Aidil Fitri 2014

Thursday, August 7, 2014

Salam u olls , 


selamat hari raya



Macam mana suasana hari kemenangan u olls? 

Beraya sakan sungguh ?
Dapat lagi dak duit raya ?
Ka dah kena bagi duit raya ?
Seronok beraya kat kampung ka bandar ?

Paling mendapat sambutan masa raya ni , soklan bonus. Lepas tak jawab? 
[ Nak makan nasi minyak , masakla sendiri! ]



Hambar.



Nak kata dah tua , I is baby face , ok. Pi mana pun orang pakat dok tanya , belajar kat mana? Krik3X sangat. Perghhh , kembang kempis hidung cumanya tak setanding hidung Zizan.



Cuti raya , paling lama selama keja di "perantauan" - 13 hari juga la selepas habis tambah tolak.


13 hari ja pun , pejam celik pejam celik , mimpi malam sambung mimpi siang tak terasa mana pun tapi over sangat kan bila kata suasana raya kali ni ; hambar. Sesungguhnya , tak macam bercuti lama pun dan 24 jam tup tup just gone like that. Tak menang tangan langsung nak buat aktiviti planning.



Rumah terbuka memang perkara biasa la bila sambut raya ni. Berderet , dari pagi sampai ke malam dok mengisi perut dengan juadah raya sambil tu ni ja lah masa tuk berkumpul sanak saudara terutamanya kengkawan dari zaman tadika , sekolah , kolej , U segala bagai.


Arghh dem , "KG" kompem nek mendadak!



Selalu nya , rutin hari raya pertama , berkumpul semua adik beradik , sanak saudara , menakan , besan , biras , sepupu sepapat di rumah pusaka arwah tok nek. Tahun ni , ada sikit tahlil sebab masa bulan puasa kami telah kehilangan pak cik akibat sakit kanser. 


Raya ke - 2 . Bersantai sambil menyepah dapur mummy. Ty masak ok , please take note!


Ke Perlis , bagi rombongan merisik dan meminang sekaligus terlebur Ringgit Malaysia kat Padang Besar di hari raya ke - 3 sebelum singgah ke Sungai Petani beraya dengan kakak sepupu. Awal pagi keluar rumah , lewat pagi baru sampai rumah. Sakan beraya atas jalan raya.




Lewat malam , aktiviti bermain bunga api di Gurney Drive lepas kami berkumpul dan beraya di open house Fida. Rare -nya  , tuan rumah pun join sekaki melepak sampai lupa diri. Cara terkini bila anak - anak bandar main bunga api yang pastinya ada kami kesah?!





Dari mula rumah terbuka dibuka sampai flet tersadai lepas senja dengan geng - geng sekolah menengah di umah Ain. Raya ke - 5 dah , huh! Cepat kan masa berlalu pergi.




Blogger - Zayani Zulkiffli




Ah Peng @ Sheriff & Mahani's Open House , Raya ke - 6
Baru sempat nak buat makan - makan yang sesimple mungkin. Tiap - Tiap tahun geng - geng sekolah adik & Ty yang paling kerap datang. Masa tuk berkumpul selepas tamat meninggalkan alam persekolahan.



Oh , rindu nya nak pi sekolah balik.



Macam majoriti , tahun ni mesti beraya dengan gadjet terbaru lagi terlajak laris - monopod untuk sesi bergambar #selfieraya . Paling tanjat nya u olls , monopod pula jadi rebutan dan perhatian yang berjumpa terutamanya kawan - kawan Ty. Bila jumpa , soklan yang ditanya " Ty , monopod hang mana? " . Mak aih , Weyh , sampai ati kan ! Bukan nya nak tanya sihat ka tidak. Ciskek betoi. Sebegini rupa erk , fenomena "monopod" . Takpe takpe , kita sama - sama tengok sampai bila akan bertahan nanti.



Raya ke - 8 dah balik ke Putrajaya. Kehidupan sedia kala harus diteruskan selepas bercuti panjang. Mood kerja nak ke tengah hari baru hado u olls oi , blues sangat.


Masa untuk berkhidmat , SYMP!



Apa-apa pun , Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014 buat semua yang mengenali dan apa yang berlaku antara kita ; awak & saya , mohon ampun maaf . Sama - sama lah kita jernihkan yang keruh. Lupakan saja segala - galanya bagi menjalinkan ukhuwah sesama kita ke arah yang lebih baik sehingga nafas terakhir. 

In Sha Allah.



p.s : Jumpa Ty , sediakan duit raya tau! 

19 comments

  1. Assalamualaikum ty, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. wahwahhh monopod ditanya terlebih dahulu. hehehe bestkan beraya sakan dengan kengkawan lamaaa ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Sheila , Selamat Hari Raya Aidil Fitri jugak 0-0 ye.

      Ye , musim dia kan , monopod kan.

      Delete
  2. Meriahnya raya.. Lama tu ty cuti

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Ty, ingat sama akak Jm lg x? :-)

    ReplyDelete
  4. meriah raya awak. rindu nak jumpa kengkawan skolah

    ReplyDelete
  5. Meriah raya akk.. sori haritu pergi penang, tak dapat nak singgah rumah akk.. round2 penang je ena

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa , ada masa kat KL ke mana2 pun boleh jumpa.

      Delete
  6. alala comel tau ty.. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya...yeayyyyy akhirnya minah ni cuti panjang di hari raya,tak jadi penunggu putrajaya hahahahhaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga Kak Ngah ku syg ,

      Yeah , akhirnya dapat juga cuti panjang sebab tak berboskan bos yang hampeh.

      Delete
  8. selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. what is festival ? that is special ? when it will start ?

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.