Penat Duniawi

11:19 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam olls ,

Menghilang. Tenggelam , Timbul. 
Blog pun traffik segala ke gaung gamaknya. Bukan disengajakan. Arahan , bila saya yang menurut perintah.

Sibuk dengan kerja hakiki ,kerja yang bakal bertugas di luar kawasan , tolong teman segala kawan sekeliling yang macam - macam kerenah semestinya lebih kepada menyakitkan hati ditambahpula dengan pentingkan diri sendiri.

Bakal outstation minggu kedua dan ketiga. Walaupun banyak dugaan dan rintangan dalam berhubung dengan pihak hotel sekitar Seri Iskandar dan Gambang , Alhamdulillah semuanya In Sha Allah dah OK.

Semoga perjalanan ke sana nanti , baik - baik hendaknya.

Tak cukup tidur , terlalu penat.

Sentiasa rasa lapar , gemukla bila stress ja makan. Oh tidak!

Ke IOI City , melantak dan menternak lemak di Absolutely Thai.


Port untuk orang berada , kalau perasan bajet nak guna barang berjenama sini la tempatnya dari nun jauh dari KL. 

Sedar diri.

Syukran , hari ni dapat lari dari kerja awal dan uruskan urusan gathering birthday 30 Nov 2014 ni nanti. Birthday siapa , dia seorang blogger yang pastinya dikenali di kalangan blogger - blogger lain.

Semoga urusan sehingga hari kejadian baik sahaja.

Stress dan dalam kepala macam - macam yang ada.


Menternak lemak lagi untuk makan malam di Nando's. Hot Peri - Peri yang hot ikut mood sekali.

Penat , dengan segalanya. Masalah sendiri , berdepan dengan manusia yang pentingan diri sendiri tapi tak sedar diri (kata ke orang pandai) , kerja - kerja pejabat dari hakiki ke hakikat. .

Esok nak ke KL untuk food.treaseure hunt. Bertambah boolat ka nanti?

~Perlukan suntikan untuk semangat mnulis blog.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Makan Sushi King Dengan BFF

9:45 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Best part bila balik Penang , dapat jumpa BFF selain keluarga tercinta. Cumanya tak selalu dapat berkumpul dan cukup korum.


Port untuk berjumpa mesti kat Sushi King , tempat kerja Wany. Bukan sekadar jumpa tapi menternak lemak sudah semestinya.



Penuh meja dengan makanan. Restoran sebenarnya dah tutup. Kami ja special customer , siap kereta pun Ty park depan kedai. Kau rasa?

Wajah - wajah kesayangan cheq

Kat Putrajaya ni tak de geng yang suka makan sangat sushi - sushi ni. Sebab tu la balik Penang ja dapat tibai macam ni. Rindu gila kat depa , kempunan pula nak makan sushi.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pengorbanan Seorang Bapa

9:13 PM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls ,

Sunyi kembali teratak moden tak seusang dek dikatakan mereka untuk diumpamakan. Hampir sebulan kedengaran bebelan , teguran oleh dia bergelar seorang ibu yang menghidupkan suasana di setiap ruang - ruang sudut yang membeku dengan seribu juta bahasa nan sentiasa sunyi sepi.

Hari ni , kembali suram dan sunyi sepi.

Hari ni juga , mummy dah pun di bawa balik ke Penang. Tinggallah diri ini sebatang kara sendirian. Tidak lagi berteman.

Chaaaakkkk!

Pagi tadi , Daddy bertolak dari Penang , sampai di Putrajaya jam tengah hari. Selesai makan tengah hari , masuk pejabat balik. Daddy hantar , manja sat ja pun. Bila lagi kan? Teringat zaman sekolah , Daddy la yang hantar dan ambik. Setia menunggu baby girl ni yang aktif dengan Kurikulum.

Oh how I miss schooling time.

Lepas waktu kerja , Daddy & Mummy jemput dekat opis. Stereng bertukar tangan balik. Datang balik hari , Daddy & Mummy balik ke Penang. Mudah - mudahan perjalanan pulang ke Penang semuanya baik - baik hendakNya , In Sha Allah , Aamiin.

Missing them already. 
Haruskah mohon pertukaran balik ke negeri asal?

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ubi Kayu Rebus

9:53 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Musim hujan , sejuk je rasa. Dekat opis hujan ke tak , sentiasa sejuk. Membeku jadinya.

Tapi kalau sejuk - sejuk ni dapat makan Ubi Kayu Rebus cicah dengan gula / sambal memang terangkat kan?



Umpppphh , sedapnya. Teringat masa ke Cameron Highlands baru ni dengan Mummy & Daddy sebelum lik Penang.

Sendiri post entry , sendiri terliur. Acaner?

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mood Menulis Blog Hilang

7:16 PM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls ,


Ya ampun , kenapa jadi macam ni? Ke mana perginya semangat menulis blog sendiri ni? Hendak di kata kerja di pejabat bukanlah bertimbun mana pun. 


Heran.

Semangat yang dipasang untuk update setiap hari , lesap begitu saja. Sedangkan ada ja boleh dicoretkan untuk diabadikan dalam blog sebagai kenangan.


Mungkinkah sebab kekangan masa dengan keluarga , sedara mara yang datang bertandang? Argh , bukan alasan munasabah , kan?


Malas? 

Tak , sebab masih membaca blog kengkawan yang lain dan tinggalkan komen - komen. 


Bilik dah kemas , tak lagi serabut mata dan kepala menengoknya. Harap malam minggu ni dapat idea mencurah - cirah untuk terus menulis.

Blog pun tertulis , beramgan nak jadi penulis novel. Huh!

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rindu Zaman Kegemilangan Bola Tampar

6:55 AM Yanty Lee 5 Comments


Salam ,


Bersukan lagi. Memang dah sebati kot dengan diri ni. Semua jenis sukan nak cuba main sejak dari di bangku sekolah lagi. Cumanya dulu lagi aktif main sukan hoki waktu masih sekolah.


Baru ni main futsal dengan ping pong. Dua jenis sukan yang langsung tak ada pengalaman tapi sebab dah minat , apa saja diajar pasal sukan tu senang je faham.


Malam semalam bermula latihan bola tampar di bahagian tempat bekerja. Sukan paling dirindui.Teringat zaman sekolah , mula main bola tampar dari sekolah rendah lagi. Nostalgia sangat yang hanya tinggal kenangan.


Satu je yang tertanya , kenapa tak kira lah golongan perempuan ke lelaki tak minat sangat sukan bola tampar ni? Sakit tang mana la gamaknya , imaginasi betul la. Huh~


Daripada nak gi tampar ntah sapa - sapa lelaju , baik lepas geram main bola tampar. 


Mampu rindu je zaman sekolah , sekarang dah kerja. Cepatnyalah masa berlalu.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Burger Byte , Subang Jaya

7:03 AM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls ,

Makan burger lagi. Tapi kali ni di restoran Burger Byte terletak di Subang Jaya.  

 { Naked Burger }


{ Redang Burger }

Portion memang mengenyangkan , perut kenyang sangat lepas makan kedua - dua menu ni. Itu pun kongsi dengan Mummy. 

Restoran ni adalah milik perniagaan seorang artis terkenal , Zizan Razak. Nak kata minat dan sebab ke sini , sangatlah tidak ye. Cumanya kebetulan ada urusan berdekatan jadi lapik perut sampai ke malam.

Dan sebab dah sampai kat area sini , tersinggah beli buku dekat kedai I Am Lejen Press. 

Burger Byte paling dekat Bangi pun ada. 

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sebalik Tabir Sesi Bergambar Kelab Blogger Ben Ashaari

5:58 PM Yanty Lee 7 Comments


Salam u olls ,




Cerita Ahad lepas , bila semua geng blogger - blogger di bawah naungan Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul untuk sesi bergambar di My Creative Pixel Studio yang terletak di Setapak , Kuala Lumpur. Bukan sahaja di kalangan blogger sekitar KL , Selangor dan Putrajaya sahaja tapi juga ada yang datang Johor , Kelantan dan Pulau Pinang. Alhamdulillah , semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh. In sha Allah , Aamiin.


Warna merah dan hitam menjadi pilihan tema kami untuk sesi bergambar.




Sepanjang sesi bergambar , kami di taja dari segi mekap , shawl  dan juga aksesori. Retis sangat kan we olls. Seperti gambar di atas , Etty Garib adalah juru mekap kami bertiga. Hasil mekap yang tampak natural dan bersahaja digunakan kepada kami. Semestinya , kami sangat berpuas hati juga gembira dapat bekerjasama dengan Etty. Terima kasih , Etty Garib untuk mekap dan juga dandanan rambut Ty.



Wajah - wajah dengan hasil touch - up oleh Make - Up Artist (MUA)



Berebut gegadis nak selfie dengan Eraz Fadli


Untuk gambar dari studio , masih lagi dalam proses. Entah macam mana rupanya bila masing - masing berposing semaut mungkin di hadapan lensa kamera. 

Menanti dengan penuh debaran. 





Selfie itu perlu di mana - mana sahaja.


Apapun , jutaan terima kasi buat semua rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan para penaja yang telah memeriahkan lagi menjayakan sesi bergambar kali ini.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kemaruk Main Ping Pong

7:11 PM Yanty Lee 5 Comments

Salam u olls ,



Main ping pong pula , kemaruk sangat sedangkan tak reti pun main. Tapi dah terpampang meja ping pong umpama tadah suh main. Apa lagi , main sampai office gelap gelita. Betapa lupa diri bila dapat rentak cara nak main game ni.


{ Gaya itu penting }


Dengan baju kurung , itu perkara biasa ye u olls. Pernah ke Ty main apa - apa game dengan proper attire. Badminton & Futsal ja la setakat ni memang degil main dengan baju kurung. Apa de hal ! Janji puas. Opsss.




Yeah ! This is the spirit. Sibuk dengan kerja bukan bermaksud tak boleh bergaul dan bersuka juga bersukan. Tengok apa dah jadi dengan hakak - hakak kat opis Ty , enjoy betul layan main ping pong. Dari deme menghadap kerja depan PC , atleast berpeluh juga kan main sukan.

Dah jadi aktiviti harian pula , jangan kerja ke laut sudah.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday - Comel Tak Yanty Lee ?

7:52 AM Yanty Lee 10 Comments




Comel tak?

Hasil Make - Up Artist , Etty untuk sesi photoshoot dengan blogger - blogger
Kelab Blogger Ben Ashaari.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

2:58 PM Yanty Lee 8 Comments



Klik banner dan jom sama - sama berblogwalking

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen