SPECIAL SCREENING : Fast & Furious 7 Dibawa Khas Oleh Ambi Pur Malaysia

Thursday, April 2, 2015


SPECIAL SCREENING : Fast & Furious 7 | Filem yang dinanti-nantikan dah pun ditayangkan di panggung wayang. Berkesempatan untuk bersama - sama menonton dengan rakan - rakan media dan blogger lain di One Utama semalam yang telah dianjurlan sempena pelancaran bagi memperkenalkan Pewangi Kereta Fast & Furious 7 Edisi Terhad daripada Ambi Pur Malaysia.


Sambungan Fast & Furious 6 , selepas Dominic Toretto (Vin Diesel) , Brian O'Conner (Paul Walker) dan yang lain mengalahkan Owen Shaw mereka kembali ke Amerika Syarikat dan hidup seperti normal. Tapi , abang Owen, Deckard Shaw (Jason Statham) kembali untuk membalas dendam atas kematian adiknya. 


Part ni memang cool gila bila kesemua kereta diturunkan menggunakan kapal terbang dengan paras ketinggian dari langit. Dan pendaratan di kaki gunung dengan menggunakan parasuit .


Secara realistik mungkin sukar tuk digambarkan , ada juga adegan "melompat" dari bangunan ke bangunan lain dengan  sports car  Lykan Hypersport yang bernilai hampir $3.4 million. 

~ If one day the speed kills me , do not cry because I was smiling ~

Lepas kematian Paul Walker, watak Brian O'Conner di sambung oleh dua adik beradik dia ; Kaleb & Cody dan turut dibantu dengan teknologi CGI untuk memastikan watak Brian disambung dengan baik. Cumanya penampakkan dari segi perbezaan fizikal antara Paul dengan adik beradik dia yang lain sebab texture body diorang agak berbeza. Last scene boleh la tenung pada watak Brian memang ada sedikit kelainan.


Sadly is the ending , sebabnya ada short tribute untuk Paul dengan sedikit sedutan dari filem Fast & Furious yang sebelum - sebelum ni. Sob..Sob..Sob.. RIP Paul Walker ; 12 September 1973 - 30 November 2013.

Dengan awek & Nissan Skyline GTR R35 bernombor plat FURIOUS 7


Terima kasih kepada pihak Ambi Pur Malaysia atas jemputan untuk sama - sama menonton Special Screening Fast & Furious 7. Dan juga cenderahati Pewangi Kereta Fast & Furious 7 Edisi Terhad.

Pewangi Kereta Fast & Furious 7 Edisi Terhad

Pewangi Kereta Fast & Furious 7 Edisi Terhad direka khas untuk para peminat Fast & Furious 7 , pewangi kereta eksklusif boleh didapati dalam tiga (3) varian ; Klip Premium Fresh Drift [RM19.90] dan Turbo Frersh [RM19.90] untuk menghilangkan bau sehingga 60 hari dan Klip Mini Turbo Fresh [RM12.90] untuk menghilangkan bau sehingga 30 hari. Rekaan anggun Klip Premium menambah sentuhan hebat kepada rekaan dalaman bagi peminat kereta yang sentiasa mahukan kenderaan lebih nampak menyerlah.

Untuk maklumat lebih lanjut ; 

4 comments

  1. seminggu sebelum tayangan dah beli tiket...
    nasib baik la beli awal..sbb skrg nie tiket hari² sold out...
    memang terbaik laaa....
    Singgah pagi....

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tengok sebab ni last Paul tu ada. Huwaaa. Dahla mati masa besday kita. Sedih !. Tapi bila abad tah nak pergi tengok. Wakakaka.

    ReplyDelete
  3. bestnya!! bila nak tengok ni..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.