Part IV | Railway Tourism & Homestay - Victoria Bridge

12:00 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Dah pun sampai ke penghujung al kisah perjalanan Ty bersama sahabat blogger dan media juga deligasi para pelancong yang telah dianjurkan oleh pihak RTAM dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sekejap nya masa berlalu meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan terindah.

12 Januari 2014
Lepas melambai lambaian terakhir dengan keluarga angkat  , bergambar sesakan habis. Kami ke Kuala Krai untuk bersama - sama menyaksikan perasmian "Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean" di mana adalah penglibatan di anatara para sukarelawan bagi mencantikkan tempat pelancongan dan menjaga dari segi kehijauan alam dan kebersihan tempat berkenaan.

Victoria Bridge , Kuala Kangsar , Perak , Malaysia

Dengan sempurnanya perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz yang juga merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Sebenarnya , gerun nak merentasi ke seberang melalui jalan yang sempit di atas jambatan ni. Harus jalan mendada tegak pandang 250 meter ke hadapan tanpa tunduk ke bawah , kalau tidak memang akan rasa gayat. Dup dap dup dap juga la bila jalan sebab nya bawah tu sungai , mula la terfikir bukan - bukan ; "kalau la jatuh" .. sila sambung sendiri.


Tapi masa dok jalan tu terasa pipi kembang setalam  u olls , bila kedengaran hos menyambut ketibaan kami para sahabat media bersama deligasi para pelancong yang sertai program ini. O yeah , bangga sat. Sat ja la tak lama mana pun. Mohon bagi muka for once bukan kaki.



Kami disambut dengan kain batik untuk kaum hawa dan kain pelekat pula bagi kaum lelaki yang disilangkan pada setiap sorang oleh penyambut tetamu. 

Sekali lagi time ni rasa bangga ooo. Hokayh2X , korang jangan pula termuntah ye.

Tengok mek Qaseh bukan main dia sengih tu.

Last-last , Ty jadikan kain ni as shade from the sunlight and heat.



Pom! Pom! Pom! 


Oh poncot! Tanjat gegurl. 

Perasmian dah berlalu tapi meriam ni memang dok meletop kebaboom , nak makan pun terkejut - terkejut jadinya. 

Selamat tak salah suap kot lain. Mau haru biru jadinya.



FAKTA | Perlu Tahu !
Jambatan Victoria | Victoria Bridge (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Enggor, Kuala Kangsar, negeri Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson.



Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.


Sadis nya , kamera DSLR , Hp semua dah kong! Tak banyak gambar boleh snap , si geng KBBA sempat la berposing sakan atas jambatan , nak tengok dan berkenan dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) boleh klik sini. Tapi sempat la amik gambar abang chu & kak chu cheq ni. Sengal dierorang ni tapi nice knowing both of them yang tak tahan kaki melayan uncle cina sorang tu. Waduh! Kononnya familiar tengok Ty , sangat the spoil . Kecik sangat ke Putrajaya ni , uh!

Bagi kaki photografi atau nak shoot for pre wedding bagai , port ni memang boleh dilistkan dalam salah satu tempat yang harus singgah. Memang cun dan cantik , Ty pasti u olls pun mesti suka!

Program pun berakhir dan kami semua pun dibawa ke ETS Ipoh untuk balik ke KL Sentral , KL dengan sekali lagi menaiki keretapi ETS. Dengan ini sekali lagi penghargaan terima kasih kepada pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) atas jemputan bagi mengikuti program yang telah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga tak lupa pada Abang Lan kerana telah mengajak Ty untuk turut serta bersama blogger - blogger lain. KBBA , rockx!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part III | Railway Tourism & Homestay - Sepetang di Homestay Kampung Beng , Lenggong

4:13 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u ols , 

Sambungan al kisah Ty kekenyangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong {klik} belum selesai , sebabnya lik umah sambil siap nak pergi bermandi manda dekat air terjun  yang jalannya sangat mencabar memang ada je lagi sikit silap - silap terterjub ke bawah. Eh , terlebih imaginasi la pula.

Sebelum berkumpul untuk ke air terjun , keluarga angkat kami memang pemurah, murah dengan menjamu makanan tak henti-henti untuk kami. Minum petang yang sangat terbaik. Makan buah - buahan tempat ; rambutan , cempedak , durian dengan kerepek dan keropok ikan. Ajak jiran sebelah lagi, gamat rumah angkat kami jadinya.

Tengok si Kak Sue ni , sebakul rambutan tu dia letaknya kat depan dia.

Sedap sangat la tu sampai orang lain jenuh nak makan sebijik pun jenuh.
Ish3 , anak sapa la ni.


Ini dia , minum petang kami. Meriah u olls. Siap bungkuih kononnya nak berkelah kat air terjun tapi tak dan masa jalan nak balik baru depa pakat kedarah sebab lapaq lepaih mandi manda.

Kami geng Homestay Kg.Beng berkumpul di dewan balai raya sebelum bergerak bersama-sama menuju air terjun. Sementara menunggu yang lain , sempat la jenguk apa keluarga angkat kami semua sedang buat di belakang takbir. Rupanya depa dok preparekan masakan dan makanan untuk majlis malam tu nanti.

Seronok tengok suasana bersepakat bersama-sama bergotong royong.
Apa yang penting , kerjasama! 

Pengembaraan pun bermula , jom masuk hutan untuk merentasi semata-mata nak mandi air terjun.


Bukan senang u olls nak cross sungai kecik tu, nampak tak ada wayar elektrik jadi kami semua kena tunduk dan tak boleh sentuh. Mak aih sangat mencabar. Dengan ditambahnya pula baru lepas hujan , tanah pun masih lembab maka licin dan susah nak memanjat juga berjalan sampai ke tempat nak berair terjun.

PACAT!!! Walaupun kecil kita ni lagi besar, ini lah pertama kali Ty dihinggap binatang sungguh comel tapi menghisap darah Ty tanpa disedari. Ty tak dapat nak berendam atas sebab - sebab tertentu yang tak dapat dielakkan jadi tukang jadi photographer ja la untuk model-model majalah Mangosteen.

Sumpah cheq jealous tahap maksima gaban, mampu men celup - celup ja. Meh tolong Ty pilih cover photo untuk majalah most expose.


Kampung Beng , al kisah nya dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang telah melarikan diri mengikut jalan sungai ; Sungai Perak. Dan nama Kampung Beng diambil bersempenakan nama beliau yang mana dikenali sebagai Tok Beng. Bukan Ben Ashaari ye. 




Dah pilih? Confius sat , posing gay sangat depa ni. Janji tak dak hat terover porno sudah la. Walhal ada ja tapi bukan dari lense Ty. Oppsss. Lepas puas depa berendam, dah sampai waktu tuk kami balik rumah keluarga angkat dan bersiap untuk majlis makan malam nanti.

Tergelincir gak la masa nak balik , sebakul kena bebel dengan mak tiri terangkat si Kak Sue tapi tak da la tahap nak terjun terjunam golek-golek ala hindustani cam apak Jeeb. Ngee..

Sampai rumah, mandi dulu. Berdarah yang tak henti di badan dan paha. Sumpah cuak tapi masih tercari-cari mana pi binatang pacat tu. Jenuh la nak mandi, non stop darah mencurah-curah. Arghhhh..darah-darah,aku cedera parah. Kesimpulannya, tempek plaster. Baru senang nak bersiap untuk kedarah lauk pauk malam tu.


Ni dia , lauk pauk hat mak pak angkat kami masak ramai-ramai dengan orang kampung. Superb marvelous delicious la u olls. Berpinggan kami makan, Qaseh menambah nasi. Lauk dirata bertingket-tingket, memang tak dak chance dah nak dibuat menantu. 

Ini mak hangkat terangkat kami.

Majlis makan malam diserikan lagi dengan band yang juga ada sesi karaoke. Kaki karok memang gila mirc la jawabnya. Antara blogger yang juga agak kaki karok la yang memeriahkan malam tu semestinya lah si Mawardi Yunus  dan Najeeb Abdullah , dah macam buat konsert pula dieorang berdua ni. 

Jom layan !


Kemain Pak Yah kita ni posing nooo

Terima kasih kasih kepada keluarga angkat , seluruh orang kampung yang sangat mesra dan baik hati juga menerima kehadiran kami selama 3 hari 2 malam . Terutamanya ribuan terima kasih buat Pak Yah , tok penghulu kampung Kg.Beng.


Sedih dan sayu gak bila kami dan nak kena balik KL. Tiada lagi suasana kampung , air sejuk dari gunung , makanan yang segar dan sedap , buah - buahan tempatan dari dusun , naik bot sebagai jalan pengantaraan dari kampung ke pekan. In sha Allah , ada kelapangan boleh plan  pi lagi.

Kampung Beng memang best!

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Keputusan Anugerah Juara Lagu 28 | AJL28

11:38 PM Yanty Lee 8 Comments



Keputusan Anugerah Juara Lagu 28 | AJL28

Bertempatkan di Stadium Bukit Jalil , 12 buah lagu berentap di pentas AJL28 , 
malam ni terhurai segala persoalan siapakah yang dinobatkan sebagai juara

Tahniah Hafiz | Bahagiamu Deritaku berjaya dinobatkan sebagai juara AJL28.

Persembahan Terbaik - Hafiz | Bahagianmu Deritaku
Vokal Terbaik - Jaclyn Victor | Ikut Rentakku
Tempat ke-tiga - Awi Rafael & Altimet | Kalau Aku Kaya 
Naib Juara - Hanya Aku | Hyper Act

Persaingan sengit , apa pun adat pertandingan ada menang dan kalah.

TAHNIAH !

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Paintball | Tak beraksi

10:15 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,


Hari ni atau lebih sesuai Ty tekankan ; pagi ni sekali lagi Ty organize game Paintball among the bloggers dan juga rakan - rakan dari geng kaki berjalan eh travel juga kawan - sahabat - teman masing - masing. Seperti biasa bertempatkan di Cyberjaya Paintball cumanya kali ni Ty pindakan masa bermain dari petang (selepas Zohor) ke pagi. 

Kenapa Ty nak tekankan "pagi"? Sebab jenuh yang teramat untuk kejut si abang , adik , semua  la bangun tido dari Subuh. Menguji minda , tahap mental dan fizikal yang sungguh menabahkan diri dan sebab tu la Ty benci buat "morning wake up call". Tapi alhamdulillah ,  mereka semua muncul di tempat kejadian walaupun bukan seperti masa yang dijanjikan. *janji melayu*

Tapi  semua ni tak ada kaitan dengan tajuk entri. 

Buat pertama kalinya , Ty tak dapat nak turut serta bermain dengan geng yang sangat awesome. Semua yang beraksi memang tak tahu pun Ty datang hanya sekadar untuk urus mereka je. Ty hanya mampu maklumkan Ty tak berapa sihat untuk main bersama. Hakikatnya Ty sendiri sebenarnya tak tahu apa sebab sebenar. Eh , macam mana tu ? macam pelik je. *agaklah juga*

Keliru , oh ku jua keliru. 

Ty mula rasa sakit yang terlampau lepas aktiviti memindah dan berangkut barang - barangan ke partition kawan - kawan termasuk Ty sebab Ty dah dapat tugasan kerja yang baru dengan bos baru juga. Keji tak highlight? Tapi sakitnya terasa pada hari Khamis pagi yang sebenarnya Ty xbuat apa sangat pun. Memang pelik bin ajaib. Gagahi juga la kerja sampai hari Jumaat. Sayangya tak baik - baik juga , sekejap okay sekejap tak.

Apakah semua ini? Kenapakah di saat dan ketika perancangan nak beraski main paintball dari awal bulan punah. Sakit salah urat atau "sleep disease" ke "muscle tear"? Mummy ajak pi hospital untuk X-Ray sebelum pi mengurut, u olls rasa Ty pergi ke hospital? Oh no! Bukan takut tapi tak suka pi Hospital Putrajaya dengan servis boleh minta carut. Ty sakit ke nak bercanda dan bersantai dengan mummy kan , jadi Ty cuba rawat sendiri , sakit masih sakit , kurang tu sekejap - sekejap. 

Harap , sakit Ty ni bukan melarat dan tak tahap kronik. Ada ja yang kata buat main dan mula membebel berbakul. Ohhooo merry xmas , panjang betoi nagging nya leh turun salji Malaysia hujung tahun. Ye , semua care and concern sampai larang Ty tuk main dan beraksi pagi tadi. Untuk sekian kalinya , Ty dengar cakap. Kalau sebelum ni , apa yang berkaitan dengan sport / sukan memang Ty redah sanggup sakit pastu buat teruk la kalau dah tahap kritikal sakitnya. Dari kecik memang budak sport , badan je mengada bila dah dewasa. Krik2!


Next month , perlu sihat walafiat dan main - target of the month in Februari.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Blogging | Mood dan Idea Penting

11:58 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,


Comelkan kucing ni? Bukan kecomelan kucing tu yang Ty nak tunjukkan tapi ke"comel"an Ty yang pun turut sama termenung tengok laptop tapi tak tahu apa sebenanrnya Ty nak mulakan kerja menulis. Ha , comel kan Ty ni? 

Pernah Ty tuliskan satu entri pasal beza antara blogger fulltime dan bukan dulu. Ty ada blog untuk suka-suka. Ceritakan al kisah peribadi dan secara terbuka. Cumanya sejak kebelakangan ni , Ty mula aktif dengan beberapa aktiviti juga job-job dari PR-PR , melalui kawan terutamanya. Ya Alhamdulillah , tak sangka satu platform di dunia blog yang hanya lebih kepada penulisan juga gambaran pada gambar yang diambil boleh menarik minat pembaca untuk singgah membaca dan tahu lebih informasi. 

Cumanya ,terlalu sibuk. Dan semenjak Oktober lepas banyak juga entri yang patut Ty "up"kan untuk perkongsian bersama rakan-rakan di kalangan yang singgah baca dan semestinya untuk diabadikan sebagai kenangan. Snap gambar bukan main banyak tapi kalau nak dimuatturunkan kesemuanya di blog , panjang isi entrinya. Mungkinkah perlukan sub blog yang hanya ada gambar sahaja? 


Sibuk dengan kerja di pejabat. Awal tahun dan hadiah hari jadi Ty tahun ni , sangat menguji ketabahan dan fizikal juga mental. Siapa yang di luar sana kalau kata PA tak ada kerja tu memang salah la ye. Ty ada 2 tangan , public holiday yang mana penganut Hindu pergi pecah kelapa tapi Ty terpaksa masuk office dan pecahkan kepala untuk siapkan kerja.

Blog / Assignment ? Bertambah lagi satu kerja. Kadang - kadang , bila terlalu penat dan letih bekerja di pejabat sampai rumah pun dah lewat malam , macam mana nak datang nya mood dan idea yang mencurah untuk menulis juga siapkan assignment yang diberikan. Bukan tak boleh tido lambat tapi , esoknya rabak seghupa panda bear pi kerja. Lemau jadinya.

Ada tak sesiapa jual vitamin ke hape-hape yang boleh bagi Ty aktif untuk ada mood dan idea bila nak menulis daripada tenung je laptop? Ngee. Penting kot , sangat penting kalau tak tertido dengan laptop sampai ke pagi jadinya nanti.

In sha Allah , akan cuba merajinkan diri juga untuk menulis. Tekadnya kalau sehari satu entri tuk abadikan kisah-kisah benar tidak dongeng pun jadi la kan? 

Esok ada Paintball di Cyberjaya Paintball pada jam 10 pagi. Berminat , jumpa esok! Eh , sempat promote pula. Kononnya nak tunjuklah jadual berkala sangat padat , gitu.

Tunggukan entri percutian sambil bekerja Ty di Ipoh! (Krabi , Lembah Bujang etc also)

Chaiyok , Ty ! Chaiyok! 

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part II | Railway Tourism & Homestay Package – Pesta Makanan Tradisional Lenggong

11:47 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls , 

Baru ni Ty ada cerita pengalaman naik bot dengan keadaan yang gelap gelita di jam 3 pagi {klik}. Esok siangnya Ty menternak lemak. Bak orang kata ; tumpang dok muda sihat pa boleh makan , balun buang. Ha jom ke Lenggong!

11 Januari 2014
Terlajak bangun tido! Kelam kabut jadinya 5 beradik yang diangkat oleh keluarga angkat ; si pak Karim & mak Zaleha. Mau tak terlajak , kami semua tidur nyenyak sebab suasana di kampung kan , semestinya aman damai lagi tenang. Ya la , tak kan dapat punyalah kat Bandar tambah – tambah kota raya macam KL yang tak pernah tahu tidur. Kerekot punya tido mua dok da dalam selimut , sur punya sejuk u olls.

Lambat ke tak , sarapan pagi yang disediakan oleh mak , kakak dan adik angkat untuk kami mestilah kena tibai balun dulu. Memang balun okay , bukan makan alas perut. Heaven! Walhal nak pi ke bandar Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong , tapi tak menghalang kami pun untuk “kedarah” makanan yang ada di pesta tu. Diet? Hello! Sekali sekala perlu treat & enjoy the food yang we seldom had , hokayh!


Bertempatkan di Dataran Lenggong , pelancaran Pesta Makanan Tradisional Lenggong telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Suasuana di pesta sangat meriah apabila kelihatan orang ramai yang datang ke pesta ini. Mana tidak nya , semua orang pun nak mengambil peluang untuk mencuba dan merasa sendiri makanan tradisional dari Lenggong. Apatahlagi dengan pelbagai jenis makanan ; iaitu kira - kira 19 jenis makanan yang penuh dengan kelainan dari segi penyediaan masakan itu.

Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

Antara hidangan yang berjaya membuka selera “diet” Ty sampai jadi ular sawa kenyang.

Rendang Pedas

Daging Masak Hitam

Gulai Siput dengan Labu & Ikan Bakaq cicah air asam ala kerabu

Kari Daging Umbut Pisang
dan banyak lagi masakan seperti Gulai Daging Patani , Ikan Pekasam , Batang Lambuk.

Durian! Memang hantu durian la depa ni , perghhh , cheq speechless.

Sedap! Sangat sedap , nak sumbat lagi tapi tong perut dah tak muat. Selain daripada dapat merasa masakan dan makanan tradisional Lenggong. Terdapat juga pertunjukkan masakan , pameran dan gerai – gerai dibuka untuk para pengunjung melihat dan memperolehi maklumat yang lebih lanjut mengenai makanan tradisional Lenggong.

Buku yang mempunyai cara dan penyediaan masakan makanan tradisional Lenggong. Boleh la cuba bila kerajinan mendatang nanti kan. Tak pun serbu rumah Kak Sue Izza yang sememangnya suka memasak je sebab dia pun ada buku ni. Boleh tak kak? 

Tak puas meronda , rasa nak menempek lagi dengan melahap makanan yang superb delicious tapi masa amat mencemburui Ty dan sahabat blogger juga media yang lain. Janji , Ty dapat makan cempedak goreng – siap bawa naik bus. Owh , cempedak tu kira okay la kan daripada mereka – mereka yang si hantu durian sampai berbiji – biji diangkut bawa balik ke homestay

U olls perlu cuba makanan Lenggong , pasti bertambah berpinggan - pinggan lah macam Pak Cik Hasrul Hassan.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part I | Railway Tourism & Homestay [KL-Ipoh-KL] - Homestay Kampung Beng , Lenggong

5:27 PM Yanty Lee 21 Comments

Salam u olls ,

Railway Tourism & Homestay Packages [Pakej Pelancongan Keretapi dan Homestay] | Keretapi ; antara salah satu lagi pengangkutan darat yang masih menjadi tumpuan para penumpang dan juga pelancong dari dalam negara begitu juga luar negara. Pada 10 Januari 2014 baru ini , majlis perasmian bagi pelancaran Railway Tourism Packages di antara kerjasama bersama pihak Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) dengan Kementerian Pelancongan dan Kebuadayaan Malaysia telah berlansung di KL Sentral.


Berkesempatan ini , Ty juga turut bersama – sama memeriahkan majlis dan mengikuti program yang telah dianjurkan selama 3 hari 2 malam ke Ipoh , Perak  bersama para sahabat media yang lain bagi melihat sendiri kaedah antara daripada pakej yang sedia ada. Dan di sini , Ty mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak RTAM juga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas jemputan.

10 Januari 2014
Majlis perlancaran “Railway Tourism Package” bersempenakan dengan “Visit Malaysia Year 2014” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Pengerusi RTAM ; Puan Khadijah Abd Rahman di KL Sentral. Di samping itu , para hadirin dihiburkan dengan persembahan “Visit Malaysia Year 2014” daripada penari-penari Istana Budaya di mana mempersembahkan tarian kebudayaan dari pelbagai etnik – etnik yang terdapat di negara Malaysia.


Selepas majlis bersurai , kami para sahabat media bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh dengan menaiki perkhidmatan keretapi yang lebih dikenali Electric Train Service (ETS) ; sebuah perkhidmatan keretapi dengan berkelajuan tinggi juga mempunyai perkhidmatan harian pergi dan balik ke Ipoh , Kuala Kangsar dan banyak lagi.
ETS - Coach

Kami Blogger Selamanya - pantang ada lens tala camni la jadinya.

Perjalanan mengambil masa kira – kira hampir 2 jam 20 minit sahaja. Kalau kawen dengan orang Ipoh boleh ulang alik je kan? Eh! Apa kaitan. Setelah hampir 20 tahun , ini adalah pengalaman pertama Ty menaiki keretapi , keretapi yang hebat dan canggih pula tu. Over sangat kan. But seriously this is the best beginner experience of the year for me. Dengan kerenah geng –geng , diberi makan dan minum petang tak terasa langsung dah berlalu 2 jam perjalanan. Tup Tup sampai dah di Ipoh.


Sampai saja di Ipoh , sesi press conference YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan YAB Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir ; Menteri Besar Perak diadakan bagi perasmian bersama pelancaran “Railway Tourism Brochure”. Beberapa persembahan daripada artis tempatan seperti Mus MAY , Najwa Latiff ,  Ronnie HyperAct dan Sheeda Dangdut juga telah memeriahkan majlis pelancaran dan menghiburkan para pengunjung yang datang.

Set dengan team kompang , mereka yang interframe.

 Ipoh ; Perasmian bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Pengerusi RTAM ; Puan Khadijah Abd Rahman

Ronnie HyperAct

Najwa Latiff

Sayangnya masa tak mengizinkan kami untuk terus berada lama di sana sebab kami perlu balik ke homestay yang dah ditetapkan dan semestinya keluarga angkat kami sedang menantikan ketibaan kami si anak – anak angkat yang comel – comel. Gitu sangat. Dan di sini , mula satu cabaran dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dan pertama kali Ty alami. Ty dan geng Ty bermalam di Homestay Kampung Beng , Kampung Batu Ring , Lenggong , Perak Darul Ridzuan dan terdapat lagi 2 buah homestay  ; Homestay Bukit Gantang dan Homestay Gopeng.

Nak tahu pengalaman apa yang Ty maksudkan?

Untuk ke Homestay Kampung Beng  , kami perlu menyeberangi sungai untuk ke rumah mak pak angkat kami. Kecoh je Ty ni , sungai je pun kan? Pengalaman sangat nya bila kami perlu naik bot dengan bagasi macam nak lari rumah pada waktu malam buta atau senang kata pagi buta u olls! It’s 3 am , babe! Gelap gelita , tak nampak hape pun. Kelakuan dan mulut zip , tersangat baik okay anak – anak angkat cam kami ni.

Bayangkan ini lah botnya dan sungai Ty katakan.

Syukuran , Alhamdulillah kerana semuanya selamat sampai ke destinasi di tuju dengan keadaan yang agak hujan renyah – renyah apatahlagi penat kami hilang pabila dijemput dengan mesra dan sangat dialu-alukn oleh penghulu dan penduduk – penduduk kampung walhal kami dan sampai lewat. Maafkan kami noo , kita manusia biasa yang mampu merancang sahaja. Tapi seronok , jam 3 / 4 pagi dapat bersesi kenal sambil teguk secawan kopi sebelum pengagihan anak – anak angkat kepada keluarga angkat. 5 pagi mandi dengan air bak iceberg gitu. Ketaq sampai ke tulang la baq ampa oii tapi anak – anak angkat semua dah tak serupa yang comel sebelum bertolak. 

Tido itu harus walaupun sekejap sahaja yang seumpama tak tidur. Aktiviti seterusnya tunggu kemunculan entri seterusnya.

21 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Yan Ty | Hari Jadi 2014

7:48 PM Yanty Lee 6 Comments



15hb Januari | Rabu lepas adalah hari jadi Ty
Pada yang sampaikan ucapan dan berikan kata - kata semangat , terima kasih.

Malam hari jadi ,  Ty sempat jumpa 2 "kawan alam maya" untuk urusan kerja juga teman depa makan. Langsung tak pikiaq dan apa yang esok atau satgi jam 12 dah tua Ty ni. Kepala memang kusut pikiaq kerja dan nak kena pindah. Agak dah laloq dan lapaq bantal dari makanan. Bila tepat pukul 12 tengah malam , cun masuk dalam kereta nak balik adik +Emas Putih si Uzu jerit dan wish. Okay , sah Ty memang blur malam tu sebab ada ja bual dan ditanya betul ke esok birthday. Dalam sat ja cam dah leh tak ingat apa. Oh , faktor umur kah ini?

Sepanjang perjalanan nak balik rumah , Whatsapp / WeChat / Facebook / Instagram etc bertubi masuk wishes dari kawan - kawan tak kiralah among the bloggers ke tak. Ada yang main piano lagi. Ucapan tru audio yang sangat touching memang tak tipu tangkap leleh while driving. Sekali lagi semua , thank you!

Ini baru dari Facebook ke - 2 Ty , 
Okay terbongkar di sini Ty ada personal akaun juga yang sememangnya tak aktif.

Dan wish also wishes dari blogger otai merangkap Presiden / Pengerusi KBBA memang tak tahan.


Tak cukup wish di Whatsapp dan Facebook geng blogger KBBA yang rapat ini memang rajin gilos la sebab sempat je edit dan post tru  Instagram pula.





Pagi nya Ty KERJA seperti biasa , mummy wish dalam kereta masa on the way ke kontor. Buka PC, Tuan Google dah great dulu sebelum browse ke mana - mana web online. Lepas tu pagiyang sangat indah di hari jadi Ty sebab dapat surat cinta yang dinanti - nantikan sekian lama. Ketaq kepala lutut toksah nak kata lah tapi syukran , alhamdulillah mungkin semuanya akan berakhir. Satu hadiah yang penuh kejutan dan debaran.

Mudah - mudahan Ty akan OK di tempat baru nanti. Amin.


Sebelum keluar Date Lunch dengan mummy di Dome , Alamanda , kawan @ adik sorang kat office sempat bagi Ty hadiah lagi. Hadiah dia memang penuh makna , dah cukup 5 tahun berkhidmat , selipar gi ke Cik Tan dengan surau dah putus , jadi dia hadiahkan selipar yang sangat merah pinky mak ngah pun kalah u olls! Macam nak suruh bergerak langkah pergi pun ada , dah xbekerja sebos dah lepas ni kan. Tak cukup dengan tu , siap ada buku resipi hokayh , yang ni touching sikit sebab ada note yang suh bawa - bawa la jejak kaki ke dapur suh masuk bila mula dok sorang nanti. T_T  Uwaa , Ty memang counting days je. In sha Allah , kalau ada pakwe cam Ain , baru Kak Ty rajin nak masak kot. Opps.



Tiramisu ; free sempena besday cheq. Siap staff Dome nyanyi ok , blushing sat. 
Curlas gitu.





Thank you my dear beloved mummy 
for the birthday lunch.

Tak cukup Dome bagi kek , 
dapat mug lagi.












Okay , balik dari lunch baru sedar Ty dapat hadiah lagi dari +Najeeb Abdullah , yang ada dalam beg dengan Hard Disc nak pinjam amik gambar - gambar kami bercuti di Ipoh last week. Dah dikhabarkan dia import dari Sabah tru his friend lagi. Oh sangat terharu. Nanti boleh pakai kalau ada event yang glam , mai kerja kalau tak nampak rupa jam dah kot. 


 THANK YOU DEAR , JEEB !





Selain daripada ucapan dan hadiah , ada 2 entry telah dihapdatekan dari 2 orang blogger bersempenakan hari jadi Ty. Kalau nak kenal Ty sapa , bolehla baca entry dari Kak Fiza [klik] dan Ika Puk Puk [klik]. Ty sangat terharu yang tak terkata sebab Ty tak expect apa - apa dari sesiapa sebenarnya. Tapi ucapan personal dari +qaseh dalia , +Nurramizah fadzil , +Lan Careno , Kak Sue Izza , +fiza fantagirO , +Noor Atikah Ramli dengan yang lain memang Ty rasa mereka antara rakan blogger yang faham Ty dan selalu cuba faham Ty yang sukar untuk difahami dan keras kepala dan hati (sometimes). 

terima kasih u olls!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen