Blogger Mamee Chef Day Out

Friday, June 13, 2014


Salam u olls , 


Berhujung minggu di negeri bersejarah Melaka bersama rakan – rakan blogger lain bagi lawatan ke kilang Mamee Double Decker yang beroperasi di Ayer Keroh dan juga melawat Mamee Jonker House di Jalan Hang Jebat , sekitar kawasan atau lebih dikenali oleh orang ramai juga pengunjung iaitu Jonker Street. Alhamdulillah , sesi lawatan sepanjang satu hari telah bermula dan berakhir dengan baik hendakNya.

Perjalanan bagi kedua –dua buah bas yang dinaiki kami yang bertolak dari Subang , Selangor ke Melaka berjalan dengan lancar.


Sebelum Ty teruskan cerita lawatan lebih mendalam , Ty nak kongsikan sedikit maklumat ringkas untuk tujuan pengetahuan pada u olls semua. Meh sesama kita kenali tentang Mamee Double  Decker ;
  • Mamee Double Decker Berhad merupakan sebuah syarikat dalam sektor perkilangan , pemasaran dan pengedaran makanan ringan , minuman juga pelbagai jenis produk lain.
  • Telah ditubuhkan sekitar pada tahun 1971 oleh pengasasnya iaitu  Datuk Pang Chin Hin , yang juga merangkap selaku Pengerusi Eksekutif.
  • Produk – Produk Mamee Double Decker juga telah dieskportkan ke seluruh dunia seperti di negara Australia , Afrika Selatan dan juga di negara – negara Antarabangsa lain.

Syarikat Mamee Double Decker sudah lama bertapak dan berada dalam industri pemasaran dan perniagaan di negara Malaysia. Kumpulan daripada syarikat ini juga sentiasa menitikberatkan juga percaya akan kecanggihan teknologi yang kian canggih dapat menghasilkan satu produk yang baik dari masa ke semasa. Contohnya , Mee Tarik yang diperkenalkan dari aspek pemprosesan teknik tarikan daripada adunan oleh La Mian yang juga hampir sama sahaja dengan teknologi mesin. Namun , tekstur yang dihasilkan ada kelainan dan cara tersendiri.


Antara anugerah yang telah dikecapi oleh pihak Mamee Double Decker ialah ; 
  • Mamee Chef Curry Laksa – “Top 10 Best Instant Noodle” di dunia pada tahun 2014 oleh The Ramen Rator ; seorang penulis blog terkenal dari US (www.theramenrater.com) di mana beliau telah mencuba hampir 1,200 jenis mee segera di seluruh dunia.
  • Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 di bawah Kategori Makanan.
  • Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.



Kejayaan produk Mamee Chef bagi menghasilkan resipi adalah merangkumi dari pelbagai faktor tertentu dengan teknik tersendiri. Seperti mana yang kita semua tahu dan dapat lihat sendiri di kaca televisyen , gandingan chef terkenal ; Dato’ Chef Ismail yang telah berjaya menghasilkan pes – pes segera bersama bahan – bahan yang segar seperti herba dan rempah ratus bagi mendapatkan perisa. Antaranya ialah Mamee Chef Tom Yam Thai  dan Mamee Chef Laksa Kari yang dibungkuskan bersama pes perencah yang datang bersama udang , tofu , cendawan dan pelbagai jenis sayur – sayuran supaya ianya mendapatkan satu kelainan ketika menikmati makanan itu. Di samping itu , pasti nampak lebih menarik.

Mamee Double Decker merupakan salah satu produk yang telah mendapatkan pengesahan dan disahkan status HALAL dan juga mempunyai sijil HALAL bagi pemasaran untuk perniagaan.

Gambar lawatan semasa di kilang ;






Dan ini pula adalah turutan bagi pemprosesan dari awal hingga akhir secara kasar yang boleh digambarkan kepada u olls ;


Bagi u olls yang nak ke Melaka , jangan lupa singgah ke Mamee Jonker House untuk merasai sendiri dan melihat secara lebih dekat tentang pemasaran makanan dan produk Mamee. Pengunjung berpeluang untuk menghasilkan dengan sendiri cup Mamee Chef dan little Mamee Monster mengikut hasil kreativiti masing – masing di tingkat atas pada ruang yang telah disediakan iaitu Noodle Doodle dan ‘Lil Monster Kitchen.

Blogger +Namee Roslan  nampak eksaited di situ

U olls yang teringin nak rasa Hainan Nasi Ayam Kepal , boleh didapati di Mamee Café yang menyediakannya dengan “top – secret recipe” daripada keturunan nenek kepada Datuk Pang sendiri. Dan dimakan bersama dengan ayam dan sos yang disediakan dengan kaedah tersendiri juga. Alang  - alang tengah musim cuti sekolah ni , bolehlah singgah dan merasainya dengan sendiri. Semuanya hanya di Mamee Jonker House.


Apa-apapun , lawatan ke kilang Mamee Double Decker dan Mamee Jonker House sangat menyeronokkan sambil lawatan Ty juga dapat belajar dan tahu serba sedikit cara penghasilan produk – produk Mamee. 


Dapatlah juga Ty berkenalan dengan rakan blogger yang lama dan baru. Terima kasih semua.
#mameechefday

14 comments

  1. bestnyer...mesti dapat bawa balik goodies mamee yg banyak . Ty suka la tuh ! len kali ajak pcl sama eh..

    ReplyDelete
  2. Krupp.. krupp.. dok kunyah mamee monster baca entry ni..

    ReplyDelete
  3. Eh eh eh , semua entry mesti ade group photo ni. Wakakaka. Semua rembat Nuffnang punya gambar. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mn sempat nk pas hp kt tukang snap.. :-)

      Delete
  4. Tq share entri dgn gmbr yg menarik ni. Akk teringin jugak nk join tp time cuti sek ni busy sgt sgt last2 x reply email dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe kak.. next time maybe ada boleh kak join... Dahulukan yg mn penting dulu...

      Delete
  5. Arini baca semua pasal mamee ni..waaa jelly tau..takpe lepasni tak lepaskan peluang

    ReplyDelete
  6. Suka sgt mkn mamee sambil nonton tv kruppp kruuppp nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  7. untung laa dapat pi kilang mamee...
    teringat cerita Adnan sempit plak,,,

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.