Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) Blogger's Day di Zoo Negara

Monday, August 24, 2015


Ke Zoo Negara pula kali ni dengan keluarga besar #kelabbloggerbenashaari .

U olls nampak i olls kalau memang powerlah!

23 Ogos 2015 (Ahad) , satu tarikh dan hari yang perlu dibanggakan. Tahniah geng +Kelab Blogger Ben Ashaari terutama yang menjadi tulang belakang program Blogger's Day - +Farah Waheda Wahid . Ty berkesempatan join keluarga besar KBBA hampir separuh hari bersama untuk sesi lawatan sambil belajar di Zoo Negara semalam. 

Selepas sesi pendaftaran , pihak Zoo Negara telah pecahkan kami kepada 2 kumpulan ; Tiger & Hornbill. Tapi Ty dapat tag "PANDA" , tau la membulat bagaikan panda , perli i olls ke hape ni? Sebenarnya geng Panda bebas untuk ikut mana - mana kumpulan. Ty men redah je , janji sesi tour is complete with fun

Okay jom ikut Ty tour sama - sama , meh!

Butterfly Garden 

"Cinta ibarat rama - rama , makin dikejar makin menghindari , 
bila ia dibiarkan terbang bebas , ia datang tanpa diduga"


Dalam garden ni , boleh la tengok sendiri rama - rama terbang ke sana ke mari main acah - acah dengan korang sebab asal dah fokus lense nak snap je gambar dia pun terbang. Korang juga berpeluang tengok sendiri rama - rama hisap madu yang letak atas bunga raya. Macam - macam jenis dari segi warna , corak dan saiz rama - rama ada.


Dapat tengok macam - macam jenis orang utan pula. Ada yang mengada - gada juga erk spesis ni , memang tak cecah tanah bergayut je kat pokok. Kemain! 

Hornbill Centre


Paruh di memang power gila , panjang betul dan solid je. Umur boleh mencecah sampai 50 tahun. Sangat "wow"!

On the way ke akuarium terjumpa peguin tomey ni , teringkat kat adik sorang si +Emas Putih .

Tunku Abdul Rahman Aquarium



Port ni memang Ty rasa semua geng rasa nyaman . Relax la sikit kiterorang cuci mata tengok macam - macam jenis ikan dari saiz dan nama yang pelik - pelik. Dalam dok tengok ala - ala comel tu tertiba cam "mak ai amende ni?". Scary pula tapi bila Ty dah jumpa laut snorkeling ke dive segala dah lupa diri tak faham kan , ok abaikan. Janji memang cool!

Zoo Negara Show Amphitheatre


Kami dibawa ke zon layan live show dari binatang - binatang yang ada di zoo. Antara binatang yang terlibat ; burung kakak tua , singa laut , angsa etc. Comel je gelagat binatang - binatang ni. Salute la kat trainer yang boleh handle binatang tu semua. 

Lepas hampir sejam layan live show , kiterorang naik tram dan menuju ke Wild Life Park Restaurant untuk makan tengahari. Thank you , pihak Food Panda atas tajaan makan dan minum untuk KBBA Blogger's Day.

Bee Muzium



Layan madu asli pula selepas perut kenyang. Boleh rasa sendiri. Perghhh manis gila tak sepahit "bermadu" mungkin. - Touch wood!

Savannah Walk 


Sepanjang jalan nak ke Giant Panda Convention Centre sempatlah tengok badak , zirafah , kuda belang dan lain - lain.

Giant Panda Convention Centre



Ya , Fu Wa is in the zoo ! Sayangnya , Ty dan geng #kelabbloggerbenashaari tak dapat berjumpa dan tengok si ibu dan anak yang baru saja dilahirkan baru - baru ini di atas sebab tertentu. Mereka dikuarantinkan , kiranya dalam tempoh berpatang lah gitu. Sebab tu Fu Wa meratap je solo - molo. Apapun , Happy Birthday Fu Wa!

Tour sepanjang di zoo berakhir tapi aktiviti Free & Easy diteruskan bagi yang nak tengok gajah dan lain - lain binatang secara sendiri.

Apapun , it's a fun to learn and get some knowledge regarding the animals. Yang pastinya si emak ayah budak pun turut eksaited sama.

Sekali lagi terima kasih buat Zoo Negara , Cosmoderm , Food Panda , Wild Life , Curve , Bernama , Kosmo dan yang sama- sama turut serta bagi menjayakan KBBA Blogger's Day.

In sha Allah , KBBA akan terus mencipta sejarah lagi di masa akan datang. Aamiin.

30 comments

  1. Memang enjoy sesangat semalam tau Ty. Hehe... Best giler. Makin bertambah kuatlah ukhuwwah kita semua In Syaa Allah lepas ni. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. seronok depa naa.. comel ja tgk beruk tu duduk.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. Mesti banyak yg dipelajari kan. Suatu hari nanti ingatkan nak ke situ 😀

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Mesti banyak yg dipelajari kan. Suatu hari nanti ingatkan nak ke situ 😀

    ReplyDelete
  5. Best sangat semalam...puas ht..yg penting dpt jumpa family kbba...tahniah semua..

    ReplyDelete
  6. dah lama tak ke Zoo Negara..nanti boleh la ke sana lawat panda.hehe

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  7. Tgk zoo negara yg dlm masam2 manis p.ramle tu jer..haha!!

    ReplyDelete
  8. seronok tak terhingga..
    tidur pun ada senyum semalam..

    ReplyDelete
  9. nak tunggu mikhail besar sikit lagi, boleh bawak p zoo ..

    ReplyDelete
  10. Hihihi..panda pon berpantang..nampak korang semua happy..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih banyak KBBA dan sponsor
    Memang enjoy ...!!

    ReplyDelete
  12. seronok dapat berkumpul ramai2 dan tgk Panda..

    ReplyDelete
  13. seronok dapat berkumpul ramai2 dan tgk Panda..

    ReplyDelete
  14. bestnyeee....lama gile dh tak melawat zoo

    ReplyDelete
  15. memang best sangat! fun learning experience untuk anak anak dan mak bapak jugak

    ReplyDelete
  16. seronoknyaaaa. bila lah dapat join gathering KBBA

    ReplyDelete
  17. haaaaa.. anak2 enjoy sgt.. balik tu asyik cari bear.. hahaha..

    ReplyDelete
  18. pernah tengok hornbil tu depan mata kat chalet di pulau pangkor.. bestnya dapat tengok panda.. tu laa dengar berita kata anak panda dan ibu panda dikuarantinkan selama 2 bulan atau lebih..

    ReplyDelete
  19. alahhh mcm best je
    igt nak p terjah lah bln dpn
    harap2 en. hubby nak lah pergi hehe

    ReplyDelete
  20. teringin gak nak jd keluarga KBBA tp update blog pon tak berapa stabil lg.. hahaha..

    ReplyDelete
  21. bestnya join KBBA tu bila ekin boleh join ni datang dari group #BloggerUtara ni nanti.jemput2 baca blog pcisian kita ya

    ReplyDelete
  22. #Bloggerutara pun kena buat event camni. Baru syok. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  23. bestnyaaaa Ty hehe.. panda tu mokmok heh geram hehehe..

    ReplyDelete
  24. I see you in the pix!! I power kan kan hahahah (^-^) Was a great school trip and love the Zoo! ♥♥♥♥

    ReplyDelete
  25. lama dah tak kesini.. time kecik2 dulu jaa....

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.