Bercuti di Langkawi Lagoon Resort - Private Residence

Thursday, October 22, 2015


Ke Langkawi baru - baru ni untuk merehatkan kepala hotak yang bersirat serabut dan sempatlah luangkan masa dengan mereka - mereka terdekat di sana.

Alhamdulillah , rezeki menulis blog dapatlah merasa juga sebuah percutian penuh dengan privasi di 
Langkawi Lagoon Resort - Private Residence.

Itu bukan muka bangun pagi tak mandi tapi itu muka penat travel sengsorang dari Putrajaya terbangkan sayap kapal terbal terus ke Langkawi.

Bilik  Studio Suite yang penuh ketenangan untuk 3 Hari 2 Malam

Lokasi resort ini memang strategik dengan konsep "private" , sepanjang kat sini rasa aman tanpa gangguan atau bunyi bising . Pandangan mata pun tenang dapat tengok pantai luas terbentang. Sempatlah berjalan dan hirup udara tak berapa nak segar memandang seluruh Malaysia di landa jerebu , cumanya di Langkawi masih OK dan tak macam kat KL.

Jujur ni , tak puas repeat tidur - peluk BB kesayangan sebab singkat sangat masa. Bestnya , ada pilihan pasang air - con atau kipas siling . Keadaan sejuk memang peluk BB tak lepas la Ty. Puas guling - guling sambil tengok TV LCD [ bz kerja , tv pun tak tengok berbulan sebab tv ghumah meletop tanda protes lama tak switch on]. 

Meh tengok keadaan sekeliling resort Ty menginap.











Memang recommended untuk sesiapa yang nak bawa diri cari ketenangan jiwa dan raga [ahaks] , rehatkan minda dari segala kekusutan kerja atau kota yang penuh dengan istilah kesibukkan duniawi , paling strategik untuk pergi honeymoon bagi pasangan baru atau lama [pasti menjadi #eh] . Senang kata , memang tempat yang boleh pergi berehat untuk sesiapa sahaja.

Bagi yang nak menginap di Langkawi Lagoon Resort - Private Residence boleh lah tempahan bilik hotel dan lain - lain di laman web ini : http://langkawiresidency.com/ [klik] @ hubungi talian 013-6409111.

Atau boleh terus walk-in ke alamat berikut :
Langkawi Lagoon Private Residence
78, Jalan Kuala Muda,
Kampung Padang Masirat,
07100 Langkawi, 
Kedah, Malaysia

Ada sapa - sapa nak pergi nanti , bawa la Ty . Janji tak kacau percutian u olls , i olls nak ZzzZZzz je. Boleh gitu?

16 comments

  1. cantiknya ! ni kalau pergi honeymoon BEST ni heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. cantik la resort nie ty.. nanti kalau pi langkawi lagi nak stay kat sini la..=D

    ReplyDelete
  3. bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
    syoknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
    jelesnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    hahaha
    ntah bila nak pi lagi
    last pi taun 2007 huhu

    ReplyDelete
  4. lamanya tak gi langkawi..last pegi masa pregnant abg ngah..6 thn yg lepas..adoiii rindunya nak cuti2 cmni

    ReplyDelete
  5. Wow! Swimming pool nampak best! Terus tetiba nak rasa pergi cuti. Hmmmm

    ReplyDelete
  6. Indahnya...subhanallah..*jeles*..hehe.

    ReplyDelete
  7. Wow bestnyer..seronok lau dpt g sana..tenang je tempatnya..pohon kelapa melambai2 dku ke sana hahahahhaa

    ReplyDelete
  8. Very interesting blog. Alot of blogs I see these days don't really provide anything that I'm interested in, but I'm most definately interested in this one. Just thought that I would post and let you know. niche relevant

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.