballs

Vietnamese Pickled Salad

Overall makanan dekat sini memang sedap giler yang pada mulanya terfikir juga tekak anak Mummy Daddy yang bajet Western boleh ke makan makanan pelik - pelik dari tempat lain pula kan , tapi ayam dia memang buat ratah pun Ty boleh habiskan sorang kot. Amazingly  , bila disuruh cuba makan kambing rasa cam wow sedap rupanya. Salad katanya tu ala kerabu , menambah hokkayh u olls! It's not like SomTam yang masam-masam memang tak leh telan dek tekak cheq.

Pas Raya kita orang nak repeat tapi makan makanan yang lain pula , nak join ? Jom!

Alamat :
No.6 , Block E , Jalan GC 4Glomac Cyberjaya , Cyberjaya 12 , Cyberjaya [klik]

Nombor Telefon :
03-83226986

Faceboook :
Viet-Thai Canteen Cyberjaya [klik]

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Majlis Berbuka Puasa bersama National Kidney Foundation dan Lion Club di Klang Parade

9:35 AM Yanty Lee 9 Comments



Alhamdulillah , baru - baru ni Ty dan beberapa rakan blogger dan media berkesempatan untuk bersama - sama memeriahkan dan meraihkan satu majlis berbuka puasa sambil beramal dengan pesakit - pesakit buah pinggang yang turut mendapat perhatian khas daripada pihak National Kidney of Malaysia (NKFM) dan juga badan sukarelawan ; The Lions Club di Klang Parade.

Perasmiaan majlis iftar oleh Manager of Klang Prade - John Tam

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini , Klang Parade dengan kerjasama The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKFM) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pesakit buah pinggang dan keluarga adalah bertujuan untuk meraikan mereka sempena hari raya yang bakal kunjung tiba. Mereka diraikan dengan membeli-belah kelengkapan hari raya dan dijamu dengan juadah untuk berbuka puasa di main centre Klang Parade.


Para jemputan turut dihiburkan dengan persembahan mantap dan memukau daripada artis tempatan ; Aesar Mustafa Malaysian Idol dan Dina Nadzir . 

Pemberian duit raya.

Sebelum majlis iftar berakhir , para pesakit buah pinggang dan keluarga masing - masing telah menerima duit raya dan hamper raya daripada pihak Klang Prade dan The Lions Club bagi meringankan lagi beban mereka untuk menyambut Syawal yang bakal tiba nanti. Ini juga merupakan sebuah tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
__________________________________________________________________________________________________________

National Kidney Foundation is a non-profit charitable organization dedicated to helping Malaysian. Suffering form end stage Kidney failure who lack access to or cannot afford dialysis treatment.

Vision - to be a one-stop National Resource Center for prevention and treatment of kidney disease.

Mission - to save live through preventive education and early detection of kidney diseases while providing a second chance trough hemodialysis for those suffering from end stage kidney failure.
- to promote organ donation, kidney transplants and medical research into kidney diseases.
- to endure and continue good heath and well being of our patients through a holistic care concept.

The LionsClub - Kelab NGO sukarelawan yang membantu pesakit pesakit yang kekurangan.


Akhir kata , terima kasih kepada pihak Klang Prade , The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NFKM) di atas jemputan khas ke majis berbuka puasa bersama pesakit buah pinggang. Di smaping berbuka puasa , secara tidak langsung kita dapat membantu mereka yang memerlukan. 

"Bersedekah Adalah Keberkatan Yang Berpanjangan , Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima."

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Persiapan Hari Raya

7:27 PM Yanty Lee 7 Comments


Salam u olls ,

Kemain kan korang shopping raya sakan walaupun GST / Minyak petrol naik harga. Sana sini sesak dengan orang. Ty mengekoq ja lebih ke sana ke mari , beli nya satu pun tidak. Sekadar teman kengkawan dan lepak jejalan. 

Feel raya masih tak sampai lagi.

Satu persiapan pun tak ada sebenarnya , cool gila kan?
Di mata , satu pun tak terpaut sampai ke sanubari tuk membeli. 

Makanya tak ada baju raya yang official dsb.


Hari Ahad yang malas , tapi gagah juga keluar untuk tengokkan kereta si Mr.Reddy. Ini sahajalah persiapan raya Ty. Baru ni rasa tayar tak berapa sedap bila temgah bawa , orang lain kata OK je takpun kurang angin. Paling gerun brader RELA kat opis kata "Ni pancit , boleh meletup kalau bawa laju-laju". Gulp! 

Ty mana reti dan kenal erti nya "slow". 

Jiwa kacau ok , tidur pun tak lena. Fikir cam masalah negara je. Akhirnya , bawa ke bengkel sebagai solution terakhir. Dicelup dalam air dan direndam , tiada kebocoran. Senang kata , tayar OK ! 

Bikin alignment & balancing. Alang - alang nak jalan jauh. Mr.Reddy nak balik kampung untuk pertama kalinya. Mudah - mudahan selamat pergi dan kembali. In sha Allah & Aamiin.


Sebelum balik rumah , bawa Mr.Reddy gi mandi - manda. Syukran , Alhamdulillah kali ni cuci kereta , hujan tak turun macam selalunya yang kuar je dari kedai hujan pun turun. 

Bab kereta , almost done. 

Walaupun tak ada persiapan raya yang gah , tapi dapat balik jumpa dan luangkan masa dengan #familee pun dah cukup happy. 

Doakan perjalanan kita semua yang pulang ke kampung halaman tyk berhari raya akan berada dalam keadaan selamat hendakNya. 


7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jom beramal dengan KLIK DAN KUMPUL bersama TM Raya 2015

12:23 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam Sabtu-day !

Kurang dari 10 hari terakhir saja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Dan Syawal pula akan disambut dengan penuh keriangan bersama keluarga tercinta.

Dalam kita sedang bersuka ria dengan persiapan Hari Raya , jangan pula kita lupakan pada mereka yang memerlukan bantuan ikhlas dari kita. Dengan adanya program amal dari TM ini , apa kata sama - sama lah kita cuba membantu dengan hanya meluangkan sedikit masa dengan "KLIK DAN KUMPUL" sebanyak yang mungkin duit syiling untuk disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih.

Klik - http://bit.ly/1G6fFyV sekarang !

Lebih banyak "KLIK" anda , lebih banyak duit syiling yang bakal di"KUMPUL"kan.


Dari duduk saja tu , jom main "klik2" sambil beramal

Salam Ramadhan dan Selamat Beramal!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Baik Buruk Teknologi Semakin Canggih

4:13 PM Yanty Lee 9 Comments




Hakikat !

Perubahan zaman dengan teknologi yang semakin canggih , sayangnya hubungan sesama manusia terabai. Bukan sekadar gambaran palsu yang dilakarkan oleh blogger +Syed Alwi tapi mesej yang disampaikan sangat mendalam ertinya kepada setiap sorang daripada kita.

Dulu , balik ja mummy daddy dari kerja pasti seronok dengan kepulangan dierorang. Siap minta bawa ronda sekeliling taman perumahan dengan motor setiap petang. Kalau musim World Cup , siap main bola sama - sama. Camtu juga dengan Piala Thomas , berbadminton. Kalau derang penat pun tetap layan kan anak - anak , kalau tak jenuh nak pujuk bila dah teriak. 

Tapi , 

Zaman sekarang ni , kalau teriak tu sebab mak ayah tak bagi gadjet / smartphone yang superb duperb canggih. Tak payah diajar , tertiba ja dah dok diam si kecil layan youtube dengan sendiri , tak menahan lagi siap pandai dah "selfie" sendiri. Pergi mana - mana , pandai pula tanya "Ada WiFi tak?" , Ya Ampun! Sentap kalau tuan rumah tu tak on kan atau sememangnya tak ada perkhidmatan internet di rumah. 

Raya dah dekat , balik beraya dah tak macam suasana dulu kala.
Sibuk cat rumah , sibuk anyam ketupat , sibuk pacakkan / pasang pelita keliling rumah bersama - sama , main bunga api - mercun selepas balik dari terawih sampai riuh hampir setiap malam. Sayangnya , sekarang ni tidak lagi semeriah dulu kala , apa pun yang dibuat seumpama ingin menunjuk - nunjuk di laman sosial bila setiap perkara dilakukan. 

Lebih banyak masa terbuang dengan gadjet / smartphone masing - masing melayari internet daripada meluangkan masa bersama seisi keluarga , sahabat. Sampai tahap bagaimana agaknya nanti bila anak - anak ni di zaman mereka pula punyai keluarga sendiri ?

Ke lepas ni duit raya pun main transfer je ke akaun terus?
Baik atau buruk sebenarnya dengan kecanggihan teknologi pada hari ini di abad ini?


9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pelancaran OPPO R7 Series

4:20 PM Yanty Lee 25 Comments



OPPO , jenama yang tidak asing lagi di Malaysia sejak OPPO N1 memasuki pasaran Malaysia pada tahun lepas. Kini sekali lagi , jenama OPPO telah pun melancarkan telefon pintar model terbaru iaitu OPPO R7. Terdapat dua (2) jenis siri yang diperkenalkan ; OPPO R7 Lite  &  OPPO R7 Plus.


OPPO R7 Lite
Skrin : 5.0" FHD AMOLED
Dimensi : 143mm X 71mm X 6.3mm
Berat : 147g (dengan bateri)
Prosesor : MSM8939 Snapdragon 615
CPU : Octa-Core
RAM : 2GB
ROM : 16GB ( Expandable up to 128GB )
OS : Android 5.1 ( Color OS 2.1)
Kamera Depan : 8MP FF
Kamera Belakang : 13MP FF
SIM : Dual - Sim ( Mirco + Nano )
Bateri : 2,320mAH
Lain - Lain : LTE , Fast Charge

Kelebihan OPPO R7 Lite
Lebih kecil berbanding model OPPO R7 Plus dari segi ; 
i)  Saiz ;
ii) RAM ;
iii) Saiz Internal Storage ; 
iv) Bateri

Harga : RM1,298/- termasuk GST
Ianya adalah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


OPPO R7 Plus
Skrin : 6.0" FHD AMOLED
Dimensi : 158.18mm X 82.3mm X 7.75mm
Berat : 203g (dengan bateri)
Prosesor : MSM8939 Snapdragon 615
CPU : Octa-Core 1.5HGz
RAM : 3GB
ROM : 32GB ( Expandable up to 128GB )
OS : Android 5.1 ( Color OS 2.1)
Kamera Depan : 8MP FF
Kamera Belakang : 13MP FF
SIM : Dual - Sim ( Nano+ Nano )
Bateri : 4,100mAH
Lain - Lain : LTE , VOOC Flash Charge

Kelebihan OPPO R7 Plus
- Dihasilkan dengan  Full Metal Unibody .
- Lengkap dengan sistem cas VOOC Flash .
* VOOC Flash adalah satu sistem terbaru yang canggih di mana dapat memendekkan tempoh megecas bateri sehingga 50 5 bagi bateri bersaiz 4,100mAH
Contoh : Bila kehabisan bateri , pengguna OPPO R7 Plus hanya perlu cas dalam masa 5 minit dan kemudian dapat berbual / menggunakannya semula selama 2 jam.
- Kamera depan ; 8MP & kamera belakang ; 13MP menggunakan teknologi New Flash Shot + New Dual -Drive Sistem Fokus Hibrid.
* Teknologi New Flash Shot + New Dual Drive Sistem Fokus Hibrid dapat menghasilkan gambar yang sangat berkualiti dan stabil. Di mana juga sistem ini juga merangkumi Laser Foucs  , Anti - Shake Optimisation  , Contrast Detection Autofocus (AF) dan Phase Detection Auto Focus (PDAF) yang terkini. 
Contoh : Tiada lagi gambar yang gegar sebab dengan 0.1 saat boleh capture every single moment.

Harga : RM1,998/- termasuk GST


Berminat untuk dapatkan OPPO R7  , bolehlah membuat tempahan terus melalui laman web rasmi OPPO Malaysia - http://www.oppo.com/my/ [klik] mulai 11 Julai 2015 (Ahad) nanti.

Buat peminat tegar dengan jenama telefon pintar OPPO yang juga lebih dikenali dengan nama OFans , u olls boleh mengikuti kempen OPPO melalui "hashtag" berikut - #OPPOMalaysia | #R7Series.

So , let's get "Style In A Flash"  , babeh !

25 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Berbuka Puasa di Warung Bunian

8:30 AM Yanty Lee 14 Comments


Berbuka di luar lagi!

Kali ni berbuka di Warung Bunian / Tapak Sulaiman dengan menu masakan kampung dengan geng #kelabbloggerbenashaari yang tinggal sekitar Putrajaya / Bangi.

Gulai Udang Galah - main dishes

- Ikan Goreng
- Sambal Ayam
- Sayur

Tapi untuk hari - hari lain , macam biasa menu masakannya adalah berlainan.

Hari Isnin & Khamis
- Gulai Ketam
- Ikan Kicap
- Ayam Goreng
- Sayur

Hari Selasa
(macam menu yang kiterorang mamam di atas)

Hari Rabu
- Gulai Ayam
- Sambal Udang
- Sambal Terung
- Ikan Masin Goreng

Hari Jumaat & Sabtu
akan diupdate oleh tuan kedai , salah 1 menu di atas.

Air termasuk set sekali dengan set di atas ; pilihan air - Sirap / Teh O

Harga ;
  • Set makan di Warung Bunian - RM15/-
  • Lauk sahaja - RM14/-
  • Lauk + Nasi - RM14.50
* Boleh tempah untuk berbuka di rumah , kiranya u olls ambil lauk dari warung setelah ditempah.

Untuk tempahan untuk berbuka di warung / lauk pauk , hubungi

Alang Bunian - +6017-3812246

Alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR. 

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Salah Baca Doa

10:23 PM Yanty Lee 5 Comments


Aduh!

Penat sangat otak , banyak sangat difikirkan. Malam semalamnya tak dapat nak lelapkan mata , sedangkan pagi tadi kerja. Ternyatalah Monday Blues . Masuk kerja , mampu pandang ja semua workload dengan giler grandpa punya banyak volume nya. Tapi ada taklimat nak out station , gi "bersidai" ala bersantai hampir separuh hari. 

Sayangnya , zero input. Lepu , setengah jam pun terasa dah 3 jam. Raplah betul dak Ty ni , kan?

Dah masuk tengahari , mood kerja datang. Terfokus sampai 5.30 petang. Memang "krem" dah kepala. Tapi superb Yanty , siap juga bhai! Alhamdulillah.

Lepas berbuka dengan geng opis , lik rumah dengan kepala yang sedia tingtong


Ketara nya memang pening , bila masuk lif , gua baca doa masuk tandas! Dush!!!! Ko ghase? Terjaga dari lamunan sekejap. 

Kalaulah baca kuat - kuat pastu ada orang pula. Piiiiiiiiii! Memang tak tau la nak letak tang mana dah muka chomel ni.

Moral of the story , bawa - bawa la berehat Ty oi!

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Mentega Kacang

9:30 AM Yanty Lee 3 Comments


   
Mentega Kacang / Nutty

Bahan - bahan
200 gm SCS Mentega Bergaram 
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula (dikisar)
1 Telur


Cara Penyediaan
1.  Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
2.  Kemudian masukkan bahan - bahan kering dan campur sehingga sebati. Biarkan doh selama 5 minit.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh , kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.
6.  Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Yehaaaa! Dah ada 4 jenis kuih raya. Tak termasuklah dengan kuih tunjuk yang beli tu.
Selamat mem"baking" u olls!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Coklat Kacang Hazel

1:30 PM Yanty Lee 6 Comments


  
Coklat Kacang Hazel / Hazelnut & Chocolate

Bahan -bahan
200 gm SCS Mentega Bergaram
75 gm Gula Aising
1 Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
80 gm Serbuk Kacang Hazel
60 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
150 gm Kacang Hazel 
(atau mana - mana sos atau sapuan kegemaran) , dihidang


Cara Penyediaan
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
2. Campurkan tepung gandum , serbuk kacang hazel , tepung jagung dan serbuk kastad. Mengguli sehingga menjadi doh.
3.  Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira - kira 4 cm.
4.  Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.

Weheeee! Nak raya dah , tapi ada je yang buat kuih raya lagi kan , cer cuba resepi ni. Kalau cicah ala dip kan kuih Coklat Kacang Hazel dengan coklat pun sedap! Meleleh !

Try taw!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Perkara Menyedihkan Di Bulan Puasa

8:59 PM Yanty Lee 4 Comments


Sedih!

Dilemma seorang "wanita".

Kalau yang golongan ibu yang mengandung tak larat nak teruskan ibadah puasa , dimaafkan. Demi kesihatan bayi yang bakal dilahirkan di mana ada kemungkinan dikhuatir atas keselamatan kedua - dua mereka.

Begitu juga dengan ibu - ibu yang menyusu.

Tapi , bila lagi berapa minit dan saat sahaja dengan waktu berbuka secara tidak langsung didatangi kehadiran si dia yang tidak diundang.

Dugaan paling tabah tuk dihadapi !
Maka nya , tak dapatlah nak puasa penuh lagi macam 3 tahun lepas 2 kali berturut - turut.

Nak marah atau maafkan siapa ni? 
Apa boleh buat , redha ja yang mampu.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Kejutan Oren

10:00 AM Yanty Lee 3 Comments


  
Kejutan Oren / Orange Surprise

Bahan - bahan
200 gm SCS Mentega Bergaram
85 gm Gula Aising
35 gm Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20 gm Parutan Kulit Oren
200 gm Tepung Gandum
70 gm Tepung Jagung
70 gm Tepung Kastad
40 gm Gula berwarna Oren
40 gm Gula berwarna Merah


Cara Penyediaan
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Campurkan telur , jus oren pekat dan parutan kulit oren.
2.  Campurkan tepung - tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".
3.  Paipkan nombor "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 150°C selama 18 minit atau sehingga masak.

Wohoo ! Dah kongsikan 2 resepi kuih raya dengan u olls. In sha Allah akan menyusul lagi 2 resepi lagi yang dibuat menggunakan Mentega SCS.

Selamat mencuba!

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi Kuih Raya Dengan Mentega SCS - Kopi & Kacang

4:24 PM Yanty Lee 4 Comments


Kopi & Kacang / Cappucino

Bahan - bahan
240 gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanilla
4 sudu teh Pes Kopi / Emulco
220 gm Tepung Protein Rendah
80 gm Tepung Jagung
25 gm Serbuk Badam
70 gm Cincangan Badam
70 gm Cip Coklat

Cara Penyediaan
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pes kopi.
2. Kemudian masukkan tepung gandum , tepung jagung  dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.
3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran masing - masing ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.
5. Bakar pada suhu 160°C selama 18 minit atau sehingga masak.

Cubalah nanti ! Next resepi coming.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Koleksi The Liberal Art Of Geometry dari Sembonia

5:02 PM Yanty Lee 2 Comments



Dunia fesyen berubah mengikut peredaran masa. Terbaru , jenama fesyen terkemuka - Sembonia tampil dengan koleksi berkonsepkan "The Liberal Art of Geometry". Untuk pengetahuan secara umum , secara am nya "geometry" adalah lebih kepada penggunaan pada sesuatu yang lebih kepada struktur pembinaan di mana sinonim dengan pekerjaan oleh golongan arkitek dsb.


Pilihan warna kuning menjadi tema dan nadi bagi keluaran koleksi terbaru dari Sembonia yang pasti dapat menyakinkan kepada pembeli / pengguna dengan gaya yang trendy serta sesuai untuk semua lapisan golongan masyarakat tanpa mengira usia di zaman moden pada hari ini.


"The Liberal Art of Geometry" , Sembonia ingin menterjemahkan gaya yang lebih dramatik , berani dengan paten lebih baru dan polos. Setiap garisan dan sudut berstrukturkan bentuk geometri istimewa serta cetakan flora dan fauna akan memberikan satu nafas yang segar dan tampak lebih urban salam rekaan beg mengikut peredaran masa kini.


Sembonia menjaminkan penggunanya antara barangan seperti beg , kasut dan aksesori akan memiliki sesuatu yang memberi kepuasan serta pastinya dapat digayakan pada bila - bila masa dan di mana jua.


Untuk maklumat lanjut , 

Website : www.sembonia.com

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen