KFC Blogger Party : Sajian Lazat Dengan KFC Zinger Rice Wrap

8:04 PM Yanty Lee 1 Comments

Let's party !

KFC Blogger Party : Sajian Lazat Dengan KFC Zinger Rice Wrap | Baru ni, Ty dan geng blogger seantero Malaysia yang lain berkesempatan ke KFC , Pavillion KL untuk sama - sama berparty dengan sajian lazat yang baru dari KFC - KFC Zinger Rice Wrap.

{ KFC Zinger Rice Wrap }

KFC Zinger Rice Wrap satu menu baru yang diperkenalkan oleh KFC di mana juga merupakan satu sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan di mana juga pada bila - bila masa. Harganya hanya RM4.90/-.

Kombinasi antara nasi , ayam dan sayur yang diwrapkan bukan saja lazat dan seimbang , KFC Zinger Rice Wrap juga sangat mengenyangkan. Cepat dan mudah bagi golongan yang sentiasa tidak ada masa untuk makan. 

Semasa party berlangsung , sambil menjamu menu baru kami juga sempat bermain dengan permainan seperti Wrap Blogger  dan Pass the Parcel. Setiap permainan ni ada hadiah sebagai ganjaran.

Wrap Blogger ; Winner.
Cer teka sapa si +Emas Putih wrapkan?

Pass the Parcel ; I and +Eazy Izzuddin won!

Alhamdulillah , rezeki kami malam tu. Walaupun masing - masing sibuk dengan kerja atleast those games and prizes yang dapat tu menghiburkanlah juga. Thank you +KFCMalaysia .

So guys , what are you waiting for? Do grab the KFC Zinger Rice Wrap now. For more info do visit :


1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Henset Hempap Muka

11:53 AM Yanty Lee 7 Comments

Ouuucchhh!

Insiden henset jatuh hempap ke muka ni perkara biasa la bagi Ty. Kiri kanan henset pulun nak balas mesej. Bajet cam scandal ramai ja kan. Banyak job , pun tidak.

Boleh kemek muka gua hari - hari camni.

Paling teruk pernah luka dalaman bawah mata. Perghhhh. Macam kena penumbuk pun hado. Jenuh baq ang nak cover and touch up dengan make - up. 

Tangan kecik comel , henset gedabai besar tapi ada hati nak pegang kiri kanan , memang itu la makan dia. 

Siot je Kak +Sue Izza tag kat IG. Mengimbau sangat kan. Krik3.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tiket Penerbangan AirAsia Ke Lombok Serendah RM35

10:36 AM Yanty Lee 7 Comments



Tiket Penerbangan AirAsia Ke Lombok Serendah RM35 | Promosi yang ditawarkan oleh pihak penerbangan syarikat AirAsia ke Lombok,Indonesia dengan harga serendah RM35 sememangnya amat mengejut Ty. Hilang fokus nak buat kerja bila terima screenshot di Whatsapp.

Dah lama Ty ajak geng sekolah dan geng blogger pergi bercuti di Lombok tapi feedback nya sangat hampeh. Sungguh mengecewakan bila mitos cerita zaman tok nenek berkaduk-II dibicarakan.

Ramai yang beranggapan serong bila sebut saja LOMBOK. Pulau Lombok lebih dikenali atau glamer dengan cerita - cerita tentang warga lelaki Lombok melarikan gadis - gadis Malaysia. Ada juga kisahnya mereka sukakan golongan wanita bersaiz badan besar. Allahualam.

Sebalik kisah - kisah ni semua , Ty lebih tertarik dengan keindahan dan kehebatan pulau Lombok yang rata - rata didominasikan penduduk beragama Islam. 

Yang pastinya , tiket Ty dah rembat semalam. Tak sabar nak jejakkan kaki di sana yang kononnya nak bercuti sambil berehat dan mencari ketenangan gitu. LOL.

Dengan sapa Ty gi? Ghase-II , u olls sapa?

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

OutStation : Kemas Ke Punggah?

12:22 AM Yanty Lee 2 Comments

..argghh takde baju!!..

Kononnya , nak 'pack' baju untuk ke outstation sampaikan amik keputusan tak pergi OT hari ni. Nak rehat kekdahnya yang pulun kerja dari Ahad 2 minggu lepas dari pagi sampai malam. Tidur lewat , bangunnya awal. 

Tapi , memang simptom golongan gegirls erk? Bila nak gi mana - mana , istilah "takde baju" timbul. Sedangkan penuh je almari dengan baju , apatahlagi baju yang bergunung tak terlipat dek kerja seminggu dua. Hal rumah tak bertangga terabai jadinya.

Dari nak mengemas mesti jadinya ke dipunggah kan? Tapi kali ni tak la seteruk sebelum - sebelum ni. Under control. 


Huh! Sambung kerja - kerja rumah lepas balik dari Utara la nanti. Begitu juga dengan kerja blog dan kerja pejabat yang pertama kali gua hold and pending kan. Bateri gua weak sesangat , esok kena bangun awal juga. Ohoiii , bila boleh bertenang ni?

Gimme some space to breathe, baby!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Maharaja Steamboat , Selayang

12:30 AM Yanty Lee 7 Comments


Maharaja Steamboat | Ada yang memang "hantu" makan steamboat tak? Kalau tak pun tak per sebab dekat Restoran Maharaja Steamboat ini boleh makan macam - macam lagi selain steamboat. Dan paling gempaknya , boleh makan pakej steamboat dari waktu sarapan pagi , tengahari dan malam. Tak spesifik hanya waktu malam saja.


Antara santapan yang ada dan tak kira la waktu pagi ke petang ataupun malam , boleh makan anytime. Yang paling menangkapkan kalbu , Roti Bakar Kaya / Jem . Sup - sup pun ada , sup nya memang perrgghhhh pekat giler kentang la. Yang mana layan sup urat keting , lidah , sup ekor dsb memang harus cuba , bukan setakat ada bihun / mee sup sahaja. Char Kueh Teow Goreng pun ada.


Nampak kan , bukan sahaja steamboat sahaja yang ada kat sini. Macam - macam ada. Banyak pilihan lain yang ada untuk santapan semua peringkat umur. Sudut makanan ringan seperti cokelat , lolipop , jajan etc untuk kanak - kanak pun disediakan.




Wohooaa .. makan sampai kenyang tapi jangan membazir. 

Harga menu dari pagi sampai malam

Untuk maklumat lebih lanjut , u olls boleh dapatkan di :

Instagram : Maharaja Steamboat
Facebook : Maharaja Steamboat


Alamat :
Maharaja Steamboat
No 6 Ground Floor ,  Jalan 2/10 , Bandar Baru Selayang.
03-61386664

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kekasih Lama Kembali

10:20 AM Yanty Lee 6 Comments


Wohooaa. 
Kekasih lama mai balik? Paling terkejut mestilah Ty. Kenapa,  sebabnya tak pernah terfikir langsung bakal jumpa balik nanti. Bakal jumpa nya sebab Ty akan jumpa dengan "kekasih lama" pun di Penang.

Al-kisahnya, kami terpaksa tanpa bersebab. Daddy yang memisahkan juga akan menemukan kami. Perghh. Pelik kan. Tapi Ty paling teruja rasa nak lompat atas katil bertilam kan spring.

Pertemuan dengan kekasih lama ni seolah - olah dapat membantu Ty yang dalam keadaan tak berapa nak genting juga la kekdahnya. Paling BEST nya,  si kekasih lama ni akan ikut Ty balik ke KL/Putrajaya selepas urusan kerja luar di Kedah nanti.

Waduh. Seriously I am so happy tapi tak leh nak too high expectation sangat. Kang hampa pula dengan apa - apa yang bakal jadi. Kalau - kalau Daddy berubah fikiran. 

Siapakah si kekasih lama, tunggu hujung bulan nanti!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Gila Kerja Atau Terpaksa Di Hari Minggu?

1:50 PM Yanty Lee 4 Comments

Nak meja lagi besar boleh tak bos , tak muat dah ni!

Bak kata Kak +Farah Waheda Wahid seperti di-review-nya dekat IG pagi2 tadi , Ty ni "gila kerja". Ohoiii , bukan gila la u olls oii apatahlagi komited dengan kerja ye. Sebenarnya bulan Mac (3) ni memang bulan yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja hakiki , kerja luar pejabat dan bulan ni juga la ada hari - hari penting dalam hidup. Alhamdulillah , ada juga event2 blog dan In Sha Allah bakal bagi berita gembira buat geng #kelabbloggerbenashaari selepas "meeting" dengan client.

Okay , bajet menteri je bz nya . *mampuih ko ler nak kate hape*

Pernah tak mandi ke makan ke nak tidur ke bangun dari tidur ke , dengan tak sengaja "ter"fikir pasal kerja? Demmit , selagi tak siap kerja tak tenteram hokayh , tambah pula ada agenda nak langsaikan jadi kena lah "struggle" juga habis - habisan kerja. Satu perangai gua , tak suka dump kerja kat orang. Apatahlagi nak peram.

Pasni bukan gila kerja lagi dah tapi kerja gila kot istilahnya yang sesuai. Sebab kerja hakiki dari handle 5 negara bakal jadi 9 negara. Walawei , natang transformer pun boleh jem , ni kan gua manusia biasa yang "caj bateri" pun sekadar tidur di malam hari bersama BB tercayunk. Tanggung kerja kekdahnya u olls! 

Alahai la nasib , bila tak ada kerja sampai lapang meja tapi masa bertimbun kerjanya ruang pun tak cukup.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

3:40 PM Yanty Lee 25 Comments


As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015


25 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapat Hadiah Hari Jadi Lagi

8:07 AM Yanty Lee 9 Comments

Thank You , Sayang!

Ya Allah !! Omaigod .. Omaigod .. Omaigod .. Omaigod .. Omaigod .. 

What a surprise again bila masuk kerja ada lagi bungkusan hadiah atas meja. Ikutkan dah tak berapa kejutan sangat dah sebab si pemberi mula gelabah biawak sikit dan asyik dok tanya sampailah terbagitau yang dia ada belikan belated present and post it ke office. Kononnya minta alamat office nak hantar kad raya nanti. Fail di situ , tak pandai. Tapi dah cakap jangan buat hal sebab memang tak boleh hantar apaII barang persendirian ke alamat pejabat. Degil!

Tapi ... bila bukak je bungkusan pos tu memang tak sangka sangat - sangat , rupanya hadiah yang dapat tu pernah ditanya sebagai pendapat pada mula nya di antara  tote bag , pouch & wallet. Kalau tahu pertanyaan tu untuk dihadiahkan , Ty patut nya jawab semuanya cun..cantik. Untung - untung dapat satu set kan. Ruginya!!!

Sepanjang hari Ty tersengih ja bila dapat hadiah dari BFFII teramat disayangi. This is call BFF , sebab depa bukan sahaja ada bila suka dan susah tapi tahu segala nya tentang Ty. See , they gave me a gift yang mana Ty memang sukakan - leopard printed. Rasa nak menjerit dan peluk depa tapi jauh , see you girls around babe cause Im coming back!


"...sja buat surprise..tau hg tgh sedih pasal Mr.Reddy...so mngkin cara ni leh hilangkan kesedihan tu seketika...hehe harap hg suka naa... mmuahh ! Cayunk hg... "


Paling terharu , depa tahu apa yang sentiasa bermain di fikiran apatahlagi yang terbuku di hati. Ya tuhan , kawan - kawan yang terbaik gua ada. Teringat masa excident ritu , depa lah manusia paling gelabah sampai tak berhenti call / Whatsapp tanya cedera ke tak sebab kata depa , kenal sangat dah hang jenis tak suka habaq benda betul. Paling best nya depa dah ready nak shoot mai KL! Ada ke kawan camni? Cari mai tengok.

Dear my lovely  , +Iena Arryiena & +Nur Ain Alaudin ... THANK YOU SO MUCH  wahai teman , sahabat , kawan  in sha Allah til my last breathe will always love you guys. 

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mee Udang D'Laila MMA Santai Corner

11:18 AM Yanty Lee 9 Comments


Port biasa di Nilai. Dah lama tak makan Mee Udang , kalau gi pun mesti menternak lemak makan lauk pauk dengan nasi. Tapi semalam , Alhamdulillah terkawal. 

Jadikan cerita , gua kerja semalam. Pas lik kerja , terbuai mimpi jap. Langkah kanan , bangun je baca Whatsapp #KBBA. Ada yang mencari nak ajak makan. Apalagi , siap terus.

Starter


Ayam Percik sebagai pembuka selera sementara Mee Udang siap. Ramai customer malam hujung minggu. Jadi Kak Laila yang tak reti duk diam , sempat je masak dan try resepi baru. Cumanya bagi makan suka - suka je bukan tuk jual.

Blurpp ! Balik dengan perut yang kenyang. Hope Kak +Sue Izza get well soon !

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bawa Goldie Ke Bengkel Kereta

3:21 PM Yanty Lee 1 Comments

Berzaman tak cuci ka oi,  Si Budu & Si Tempe?!

Henpon buat hal tapi janji tetap janji. Dah janji nak bawakan kereta Abang Ed Dy sekali dengan kereta Kak Sue Izza gi bengkel. Kereta abang Ed Dy nama dia Goldie merangkap abang kepada Mr Reddy si kereta Ty. Cumanya Goldie ni manual.

Tuan kereta gi kerja, tunang dan adik la kena berkorbankan masa cuti hujung minggu bikin kereta. Kelakarnya bila baca senarai panjang apa nak sampaikan si pomen kena buat.

Redha la abg pomen baca

Macam biasa, Kak Sue kalau dah bawa kereta di depan, tak dan aku habaq meter minyak, temperature, segala tak nyala. Blinking je masa dengan mileage. Recall lik apa tertulis, ada pasal bateri. Call Kak Sue dah tak jawab, mampu fikir positif yang kereta ok dan bukan bateri nak kong.

Bila berhenti isi minyak baru semua menyala dengan ok. Main chak - chak ye. Goldie siap malam jadinya merayau ukur jalan dengan Kak Sue. Sementara tunggu malam, sesi lepak terbongkang kat umah gua la jawabnya.

Sekali lagi, minggu ni jadi girls day out. Bila Kak Fiza dan Uzu pun join terbongkang di rumah tanpa sebab. Masing - masing tapau makan malam di [email protected] je dan sama - sama menternak lemak di rumah.

Sebabkan gua kerja rini, tak bermalam la dierorang semalam.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cemas - Reboot Samsung Note

12:20 AM Yanty Lee 3 Comments


Gelabah bangun dari tido pagi tadi bila Samsung Note 1 sunyi sedu. Cemas tak terkata bila semua applikasi jadi error. Uninstall laju je boleh tapi nak install semula asyik pop up kata tak ada space. 

Sakit hati aih. Bangun mandi sebab dah janji dengan Kak Sue nak ke bengkel kereta tapi dalam kepala hotak ligat pikir camna nak buat. Sampai terfikir kena gi beli henpon baru sebelum kerja luar pejabat. Sanggup tak nak bagi nombor lain yang ada dulu kalau terdesak nak berWhatsapp grouping kerja pejabat nya urusan. Perangai sangat kan?

Apapun itu hak Ty. Kerja pejabat dan dunia luar perkara yang berbeza.

Sampai je bengkel , masih dalam kereta abang Eddy dan mekanik tengokkan kereta Kak Sue dulu. Oh ya , gua lejan Mr.Goldie si abang kepada Mr.Reddy. Nanti Ty cerita pasal Mr.Goldie pun ada juga insiden mencemaskan tapi henpon lagi cuak sebab barang sendiri. Dari mula bikin sampai selesai mekanik kerjakan kereta Kak Sue , Alhamdulillah demi usaha dan pertolongan dari pencarian di internet dan Youtube, i manage to do it by my own! Wheee.



Bila kekdahnya di reboot,  semua applikasi pun dah tak ada. Berdebar nak install semula takut kononnya buat hal lagi. Tapi Whatsapp applikasi yang pertama Ty install. Syukuran, boleh pun. Yang lain - lain macam Facebook, Instagram semuanya dah ada di HTC jadinya tak de pe nak install sangat. Kecuali game Candy Crush walhal dah tak terlayan nak main.

Selamat RM, tidak merasa dah henpon baru. Eh. Harap tak buat hal lagi.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Zon Kritikal

7:50 PM Yanty Lee 1 Comments



Penat seyh!

Bulan 3 onwards memang antara bulan - bulan kritikal. Lepas je keluar result SPM kena ready dari segi fizikal dan mental. Waktu yang sama la h bakal terlibat dengan kerja yang hakikatnya bukan kerja hakiki gua. Sakitnya hati , tak dapat dielakkan bakal berdepan dengan bayaran besar sebelum out station. 

Perrrggghhhhh.

Out station kali ni , paling 'krik-krik'. Gua sampai rasa gi mam la!
Bakal kah blog terupdate , apatah lagi sepanjang minggu ke - 4. Dush!

Niat minta tukar bertugas di negeri asal , bersebab. Tapi meaningless sangat - sangat. Punah dan terbantut plan. Sadis dan ralatnya rasa bila hakikatnya ada dah dekat dengan orang - orang tersayang tapi di hari penting kena bertugas walhal bukan jauh mana.

Tekanan!

Penat dah memikir. Solutionnya gua - FED UP! Malas nak beria sangat , dan follow the flow. Banyak lagi yang nak kena hadap. Yang pasti jelak dah dengan semua ni.

Penat juga bila terfikir (24j hakikatnya) tentang Mr.Reddy , hampir sebulan dah berlalu. Penantian itu satu penyeksaan yang amat terasa , weyh! Dijangka Mr.Reddy akan pulih dalam 3 bulan dan di saat itu , gua bakal ke sana dengan tenang ataupun tidak. Vacay or wasn't it a vacay?

PENAT!

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bila Nak Habis Baca ?

4:23 PM Yanty Lee 6 Comments


Argghhhhh.

Meningkat lagi jumlah buku yang belum sempat baca, nafsu tak terkawal bila terjejak kat zon ada jualan buku segala ni. Niatnya nak cari buku judul "Bukan Dari Jibril". Tapi "ter"shopping buku lain bila dah buku dicari tak ada. Mana taknya tergugat , 3 buku RM50. Ratusan Ringgit Malaysia juga la melayang.


Jenuh nya nak cari buku ni , sapa ada ? Bak gua nak pinjam! Yang dah habis baca , berapa kerat je.
Sekarang tengah baca buku ;

&

Oppsss , kontroversi sangat tajuk - tajuk buku kan. Geng - geng opis pun mampu geleng je bila tengok gua layan baca buku. Bukan gua tarak kerja , terlebih kerja sangat - sangat boleh kata tak menang tangan. Okay , memang gua camdek je bab kerja. Parah kerja untuk gua di peram , gelabah biawak baru gua kena buat. Jadikan ceghita , gua "menimba ilmu dengan membaca". 

Yang mana nak pinjam , kena caj . Sepi je lepas bagi pinjam , ciskek betul.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menternak Lemak Di Hujung Minggu Bersama Sue Izza

1:40 AM Yanty Lee 5 Comments

Holla !
Weekdays passed by just like that. And here is weekends again.

Mood pagi Sabtu sangat swag . 

Bila Kak Sue Izza kata nak datang rumah , sangat welcomed tapi gua mood sakit jadi manja tak bertempat la sangat nak layan sesi masak cuma readt to eat je. Bila lagi kan nak manja , nanti dah jadi Puan. Eh!

Happy Tummy on Sabtuday!

Ikan Sardin /  Bawal Masak Lemak Cili Api

Kacang Buncis Goreng Suhuun

Oh , my DIET , Im so sorry sebabnya kena paksa makan nasi. Dengan lauk pauk yang sedap tahap dewa. Rugi la kalau tak makn bila Kak Sue Izza dah masak. Tak tahannya , gua request Telur Goreng juga , memang wajib ada ke tak bukan isu dia tapi gedik nak manja sambil susahkan tambah menu. 

Memandangkan Selasa lepas dah selesai buat laporan polis kes kecurian , bebelan dari setiap sudut minta diubah je kedudukan rak kasut. Jadi itulah tujuan utama Kak Sue datang, perut dah kenyang mengemas mana yang patut.

Terbongkang itu perkara wajib.

Lamb Chop

Yeah , makan malam ala western pula. Semuanya hasil air tangan Kak Sue Izza. Walaupun bukan suka sangat makan daging kambing , tapi jamah juga. Sedap sos buatan sendiri dari Kak Sue Izza. Makan hati je la yang lain tengok tambah - tambah bila beria post di IG dan FB. Oppsss , sekali sekala bagi hidup media so-sial gua.

Ada yang tanyakan , kenapa lilin tu perlu ada dan memang makan guna chopstick ke? Well , Im daughter of Lee , memang ada ja chopsticks kat rumah tuk makan bersama juadah. Tapi bak kata Kak Sue Izza , "umah ala jantan, bunga nak buat props bagi cantik gambo pun xde". Last - last apa je dia nampak , jadilah props dia.


5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen