Titian Serasa Ramadhan : Ramadhan Day – Out Fasting Camp 2014

Monday, July 14, 2014

Salam Ramadhan U Olls ,


Sabtu , 12hb Julai 2014 bertempatkan di Shah Alam Convention Centre (SACC) telah berlangsung sebuah program “Titian Serasa Ramadhan : Ramadhan Day – Out Fasting Camp 2014” yang dianjurkan oleh Yeo’s dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) , DenaiHati Network , UNISEL , Pertubuhanan Membela Miskin Tegar Malaysia (BELAMISKIN) , Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) , Chapter Klang,  KeQing Fans Club , Fayse Fans Club , Heliza Fans Club  dan Kelab Blogger Ben Ashaari. Program kem ini hanya berlangsung sehari sahaja.  Tujuan program kem ini adalah jelas bagi mengeratkan masyarakat Malaysia yang terbilang daripada berbilang bangsa untuk turut serta bersama – sama merasai pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan. Sekaligus berkhidmat dengan menyumbangkan tenaga dalam berganding bahu untuk sama – sama menjayakan program kem ini di rumah – rumah anak yatim.

Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan yang pastinya Ty sangat teruja juga berasa beruntung dapat bersama – sama menyertai program kem ini.

[Dari kiri : Mawardi Yunus  , Cikali , Fatin Bella , Angah Judin , Ty , Yaya Nastumi , Najeeb Abdullah dan pengasas Kelab Blogger Ben AshaariBen Ashaari.]

Bergambar dulu sebelum pendaftaran. Terima kasih Kak Sue Izza untuk gambar ini. Kami antara blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut serta dalam menjayakan program kem ini. 

Lepas ja pendaftaran , kami masing – masing dibahagikan kepada 6 buah kumpulan ; A , B , C , F , H dan K. Ty dalam kumpulan F yang juga dipecahkan kepada 4 kumpulan , jadinya Ty dari kumpulan F1. Vrooom…bajet laju macam Formula One gitu.

Selfie dulu sebelum duduk dalam kumpulan masing – masing. 

Perasmian daripada En.Ong Chay Seng , Ketua Pegawai Operasi Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad.

Sesi Ice Breaking sesame ahli kumpulan bermula , diarahkan untuk mereka dan melukis logo bendera kumpulan masing – masing. Kan kata tadi ala Formula One , memang itulah logo kumpulan F1 dengan tagline “F1 , vrooommm .. cepat ah!”. Sesi suai kenai dengan kumpulan lain juga ada , teka nama disebalik tirai hitam. Aum!

 Fayse Rayve ; a Malaysian singer-songwriter, host & actor; Champion of Astro Talent Quest 2004 & Winner of International New Chinese Talent Quest 2004. And a self-made Podcaster now.

Dah penat gelak tawa di sesi Ice Breaking , kami semua mendengar sedikit ceramah mengenai “Pahala di bulan Ramadhan” oleh pegawai JAKIM. Bagus info yang disampaikan , non - muslim pun fokus dan faham dengan konsep berpuasa. Alhamdulillah.  


Persembahan nyanyian daripada selebriti tanah air , KeQing dan Fayse Rayve.


Sedikit perkongsian daripada blogger terkenal ; Ben Ashaari

Sapa kata bulan puasa tak boleh bersenam? Dalam program kem ini , kami semua berkesempatan mengetahui cara – cara senaman yang betul ketika berpuasa juga boleh diamalkan pada bila – bila masa. Fuh! Mencabar juga cara senaman yang diajarkan , kami semua wajib buat OKAY! 

Sesi Cabutan Bertuah untuk memenangi Monopod terlebih dahulu sebelum kami semua bergerak ke rumah anak – anak yatim. Tahniah Kak Sue Izza , dapat monopod rezeki di permulaan hari buat nya. Walaupun dah de monopod. Buat GA ke? Eh!

Ty , BFF Fida dan Cikali teruja dengan daun palas yang bakal dijadikan 
ketupat semasa berada di rumah anak yatim.

Alhamdulillah , walaupun hampir sesat , kami sampai juga di rumah anak yatim yang di tuju oleh Platun F iaitu Rumah Siti Khadijah Anak – Anak Yatim Puteri yang terletak di Meru , Klang. Dan di sini lah semuanya bermula. Kami bekerjasama sesama ahli dari Platun F untuk membersihkan rumah , menghias dengan mengantungkan kad ucapan raya , memasangkan lampu lip lap , memasang perabut , menganyam ketupat dan beramah mesra dengan anak – anak yatim dengan mengenali mereka lebih rapat.










Walaupun tak seberapa sangat sumbangan yang kami dapat berikan , tapi Alhamdulillah kerana kami semua dapat sama – sama berganding bahu memberi yang semampu mungkin untuk membantu mereka. Riak wajah anak – anak ini terserlah betapa gembiranya apabila mendapat sampul duit raya (berisi ye!) , terasa sikit mood raya bila ada dengan mereka yang walhal Ty tak rasa apa sangat raya tahun. Ntahla kenapa.


Selesai sahaja aktiviti kami di rumah anak yatim , kami terus pulang ke SACC bagi mengikuti acara seterusnya sebelum majlis berbuka puasa. Antaranya sesi cabutan bertuah , mereka fesyen baju raya , pementasan catwalk. Selepas majlis berbuka puasa , kami dihiburkan dengan persembahan artis , Heliza Helmi.

Menu berbuka puasa 



Majlis program kem bersurai kira – kira jam 8.30 malam. Masing – masing pun berangkat pulang untuk berehat setelah hampir seharian bersama program kem ini. Apapun program kem ini sangat memberi banyak manfaat dan kesedaran bahawa kita yang masih mempunyai kedua – dua ibu bapa seharusnya menghargai sementara masih ada. Juga paling Ty salute tabik spring , bila rakan non - muslim yang turut serta juga sama – sama menyahut cabaran untuk berpuasa. Tahniah buat mereka!

Gambar kenangan bersama Platun F

Bergambar dengan blogger hebat - Abang Kid the Shakiddo [shakiddo.com]

Aksi giler - giler arr dengan selebriti Fayse Rayve
Yeah kami semua Penang Mari

Terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak – pihak terlibat bagi menjayakan program kem ini , diharapnya Ty dapat join lagi di tahun – tahun hadapan andai ada rezeki. In Sha Allah.

Anyhow , KBBA rocks!! Thankx buat Abang Ben and geng!

20 comments

  1. hehe. seronok kan. dan awak comel sangat cik ty! hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fun ! Eh ko mana la yang comel nye Cik Yaya ..huhuuuu

      Delete
    2. eh org kata kata comel comel la jgn cari gaduh ye! :p

      Delete
    3. Mak oii garangnya.. terima kasih kata Ty comel haha

      Delete
  2. Memang best event ni.. banyak manfaatnya dah tahniah kepada semua dan Yeos.. terbaikkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best , terbaikkkk!!!

      Bukan nak tumpang kita abg Kid ni ..grrr!

      Delete
  3. Denggggg! Sapakah gerangan ratu yeo's c3 tu??? Wakakakaka :p

    Camp yeo's ramadhan memang havoc dan terbaik! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sign ratu ! Krik3..

      Havockan akan datang ok Ratu.. Larikkk

      Delete
  4. fuyo! best nya event macam ni. hopefully boleh join! boleh buat video! haha!
    jemput lah singgah blog ye! www.kaio.my

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat join program mcm ni ty. mcm entry kira tu la. perasaan seronok dia x sama dgn sronok kita dapat bonus bebila tu haaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia bagi perumpamaan teruih... nnt kita jumpa no klu da masa

      Delete
  6. salam ramadhan yang ke 18. datang jalan2 dari blog MiaLiana.Dia kan pesyen kumpul link blog blogger2 lain.memudahkan kita untuk terus blogwalking blog org lain ;-)..saja ja mai singgah baca entry terbaru blog ini.. Senang2 mai la blog Montana nooo ;-) semoga terus success ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah Montana. in sha Allah , sama2 kita sukses ye

      Delete
  7. waahhh..sonok nye die..hehe..having fun sambil2 buat amal + tmbah pahala..best dpt event cenggini kn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok2. Alhamdulillah. In sha Allah akan join lagi event2 camni nanti..

      Delete
  8. walaweh... bestnya.. meriah betul. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.