Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Alhamdulillah

10:01 AM Yanty Lee 12 Comments



Alhamdulillah.


SPEECHLESS !

Setelah hampir 7 tahun berkhidmat , akhirnya dianugerahkan juga.
Tak pernah ambil tahu apatahlagi kisah.


Bila sifu / otai / hakak - habang ex office dapat tahu tentang ni , semua pakat "PM" dengan ucapan "Tahniah". Ucapan yang tak berhenti setakat tu saja tapi diiringi dengan kata - kata yang "...akhirnya berkat sabar selama ni , ada juga bos baru nampak usaha kat unit baru". 

Gulp!

Macam mana nak gitaw ek , sejujurnya kat unit baru Ty tak sesibuk unit lama. Rasa tak patut kot. Tapi geng unit baru memang best , ..."Rezeki ko Ty , dari ko kat sana dulu ."

Perrrgggghhhh , makan dalam punya statement.



Syukran.

Mungkin juga tuah setelah beralih tempat dan unit lain mengikut peredaran perubahan transformasi. 
Mungkin juga rezeki untuk tahun ni walhal banyak dugaan dihadapi dari awal tahun. 

Terima kasih rakan sekerja , bos dan semua yang terlibat.


12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

A Taste of Thai di Cafe 9 , Petaling Jaya

7:48 AM Yanty Lee 1 Comments



Tom Yum Soup
[pilih sup merah / putih]
Udang Sahaja : RM25.90 (R) / RM45.90(L)
Seafood : RM25.90 (R) / RM45.90 (L)
*Regular ; 2-4 pax | Large ; 5-8 pax*

Cafe 9 ~ A Taste of Thai | Ramai antara kita , "The Malaysian" suka akan makanan ala - ala Thai memandangkan kedudukan lokasi negara kita pun berhampiran dengan negara jiran ni. Dekat restoran Cafe 9 yang baru hampir setahun beroperasi di Petaling Jaya membawa hidangan berkonsepkan ala Thai yang asli dari segi penyediaan makanan untuk disajikan kepada pelanggan. Juga menyediakan beberapa hidangan makanan lain yang tidak berasal dari negara Thailand.

Keenakkan makanan di sini , memang terangkat. Walaupun ada antara menunya pedas tapi "kick" nya buatkan rasa nak makan lagi. Siapa yang makan pedas mesti Ummpppphhh punya la , cam u olls tengok gambar Tom Yum (atas) pun dan meleleh kan? Wajib cuba!

Makanan lain pula antaranya ;

Green Curry Chicken - RM18.90

Massaman Curry Chicken - RM18.90
served with less sauce but packs a powerful flavor and can be tuned to be an ultimate spicy curry

Beef Stir Fry - RM22.90
Black Pepper Thai Style

Dancing Fish
Deep Fried Fish with meat cut to bite size serving in 2 sizes
Small ; 4pax - RM44.90
Large ; 6-8pax- RM49.90

Thai Prawn Cakes - RM18.90
signature of cafe 9

Stir Fry Mixed Vegetables - RM14.90

Thai Style Fried Chicken Wings - RM16.90

Thai Pomelo Salad - RM20.90
a sweet & juicy Thai pomelo mix salad served with prawns

New Zealand Oxtail Soup - RM25.90
served with New Zealand Oxtail (sup ekor)

Thai Otak - Otak [Hor Mok] - RM23.90
a seafood combo served with sweet fresh coconut flesh

Menyelerakan tak ? Sangat sedap okay semua , u olls. Kalau tersesat sekitar Petaling Jaya , bolehlah gi je singgah makan sini. Dijamin puas hati. Makanan di sini majoriti memang mengekalkan keaslian dari negara Thailand. Ramuan dan bahan juga adalah segar.

Okay nah Ty sertakan maklumat untuk korang tahu lebih lanjut tentang Cafe 9 ni ;

Alamat ;
Cafe 9
No.27 , Jalan 17/45 , 
46400 Petaling Jaya ,
Selangor

Operation Hours ;
11 pagi - 10 malam
*Tutup pada hari Selasa*

Facebook ;

Food Ink ;

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort 2015

7:39 AM Yanty Lee 3 Comments

Bulan Ramadhan lagi berapa hari sahaja lagi , meh Ty cadangkan tempat berbuka puasa dengan promosi yang menarik lagi hebat. Bangi Golf  Resort Restaurant menyediakan Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Harga yang ditawarkan dari harga serendah ; RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa dan  waktu operasi bermula pada pukul 6.30 pagi - 9.30 malam setiap hari .

Suasana di dalam dewan Kenanga yang boleh memuatkan hampir 500 orang.

Menu "Signature" BGR ; Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma & Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma


Hampir 200 pelbagai jenis sajian istimewa dari pelbagai citarasa iaitu masakan melayu popular, sajian barat dan masakan timu dihidangkan untuk pengunjung. Antara menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung setiap kali tiba bulan Ramadhan semestinya Kambing Bakar. Selain kambing bakar , boleh juga cuba Sup Kambing Mamak.

Antara menu lain yang disediakan adalah Mee Rebus , Pasembur , Butter Prawn , Black Pepper Beef , Teriyaki Chicken , Fish Fillet w Lemongrass Sauce , Grilled Boneless Chicken w Creamy Mushroom Sauce w Oven Roasted Potato , Beef Lasagne , Chessy Veggetable Baked , Satay Ayam & Daging 3 jenis kerabu dan banyak lagi. Pastinya semua sedap !


Aneka pilihan pencuci mulut / pemanis mulut juga disediakan yang ditempatkan khas di salam semua kawasan yang besar. Dari kuih - muih ala tradisional Melayu hingga ala - ala western dan antaranya ialah seperti Pulut Panggang , Kuih Kasoi , Italian Tiramisu , Blueberry Cheese Cake , Chocolate Eclair , Lemang , Young Coconut Jelly , Peanut Butter Swiss Roll , Chocolate Brownies , Tea Infused Chocolate Tarlet , Oreo Cheese Cake dan banyak lagi. 

Spanish Churo with Thick Chocolate Sauce menjadi kegemaran Ty.

Pengunjung tidak perlu risau tentang kemudahan lot parkir kerana BGR telah menyediakan sebanyak 800 lot parkir secara percuma . Begitu juga dengan kemudahan surau lelaki dan wanita turut disediakan untuk keselesaan semua pengunjung bagi menunaikan ibadah solat terawih.

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh menghubungi Pn. Luliy Shalwanidi di talian 0162678284 / 0169645544 atau emelkan ke alamat ;  [email protected].


Alamat :
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.

Telefon :
03-8925 3728 / 03-8210 0265 

Faksimili :
03-8925 3727 / 03-8925 3726

Emel

Laman Web Rasmi

Facebook

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 3 : Bercuti di Pulau Mabul - Bohey Dulang , Kampung Maiga & Pulau Sibuan

8:46 AM Yanty Lee 6 Comments


Pagi sebelum breakfast , Aussh conduct "morning streching". Warm - up la kononnya untuk persiapan sebelum redah naik ke puncak Bohey Dulang. Berpeluh juga we olls , hokayh. Lepas makan sarapan pagi , kiterorang naik boat masing - masing untuk hiking !

Cheq kat Bohey Dulang , uolls!

Jernih gila air laut kat sini , boat pun tak nampak kena permukaan air pun.

SEMPUT! Mendaki naik ke puncak Bohey Dulang.

Walaupun agak semput tapi semangat nak naik sampai ke puncak tu berkobar - kobar. Dan bila dah sampai kat atas , hilang semua rasa penat. Teruja gila - gila , tak keruan jadinya. Sangat - sangat cantik. Damn speechless ! Meh nak kongsi sikit gambar dengan u olls .


Dah sakan bergambar dengan peluh segala , kami singgah sekejap di kawasan penduduk Bajau Laut di Perkampungan Maiga. Bila tengok keadaan mereka lagi Ty specchless , kecian sangat -sangat. Sampaikan umur sendiri pun mereka tak tahu. Tapi pandai nyanyi lagu national , hebat sangat. Tersangat kagum.


Selesai sesi mengagih makanan , mainan , pakaian kepada mereka. Kiterorang bersnorkeling sampai lebam dekat Pulau Sibuan. Kat sini seronok berenang dan menyelam sebab tak banyak sangat batu karang jadi tak ada halangan untuk bergerak bebas. Sangat puas hati walaupun agak terlupa diri terpisah dengan +Iena Arryiena waktu ni. Sayang seribu kali sayang , bateri gopro n henpon dah kong so tak dapat nak abadikan kenangan dekat sini. Sobsss...

Cantik kan? Bukan model tapi permandangan nya.
*pinjam gambar Abam Paci*

Untuk balik ke tempat kami menginap perjalanannya agak lama , pemandu bot terpaksa guna jalan jauh mengikut arus juga keadaan air laut. Terlelap semua dalam bot. Macam dari KL nak ke Ipoh pula jauhnya jam perjalanan.


Anak - anak dan orang Bajau Laut yang selalu akan datang menjual hasil tangkapan hidupan laut. Untuk makan malam tambahan kami , Ty & +Iena Arryiena beli 8 ekor ketam dengan harga RM25/-. Besar - besar ketamnya dan isi pun padat. Sangat kenyang , 4 ekor lagi kami sedekah je kat hadek - hadek yang kerja kat belakang tabir dapur.

+Iena Arryiena the happy girl. 
Dia la tukang kopek bila Ty dan hubby dia dah penat nak makan pastu paksa sumbat juga makan. 


Untuk aktiviti malam terakhir di Pulau Mabul , geng - geng weng ni lepas ja makan malam semua pakat terjun dan sambung mandi. Cheq dah mandi wangi dah so malas nak mandi manda lagi. Pengaruh derang memang mengugat iman , lepas sorang - sorang termakan hasutan - pujukan - rayuan lalu terjebak dan terjun sekali. 

Walaupun 38 orang yang pergi trip ni tapi semua 1 kepala yang sangat ting tong , best gila!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Promosi Bufet Ramadhan Di Putrajaya International Convention Centre (PICC) 2015

10:18 AM Yanty Lee 5 Comments

Sempena bulan Ramadhan Al - Mubarak yang bakal menjelang , PICC memperkenalkan promosi Berbuka Puasa iaitu "Bufet Ramadhan 2015" bertemakan "Hidangan Tradisi Budaya" dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.



Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM88/- untuk dewasa dan RM44/- untuk kanak - kanak. Anak kecil yang berumur di bawah 5 tahun kemasukkan adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Antara hidangan utama adalah Sup Ekor Berempah , Kerabu Betik Muda (Som Tam) , Nasi Ulam Utara , Shawarma Ayam & Daging , Satar Terengganu  , Gulai Daging Pisang Muda , Pajeri Jantung Pisang dan banyak lagi.


Pemanis mulut seperti Chocolate Fountain bersama buah - buahan segar yang di celup bersama coklat , Apam Balik dan kuih - muih.


Pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk menu berbuka puasa yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Pengat Labu & Pengat Pisang


Hidangan ala barat seperti Spaghetti , Fettuccine , Penne dan Linguine bersama Sos Bolognese  , Napolitana  & Carbonara turut disediakan bagi mencuba kelainan ketika berbuka puasa.

Pengunjung bukan sahaja dapat merasa hampir 300 hidangan malah berpeluang memenangi "Cabutan Bertuah" dengan hadiah utama "Duit Raya Tunai" sebanyak RM3,000.00 di samping hadiah - hadiah menarik yang bernilai RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Turut menyediakan surau bagi tujuan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi berlangsung. Surau bagi kaum Adam & Hawa adalah berasingan.

Penampilan khas dari Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi. 


Bagi tempahan untuk Bufet Ramadhan 2015 ni , bolehlah menghubungi pihak PICC di talian 03-88876162 dan boleh juga membuat tempahan secara online  di laman web  -  www.ticketonline.my/picc .

Untuk mendapatkan maklumat korporat PICC , boleh menghubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-88876000 atau emelkan ke alamat ; [email protected].

Putrajaya International Convention Centre
Dataran Gemilang , 
62000 Presint 5 , 
Putrajaya.
Website : www.picc.com.my
Facebook : PICC Malaysia

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen