Sambut Hari Jadi Blogger Ben Ashaari di Flora Kafe , AmpWalk

11:12 AM Yanty Lee 5 Comments


 A month belated birthday "boy"

30 Nov 2014 , tarikh hari jadi blogger hebat Malaya , Ben Ashaari . 
Sambutan dan majlis diraihkan bersama dengan geng – geng blogger lain juga anak kepada Farah Waheda, Iman Firah yang diadakan secara ringkas di Flora Kafe , The AmpWalk [klik].

Selamat Hari Jadi , semua! [belated dah]



Pakej sambutan hari jadi yang ditawarkan oleh Restoran Flora Kafe
- RM25/- untuk dewasa & RM10/- untuk kanak – kanak 6 – 8 tahun 
- Antara Menu yang disediakan ; Cucur Udang , Rojak Buah , Nasi Goreng , Mee Hoon Goreng , 
Kuih Tradisional Melayu , Bubur Manis , Air Sirap , H2O (Air Putih)











Untuk hiasan dekorasi seperti belon dan kek , boleh berunding dengan pihak restoran. Pasti mendapat layanan yang tip top dan tidak menghampakan.




Satu memori yang indah dan tak dapat dilupakan sebagai kenangan abadi bila dapat bersama- sama meluangkan masa di sini dengan suasana seperti bukan di restoran biasa. 


Terima kasih Flora Kafe & Niena Cke.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part II : Percutian Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari Di Bukit Gambang Resort City

2:26 PM Yanty Lee 5 Comments


Terlupa diri seketika


Bangun pagi terus gi breakfast. Ini baru "sarapan pagi" , variety choice of morning breakfast hado. Dak +Fatin Bella dah tak keruan. Caribbean cafe memang bapa besar , orang ramai gila. Tak de nak melantak sangat sebab semua tak sabar nak ke theme park.







Tak tahu nak taip apa sebab dari bapak budak , mak budak , semua memang lupa diri. Walaupun tengah hujan renyai - renyai pun , tak dikisahnya. Janji puas! Habis berendam , nak nangis rasanya bila tona kulit dah bertukar warna. Oh man!

Ke Safari Park dulu sebelum gerak ke Kuala Lumpur / Putrajaya.

seghupa dak?

Muka kepenatan

Terima kasih sekali lagi buat firma guaman rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari  untuk penajaan percutian ini. Walaupun last minute di paksa untuk turut serta dengan geng blogger lain , it was a great and wonderful short trip dengan korang. 

Next trip? In Februari , perhaps.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Makan Tengah Hari Di Bunian @ Warung Tapak Sulaiman

12:16 AM Yanty Lee 3 Comments


Penuh meja , makan ke melantak?

Kerja dah habis bro! Sebelum semua bercuti panjang sampai tahun depan , unit yang sentiasa beroperasi kali ni secara mendadak terpaksa shut down operation. Apa - apa kerja tunggu tahun depan. Aktiviti luar tak sempat nak rancang , cumanya ke Warung Bunian @ Warung Tapak Sulaiman untuk makan tengah hari bersama. 

Menu hari Selasa ; 

Ikan Goreng

Gulai Udang Galah

Sambal Ayam

Hancur betul diet ! Habis control  dah untuk makan tapi agak tertewas. Mampu tengok je +ara leeya menambah tapi tabik spring dengan +Nadia Azis boleh dia makan lauk je. Memang betul - betul diet la ko , Nad! 


Argh , tak ready tapi ni je ada. Jadilah.

Sebenarnya big bos yang belanja tapi dia tak dapat nak join masa makan , kami semua dah habis makan baru dia sampai. Apa pun tarak boleh. Anyway , thank you bos!

Alamat : 
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN 
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN, 
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG SELANGOR. 
No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang

Untuk pengguna GPS di semartpon , boleh cuba connect terus ke link ni - http://4sq.com/i144e2.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bantuan Kerahan Tenaga Buat Mangsa Banjir Pantai Timur

6:31 AM Yanty Lee 2 Comments



Malam semalam geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sempat menghulurkan bantuan sumbangan kerahan tenaga bagi membantu mengasingkan dan membungkuskan barangan dan keperluan yang telah didermakan buat mangsa - mangsa banjir di Pantai Timur ke dalam lori - lori. In sha Allah dan mudah - mudahan segala urusan penghantaran selamat sampai kepada mereka di sana. Aamiin.






Kami hanya mampu membantu dari jauh. Ramai yang datang ke KPM , Kompleks E untuk turut sama membantu. Alhamdulillah. Kerja - kerja pemindahan masih berlaku sehingga lewat malam tadi. Dan in sha Allah , kami akan ke Pantai Timur untuk membantu rakan - rakan #kelabbloggerbenashaari bagi meringankan beban yang dihadapi.

Mohon bantuan seluruh rakyat Malaysia bergading bahu untuk membantu mangsa banjir , bukannya menjadi "keyboard warrior" semata - mata di laman media sosial.

Pray For Pantai Timur !

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part I : Percutian Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari Di Bukit Gambang Resort City

11:43 AM Yanty Lee 5 Comments


Park kereta tengah-tengah alam & snap gambar.

20 Dis 2014 , ke Pahang lagi lepas bertugas atas urusan rasmi. Kali ni perginya dengan geng - geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari untuk percutian ringkas. Jangan ditanya , tak puas ke gi Pahang? Kerja dan bercuti sangat beza ye sayang oi.

Sepatutnya tumpang mak tiri [kliktapi last minute bertukar jadi driver pula. Apa je la deknon , janji selamat sampai.

Tahu bawa je kereta apa pun tak check

Garang kata dierorang , nyawa sayang oi bukan boleh beli.

Check - in  pukul 3 petang , sampai jam 1 petang. Masing - masing dah lapar , jadi singgah kedai makan area berdekatan dengan UMP. 



Nanti Ty akan review kan bilik dan tentang Bukit Gambang Resort City ye.

Di sebelah petang , kami ada perjumpaan dengan pihak firma guaman rasmi untuk Kelab Blogger Ben Ashaari. Sesi suai kenal dan sedikit pendedahan tentang apa yang kami sebagai blogger layak untuk mempertahankan hak dari segi penulisan dan sebagainya. Bagi yang berminat dan mencari firma guaman untuk urusan sendiri , boleh PM Ty untuk dapatkan contact Kak Wan dan Kak Nett.

Layan perlawanan bola sepak sebelum ke Teluk Cempedak

Makan malam buat #gengkuatmakan di Teluk Cempedak

Part ni memang Ty konpius gila, lapar sungguh ke dak - dak ni ? Hancus diet tapi memang tak boleh nak telan banyak sangat pun. Mampu jamah small portion  je. TQ +Emas Putih untuk makan malam ni.

Masa ke Pahang atas urusan rasmi , memang tak sempat nak ke mana pun. Jauh juga kalau nak ke Teluk Cempedak ni. Tapi kalau ada kereta sendiri , ada juga Ty redah. Port baik , weyh! Sayang nya mampu tengok dinding bilik hotel je. Happening gila

Dah macam dekat Bali , Indonesia

Gigih sakan naik sampai atas memalam


Berpacaran sangat kan?!


Oh for God sake , ini baru ada LIFE! Memang happening gila , teringat masa gi Bali [klik] awal tahun. Kat Teluk Cempedak (TC) ni ada McD , KFC , Starbucks 24jam. Ruginyalah tak ajak geng opis lepak sini , ahaks.

Balik ke Gambang , semua dah ting tong. 


5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rindu Dan Sayang Tapi Tinggal Kenangan

6:04 PM Yanty Lee 1 Comments


Dia ; kesayangan 

Sejak Deepavali lepas,  terpisah dengan Dia. Pagi perayaan Deepavali sempat singgah Cameron Highlands dulu sebelum terus balik ke Penang. Itu lah kali terakhir jalan jauh dengan Dia. Dan terakhir sentuh dan bawa. Di Penang dah bersilih ganti stereng Saga BLM dan Preve. 

Balik ke Putrajaya dengan Preve. Sayunya, hampir sebulan lebih ke kerja dan ke mana saja dengan Preve. Nampak je spesis Waja terus tertanya "apa cer kete gua kat Penang tu?". 

Patutnya hujung bulan Nov nak balik hari untuk tukar balik kereta tapi dapat perkhabaran kurang enak. Terbantut di situ. Minggu - minggu yang sibuk dengan segala macam aktiviti dan dengan hanya perbincangan menerusi atas talian dengan Daddy dan Mummy. Mampu setuju dan akur apa saja.

Hakikatnya kecewa berbaur sedikit gembira.

Sehari sebelum kerja luar pejabat di belah utara,  Mummy & Daddy datang dengan Mr.Reddy. Dan kunci kereta bertukar milik. Penat dah lenjan Preve milik Mummy. Hari - hari call dan Whatsapp,  sekadar tanya "kereta Mummy OK tak?", anak ni sihat ke makan ke tidaknya di tanya. Macam tu la cheq sayang Waja cheq oi!

Mr.Reddy,  pilihan warna mencapap dari Daddy yang kononnya ada "ong". Betui nya cina la Daddy ni. Aku? Redha dan sign ja. Tengah sibuk dengan macam - macam hal maka nya malas fikir.

Walaupun sekarang dengan Mr.Reddy, Dia tetap gua rindu.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen