6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 | 27 – 30 March 2014

10:36 AM Yanty Lee 13 Comments


Salam u olls ,

Hot Air Balloon  datang lagi !


Pesta Hot Air Balloon diadakan di Monumen Alaf Baru . Presint 2 , Putrajaya buat kali ke - 6 yang bermula hari ini ; 27 Mac - 30 Mac 2014 dengan pelbagai jenis reka bentuk belon panas dari balloonists seluruh negara. 

Sudah tahun ke - 6 juga Ty menetap di Putrajaya tapi tak pernah sekali pun merasa naik belon panas ni. Teringin juga nak naik tapi pesta sebegini semestinya padat dengan orang ramai bersempenakan pula musim cuti sekolah dan tahun ni merupakan Tahun Melawat Malaysia #vmy2014. In sha Allah akan ke sana juga bila rombongan dari Pulau Pinang tiba. 

Bernasib baik kah Ty dan geng dari Penang untuk naik ke atas belon panas? Nantikan entri seterusnya.


RM20/- seorang akan dikenakan bayaran ye olls. Tapi hanya ada 2 sesi saje belon panas beroperasi , itu pun bergantung kepada keadaan cuaca. Pada setiap sesi hanya dihadkan untuk 180 tiket dan  4 keping tiket pada setiap pembelian setiap seorang.

Kata +Iena Arryiena , lepas subuh dah kena beratur panjang lah kami semua. Tapi dia la merangkap hot mummy yang kena redha untuk bangunkan "anak - anak" yang sesungguh senang sangat - sangat bangun (liat nak mampuih). Beertabah la ye , janji waktu Penang dengan Putrajaya masih sama harap +Cik nun tak buat kalut macam di Bali. Eh.

Twitter & Instagram : @myballoonfiesta

Jumpa di sana , u olls!

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday : #RIPMH370

12:00 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,


#RIPMH370 | #RememberingMH370

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rope Walk | Lorong Kulit

8:49 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,


Rope Walk atau juga dikenali sebagai Lorong Kulit yang terletak berdekatan dengan Stadium Pulau Pinang. Landmark lain yang juga berdekatan dengan kawasan ini ialah seperti Penjara dan Hospital Besar.


Merupakan tempat atau pasar pagi yang menjual pelbagai jenis barangan ; pakaian , keperluan rumah , mainan kanak - kanak , barangan antik. Terdapat juga pelbagai jenis minuman dan makanan dijual di kaki lima dan di astaka bersebelah dengan tapak perniagaan di Rope Walk ini.





Zaman sekolah dulu , Ty dan geng hoki juga teman rapat Ty kerap juga ke sini selepas latihan sukan sebelum sesi persekolahan bermula pasa sebelah petang. Tapi sekarang , Ty ke sana hanya singgah untuk berjumpa dengan BFF Ty ; Ain yang juga merupakan salah seorang peniaga di Rope Walk. Ain dan mak ciknya bekerja dengan papa dia dengan menjual barangan antik yang didapati dari seluruh pelusuk dunia. Sementara  tu,  papa Ain pula beroperasi di kedainya sendiri; Kenangan Silam di Campbell Street.

Rata - rata peniaga akan datang awal untuk memulakan perniagaan masing - masing. Seawal jam 8 pagi lalu lintas mula sibuk di kawasan ni. Nak cari apa atau makan apa semuanya ada. Macam - macam ada juga macam - macam ragam orang di  sekeliling. Suasana pagi yang riuh rendah dengan kesibukan orang ramai yang datang ke situ. 

Di pintu masuk ke tapak Rope Walk , ada di jual pelbagai jenis air untuk menyejukkan tekak dan air minumam berperisa Cokelat selalunya menjadi pilihan dan kegemaran pengunjung di situ.  MUST TRY!

Nanti ke Penang jangan lupa singgah tau  dan pasti teruja. 

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

MH370 Berakhir di Selatan Lautan Hindi

11:20 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Seluruh rakyat Malaysia dan di serata dunia telah pun menerima makluman terkini mengenai MH370 daripada Datuk Seri Najib Razak menerusi satu sidang media khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean" - Datuk Seri Najib Razak

17 hari telah berlalu dan berlaku kejadian yang tragis ini , seluruh dunia menantikan jawapan ke mana hilangnya pesawat MH370. Sayu dan sebak juga terkaku mendapat berita yang telah diumumkan. Selanjutnya dengan berita berkaitan akan diulaskan pada keesokkan hari.

Yakin , seluruh dunia menunggu dengan penuh debaran di samping sedikit harapan.

Sama-samalah kita di muka bumi Allah SWT mendoakan kepada mereka juga anggota penyelamat untuk teruskan mendapat jawapan sebenarnya ke atas apa yang telah berlaku di mana pesawat MH370 telah membuat pusingan patah balik.

Debaran menunggu di sini , yang memikulnya lagi terasa segala bebanannya.

Teruskanlah berdoakan agar apa pun berita yang bakal diterima mendapat bersama dengan perkhabaran yang sahih. In sha Allah. Amin. Sedekahlah Al Fatihah pada mereka , semoga Allah senantiasa berada bersama mereka.

Allahuakbar , Ty tak dapat bayangkan keadaan mereka waktu kejadian. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan misi percarian MH370.

Keep Praying , World.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Roti Bakar Bangkok Lane

8:34 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Monday Blues lagi ke tu? Takmo Takmo. Set mind untuk hari esok pula ye u olls.

Breakfast - Sarapan Pagi salah satu waktu makan yang perlu diambil oleh semua orang di waktu pagi sebelum memulakan hari dengan mengalas perut.

Roti Bakar dan Telur Setengah Masak

Roti Bakar Bangkok Lane , Penang memang sangat lain daripada roti - roti bakar yang selalu ada di kedai makan atau restoran. Kelainan yang Ty maksudkan adalah dengan cara penyediaan roti bakar di mana ia dibakar terus dengan arang. Roti yang dibakar dipanggil roti benggali atau roti kepala keras. Setelah siap dibakar, roti disapu dengan mentega

Selain itu , 2 biji telur setengah masak atau separuh masak juga menjadi pilihan sarapan pagi bagi orang ramai yang datang ke gerai di tepi lorong. Walaupun gerai makan hanya di tepi lorong , pelanggan tak putus yang datang. Bersilih ganti.

Bangkok Lane



Unik bukan? Sangat rare dan jarang ada nak jumpa. Sambil masak air panas untuk bancuh air , roti di bakar di bawah. Gerai ni bersih dan selesa untuk bersantai sambil menikmati sarapan pagi. 

Berbilang kaum dan generasi dari faktor umur adalah pelanggan yang datang. Suasana tang sangat relax walaupun jalan di Penang mana pernah lenggang kalau waktu pagi. Tapi kesibukkan lalu lintas tak menjadi halangan pada pelanggan macam Ty untuk singgah sekejap untuk makan pagi di situ.

Nanti balik Putrajaya , mampu telan air liur ja la nampaknya. Alahai nasib badan.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

MATTA FAIR | Hasil Pembelian Untuk Mengisi Masa Lapang

12:03 AM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls ,

MATTA Fair 2014 yang pertama telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 14hb hingga 16hb Mac (Jumaat hingga Ahad) dari jam 10pagi hingga 9malam di PWTC , KL.

Walaupun tak berapa sihat tapi Ty dan BFF; Ika sempat ke sana pada hari terakhir untuk survey percutian dan mana-mana pakej yang mungkin boleh menjadi percutian kami yang seterusnya. Destinasi seterusnya sebenarnya memang dalam wishlist tapi kami masih mencari pakej percutian yang berbaloi.


AirAsia ; Now Everyone Can Fly

Menjadi pilihan penerbangan ke destinasi Ty dan kawan-kawan sebelum ni dengan pakej hotel dan tambang tiket yang murah. 

Dapat belon , feeling muda sangat u olls!

Sambil pusing dan survey hampir selama 6 jam , Ty dan kawan dapat la beberapa hasil tanggapan bagi promosi yang murah dan juga mudah untuk kami bergerak di sekitar KL / Selangor , Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  Meronda berdua la nanti kami , sadis ke tapi who cares kan. Janji sempena #vmy2014 boleh kami support melancong dan beridah di sekitar Malaysia. Ye dak?

Antara hasil tangkapan pembelian yang sempat Ty dapatkan.
  • MATTA Kad + Voucher
  • Air Asia BIG Card
  • KL Hop-On-Hop-Off City Tour Bus
  • Wet World Water Park Shah Alam
  • Wet World Air Panas Pedas 
  • Interactive Museum Made In Penang

Semua di atas tak sampai pun RM50/-. Dan bolehdi gunakan pada bila-bila masa dalam tempoh selama setahun. Dan in sha Allah , Ty dan kawan akan merancang untuk mengisi masa lapang kami bila sama-sama lapang.

Untuk percutian yang lain , kami ada perancangan dah. In sha Allah andai tiada aral melintang, nanti ke pulau lagi.

Bagi u olls yang terlepas peluang untuk ke MATTA Fair lepas , tunggu pada bulan September ni. Mana tahu boleh dapat pakej percutian hujung tahun nanti , kan.

 "A wise traveler never despises his own country." - William Hazlitt



12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Chicken Milani | Kapitan Gurney

9:31 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Nan Cheese + Chicken Milani

Alhamdulillah , dalam tak sihat Ty selamat juga sampai di Penang. Niat balik sebab nak teman mummy di hospital dan nak bersama untuk hari jadi mummy pada hari esok. Di mana mummy Ty sebenarnya officially akan pencen dari perkhidmatan bekerja dalam kerajaan. Yeah , she is sad to leave the sector and job also colleages. But how , times flies too fast. Its time for her to rest.

Happy Retirement , mummy!
And Get Well Soon then we go around and travel with daddy , yeah!

Sampai Penang , BFF Ain jemput dengan mama dia dan singgah sat pi makan sebelum lepak jumpa dengan yang lain. Dalam pukul 11 , kami semua ber6 berkumpul di Kapitan Gurney

Bainun la teringin nak makan Chicken Milani. Pelik geng Ty kat Penang ni , Ty tak balik tak pi makan ka kat situ? Krik3 kan. Berpakat dan bersepakat sebab tu semua setuju untuk makan malam bersama akhirnya berhasil. Atlast semua ada semeja.

Rindu. Dulu memang ada masalah tapi sayu hati , bila masa berlalu dan sejak mummy tak berapa sihat. Ukhuwah antara satu sama lain semakin erat. Hati pun dah tak ada lagi marah. Tua dah kot. 

Friends , dalam marah - marah sebenarnya ada sayang dan kasih. Bukan diam , terus ada benci. Cuma memberi ruang dan masa untuk sedar tanpa tuding jari siapa betul dan salah sebab tak siapa sempurna.

I love everyone.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

JPA | Permohonan bagi Program Kejuteraan - Jepun , Korea , Perancis dan Jerman

12:09 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Tahniah kepada adik - adik yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2013. Sebak juga tengok berita semalam dengan babak sedih dan gembira yang dirasai oleh pelajar - pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. 

Selain mengharumkan nama sekolah dan nama keluarga , pencapaian yang dicapai oleh adik - adik memang sangat membanggakan. Thumbs up la u olls! 

Adik - adik SPM Leavers , meh mohon biasiswa dari tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Cara - cara memohon Program Kejuruteraan - Jepun , Korea , Preancis dan Jerman.

  1. Layari ke laman web rasmi JPA : http://www.jpa.gov.my/
  2. Klik pada PROGRAM KEJURUTERAAN (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) Permohonan Di Bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) Tahun 2014 Dibuka Kepada Pelajar-Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) 2013 Selama 7 Hari Mulai Jam 8.30 Pagi Pada 21 Mac 2014.
  3. Permohonan mengikuti program tersebut boleh dibuat di eSilav2 
  4. Klik pada link Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) Tahun 2014 kepada pelajar lepasan SPM 2013 seperti di bawah untuk ke ruang ePermohonan.

    Image
    PROGRAM KEJURUTERAAN(JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014 kepada pelajar lepasan SPM 2013   
    Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai jam 8.30 pagi pada 21 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014.
  5. Pelajar - pelajar lepasan SPM 2013 diingatkan supaya membaca terlebih dahulu syarat permohonan sebelum mendaftar.
Cara - cara bagi pendaftaran dan permohonan telah disediakan melalui tutorial berbentuk video bagi tujuan untuk memudahkan pemohon / pelajar ketika membuat pendaftaran juga permohonan.

Sebarang pertanyaan ;


Selamat u olls! All the best !!


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Putrajaya International Book Fair 2014 | MPH

3:30 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls , 

U olls , ulat buku atau memang pengemar tegar membaca pelbagai jenis buku atau bahan bacaan?
Jom ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 19 Mac sehingga 23 Mac ni.



#PIBF'14

Selain jualan buku atau bahan bacaan , ada juga acara dan program untuk seisi keluarga seperti pertandingan mewarna untuk kanak - kanak , persembahan artis , jualan gadjet IT dan banyak lagi.

Jom serbu PICC , tambah ilmu sambil beriadah.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bonanza Sushi King 2014

10:42 AM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls , 


Arrggghhhh ! Bonanza Sushi King dah berlangsung dari awal bulan Mac 2014 tapi sayangnya Ty tak berapa ada masa untuk singgah ke mana - mana restoran Sushi  King untuk menternak lemak dengan sushi dan sebagainya atas beberapa sebab tertentu. 

Sebab nya Ty sibuk dengan urusan keluarga yang juga diselit-belit-sembelitkan dengan kerja pejabat hakiki dan blog juga.

Mood pun ke laut. Esok dah last day , nampaknya nanti balik Penang la kena ajak geng dekat sana pi serang outlet Prangin Mall , Opps. Kenapa Prangin Mall , Assistant Manager cun kot. Mohon open table, tuan badan , penat taw puji ni.

Kawan kat Putrajaya tak ramai pula yang gemar makan sushi , tekak melayu banyaklah. Sadiskan?

Sakit , sendiri tak terjaga diri bila sibuk jaga dan urusan hal ehwal keluarga juga kawan. Akhirnya demam jua. Kecundang juga Ty , redha. Sakit penghapus dosa , fullstop

***
Korang ada yang suka makan sushi tak?

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

10:18 AM Yanty Lee 53 Comments


 Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

53 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bali , Indonesia – Part III

6:12 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,
Yehaa , I'm Back! Jom sambung cerita berjalan dan bercuti di Bali dari sambung entri sebelum ini.

10 Februari 2014
Dua belas tengah malam tepat – “Happy Birthday , Affida aka Ika !” 


Tengah mandi sebenarnya , dengan tergesa-gesa juga habiskan mandian dan keluar dari bilik mandi untuk wish Ika dengan penampilan yang seksi. Mengancam tak , Ika? Redha la ek dapat kawan cam I , ye Ika. Bilik sebelah tu buat call , memang kelakar , Ika kena juga jawab call konon ntah tak tahu sapa call. *krik3* Arina & Bainun datang lepak di bilik sebelum tido.

Pagi nya ,

Tempat – tempat yang kami pergi untuk hari ketiga lebih kepada tempat bersantai di pantai – pantai yang tersangatlah cantik di Bali.

Nusa Dua

sumber ihsan : google

  • Tempat "high class" yang terdiri daripada hotel - hotel mewah
  • Urusan kerajaan diadakan sekitar daerah ini
  • Ke sana melalui jambatan , ala - ala Penang Bridge 

Pantai Tanjung Benoa



"I jump , U jump" ala duduk on speed boat

  • Banyak aktiviti air ; Banana Boat , Snorkeling , Diving , boleh dilakukan


Turtle Island
  • Boleh bargain untuk dapatkan harga murah bagi menaiki speed boat *ngoratlah sikit* - Average Price : Rp.165 - 170k.
  • Naik speed boat sambil bagi ikan makan roti. 
  • Rp.5,000.00 untuk pemuliharaan pemeliharaan penyu - penyu setiba di pulau berkenan.

burung ni pun jadi la , erk..

  • Sebelum gerak pulang ke darat , boleh sejukkan tekak dengan air kelapa / berfish spa 

Kuta sQuare


sumber ihsan : google

  • Sepanjang jalan di pekan Kuta memang dari pagi – malam meriah.
  • Pusat membeli belah dari pelbagai jenis barangan berjenama daripada negara luar.
  • Shopping Mall Matahari di antara pusat membeli belah yang ada di situ.

Tersadai di McD sebab masing – masing anti-sosial maka jawabnya kami tak berjalan ke Pantai Kuta. Hard Rock Café Bali pun tak sempat singgah lah jawabnya.

  • Roxy , RipCurl , DC , BillaBong , QuikSilver antara butik yang Ty singgah masuk dan membeli.

Memang kena dengan jiwa Ty tapi bukan mereka. Mana mood shopping the real woman from the others pun Ty tak tahu sedangkan Ty “jatuh sakit” tepat jam 12 malam tadi. Believe it or not , they don't even shop anything . Krik Krik Krik sesangat!


Pantai Pandawa



Ulu Watu



  • Kecak Fire & Dance ; Rp.100,000.00 untuk bayaran kemasukkan.
Kecak Fire & Dance adalah tarian yang menceritakan tentang - baca sini [klik]

Dari Ulu Watu , Mas Ali terus bawa kami balik ke Kuta – Hotel , sebabnya kami nak mandi wangi – wangi dan bersiap untuk makan malam yang istimewa bersama terutama bersempenakan hari jadi Ika.

sumber ihsan : google




Kami ke Jimbaran , sebuah tempat makan malam yang sangat romantik di persisiran pantai. Kalau naik kapal terbang pada waktu malam , gambaran dari atas di sekitar kawasan Jimbaran ni , sangatlah cantik!

Kami dibawa ke restoran Blue Ocean untuk makan malam bercahaya lilin (candle light). Aduh , sayangnya Ty ke Bali bukan dengan pacar. Eh!

Terharu! Bukan sebab sambut besday Ty erk , tapi sebab Mas Ali siap pinjamkan dulu duit untuk kami enjoy our beautiful night dinner kalau kami perlukan. TERIMA KASIH , Mas Ali.

Nama pun di tepi pantai , mestilah makan malam kami berasaskan makanan laut pada menu makan malam kami di Bali.


Lepas makan tapi bergambar tak puas jadi kami ke pekan Kuta lagi sebab lighting tak berapa umpphhh , maklong la pakai kamera henset murah ja , semua tak mampu beli DSLR . Sempat bergambar di depan Hard Rock Café Bali dan hampa juga kualiti gambar yang kami dapat.


Malam terakhir di Bali yang tiada ungkapan kata – kata.

Berphotogedik di Hotel sesampai dari Jimbaran sebelum naik ke kamar masing – masing. 

*ADUH* Mas Ali sebenarnya tergugat iman bila tengok kami berempat bertukar pada malam tu untuk makan malam. Tak terkata apa – apa dah dia. Maafin aku ya Mas , kiranya iman Mas lagi goyang , ya?.Ahaks. Gambar kami pada malam tak dapat Ty muat turun kan dan yang pasti bukanlah seteruk gaya anak muda di Future Music Festival Asia sebabnya Mas Ali tak mati overdose dan dalam keadaan kritikal. Eh.

Ke mana Ty pergi hari terakhir di Bali? 
Next entri -  Part IV. [klik]

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Blogger Dan Futsal

11:49 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Malam hujung minggu yang bosan bila hidup seorang yang bujang tera tang tang , Ty mengekoq Kak Sue Izza ke gelanggang futsal di Presint 10.

Oh , bukan Ty dan Kak Sue Izza yang beraksi dan mengeluarkan peluh bermain futsal. Nak jadi pom pom girl pun tidak. Sekadar lepak dan usha aksi - aksi blogger jejaka yang hebat beraksi.


Manakah si awek - awek blogger? Tak layan game futsal ke? Suram je tanpa bunga menyinarkan si kumbang - kumbang di malam hujung minggu.

Bila tengok ada team main bola tampar , rindu pula nak main juga. Bila la gamaknya , kaki sukan tak da. Tengok orang bersuka ni , membuak rasa nak giat balik bersukan tapi semuanya hambar je.

Apapun jangan sangka blogger hanya tahu ketuk keyboard untuk menaip di blog masing - masing sahaja tapi kaki sorang - sorang pun ligat beraksi di gelanggang sampai ada yang tergolek lah , gegar peyot yang comel - comel. Eh! Oppss.

Yeah , terisi juga kehidupan seorang yang bujang ni. 

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Punca Air Minuman Spritzer Bukan Dari Jerat Cina

2:41 PM Yanty Lee 16 Comments

Salam u olls ,


Baru ni Ty dan para sahabat blogger yang lain berkesempatan untuk ke kilang air minuman SPRITZER yang berlokasi di Jalan Air Kuning , Taiping. Tujuan kami satu bus pergi ke sana adalah untuk mengetahui dan tengok dengan sendiri dari cara pemprosesan juga penyediaan air mineral yang ada dihasilkan. Sekaligus merungkai beberapa tanggapan negatif mengenai isu yang panas suatu ketika di laman web social Facebook.

Blogger dan gambar tak dapat dipisahkan.

Alhamdulillah , sepanjang perjalanan dari Damansara ke Taiping kami bukan sahaja dibekalkan dengan sarapan pagi yang ringan tetapi peraduan kuiz yang memringankan punggong masing - masing bila antara soalan yang diberikan memerlukan pergerakkan. Ice - breaking dalam bus , imagine sat u olls. Disebabkan soalan kuiz , rata - rata blogger ada yang sanggup bercengkang mata hanya semata - mata nak kira setiap perhentian / RnR juga susur keluar dari lokasi bertolak ke destinasi yang dituju mengikut turutan. Dahsyat! Gigih u olls.

Flemington Hotel
Antara salah satu JAWAPAN untuk soalan yang ada dan menjadi tanda tanya pada semua sebelum  dapat serahrkan kertas jawapan yang lengkap. Ke sini untuk  singgah isi perut tong drum masing - masing dulu.



Turun ja dari bas , kami disambut oleh pekerja - pekerja yang sangat welcoming. Sebelum sesi perkenalan mengenai kilang bermula ,  kami berkesempatan untuk meneguk air yang telah sedia ada di ruang ala - ala bartender gitu. Sangat cool. Yeah , memasing basahkan rekak denfan air mineral dan air minuman berkarbonat etc.

Kafe SPRITZER


Ilyana bin Adnan , QA Executive yang memberi penerangan sepanjang lawatan.

Tahu tak?
- Keluasan kilang SPRITZER kira - kira 330 ekar
- Sumber dan punca air mjneral yang diperolehi datangnya dari 400 kaki dari bawah tanah
- Jenama SPRITZER telah mendapat pelbagai jenis anugerah dan sijil yang diiktiraf {KLIK} untuk senarai yang telah dicapai oleh Spritzer.



Jerat Cina ?
Khabar angin dan taburan fitnah segelintir masyarakat yang bualan hangat adalah TIDAK BENAR mengenai sumber dan punca air jenama SPRTIZER. Di mana kononnya datang dari JERAT CINA. Untuk pengetahuan umum  , laluan antara jaraknya agak jauh sama sekali dari lokasi kilang dan lokasi jerat tersebut.  Masih tak percaya , tak mengapa. Jalan terbaik mungkin sebaik - baiknya u olls sendiri ke sana.

Air Kuning ?
Isu juga. Tidak sihat katanya u olls , Nama tempat lokasi baru kilang sebesar 33 padang bola sepak ni yang beroperasi di Jalan Air Kuning. Bukan air kuning diproseskan menjadi jernih untuk tegukan kita bersama ye.


Kenapa air mineral SPRITZER baik untuk diminum ?
Kerana air yang diproses telah ditapis berperingkat juga kaya dengan mineral terutamanya terdiri daripada Asid Orthosilicic (OSA).



OSA bukan sebarang asid tetapi kaya dengan mineral semula hadi yang boleh membantu daripada mencegah penyakit Alzheimer dengan membuang aluminium yang ada pada tubuh badan manusia. Selain itu boleh mencantikkan rambut , kulit dan kuku secara tidak langsung.



Ini merupakan kawasan punca air dari bawah tanah. Dan ia terletak hanya di sekitar kilang sahaja.

U olls , SPRITZER bukan sahaja mengeluarkan air mineral sahaja untuk dipasarkan di pasaran.  Antara produk - produk lain seperti dalam gambaran ni. Mesti pernah tengok danengar ataupun pernah minum tapi tak tahu yang air berkarbonat dan berperisa seperti POP , TINGE adalah produk dari SPRITZER? Satu - satunya air kegemaran Ty ketika bersukan juga ketika menonton wayang , semestinya +Fibre.


Antara produk - produk dari jenama SPRITZER


Jadi sekarang , terpulang la pada u olls untuk mengandaikan spekulasi sebelum ini dengan kebenaran yang telah dibongkar. Bagi Ty , tak ada apa untuk diragukan. 

Berakhirlah pengembaran sehari di kilang Spritzer , kami pun terus berangkat pulang ke KL tapi semua peserta tak balik dengan tangan kosong , untuk tahu siapa yang bertuah memenangi hadiah untuk kuiz dan gambar yang di post pada Instagram boleh skodeng di #spritzerbloggertrip .

Go Nature ,  Go Spritzer !
Jom minum air Spritzer untuk kesihatan badan kita bersama. In sha Allah mudah - mudahan dengan izinNya.


16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen