Buffet Ramadhan di Flora Terrace , Hampshire Place KL

9:48 AM Yanty Lee 9 Comments


Kali ni Ty berbuka puasa di Flora Terrace yang terletak di Hampshire Place , KL juga berdekatan dengan stesen Ampang Park


Hampir 50 hidangan disediakan berasaskan makanan ala kampung dan juga Arab. Selain nasi putih biasa dan nasi minyak , nasi arab juga menjadi tumpuan orang yang datang berbuka di sini. Yang pastinya isi kambing adalah sangat lembut dan sedap.


Terdapat juga stall  fried on the spot yang menyajikan Mee Goreng  , Kepak Ayam , Cucur dan Pisang Goreng.


Umpama berada di taman firdausi dengan deco yang sangat mewah dan romantik juga cozy. Eskulsif sangat keadaan di sini. Selain berbuka puasa di sini , u olls juga boleh membuat majlis resepsi perkahwinan , majlis pertunangan , sambutan hari jadi dan sebagai nya di sini dengan memuatkan seramai 110 orang.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan , u olls boleh kontek ; 
Syed Safwan - 0321668090
Flora Terrace
Hampshire Place ,
A-LG-1 , Lower Ground Floor ,
No.1 , Jalan Mayang Sari , 
50450 Kuala Lumpur.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Buat Kuih Raya Dengan Mentega SCS

10:39 AM Yanty Lee 13 Comments



Wohoaa !
Dah puasa ke - 9 , mesti ada di antara u olls tengah dok sibuk dengan persiapan awal menjelang Syawal nanti. Tak kurang hebatnya yang  baking  macam - macam jenis kuih raya untuk kudapan ringan di sepanjang hari raya nanti.

Pastinya pembuat kek atau kuih tahu dan kenal dengan mentega SCS yang sudah lama mencipta nama dalam dunia masakan / pastri. 

Kini , mentega SCS tampil dan kembali dengan satu kelainan untuk membuat kuih raya sebagai hidangan kepada tetamu yang berkunjung untuk menyambut Hari Raya bersama.


Antara kuih raya yang telah diperkenalkan dengan resepi baru yang menggunakan mentega SCS di mana menjanjikan keenakan yang tidak terperi ; 
  • Coklat Kacang Hazel
  • Kejutan Oren
  • Kopi & Kacang ; dan
  • Mentega Kacang
Entri akan datang , In Sha Allah Ty akan kongsikan dengan u olls resepi keempat - empat kuih raya di atas. Ataupun boleh juga dapatkan pelbagai resepi yang khasnya berasaskan mentega SCS dengan melayari laman web Facebook SCS - https://www.facebook.com/scsdairymalaysia atau di saluran Youtube SCS - http://www.youtube.com/SCSDairy .


Tengok anak buah Ty sorang ni , kemain dia tibai kuih raya sorang dia je. Siap nyanyi lagu raya lagi sambil nikmati kuih raya kegemaran dia  - Coklat Kacang Hazel.

Okay , tunggu apa lagi u olls tu ? Jom dapatkan mentega SCS di pasaran juga resepi - resepi terbaru dan mula membakar kuih raya yang lain dari Hari Raya tahun - tahun lepas. Semoga dengan sentuhan kasih sayang akan disambut dengan pelum rasa sayang di hari lebaran yang mulia nanti.

Untuk maklumat lanjut , sila layari :-
Web Rasmi SCS : http://www.scsdairy.com

Happy baking guys!

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Roti Canai Hipster Warna Warni Pak Ayop Tip Top di Pantai Dalam

4:27 PM Yanty Lee 7 Comments

Roti Canai Hipster - Warna Warni

Roti Canai Hipster Warna Warni | Wah menarik , selalunya kita tengok dan makan roti canai biasa yang asli tapi di kedai makan Pak Ayop Tip Top yang terletak di sekitar kawasan Pantai Dalam memberikan sedikit kelainan. Makanya , tercipta keunikkan menu sarapan pagi iaitu roti canai hipster yang berwarna - warni. Dihasilkan dengan sedikit pewarna , rasa masih sama dan tidak terasa langsung pewarna yang dikenakan ke atas adunan roti canai.
Selain kuah kari  , dhal dan sambal yang datang bersama roti canai sebagai untuk di cicah , terdapat juga kuah rendang daging , sambal sotong dan sambal kerang sebagai tambahan. Rasa kesemua pencicah untuk roti canai hipster ni memang sedap. Ngap ke mulut dan ngam sedap gitu.
Aksi penebar roti canai hipster.

Antara menu lain yang menjadi tumpuan , Teh Ais . Walaupun biasa dah minum di mana - mana tapi rasa air ni memang kaw manis secukup rasa. Memang puas minum air teh ais ni apatahlagi dengan gelas yang sangat besar. Hilang dahaga kau!
Bagi yang tak cukup dengan hanya makan sekeping dua roti canai tapi nak makan menu sarapan yang agak berat sikit , boleh la cuba Lontong Rendang Daging atau Nasi Lemak Ayam Berempah. Ada banyak lagi lauk pauk mengikut selera masing - masing.
Dan kenyang makan sarapan pagi , atau mungkin sebelum pekena sarapan pagi dekat sini , korang pun boleh jalan dan cuci mata dekat pasar pagi sepanjang jalan berdekatan. Boleh la beli bahan mentah untuk masak makan tengah hari atau malam. Macam - macam la ada dijual di sini.
Restoran Pak Ayop Tip Top juga buka sehingga waktu malam. Jadi boleh datang makan untuk tengah hari dan malam juga. 

Buat korang yang nak rasa Roti Canai Hipster nanti boleh datang ke sini. Bulan puasa ni pun ada jual kat bazaar Ramadhan. Jadi dapatkan bolehlah korang semua dapatkan dan makan dengan penuh gaya hipster sambil berbuka. Curlass!

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa , semua!

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pengalaman Pertama - Berpuasa Sendirian

3:10 AM Yanty Lee 6 Comments


Saya ; Yanty Lee yang lebih mesra dengan panggilan manja Ty selaku tuan tanah tapak belog ni - www.yanty.my ingin memohon maaf di atas sebarang kekhilafan yang terjadi secara langsung mahupun tidak langsung bersempenakan di bulan yang mulia ini , bulan Ramadhan Al Mubarak. Di sini juga Ty ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

Ramadhan 2015. 
Buat julung pertama kalinya, bersahur dan berpuasa tanpa yang tercinta - keluarga. Kekangan masa dan kerja , Ty terpaksa bersendirian.

Kenangan pahit & manis 2014 memang awesome , senyap - senyap drive sorang - sorang balik Penang kononnya nak buat surprise kat family tapi kejutan yang diterima bila Ty tersadai di Simpang Pulai bila kereta buat hal ; temperature hit. Kantoi juga dengan parents. Dan bila nak balik ke Putrajaya semula , di R&R selamber makan gara - gara tak puasa atas sebab uzur, sesungguhnya lupa gila dalam bulan Ramadhan. Dem!

Jom niat puasa siap2 tuk sebulan , kot2 terlupa ke terbabas sahur.


Apapun , 

Maaf pada yang terkena tempias "emosi terganggu" sejak dua menjak ni. Tak terniat , mungkin emosi dengan kekangan kerja antara faktor perubahan tingkahlaku yang luar biasa.

Maaf juga pada yang selalu ada tapi kerana terlalu sibuk , masa dan ruang untuk bersama seperti sediakala semakin tiada. Bukan no more hang out or no teh tarik w mamak session but I can't.

Arrgghhh , ini semua kerja punya pasal!

Apapun , I am so sorry.

In sha Allah , will catch up and fix it up everything sooner. Doa2kanlah juga Ty tenang menghadap kerja baru sekaligus ada ruang tuk Ty update blog yang makin terbengkalai.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bianco Mimosa | Safari Fauna Mimosa Raya 2015

2:42 PM Yanty Lee 8 Comments


Bianco Mimosa | Safari Fauna Mimosa Raya 2015 
Bersempena bulan Syawal yang bakal tiba nanti , YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha merangkap pereka fesyen juga pengasas kepada jenama terkemuka "Bianco Mimosa" kini tampil dengan rekaan baru yang berkonsepkan "Safari Fauna Mimosa Raya 2015 membawakan elemen - elemen antarabangsa bercirikan timur tanpa melanggar trend serta gaya semasa terkini.

Menampilkan rekaan yang unik juga memastikan keselesaan , aura seksi , berani dan berkarisma pada setiap keluaran eksklusif Bianco Mimosa. 

Pada malam pelancaran Butik Online Bianco Mimosa , Bianco Mimosa telah memperagakan hampir 118 rekaan dengan pelbagai warna warni bertepatan pada tema - Safari , Flora , Fauna dan Mimosa Raya 2015.

Antara koleksi rekaan Raya tahun ni , 


Bagi peminat fesyen juga pembeli tegar di atas talian (online) , bolehlah mendapatkan pilihan koleksi baju raya dari Bianco Mimosa di www.biancomimosa.com.my [klik]. Dan juga , dapatkan potongan sebanyak 20% bagi pelanggan yang  walk - in ke butik Bianco Mimosa yang terletak di Sungai Buloh.

Esok dah puasa , jom sama - sama buat pilihan baju raya di Bianco Mimosa sekarang!

Alamat Butik : No.48-G , Jalan Nautika , B U20/B , Pusat Komersial TSB , 40160 Sg.Buloh , Selangor

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jagakan Dia Untuk Aku

11:16 PM Yanty Lee 5 Comments





Perkhabaran yang kurang enak dari keluarga nun jauh dari mata.

Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat 
walhal tahap kerisauan sudah mencecah tahap maksima.

Aamiin.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kesayangan - Bantal Buchuk

8:17 PM Yanty Lee 3 Comments

Oppsss!
Nak mengaku , at my age now , yes I do still have "Bantal Buchuk". Tapi my BB bukanlah buchuk pun. Rupa pun elok macam bantal lagi. Tak ada peta dunia dan sebagai nya yang ditinggalkan dekat sarung bantal etc.


Tu dia , punya lama tak layan fesbuk. Sekali ada post kat wall dari akak kesayangan.

Dia kata Ty "gian'. Penangan bantal bucuk sungguh , even dari berbulan dekat bertahun tak jumpa tapi bila dia jumpa pasal ni terus come across of me in her mind.


Yang ni memang soooo me!


Semua orang akan persoalkan , kawen nanti camna? Dulu ada kucing sekarang dah arwah. Kalau masih ada atau nak bela nanti , rasanya sejibik la macam gambar kat atas ni. Dua - dua nak bawa sekali walaupun dah kawen.

Sebenarnya , sejak tahun lepas dah cuba pergi outstation kerja juga vacay dengan kesayangan tanpa bawa BB bersama. Walaupun hakikatnya memang susah gila nak lelapkan mata dan dapatkan tidur yang lena. Cubaan peluk bantal lain tak berapa berhasil.

But somehow , it is a such a great achievement kot. Bukan sehari dua malam tanpa BB tapi sometimes a week. Bravo !

Dah boleh kawen! Eh... Tapi tetap sayang BB cheq.



3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen