Acar Umbut Kelapa Sawit

10:27 PM Yanty Lee 5 Comments


Acar Umbut Kelapa Sawit

Terkejut, Itu reaksi pertama Ty bila dihidangkan santapan makan malam di teratak Qaseh Dalia. Masa ni Ty , mummy dan geng - geng blogger ke rumah Qaseh , tolong mana yang patut sebelum majlis dia esoknya. Sekali pakej , dari makan tengahari ke malam kami membulatkan perut , mana taknya masakan kampung dengan suasana kampung yang sibuk dengan hal majlis kahwin. 

Nak tahu kenapa Ty terkejut? Ini sebabnya. 


Waduh! Istilah DIET , lupa sat. Sampai lupa diri , menambah baq hang. Licin pula tu. Perkara yang sangat susah la kalau kat umah Putrajaya mahupun Penang. Sesuatu untuk dibanggakan.

Thank you bro Jeeb , bagi pinjam gambar. Ty dah lapar , enset tang mana pun dah tak amik port. Taw - taw dah dok bersila , tunggu nak ngap masuk dalam mulut isi perut ja. Kali ni seorang blogger tak sakit mental gara - gara amik gambar makanan. Eh.

Menu yang jadi ratahan semua ,  Acar Umbut Kelapa Sawit dan menu ni Mummu sendiri pun pertama kali rasa. Bangga sat , sebab Mummy puji , kata Ty dah pandai belajar makan makanan pelik - pelik. Pelik tu sebab Ty yang suka buat jadi pelik.

Feel dia lain , makan ramai - ramai sambil dok bersila dari dok atas kat set meja kerusi makan berkayu mahal import nuh. 

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Era 90-an : Ding Dang & Tora

11:30 AM Yanty Lee 10 Comments



Sape kenal benda / jajan kanak - kanak ni?

Tak adil kot kalau Ty nak highlight hanya kanak - kanak zaman di era 90 - an saja yang kenal dengan jajan ala mainan ni. Sebabnya , di sesetengah tempat / penempatan masih boleh dapat Ding Dang , Tora dan seangkatan dengannya seperti Jojo

Cumannya , di era 90 - an memang top la zaman tu dengan benda alah ni. Jangan tak mengaku sudah la , high class kekonon. Ada yang sanggup simpan duit poket sekolah , paw mak ayah segala cara la sebab berebut nak dapatkan mainan je pun dalam dia. 

Ty jumpa Ding Dang & Tora ni masa Ty di Jerteh. Ty beli semata - mata nak bawa balik ke Penang dan tunjuk dekat kakak juga adik. Nostalgia sangat. Abang +Eraz Fadli pun ada dalam simpanan katanya , untuk Zara ke?

Pada awal 90-an setiap hari pasti boleh lihat Ding Dang & Tora mengiklankan semasa waktu kartun , tagline "Tora Datang Lagi" memang pastilah menghantui budak - budak dengan pelbagai mainan bersaiz kecil yang baru setiap kali kemunculan di kaca TV. Marketing sangat kan yang kopak si mak bapak. (semestinya bukan gua)

Mainan kecil dalam tu , Ty bagi dekat anak buah je. 

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Walimatul Urus Qaseh Dalia & Kyle Ril

3:58 PM Yanty Lee 7 Comments

Ke Jerteh , Terengganu bagi meraikan majlis perkahwinan kedua - dua pasangan blogger. 14 Februari lepas , Qaseh Dalia (nama glemer di alam maya) sah bergelar isteri kepada abang long Ty ni , Kyle Ril. Katanya mereka berkenalan melalui alam maya je. Kuat sungguh jodoh derang.

Ty ke sana dengan skandal dan mummy. Geng #kelabbloggerbenaashaari yang lain ada yang dah sampai awal sehari dan juga pada hari majlis.


Tahniah +qaseh dalia & +KyLe RiL ! 
Wishing both of you a lifetime of everlasting love & happiness.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Taman Persahabatan Malaysia - China , Putrajaya

10:26 AM Yanty Lee 2 Comments

Jom sambut tahun baru Cina di China!

Berangan je la kan. Cuti pun 4 hari je mana nak puas kalau betul nak jejak negara China. Tapi kalau teringin tersangat - sangat boleh la amik feel datang ke Taman Persahabatan Malaysia - China di Presint 4 , Putrajaya.

Taman ni masih dalam proses pembikinan lagi. Jadi apa yang ada dan siap untuk dikunjung , kita layankan dulu. 









Rasa cam kat Beijing ke? 

Pada mula tak tahu pun tempat ni dijadikan taman. Sangkaan sekadar untuk festival Pesta Flora tahun lepas je. Rupanya memang kekal. 

Camna nak ke sini? Taman Persahabatan Malaysia - China ni dekat dengan Jambatan Putrajaya yang kedua. Lepas jambatan tu , sebelah kiri je. Taman ni sebelum menghala ke Masjid Besi la senang ceghita.

Lebih info dapatkan di FB Page : Taman Persahabatan Malaysia - China [klik]

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sambut Tahun Baru Cina di Bukit Broga

3:56 AM Yanty Lee 3 Comments

Happy Chinese New Year & Happy Holiday!

Tercapai juga hasrat nak naik ke Bukit Broga , sedangkan bertahun - tahun dah rancang. Atlast , dengan Uzu si +Emas Putih  juga dan 2 lagi kawan blog. 




Walaupun baru - baru ni Bukit Broga terbakar, kesan dan bau terbakar pun masih ada. Tapi masih ramai ja orang datang mendaki dan naik ke atas. Dari budak kecik sampai yang dah ber'series' pun gigih okay. Salute giler la wei. 



Hooray!

Superb great! Four of us did it! Walaupun tak la direct naik non stop , pancit tu ada sikit - sikit. 


Sebelum gerak balik , BK dah belikan ayor kelapa. Minum dulu ! Amazingnya , I'm learning to drink coconut!! Sedangkan dulu giler kaw - kaw tak leh nak teguk. Bravo!

Next , ke mana pula nak gi erk?

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Salon Muslimah Afiya di Taman Melati

1:41 PM Yanty Lee 5 Comments


Mencari salon muslimah yang khususnya khas untuk golongan wanita termasuk dengan perkhidmatan pakej penjagaan dan kecantikkan diri dalam dan luar? Ty syorkan u olls ke Salon Muslimah Afiya yang berdekatan Taman Melati Utama , Setapak.

Ustazah Isfadiah

Alhamdulillah selesai majlis doa selamat dan perasmian salon milik Kak Nana oleh Ustazah Isfadiah bersama jemputan yang hadir. Antara jemputan artis yang turut hadir ialah Ana Rafalli dan Fida Ibrahim

Salon Muslimah Afiya
Sebuah salon yang sesuai untuk golongan wanita. Muslimah di sini tidak tertumpu kepada golongan wanita beragama Islam sahaja tetapi bermaksud lebih terbuka dan lebih selesa untuk sesama golongan wanita tidak mengira kaum  , bangsa dan agama. Untuk si peneman ; contohnya suami dan sebagai boleh menunggu di ruang menunggu. Kawasan ni pun banyak port  santai kalau tak menunggu di salon.

Antara perkhidmatan yang ada ; 

Pakej yang disediakan

Perkhidmatan Body Massage

Ruang perkhidmatan & rawatan untuk rambut

Ruang mencuci rambut

Tips untuk ibu yang sedang mengandung bagi memudahkan serta melancarkan ketika bersalin  :
Ketika sedang mandi , kemam air dalam mulut sambil baca “Ya Muid” sebanyak 10 kali dan semburkan ke perut (kandungan).

Ok , bagi u olls yang nak dapatkan perkhidmatan dari Salon Muslimah Afiya atau maklumat lebih lanjut , boleh terus berhubung dengan Kak Nana

Salon Muslimah Afiya 
19-1 Jalan Melati Utama 4 
Taman Melati Utama
53100 Setapak
Kuala Lumpur

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kayu Nasi Kandar Penang

7:03 AM Yanty Lee 5 Comments

Main gila dan kerja gila. Dari Putrajaya , balik Penang hanya sekadar bermalam untuk 1 malam. Yang pasti , siang harinya tak sempat berjumpa pun seisi keluarga atau sapa-sapa pun yang lain.

Anti Social : Anak buah sibuk dengan henpon

Cam biasa , lik kampung kengkawan tersayang nak jemput sambil ternak lemak in middle of the night. Sebabkan semua ada kerja masing - masing , lepak Kayu pun jadi la untuk few minutes.

Signature kat Kayu : Roti Tisu
kemain kerenyih anne tu pun

Ni baru Nasi Kandar baq ang

Sebab Roti Canai , terus blend in dengan Qalesya si techit

Tidur berbekalkan berapa jam , lepas Subuh segala bagai teruskan perjalanan agak jauh pula. 

Off to Jerteh.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menu Baru Di Délifrance Malaysia

12:39 PM Yanty Lee 9 Comments

Jom ke Paris , pastu makan Délifrance dekat Eiffel Tower ! Ko hado?

Dari kecik memang kerap sangat la makan dekat restoran Délifrance ni. Sebabnya kakak kandung Ty pernah kerja dengan company  Délifrance sementara dapat kerja tetap. Maknanya dari kecik dah sampai ke Paris la gitu. Krik3X

Ter- teroqbek pula.

Délifrance | Restoren / Bakeri berkonsepkan "Café ala Perancis" yang menghidangkan pelbagai jenis produk roti dengan ramuan &  tepung sendiri di lebih 50 negara di 5 benua. Telah beroperasi selama lebih dari 25 tahun . Dan juga telah lama bertapak di Malaysia.

Bagi tahun 2015 , Délifrance telah mempromosikan beberapa menu baru yang lazat. Tiada istilah diet, rugi la kalau masuk Délifrance tapi sekadar nak lepak dan minum. *bakaqline*

Sarapan itu penting
Délifrance ada sediakan menu sarapan , asyik bedal Nasi Lemak / Roti Canai apa kata sekali sekala tukar stail pula kan. Kekonon breakfast di Paris , gitu. Menu sarapan Ty dari Délifrance ni nama dia La Tartine ; pilihan roti Quarter Baguette atau French Butter Croissant dengan sapuan Butter , Jem / Kaya. Permulaan hari yang kemain kebaboom.


Bagi penggemar tuna , wajib & harus makan Tuna D'Licious ; kombinasi antara tuna mayonis, kobis dan juga tomato yang segar memang terangkat habis. Roti boleh dipilih antara Baguette / Croissant / Ciabatta , ikut selera masing - masing.

Untuk yang suka makan daging , boleh cuba menu berasaskan daging. Tak semestinya makan dengan pilihan roti ja , pasta pun ada. Tak dapat diungkapkan la , rasa menu Meatball Sandwich & Meatball Pasta tersangat yummeyh!


Ha , yang mana kononnya tak boleh hidup apatahlagi memang tekak kena kedarah nasi , kat Délifrance ni pun ada served  nasi ye. Isi ikan dori ni dimasak dengan menggunakan kaedah "poach " , senang kata ianya di rebus dan dihidangkan bersama dengan sos sambal pedas. Spicy Fish served with Rice antara menu yang ngam sangat dengan selera orang kat Malaysia ni. 

Yang ni pula menu berasaskan ayam , Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce adalah ayam yang dipanggang dan dihidangkan bersama mashed potato  dan mushroom sauce. Menu ni sesuai dijadikan hidangan untuk santapan makan tengah hari ataupun makan malam. 


Bukan sekadar ayam , ikan , daging lembu ja yang ada , kambing pun ada. Sapa yang memang suka sangat makan daging kambing , wajib dan patut rasa menu Provencal Lamb Shoulder ni. Tekstur isi kambing ni berjaya buat Ty jamah dan makan. Lembut sangat dan sedap pula bila ngap masuk mulut. Lamb Shoulder ni dipanggang kemudian dihidangkan bersama provencal sauce bersama salad.

Menu baru ni memang korang kena sangat - sangat cuba kat Délifrance , Crois - Bread  boleh dimakan bersama pilihan ayam (chicken) / daging (beef). Tekstur roti dia , pergh la cakap. Melting gitu , gerenti layan punya. Kepingan isi ayam / daging pun senang nak kunyah dan hadam , tak liat langsung. *mohoncuba*

Seperti semua tahu , Délifrance memang terkenal dengan pastri. Lepas makan menu - menu hidangan yang berat , boleh jamah dulu pelbagai jenis pastri. Tak dapat dinafikan , setiap menu pastri semua teksturnya memang urrrmm teramat. Speechless  baq ang.

Antara pastri yang Ty dapat rasa kenikmatan umpana berada di Paris ,  Chicken Mushroom Bechamel  , Apple Turnover , Sultana Croissant , Tuna Mushroom Feulilette dan sebagai pemanis mulut yang si kecik molek lagi manis Macaron jadi santapan terakhir Ty. Pilihan Ty semestinya si ungu


Délifrance , ada 11 cawangannya kesemuanya di sekitar Lembah Klang iaitu di Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. Di Johor pula, ada dua cawangan iaitu di AEON Big Tebrau City dan JB City Square

Sebelah Utara , Délifrance boleh dikunjungi di cawangan barunya di AEON Taiping, Perak. Dan bagi orang Penang , jom kita dating kat Queensbay Mall  , boleh perabih RM50/- cash voucher. Kat KL ni patah kaki kan , melainkan ada yang sudi nak ngedate dengan tuan tanah. #eh

Untuk info lebih lanjut , terjah FB Page Délifrance [klik] dan juga nak tengok lagi gambar yang temptating ada di Instagram Délifrance [klik].

Dan , bagi 10 pembaca blog Ty , komen dan tinggalkan alamat emel di entri ini untuk dihubungi dan dapatkan baucer Délifrance dari Ty. Siapa cepat , bertuah la di ye.

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Langkah Kanan

11:52 PM Yanty Lee 5 Comments

Lapaq!

Kebuluran yang amat. Jadi peneman +Sue Izza jumpa geng #kelabbloggerbenashaari bagi baju kelab asalnya. Rumah terakhir yang kami singgah dan serbu sampai ke dalam rumah , rumah Kak +fiza fantagirO .

Tak dan tuan rumah hidang , terus terjah dapur. Siap amik pinggan cedok nasi sendiri. Buruk sungguh perangai mak tiri i sorang ni. Jahanam diet , nak makan nasi ke tak je dalam palahotak ni.

Tewas dan tergoda lagi ternoda.

Siap minta telur goreng lagi. Lauk makan malam yang menyelerakan , Daging Goreng dengan Sayur Campur. Nugget pun ada. Simple tapi berselera tetamu makan sampai licin.

Blurrpp

Alhamdulillah. Selepas 12 minit kemudian , perut yang kosong pun penuh. Rezeki , langkah kanan. Terima kasih banyak - banyak ye Kak +fiza fantagirO untuk makan malam.

Dah kenyang , terbongkang depan TV. Tak jumpa jalan pulang , mata terpaku layan CSI. 

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Drebar Bertauliah

5:42 PM Yanty Lee 4 Comments

Fuh! Weekend yang terlalu padat. 

Sabtu ke Setapak/Taman Melawati ada majlis pelancaran pembukaan Salon Muslimah Afiya sekaligus ada doa selamat. Akan hapdet nanti pasal salon ni.

Tidurnya jam 1 , bangunnya jam 4. Ko ghase? Liat nak tidur , liat juga la nak bangun. Pagi yang ting tong tiang. 

Sekejap ja seatbelt tu di depan.
(Sapa yang kenal Ty , sure tahu apa yang berlaku pada seatbelt tu)

Seharian jadi drebar. Serah kunci kereta cam gua pakwe dia pula si mak tiri ni. Percaya sungguhnya la dia, sedangkan baru seminggu insiden tak diingin terjadi. Dalam tingtong Ty , terjaga terus sebabnya nak kena drive kereta manual

Selfie while driving memang trend erk? Ke dikategorikan sakit mental juga?

Alhamdulillah.  Selamat sampai ke Bangsar untuk food review. Sesi menternak lemak yang bertingkek - tingkek. 

I am wearing the seatbelt , but where was it?

Tekanan masa harung sesak jem berkaya dan mentega tak se-redha dan se-tabah hadap dua orang penumpang kat belakang. Rasa nak lempang pun ada. Saiko & kerek nak mampus. Sesekali cuba kuar dari dunia mengarut dierorang untuk fokus pemanduan tapi jahanam. Nak aje berhentikan tepi jalan tapi bukan kereta sendiri. 

They make my day! 
Thank you bro +razzwey razz , sis +AyueJean AJ  also Mak Tiri ; +Sue Izza atas kepercayaan untuk memandu your lil beetle.

Few days to work , counting days!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen