Cabaran 30 Hari Berakhir - Senarai Penuh Entri

9:53 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Alhamdulillah , selesai sudah hari - hari sepanjang bulan September dengan menupdate entri setiap hari. Cabaran 30 Hari disahut dengan cemerlang sekali. Bagi yang masih terkejar - kejar , teruskan sebabnya tiada pemenang atau pengalah dalam cabaran ini.

Jom terjah kesemua 30 entri cabaran Ty ,

  1. Hari 1 - 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Diri Anda [klik]
  2. Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati Yanty Lee [klik]
  3. Hari 3 - Sesuatu Yang Menguatkan Yanty Lee [klik]
  4. Hari 4 - Buku Kegemaran Anda [klik]
  5. Hari 5 - 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih [klik]
  6. Hari 6 - Yanty Lee Makan Apa Hari Ini [klik]
  7. Hari 7 - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Pada Yanty Lee [klik]
  8. Hari 8 - 5 Lagu Cinta Kegemaran [klik]
  9. Hari 9 - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian [klik]
  10. Hari 10 - Apa Di Dalam Handbag [klik]
  11. Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak - Kanak [klik]
  12. Hari 12 - 5 Wishlist [klik]
  13. Hari 13 - 5 Blog Kegemaran [klik]
  14. Hari 14 - Cerita Kasut Saya [klik]
  15. Hari 15 - Surat Kepada Seseorang [klik]
  16. Hari 16 - Siapa Dan Bagaimanakah Anda 10 Tahun Lagi [klik]
  17. Hari 17 - 5 Perkara Yang Dirindukan [klik]
  18. Hari 18 - Siri TV Kegemaran [klik]
  19. Hari 19 - 1 Resepi Kegemaran [klik]
  20. Hari 20 - Quote Kegemaran [klik]
  21. Hari 21 - Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi [klik]
  22. Hari 22 - Destinasi Percutian Impian [klik]
  23. Hari 23 - Pekerjaan Yang Ada Ingin Selain Kerja Anda Sekarang [klik]
  24. Hari 24 - Rumah Impian [klik]
  25. Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca [klik]
  26. Hari 26 - Gadjet Kepunyaan Anda [klik]
  27. Hari 27 - Mood Hari Ini [klik]
  28. Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya" [klik]
  29. Hari 29 - Bunga Kegemaran Dan Ertinya [klik]
  30. Hari 30 - Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini [klik]

Klik ! Terjah , baca dan komen la sesedap rasa. Eh!


WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDsss...!!

September akan menutup tirai berapa jam je lagi...

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini

12:00 AM Yanty Lee 5 Comments

Salam u olls,

Yeahaa! Dah cukup ngam - ngam 30 Hari sudah Ty menyahut Cabaran 30 Hari yang dikendalikan oleh Kak Sue Izza.

Korang terangkut ke entri? Nampak gaya macam ramai je kan yang terkandas. Tak tercabar betoi.

Ok. Titik noktah!

Hari 30
Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini

Di awal tahun sampai sekarang,  Ty umpama sebatang kara. Terkapai - kapai sendirian tanpa sesiapa yang paling rapat di sisi dan senantiasa ada 24 jam di depan mata. Alhamdulillah. Semuanya Ty OK dan baik - baik semuanya.


Nak dibanggakan atau pun tidak Ty rasa ye. Ty tanpa fikir -ve dan dengan penuh yakin,  drive sendirian balik ke Penang dengan niat nak buat kejutan buat keluarga bagi menyambut bulan Ramadhan. Sayangnya dugaan datang menimpa dan tiada siapa yang tahu pada mulanya. 

Apapun Ty terima dengan redha dugaan sebelum menyambut Ramadhan. Semuanya ok. Perjalanan pergi dan balik juga selamat.

Dan bangganya lagi, 
Ty berjaya update entri setiap hari dan habiskan cabaran ini. Alhamdulillah. Yeeee!

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 29 - Bunga Kegemaran Dan Ertinya

1:07 PM Yanty Lee 8 Comments



Hari 29 :
Bunga Kegemaran Dan Ertinya

ROS
- melambangkan diri Ty sebab nama penuh Ty bermula dengan "Ros" (minta yang tahu nama penuh tu tak payah gegatal komen , ek). 

Cantik di pandang tapi durinya berbisa dan sakit boleh menyebabkan luka. Faham kan lah ye maksud tersirat.

Ada sapa - sapa nak kirimkan sejambak bunga ros pelangi tu Ty x?

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 28 - 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

8:59 PM Yanty Lee 3 Comments



Salam u olls, 

Fuh! Sekejap nya dah hari ke 28. Sapa masih menyahut lagi Cabaran 30 Hari? Ramai dah tewas nampaknya.

Hari 28
5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Andainya satu hari nanti semua tahu siapa Yan Ty yang sebenarnya,  Ty mohon maaf atas segalanya.

Andainya Ty perolehi kekayaan suatu hari nanti  , Ty nak Mummy dan Daddy juga seluruh keluarga Ty ke Tanah Suci.

Andainya perpisahan antara kita tercetus,  halalkan makan dan minum Ty. Bila ada yang menyebut tentang Ty cukupla sekadar berkata korang kenal bukan menceritakan perihal yang tidak baik.

Andainya Ty berjaya dalam industri berblogging. Ty harap Ty tak lupa diri dan tak bajet dengan kengkawan lain.

Andainya Ty pergi dulu....
Ty rayu sangat janganlah lupuskan bantal buchuk Ty. Tolongla jangan dia sebaik mungkin. Itu sahaja mungkin akan jadi kenangan terindah dan kekal abadi untuk terus mengingati Ty. Tolong ye.

Terima kasih. 
Ty yang jujur

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 27 - Mood Hari Ini

5:33 PM Yanty Lee 1 Comments

Salam u olls ,

Hari sabtu , hari cuti. U olls ok tak?
Mood korang macam mana?

Hari 27
Mood Hari Ini





Mood tak happy! Sebabnya orang lain hujung minggu penuh dengan aktiviti luar tapi Ty perlu berehat saja di rumah. Demam masih tak kebah. Dating dengan ubat je. Sadis. Sunyi je rasa.

Sayang Ty kan? Tolonglah doakan Ty cepat sihat ye awak - awak.
Terima kasih.

Oh , ya. Susulan entri semalam. Pagi tadi Ty dah ke klinik dan mendapatkan rawatan doktor. Alhamdulillah dari segi teknologi manusia Ty demam biasa. 

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Minit

10:27 PM Yanty Lee 3 Comments


Mana yang ikut update entri - entri dari blog Ty ni pastinya tahu yang Ty sahut Cabaran 30 Hari. Tapi malam ni lain sikit sebab nya Ty dapat call dan whatsapp yang tak menang tangan. 

Sebabkan Ty dari hari Selasa mula tak sihat , mungkin faktor cuaca yang terlalu panas di Melaka kot. Baru ni kan pi bercuti kat sana. Atau memang takdir Ty nak jatuh sakit.

Bermula dengan kahak berdarah. Kemudian badan panas membahang , sendi jadi sejuk sampai mengigil. 

Liat jumpa doktor dan makan ubat. Sebab apa? Klinik atau Hospital kat Putrajaya ni service lambat gila. Tunggu lama, sekali jumpa Doktor tak sampai 5 minit. Walaupun Mummy dan Daddy Ty sendiri medical line tapi tak sama macam kat Penang. Maaf ye bukan nak compare , I've been here for 6 years. 

Bila dapat call nak bawa gi klinik memang tak la jawabnya. Satu hal lagi , Ty memang tak suka sangatlah nak menyusahkan orang lain dengan masalah sendiri. Tak reti sungguh. Sebabkan degil sangat ada cabaran yang Ty kena dengar kata dan akur dengan arahan abang dan kakak blogger.

Pengiraan dalam masa 30 minit Ty kena makan ubat dan menghantar gambar sebagai bukti.

Umur je dah 26 tahun tapi cam kanak - kanak ribena je kan. Owh , Ty memang tak nampak pun dewasa. Bagus juga tu. Forever young gitu.

Nah !


Muka minta penampor kan? #bilalastkenalempang bak kata Kak Sue Izza. Pas makan ubat dierorang paksa suh tidur. Jadahnya wei , tak memgantuk lagi sebab tu membebel kat blog. Terupdate la entri santai satu.

Esok nak selpie dengan doktor , cheq kena gak gi hospital. Alahai...

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari: Hari 26 - Gadjet Kepunyaan Anda

4:53 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Gadjet memang satu keperluan yang penting buat masa kini. Dan menjadi satu ikutan (trend). Kalau orang tak ada gadjet yang up to date ini umpama tinggal zaman batu. 

Hari 26 :
Gadjet Kepunyaan Yanty Lee

No Handphone , No Life

Hidup tak lengkap wei , bila tak da henpon - henpon ku , nak baq ampa. Tambah - tambah pula bila bateri kong. Mati kutu. Power bank kalau ada pun mesti cepat habis , apatahnya bila lepak dengan geng blogger semua masing - masing nak live update. 

Netbook berusia hampir 6 tahun , si pemberi pun selalu gak tanya khabar netbook ni.

Dulu rajin lah bawa ke hulu ke hilir netbook ni , cumanya sekarang nak update entri / blog Ty dah terbiasa dengan henpon jadi. Tapi masih gunakan netbook. Tambahan pula baru - baru ni Ty dah install Anti Virus Kyrol buatan anak jati Malaysia sendiri.  In sha Allah akan lebih OK lah kot netbook Ty. Aamiin.

Pentingkan gadjet ni?!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Steamboat @PICC , Putrajaya


Salam u olls ,

U olls suka dan gemar makan steamboat tak? Jom ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , Putrajaya dan makan hidangab bufet steamboat yang menawarkan pelbagai makanan laut yang segar , daging , ayam , ladu dan sayur - sayuran dengan aneka jenis sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan makan malam di sana. U olls boleh memilih untuk pelengkap bersupkan sup ayam dan halia atau tomyam. Bubur , ais kacang , spagethi , makanan Melayu turut ada bagi memeriahkan lagi suasana ketika sedang menikmati hidangan steamboat.


Antara pelbagai sos dan perasa yang ada




Himpunan pelbagai jenis sayur - sayuran yang segar


Ini pula makanan laut yang segar dengan kepingan daging juga ayam


Pencuci Mulut dengan pelbagai jenis buah - buahan dan juga jelly


Ais Kacang juga ada.

Harga hidangan steamboat bagi golongan dewasa RM35/nett manakala bagi kanak - kanak pula harganya adalah RM18/nett.

**
Bagi kanak - kanak di bawah usia 5 tahun adalah percuma.

Hidangan bufet ini bermula dari jam 6 petang hingga 10.30 malam dan dibuka pada setiap hari , kecuali hari Ahad.


Berita gembira !


Kini , u olls boleh menikmati steamboat dengan harga kadar diskaun! Diskaun sebanyak 20%. Menjadikan harga dewasa adalah RM28/nett dan RM14/nett untuk kanak - kanak.

Promosi bagi kadar diskaun ini bermula dari 25 September hingga 31 Disember 2014.


Sambil menjamu selera , uolls akan didendangkan dengan nyanyi dari band tempatan.

 Barisan chef -chef hebat yang menyajikan hidangan bufet steamboat di PICC


Geng #kelabbloggerbenashaari bersama - sama menikmati hidangan bufet steamboat di PICC

Untuk sebarang maklumat / tempahan , bolehlah u olls menghubungi :

Talian : +6038876000
Faksmili : +60388876499
Laman Web : www.picc.com.my


Pastikan u olls ke sana ye ! Ty jamin u olls akan puas hati dan kenyang sampai lebam tambahan pula makan dengan seisi keluarga tersayang mahupun insan tersayang. Ajaklah kawan - kawan ke sana , pasti mengamitkan kenangan bersteamboat bersama - sama.

Selamat Menyamu Selera!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca

1:25 PM Yanty Lee 4 Comments



Hari 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca

""Seorang ibu terpaksa menjalani detik-detik cemas apabila bayinya digigit dan dicengkam oleh seekor biawak besar. Kejadian berlaku di Kampung Tekek, Pulau Tioman Pahang. Menurut ibunya pada kira-kira jam 10.30 pagi, bayi perempuannya seberat 9 kilogram diletakkan di atas lantai dapur. Ibunya kemudian meninggalkan bayi itu untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising dari bahagian dapur. Ia diikuti suara bayi menangis dengan kuat. Sebaik ke dapur, dia mendapati seekor biawak besar sedang menggigit dan mencengkam bayi itu dengan kukunya dan menarik bayi itu keluar dari dapur untuk dibawa ke dalam semak. Bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum dirujuk ke Hospital Mersing, Johor. Keadaannya dilaporkan stabil.""


Takut pula rasa , walaupun tak ada anak sendiri lagi tapi Ty kan suka pergi berjalan ke pulau - pulau. Seram dan tak sanggup tengok gambar adik yang kena serang dek si biawak ganas ni.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Satay Tulang Jelebu di Senawang

4:36 PM Yanty Lee 8 Comments



Satay Tulang Jelebu | Satay Tulang ini merupakan resepi warisan turun - temurun yang berasal dari daerah Jelebu. Satay Tulang ini juga bukan lah tulang semata - mata tapi adalah daripada lebihan ayam yang digunakan untuk satay ayam.

Pertama kali dengar dan makan. Persepsi Ty di awal , "Macam mana nak makan satay tulang tu?"

Satay - satay yang sedang di bakar 

Cakap terus terang , berdebar juga nak cuba makan satay tulang ni , peniaga memang tak menang tangan dengan pelanggan yang ramai , tak berhenti yang datang makan di situ atau bungkus. Terdetik dalam hati , "Kompem sedap ni". Kalau tak , mustahil la pelanggan tak berhenti datang.


Meleleh! 



Omaigodd!! Sangat menyelerakan dan satay tulang istimewanya , diproses dengan rempah ratus dan bahan campuran yang diadun secara tradisional. Keunikkan satay tulang ni disajikan dengan kuah kacang yang sangat sedap. Kuah kacang dibuat dengan menggunkan hampir 70 % kacang dan menjadikan kuah kacang lebih pekat dan bila dicicah , akan melekat pada satay. Perghhh! 

Timun dan bawang datang bersama satay. Bagi yang gemarkan Nasi Impit , boleh tambah pesanan. Dan ada juga dijual satay ayam dan daging selain satay tulang.


Bagi u olls , yang nak rasa sendiri ni tempatnya ; 

No 123G, Jalan Komersial 5, Dataran Senawang, Negeri Sembilan.

Sedap , u olls harus cuba!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 24 - Rumah Impian

9:52 AM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls .

Lagi seminggu September berakhir. Sat betoi la masa berlalu pergi. Tak terasa pun. Jadinya , Cabaran 30 Hari pun lagi seminggu akan tamat. Pasni rasa - rasa +Sue Izza ada buat segmen apa pula la ye.


Ok , meh , kita ke cabaran hari ni.


Hari 24 :
Rumah Impian





Mustahil la untuk kan nak berumahkan macam ni , sebab tu hanya jadi rumah impian. Kalau tengok betul - betul , pada ke 3 - 3 gambar kat atas ni , sah - sah nampak sangat Ty lebih suka kan ketenangan. Nak rumah yang menghadap dan berhampiran dengan laut. Dan mungkin sebab tu la sampai sekarang Ty suka bercuti ke mana - mana pun mesti hala tuju ke pulau. 


Miracle ? But who know one fine day , kan? {berangan sangat}

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 23 - Pekerjaan Yang Ada Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

8:46 PM Yanty Lee 5 Comments



Salam u olls , 


Hari 23 :
Pekerjaan Yang Ada Ingin Selain Kerja Anda Sekarang



Nak jadi model boleh? 
Tengah usaha kuruskan badan cam dulu - dulu ni. Oppss...

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 3 : Terima Kasih Agrofarm Stay , Melaka

8:47 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam uolls ,

Sesi bergambar sebelum bersurai dan pulang ke KL


Berakhir lah percutian kami geng #kelabbloggerbenashaari di Agrofarm Stay , Durian Tungal , Melaka selama 3 Hari 2 Malam. Sebuah tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasan yang damai seperti berada di kampung. Boleh juga dijadikan tempat untuk program teambuilding .


Terima kasih untuk goodies bag ini.


Sekali lagi , terima kasih kepada pihak pengurusan Agrofarm Stay yang telah menjemput kami rakan blogger untuk memeriahkan Agrofarm Stay @ Skill- Tech Bloggers Day selama 3 Hari 2 Malam. Juga memberikan layanan yang sangat tip - top sepanjang program. 


Bagi mereka yang berminat untuk ke Agrofarm Stay ini , bolehlah menghubungi : -
En. Bari - 012-211 8246

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 22 - Destinasi Percutian Impian

12:30 AM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls ,

Bercuti , sejak dah kerja ni la Ty mampu nak ikut kengkawan ke sana ke sini pergi bercuti sambil berehat. Baru juga lah berjinak - jinak dalam alam percutian ni. Apapun niat Ty , nak pusing satu Malaysia dulu. Dijadikan cerita dan perancangan di awal tahun depan sempena birthday Ty , geng sekolah nak ke Pulau Mabul sebabnya menjadi destinasi impian Ty.

Tapi memandangkan situasi dan keadaan dari segi keselamatan di sana tidak stabil , perancangan samada masih berjalan atau tidak akan dibincangkan pada Hari Raya Haji nanti.


Hari 22 :
Destinasi Percutian Impian

Pulau Mabul


Sebuah pulau terletak di negeri Sabah. Cantik dengan air laut yang begitu jernih. 

Adakah rancangan ke sana dengan tersayang akan tercapai nanti?

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 2 : Aktiviti Menarik di Agrofarm Stay , Melaka

12:24 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Geng blogger #kelabbloggerbenashaari masih lagi di Agrofarm Stay. Aktiviti yang menarik bermula sepanjang hari. Bermula dari pagi sampai ke malam. 




Sebelum memulakan aktiviti , kami bersama - sama dengan warden yang menguruskan aktiviti sukaneka kami. Senaman "goyang - goyang saya pecah lemak dilakukan terlebih dahulu. Pecah lemak betul lah dengan pelbagai acara sukan santai seperti kelapa baling , cari gula dalam tepung , isi air dalam botol menggunakan span dan bawa bola ping pong dengan sudu. Dipecahkan kepada 3 kumpulan tapi jangan ditanya siapa yang menang.


 Muka - muka semput lepas berlari


Fasiliti yang ada seperti kolam renang menjadi tarikan kami semua. Lepas sahaja kami beriadah , aktiviti terjun ke air la jawabnya.

Ini kami bukan badak berendam

Aktiviti tour guide di keliling kawasan Agrofarm Stay yang luasnya dalam 30km dan mengambil masa hampir 2 jam untuk kami habiskan penggembaraan kami. Macam - macam yang dapat dilihat dan tambah pengetahuan. Jenis pokok seperti pokok petai , pokok misai kucing , pokok seduduk , pokok buluh dan banyak lagi. Antara binatang yang ada di Agrofarm , kuda , arnab , landak , lembu. 


Angah Judin berkayak di Kolam Kacang



Makan malam , ber-barbeQue sampai kenyang sebelum melalak sampai tak ada suara. Yang uniknya kami berkaraoke di dalam rumah yang berbentuk kasut. Lepas gian sungguh geng blogger ini menyanyi , terserlah bakat - bakat terpendam sampai tak ada suara jadinya.





Kejutan detik 12 tengah malam buat blogger Emas Putih , Uzu. Happy Birthday Uzu. Dan Happy Belated juga buat Najeeb dan Faizal Fradley.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cabaran 30 Hari : Hari 21 - Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

12:30 AM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls ,

Semua orang mesti ada satu port tempat menjadi keinginan untuk pergi tapi sayang sehingga ke saat ini , masih tidak berkesempatan mahupun berpeluang untuk menjejaki kaki ke tempat itu. Betul?

Macam tu la dengan Ty , berharap sangat lah dapat ke sini dan bukan sekadar angan - angan.


Hari 21 :
Tempat Yang Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

.....it's MALDIVES !





Tah la tahu kenapa Ty teringin sangat , yang pasti Maldives sangat lah cantik. Kalau korang  , nak kemana? 

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 1 : Kelab Blogger Ben Ashaari Bercuti di AgroFarm Stay , Melaka

6:26 PM Yanty Lee 7 Comments




Agrofarm Stay Blogger Day | 19 - 21 September 2014


Salam u olls , Alhamdulillah Ty berkesempatan untuk turut sama dengan geng blogger #kelabbloggerbenashaari bercuti di Melaka. Terima kasih kepada pihak penganjur penginapan kami di Agrofarm Stay , DurianTunggal. 



Dari Kuala Lumpur / Putrajaya ke destinasi di tuju dengan 2 rakan blogger ; Angah Judin dan Qaseh Dalia. Hampir 20 orang kami ke sini dan semunya menghala ke destinasi dengan sendiri. Terima kasih Angah !


 Encik Mat & Ben Ashaari

Sedikit sesi perkenalan dengan pengurus dan pihak Agrofarm Stay bersama kami geng - geng blogger. Ice - breaking  yang santai.

Kami berbaju korporat di sesi Ice - Breaking

Perut masing - masing dah kelaparan. kami disajikan makan malam di Dewan Palma. Untuk pengetahuan u olls , dewan ini di kelilingi dengan tanaman pokok palm.

 Waktu ini , jadi baby sitter sat. 


Kami si awek bujang tidur di sini , ala - ala dorm.



Baru hari pertama , aktiviti menarik di hari ke dua. Nanti Ty sambung cerita aktiviti di hari ke dua.


Selamat berhujung minggu semua!

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen