Wordless Wednesday : FB Yanty Buchuk

10:12 PM Yanty Lee 3 Comments



Suka hati DIA je kata orang buchuk.
Teringinnya nak kenal dengan si DIA wangi harum semerbak.

Speechless.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dari Pejabat ke Luar Pejabat

9:30 AM Yanty Lee 8 Comments


Salam u olls , 

Ingat lagi Ty bercuti sekejap dengan mummy daddy di Melaka [klik]? Lepas habis hari cuti minggu , Ty masuk je kerja , tak jumpa dah jalan pulang ke rumah dengan on time. Memang sebelum ni pun tak ada la balik sharp on time tapi bukan direct macam kali ni. 

Paling lewat balik ke rumah dari office pukul 10 malam , berturut – turut. Dari sesorang , esok-esoknya berteman. 

Teman? Geng opis juga , semuanya terpaksa sebab coding dari system bayaran tunggang langgang dan keadaan jadi huru hara , dateline sebelum kami semua outstation. Tapi tak cukup masa walaupun hari – hari kerja sampai malam.


Ada sampai bawa anak , laki datang ofis. (Picture : Aiman , anak Kak Jul tolong Ty "buat" kerja)

Tak boleh bayangkan if I’m married and how’s the situation

And that why I always say that I’m married to my work. 

Eat  , Sleep , Work. 

Yeah, what a life? 
But I prefer this kind of life actually. 


Jangan kata blog terabai , rumah pun sama. Owh kereta dari bulan Februari sejak bertukar tangan masa di Penang tak berbasuh hingga ke hari ni. Bila mummy tak sihat , daddy shoot ke Putrajaya with my car dah tak sempat nak ke car wash centre , lagi bertambah bizi u olls. Hujan jap panas jap , cuaca tak menentu dan Ty rasa such a wasted to burn my Ringgit Malaysia untuk basuh kereta. Ceritanya , Ty sangat sibuk sebenarnya.


Wajah – wajah fake gumbira , hakikatnya tidak. 


Kami bertukar menjadi sardine , semata – mata nak lunch bersama. Hari Jumaat je long break , dapat tengok muka masing – masing walaupun hakikat duduk sebelah kiri kanan depan belakang. Sibuknya lahai, tak terlaguk kepala semua orang.

Dua minggu berturut – turut Ty berada di negeri orang. Bukan bercuti tapi atas urusan kerja rasmi. Boleh kata bercuti la juga , sambil kerja tu menyelam tapi tempat Ty ditugaskan tak ada apa yang menarik. Sekadar melihat tempat orang.

Letih , memang letih tapi demi sesuap nasi juga anak – anak duta kecil Malaysia di luar Negara , kerja tetap kena selesaikan. Berkhidmat Untuk Negara , gitu . 


Apapun jua pekerjaan kita kenalah ikhlas melakukannya.

im coming back on my backdated writing. IN SHA ALLAH

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Melaka - Luangkan Masa Bersama Keluarga

5:10 PM Yanty Lee 6 Comments



Melaka , bersama meninggalkan sejarah bersama mummy & daddy Ty. Memandangkan Melaka adalah Bandar Bersejarah , jadi kenangan ke sana bersama #familee pun terciptalah sejarah untuk diabadikan di hari – hari yang mendatang.



Alhamdulillah , kesihatan kedua – dua nya baik – baik sayang saja. 

Terpanggilnya ke Melaka atas sebab niat mummy Ty , dia dah rancang macam – macam untuk mengisi hari – hari terluang selepas berpencen. 

Tapi apakan daya , kita hanya mampu merancang , Dia yang menentukannya. Dan kerana dorongan dari sekeliling juga dengan semangat yang kuat masih ada dalam diri mummy dan daddy tak menjadi halangan untuk sukseskan perancangan yang dirancangkan. Jalan ke Melaka ni memang Ty dah kira terror la juga, jadi tak da masalah nak tuk jadi driver tuk ke sana. Untuk family je ye. 


Destinasi pertama ke Dataran Pahlawan , belikan daddy cool seluar dan sedihnya sesi pow mummy tak berhasil. Window shopping dan lepak McD bersama kami tiga beranak sebelum sesi pukul kaki bermula dari Dataran Pahlawan sampai ke Jonker Street.









Bukan selalu dapat ruangkan masa bersama , Ty dah lone ranger dan jauh dari keluarga. Dah jauh ini depa rindu la kat cheq tu yang selalu sangat mai kat cheq. Kekangan kerja di pejabat dan luar pejabat memang tak sempat nak balik ke Penang oftenly , penat pun tak habis lelahnya dah datang pula yang baru.

Oh , I’m married




Married to my work.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ralat

5:33 PM Yanty Lee 6 Comments



Mudahnya....




Tidak niat tuk menuding , nanti tertuding ke arah sendiri.
TAPI di mana letaknya keperimanusiaan ?

SesungguhNya , teramat dan tersangatlah berasa ralat.

Betul lah bak kata semua ,
"Kita hanya mampu merancang , Dia yang menentukan segalaNya."

Akur dan akui tapi kita mampu mengubah segalanya bukan , kerana kita jugalah yang merancangkan semuanya.

Uhh.

Betul juga la bila mereka berkatakan ,
"Kadang - kadang sesuatu perkara tak perlu dirancang , terus terjah saja dan nikmatnya lagi bermafaat dan berbaloi hasilnya."

Pastinya , aku RALAT!

*imsorryidontexpecthis*

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bali , Indonesia - Part IV

3:55 PM Yanty Lee 38 Comments

Salam u olls ,
Kisah percutian Ty di Bali tergantung atas beberapa sebab - sebab tertentu yang pasti tat dielakkan. Meh sambung al kisah dari part I [klik] , II [klik] dan III [klik].

11 Februari 2014
Hari TERAKHIR kami di bumi Bali.

Breakfast dulu walaupun agak terlewat dan terpaksa berpisah makan sarapan bersama. Tak sihat kan. Mood agak swag. Lepas makan , kami berempat pun check – out sambil tunggu dijemputnya sama Mas Ali.

Sayu je suasana dalam kereta , Mas Ali sedih kot kami dah nak balik. Konon nya berapa jam ja lagi tinggal nak bergurau kan , apa la Mas Ali fikir erk. Jeng..Jeng..Jeng.. Di hari terakhir , Mas Ali bawa kami ke destinasi pelancongan di Bali seterusnya seperti yang dah dijanjikan sebelum kami berangkat meninggalkan Bali.

Tasik Bratan , Bedugul



- Terletak berhampiran dengan 2 buah gunung berapi tidak aktif ; Gunung Bratan dan Gunung Catur
- Tasik kedua terbesar di Bali
- Kuil Puru Ulun Danu berada di atas permukaan air tasik ini
- Suasana dan landskap di sekitar kawasan ini sangat cantik dan nyaman 



Insiden pertama , aksi ganas melompat tinggi mengakibatkan seluar – baju terkoyak , Opss. Tak dapat nak menolong. Baru la seksi mengancam sikit erk? Uhhh

Tanah Lot

- Kuil Tanah Lot dibina di atas batu seluas 3 ekar
- Tarikan pelancong kerana keindahan permandangan matahari terbenam 

Lama juga la kami melepak dan aski melompat di sini. Yehaa , koyak lagi. Coverline memang tak boleh blah. Mummy Arina dah capek layan kami yang perangai keanak-anakkan. Sebenarnya mummy Arina we olls sakit ehem. Cian tak boleh join melompat sakan dah.

Sunset , tak tunggu pun. Maka nya kami tak dapatlah saksikan permandangan matahari terbenam tu atas beberapa sebab tak dapat dielakkan among us.

Sekitar kawasan darat Tanah Lot , ada banyak gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan di mana boleh dijadikan buah tangan , murah dan boleh ditawar. Beli rantai manik yang cantik dan unik pun baru RM2.70 duit kita di Malaysia dan mummy Ty suka. 

Dah banyak main air sebab terlebih masuk air , semua pakat nak berebut buang air. Expectation meleset pada mula nak ke tandas tapi sebenarnya bersih. Lucky us.

Sebelum ke lapangan terbang dan berpisah dengan Mas Ali , sempat singgah ke pantai lagi yang mananya Mas Ali rasa ralat sebab kami tak sempat pergi semalam. Dah nama pun Bali kan , mestilah sinonim dengan pantai.

Pantai Kuta


- Sebuah pantai yang bersih , cantik dan wajib singgah bila berada di Bali
- Menunggu senja dan matahari memang menjadi tumpuan pengunjung
- Banyak kedai dan hotel sekitar kawasan Kuta ini
- Hard Rock CafĂ© juga tidak jauh dari pantai 

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai

- Malaysia menunggu kepulangan kami berempat terutamanya “KERJA”.
- Sesi perpisahan yang sayu dan sebak dengan Mas Ali yang baik dan sporting.

Kalut sedikit suasana kami sebelum itu , apa yang terjadi memang akan tinggal satu kenangan mencuit hati yang akan terus lekat di hati dan minda kami berempat. Kami sahaja yang tahu. Sempat membersihkan badan dan salin pakaian di airport sementara tunggu tibanya waktu untuk berlepas pulang Malaysia dan meninggalkan Mas Ali eh , bumi Bali. 

Oh , ya u olls. Sememangnya sebelum ke departure hall , perlu dibayar tax  berjumlah Rp.150,000.00 (tak sampai RM50 macam tu). Bila Ty Tanya atas sebab apa ntah apa ja dia jawab , umpama itik dengan ayam bersembang. Kata orang buat muka sengal dan cakap dah takda duit boleh lepas tapi allahualam . Berani buat , u olls buat lah. 

Apapun , percutian kami di Bali memang best walaupun tak cukup masa dan hari untuk pusing dan menjelajah seluruh tempat – tempat menarik di Bali. In sha Allah andai ada rezeki , mungkin boleh la lagi ke sana dan ke tempat yang lain pula. Yang pasti , perkhidmatan Mas Ali pasti menjadi pilihan kami.

Buat Mas Ali , terima kasih atas segala nya dan semoga berjumpa lagi.

38 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

REVIEW PRODUK : Tampil Sihat dan Wangi bersama Harum Malam

3:33 PM Yanty Lee 6 Comments


Salam u olls , 


Harum Malam , pasti u olls pernah dengar dan nak tahu lagi lebih mendalam tentang kebaikan dan khasiat dengan pengambilan produk ni, kan? Ty sendiri dah mencuba baru ni dan keberkesanan jelas lagi ternyata ada perubahannya.

Produk keluaran daripada  Legacy Secret Network Sdn Bhd  ; Harum Malam adalah salah satu supplemen yang dirumuskan khas untuk golongan wanita. Dengan hanya pengambilan dalam masa yang singkat pasti dapat melihat sendiri keberkesanannya.

Buat golongan wanita yang gemar dengan makanan berasaskan makanan yang mengeluarkan bau yang kurang enak seperti petai , jering , bawang dan lain – lain , adalah disyorkan untuk mencuba produk Harum Malam ini. 


Tidak dapat dinafikan , terdapat banyak kelebihan dengan pengambilan produk ini. Di antaranya dapat menyihatkan tubuh badan , mengharumkan bau badan dan bahagian sulit serta memberi tenaga untuk meneruskan rutin seharian juga banyak lagi.

Seperti Ty katakan di awal tadi , memang terserlah keberkesanannya sebab Ty lebih bertenaga dan berstamina untuk melakukan kerja – kerja dari awal pagi semasa di pejabat walaupun tugasan kerja sentiasa tidak lekang. Alhamdulillah. Selain itu , masalah keputihan juga berkurangan. Maaf , terjujur di sini tapi itulah yang perubahan ketara telah berlaku ke atas diri Ty.

Oh ya ! Jangan salah anggap bahawa produk Harum Malam khas kepada wanita yang sudah berumahtangga sahaja dan kegunaannya lebih kepada hubungan intim bersama pasangan. No! No! No!



U olls juga tak perlu lagi mengamalkan amalan mandi dengan 
mandian bunga 
SIANG & MALAM
bagi mengharumkan tubuh badan 
TETAPI 
dengan penggunaan produk Harum Malam sahaja 
dapat membantu tampil berbau harum dan wangi.
Cuma minum 2 kali bersudu besar pada
sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur waktu malam.




Stress? Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah ini. 

Walaubagaimanapun sentiasa dibebani oleh kekangan kerja dan urusan lain tapi selepas mengambil produk Harum Malam ini , pengurangan masalah tekanan tidak lagi dirasai seperti sebelum ini dan terasa seperti perubahan dari segi hormon seolah - olah dah stabil gitu.

PERLU TAHU !

Khasiat Lain Harum Malam

  • Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  • Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  • Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  • Melegakan panas badan.
  • Menegangkan payudara.
  • Memulihkan rasa rapat.
  • Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  • Menyihatkan rahim.
  • Mencantikkan payudara agar sihat & montok.

Kandungan Harum Malam
  • Ekstrak Ros 
  • Sirih, Buah Tin
  • Kismis
  • Madu
  • Goji
  • Limau Purut
  • Kayu Serapat
  • Buah Delima
  • Manjakani
  • Pueraria Lobata
  • Pueraria Mirifica
  • Strawberi
  • Senna



Nak badan bau wangi sepanjang masa , 
cubalah produk Harum Malam sekarang ! Dapatkanlah yang original di 
dengan harga berpatutan dengan promosi 
yang sedang berlangsung.

Berbaloi! 
DAPATKAN SEGERA !!

Hanya RM33 sahaja bagi Semenanjung Malaysia ,
RM39 bagi Sabah & Sarawak. 
Beli 3 - RM100  & penghantaran percuma!
(jimat RM20)






6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen