Warung Tapak Sulaiman | Warung Bunian

1:21 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls , 

Ingat lagi tak Ty update Ty ke Gold Coast Morib dengan geng blogger yang superb boombastic marvelous pada November lepas? Tak ingat kalau tolong KLIK dan baca. Apa kaitan percutian Ty dengan tajuk entri ni ye tidak? Ada kaitannya. Kaitan yang saling bersaling kait kaitannya. Kesimpulan daripada kaitan yang tak ada kena mengena dengan bunga kantan. Tapi percutian dan makan untuk isi perut sangat berhubung kait antara satu sama lain. 

Al kisahnya , sebelum kami sampai ke destinasi percutian di tuju , sempatlah kami singgah dan mengisi perut yang kosong di Warung Tapak Sulaiman atau juga lebih dikenali dengan nama lain ; Warung Bunian. Kenapa orang ramai panggil "Bunian" , itu Ty tak pasti dan tak berani nak menghipotesiskan sendiri. Nak dikaji pun tak terfikir dah jadinya bila sampai di tapak kedai makan ni dengan hidangan lauk pauk yang sangat menyelera dengan rasa setiap masakan yang sangat lah sedap! Jadi terabailah persoalan panggilan "Bunian" tu jawabnya.

Yang pastinya , setiap hari adalah menu yang berbeza. Ye lah kan , kalau hari - hari menu yang sama, muak juga betul tak? Macam bercintalah , hari - hari tengok muka dia je lama jemu juga , jauh baru rindu jadi kuat. Yang ini memang tak ada kaitan dengan tajuk entri juga percutian Ty.

Ty dengan geng percutian ke sana pada hari Selasa , mat salleh cakap omputih bunyi nya Tuesday. Gitu u olls!

Antara menu yang kami kedarah , melahap , bedal , lebih manis ayatnya bila kami makan dengan sopan tanpa berkata - kata lagi sangat beradab sebab terlalu lapar ; 

 Udang Galah Masak Lemak
Udang Galah Masak Lemak

 Ayam Goreng Berlada
Ayam Goreng Berlada

 Sayur Taugeh Goreng
Sayur Taugeh Goreng

 Ikan Keli Goreng
Ikan Keli Goreng

 Kenyang di Warung Bunian
Bukti yang kami berempat memang berselera makan makanan dari masakan yang ada di Warung Bunian

Untuk tempahan sebelum ke sana adalah harus sebab nya selalunya fully booked ye uolls. Kalau mai terjah macam brader hos Nas Ahmad , errr tak de kaitan , yang pasti agak susah nak menjaminkan masih berpeluang dan sempat tak tuk dapat makan. Nak tahu apa menu untuk hari - hari tertentu boleh hubungi owner warung terus untuk lebih lanjut.

Alamat : 
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN 
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN, 
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG SELANGOR. 
No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang

Untuk pengguna GPS di semartpon , boleh cuba connect terus ke link ni - http://4sq.com/i144e2 . Semoga selamat sampai ke destinasi ni dan dapat merasa masakan yang sangat sedap seumpama makan di rumah sendiri dengan masakan ala - ala kampung dengan suasana di dalam kampung. 

Breakfast pun hado ye uolls! Ty pernah pergi dan bedal 3 keping roti canai. Ahaa, hamek ko. Nasi Lemak Pattaya pun marvelous! Tunggu apa lagi , rancanglah dengan geng , pergi bikin havoc mesti best tahap cipan. 

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Permohonanan Program Rumah Idaman Rakyat SPNB

11:06 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls , 

Pernah terfikir untuk ada asset atau harta sendiri ? Apa yang Ty maksudkan di sini ialah rumah. Daripada dok menyewa atau tinggal dengan keluarga , apa kata ada asset sendiri setidak-tidaknya untuk masa depan u olls juga. Selain kereta , rumah pun penting untuk diperolehi walaupun rata - rata akan kata harga rumah dan tanah dah meningkatkan , betul tak? Ni Ty nak kongsi dengan u olls semua satu program ; Program Rumah Idaman Rakyat SPNB

Nak tahu lebih lanjut , jom baca!


Syarikat Perumahan Negara Malaysia ( SPNB ) memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM di lokasi wilayah terpilih di Malaysia.

Anda boleh membuat permohonan secara Online untuk Program RMM di laman web SPNB.

Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat
  1. Mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
  2. Pendapatan individu tidak melebihi RM7500
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebih RM10,000
  4. Keutamaan bagi pembeli rumah pertama  , golongan OKU dan ibu tunggal
Program Rumah Idaman Rakyat setakat ini merupakan projek di negeri Kedah, Perak, Pahang, Melaka dan Johor sahaja.

Info Rumah Idaman Rakyat
  1. Harga jualan rumah di antara RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM1,000,000
  2. Konsep pembangunan adalah bercampur
  3. Jenis rumah ;
  • Banglo sesebuah
  • Rumah berkembar
  • Rumah Teres
  • Apartment ( minimum 5 tingkat )
  • Unit Kedai

sumber : mysumber.com

Jadi pada yang berhajat untuk membeli rumah sendiri , boleh lah mengisi borang permohonan secara online.

[klik] untuk pengisian di borang pemohonan.
Ty dah isi !

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Search Keywords | Pencarian Terlampau - Awek Basah Dan Mengeliurkan

11:36 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Beberapa hari ni Ty sibuk dengan hal duniawi sikit , maka memang blog pun update tak terupdate sangat. Tapi hari ni tergerak hati juga jari jemari Ty untuk skodeng blog sendiri yang di mana apa penggunjung blog Ty cari sampai mereka singgah di blog Ty. Dalam hati , terdetik cuma mesti port - port makan sebab Ty gemar post  pasal tempat makan dan makanan. Review more foods yang banyak kan. Tapi terkejutnya dan tak terkelip bijik mata Ty yang boolat bila ada search keywords yang terlampau daring.



 awel cantik mandi sungai baju basah

Fuh! Pergh , apa di minda dah fikiran si pencari bagi keywords ini - "awek cantik mandi sungai baju basah" di Blogger.com dan di Nuffnang pulak - "gambar gambar bogel mengeliurkan". 

Apa la gamaknya ye si pencari ini nak cari sebenarnya sampaikan tersasar dan terdampar di blog picisan Ty. Nak tengok awek mana u olls  , brader , bhai , macha ? Sabar je la Ty dengan search keywords ni.
Dulu ada dah tersesat - Badan Bogel Bentuk Biola? di pertengahan tahun , Jun. Sekarang lagi dahsyat pengguna IT di abad ni.

Bila petang tadi Ty share di FB , ramai blogger yang lain pun turut sama ada saja perkataan yang lagi dahsyat dan lucah rupanya. Khaw - khaw pula tu view untuk keywords yang di cari. Giler Kentang la !


Antara blogger yang turut sama kongsi apa yang dijumpai pada blog mereka.
&
Kak Suria Lekat Lekit (http://lekatlekitgurl.blogspot.com/)

Bak kata Kak Suria , blog pun nak kena samak ! U olls , Ty sangat speechless dan kelakar pun ada tapi tu la semakin canggih teknologi dan penggunaan dengan pelbagai gadjet dan applikasi yang boleh juga mudah digunakan lagi diperolehi. , semakin banyak kesalahan penggunaan terhadap kecanggihan IT yang sedia ada. Kalau pencarian itu untuk pembelajaran yang sihat demi jangka masa yang panjang Ty faham la kot , tapi sampai nak tengok apa yang blogger melucah? Masya Allah. Bukan buat baik tapi kelakar kot cara pencarian ni. Hina sangat ke menjadi seorang penulis bergelar blogger? 

Lepas ni  , ntah apa pula pencarian keywords la agaknya. Melucah baru traffik blog pun gempak mendadak ke? Hurm. Macam - macam hado yo.

Baik mengaku cepat sapa yang nak cari dua perkara di atas tu , jumpa ke kat blog Ty? 

Pesanan khidmat ringkas dari blog yanty.my ; Gunalah kecanggihan IT yang disediakan dengan lebih manfaat.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG

12:05 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam u olls ,

{KLIK Banner}

1st Give Away by PingJe.org | Sebuah laman web yang satu platform bagi para blogger untuk berkongsi segala jenis artikel di PingJe.org - http://www.pingje.org . Dan terbaru , PingJe.org menganjurkan Give Away yang pertama. Dan semua blogger disarankan untuk join bagi memeriahkan lagi Give Away ini. Selain u olls , kongsikan artikel atau entri terbaru u olls di sini , u olls pun boleh kongsi / ping ke http://ohpingblog.com/ juga.

Meh tengok pe hadiah - hadiah yang menarik untuk Give Away gempaq ni ! Jom join pasti u olls suka.


SENARAI NAMA-NAMA SPONSOR DAN HADIAH-HADIAHNYA:

1) Lotion 10pcs bernilai rm20+Lipbalm 10pcs bernilai rm20 Untuk 10 pemenang (total rm400) By Wann Mistine

2) 1 Naked2 Palette by Urban Decay  bernilai rm50 dan 1 dodora bb cream bernilai bernilai rm40 Untuk 2 pemenang(total rm180) By Noor Maslina

3)  Wang tunai rm50+cawan jenama pingje.org Untuk 2 pemenang (total rm100) By relevan sokmo

4)  Wang tunai rm50 Untuk 2 pemenang (total rm100) By Mahamahu

5) Wang tunai rm50 Untuk 1 pemenang By Puteri Kasih

6) Wang cash  rm30 Untuk 1 pemenang By Belog Santai

7) Wang tunai rm20 Untuk 1 pemenang By  Safarin Sulaiman

8) Seutas jam tangan automatik bernilai rm165 Untuk 1 pemenang By Ahmad Afifi Saidin

9) 1 Bantal love berharga rm50 Untuk 1 pemenang By Kedai Hadiah Onlineku

10)  2 Paket kopi kesihatan bernilai (niqmat 69) bernilai rm34 Untuk 1 pemenang By ANa Ahmad

11) Sebotol vitamin b complex bernilai rm43 Untuk 1 pemenang dan sebotol vitamin zink bernilai rm27 Untuk 1 pemenang By Siti Faezah

12) 1 DVD(any story) bernilai rm20 Untuk 1 pemenang By Fareez Hafizi

13) Seutas gelang bernilai rm15 Untuk 1 pemenang By Wan Comel Sangat

14) Top up rm20 Untuk 5 pemenang (total rm100) By Ohpingblog.com

15)  Top up rm10 Untuk 2 pemenang (total rm20) By Nurul Syarafina

16 ) 3 Domain  bernilai rm105 Untuk 3 pemenang By Izzuddin Fauzi


Best tak ? Tunggu apa lagi , jom join. Give Away akan berlangsung selama sebulan dari 23 Dis 2013 - 23 Jan 2014. Selamat bergiveaway , u olls!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Artis : Johan As'ari dan Lana Nordin putus | Tiada Restu Keluarga

3:10 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,


KECOH! Bila hubungan cinta dan hajat untuk memperisterikan pelakon ; Lana Nordin tidak mendapat restu pihak keluarga artis ; Johan As'ari. Khabarnya mereka telah pun putus dan Johan telah memohon maaf atas perkara itu kepada Lana kerana perlu menghormati keputusan dari kedua orang tuanya.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”

Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.

sumber : Berita Harian

Huh! Mudahnya bercinta dan melamar kemudian putus. Memanglah restu keluarga itu penting supaya tak menjadi anak yang derhaka tapi sebelum memandai melamar sampai nak bertunang ke berkahwin kenapa tak bincang terlebih dahulu dengan keluarga tentang hasrat tersebut sebelum berdepan dengan pihak satu lagi kemudiannya bersakan ke hulu ke hilir bersama. Bukan masuk belah Lana tapi simpati nasib menimpa diri dia. Dipermainkan ke diperbodohkan , sabarlah Lana. Lumrah di dalam dunia seni juga lumrah kehidupan di muka bumi Allah SWT.

Semoga mereka akan temui bahagia walaupun tidak bersama.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday - Straw Holder

12:02 AM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls ,



Okay , ini patut jadi Wordless Wednesday ke tak? Kenapa Ty tanya adalah sebab hampir 20 tahun hidup ke muka bumi Allah SWT ni , bila Ty minum minuman bertin , Ty tak pernah pula terfikirkan seperti di gambarajah. Sangat speechless weyh , u olls. So bila dah jadi speechless maka betul lah wordless sebab tak terkata apa-apa dengan gabungan huruf-huruf menjadi perkataan.

Selama ni mesej yang cuba disampaikan , tak sampai rupanya.

Lepas ni , we olls pakat minum camni ye. (Bagi yang pun sama tak tau macam Ty)

posted from Bloggeroid

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Permohonan BR1M 3.0 2014 Di Buka 21 Disember 2013 - 31 Januari 2014

11:10 AM Yanty Lee 0 Comments




Salam u olls ,


Permohonan BR1M 3.0 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014 melaui laman web rasmi LHDN - www.hasil.gov.my .

Pada u olls yang pernah memohon sebelum ini , u olls hanya perlu mengemaskini maklumat terkini sahaja. Bagi permohon baru , u olls boleh daftar secara manual dengan mengisi borang atau melalui atas talian seperti berikut secara percuma :-

Pembayaran bayaran BR1M akan bermula pada Februari 2014.

**
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi - 5petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300. 
Selain itu, caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. 
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - 
sumber :  Bernama, 17 Disember 2013.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Pengantin Baru | Sunah Sakura + Ady Budika

2:01 AM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls , 


Seminggu lepas , yang bertarikh 12 Disember 2013 (Jumaat)  , 2 hati telah disatukan dengan sekali lafaz akad nikah sahaja di Kampung Baru , Bintulu , Sarawak. Tahniah Ty ucapkan kepada Kak Sunah + Abang Ady Budika (Soleh) dan sekali lagi – Selamat Pengantin Baru , semoga berkekalan hingga ke jannah. Amin.

Banyak dugaan sebelum ke Bintulu , Sarawak. 

Flight ke sana pukul 1.40 petang , kononnya nak cuti separuh hari tapi dugaan yang datang tak diduga lagi tak dijemput Ty terpaksa cuti. Tragis dugaan lagi sukar nak ceritakan biarlah jadi kenangan bagi Ty dan mereka yang ada dengan Ty pada hari Khamis malam Jumaat tu. So sorry Kak Adish Shida & Syafinaz Ramli.


Syukur , Alhamdulillah perjalanan penerbangan dan pendaratan dari LCCT , Sepang ke Lapangan Terbang Bintulu berjalan dengan lancar walaupun delay hampir sejam sebelum berlepas. Lepu duk dalam plane tu dibuatnya sebenarnya. Tambahan pula , perginya ke sana dengan hati yang lara dengan kepala yang teramat serabut. Masalah di Semenanjung masih tak selesai hakikatnya , nak berhuha pun mood agak swag , mood tak terbang sekali.


Setiba di Bintulu , dijemput oleh adik pengantin perempuan sendiri. Sempatlah jamah makan makanan kenduri majlis akad nikah sebelum kami bergerak ke rumah "homestay" (rumah kawan pengantin) yang di mana kami semua seramai 14 orang; termasuk Fateh Uwais untuk kami menginap untuk mandi, tidur dan rehat. Malam pertama di sana , Ty hanya berehat di rumah dan keluar ke kedai berdekatan dengan Amira Cycy , Qaseh Dalia Adelia & MK Syahir untuk mencari makan malam. Malam penuh nostalgia , makan burger jalanan di kaki lima ditemani hujan. Yang lain ada yang pergi ke rumah pengantin untuk tolong apa yang patut sambil cari jodoh , berjoget lagi dan juga ada yang terbongkang lena awal.


13 Dis 2013 (Sabtu)
Majlis kenduri dan bersanding antara pasangan 2 blogger ini berlangsung di rumah pengantin perempuan. Majlis di sana lain sikit dari majlis kenduri di sekitar Semenanjung sebab majlis bermula awal pagi dan tengah hari dah selesai. Kami semua ke sana hampir tengah hari , pulun bergambar dengan pengantin dulu - penting u olls gambar tu. Lepas makan , melepak di rumah pengantin sementara master planner dengan F1 driver pergi amik kereta yang akan disewakan selama 2 hari 1 malam.


Sebelah petang , kami singgah sebentar ke Pantai Temasya Bintulu. Tahun ni Ty memang asyik gi pantai je. Bila dah ke pantai memang bergambar tak hengat dunia la , posing terlampau , melompat , berselfie bagai habis la. Rare thingy is we guys ate Ais Kacang or it’s similar to be before went for our dinner.


14 Dis 2013 (Ahad)
Hari terakhir yang akan kekal menjadi kenangan paling kelam kelibut yang tidak dapat dilupakan. Dari pagi sampai ke senja si Along Yusuf Rosli , dah jadi driver ke hulu ke hilir, kecian tapi yang penting , Kak Zai selamat dibawa ke hospital sebab semput bergelak ketawa sementara ke airport tuk hantar Norfa Nil.

Tengah hari , berjalan di Pasar Utama Bintulu , ada juga berlaku perkara tak berapa nak syiok tapi settle la jugak dengan baik. Lupa diri sat masing – masing bila bershopping sakan. Maka sesi kelam kelibut pun beraksi lagi sebab nak kejar balik rumah and amik barang - hantar kereta sebelum nak hantar Nadh + Syakiraa + Fateh Uwais + Nana + Kak Zai ke airport memandangkan flight depa pukul 4 lebih pula. Memang mengucap sepanjang jalan je la u olls oiii bila naik kereta umpama tengah racing kat litar je rasanya. Huh! Luruh jantung dibuatnya , bukan takut mati tak kahwin lagi tapi cheq da mak pak lagi oi. Tapi pepun , Alhamdulillah semuanya selamat.

Kecut perut sampai lapaq jadinya , jadi lepas pelepaih depa , kami singgah makan “tengahari” sebelum kami pula berkejar ke airport untuk flight pukul 7:30 malam. Memang kenangan di Bintulu yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Hakikatnya penat kot. Seumpama seharian kami just on the road. Walaupun flight kami pun delay masa nak terbang ke Kuala Lumpur , tapi Ty puas hati dengan the smooth landing di LCCT. Terbaik , pilot tu memang terror. Just like the way when the plane landed.

nak gak minah air asia ni enterprem , cokodok betui la

Walaupun pertemuan pertama kali dari mata ke mata , alhamudulillah kami serasi dan bersebumbung lebih - lebih lagi terlebih professional yang pastinya. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal walaupun perkenalan awal hanya di alam maya pada mulanya – Blog juga Facebook ke Whatsapp

Next wedding trip , siapakah?

Sekali lagi Tahniah buat pengantin dan pada rakan blogger  ; #kamibloggerutagha & #kelabbloggerbenashaari , u guys rockx!

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dugaan Bila Berkereta Sendiri

7:37 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Entri sekadar luahan hati dan perasaan juga sebagai kenangan umpama catatan pada diari.

30 Nov yang lepas ,
Ty ada friendly match / game paintball dengan team Blogger n team Kaki Travel kat Cyberjaya.

Mummy lik Penang. Ty alone.
Lepas je tumpang sorang kawan di Presint 18. Dan Ty sempat singgah ke Petronas berhampiran untuk kejar masa nak solat Maghrib. Jadi Ty parkirkan kereta di parking yang berdekatan dengan pam Angin dan Air. Lepas solat , niat Ty nak pi buh minyak bagi penuh dan pam tayar juga check air. Sayangnya Ty tak boleh nak start kereta.

Ya Allah , berderau rasa.

Call sana sini minta tolong , hakak blogger sorang ni datang dengan suami dan kawan - tolong jumper.

Alhamdulillah. Waktu tu cuma syak bateri kong.

1 Dis , di keesokkan pagi nya , Ty sertai Treasure Hunt di MaTiC dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. Terpaksalah tumpang kereta hakak yang tolong Ty.

Serba salah jadinya bila plan dah up side down.

Selepas pertandingan Treaaure Hunt , Ty pi cari bateri kereta sampai ke Bangi dengan hakak yang banyak tolong Ty dari semalamnya. Selamatlah hubby dia sporting. Alhamdulillah , ada kedai yang masih buka dan menjual bateri dalam harga bawah RM200. Dapatlah sepuloh hengget kurang.

Balik ke rumah dengan harapan kereta akan okay bila dah pasang bateri baru. Jadi lepas Isyak , kawan blogger juga datang beri pertolongan untuk pasang bateri kereta.

Part memasang bateri memang dah jiwa kacau. Ada ja la yang tak boleh , rasa macam nak bebai pun ada tapi yakin dengan izin Allah , pasti boleh. Walhal , member Ty tak complete pasang wayar lampu. Cuak je kenapa tak da lampu.

Syukur , syukur , syukur .. Alhamdulillah.
Semuanya okay.

Tapi , hanya seketika sahaja. Tidak sampai 2 minggu dan cuma hanya 12 hari sahaja kereta kembali rosak seumpama bateri kong.

Malam Jumaat lepas. Lepas jemput kawan blogger dari Utara. Bawa pi makan dan dalam masa perjalanan lik ke rumah , dekat traffic light , mati lagi kereta ku ini.



Jam menunjukkan dah pukul 11malam. Call merata majoriti tak berjawab - orang dah tido kan , lagipun malam Jumaat katakan. Orang tolong jumper pun tak lepas. Tukaq bateri kawan baru leh jalan. Tersadai tepi jalan sampai pukul 2 pagi.

Kecian kat kawan. Flight ke Bintulu jam 730pagi , kena gerak dari rumah Ty pukul 5 lebih. Tapi tido nya tak sampai sejam. Ty pun akan ke Bintulu tapi flightnya tengah hari.

Hati dah tak happy nak berjalan jauh. Tapi lepas pukul 10. Brader jual bateri tu datang tukarkan bateri.Alhamdulillah ingat bateri baru tu problem.

Pergi la dengan kepala yang serabut , hati yang lara ke Bintulu dengan kereta kawan , mummy yang hantarkan. Tak berani nak drive kereta sendiri lagi takut apa-apa jadi nanti mummy sorang lepas drop Ty n 2 kawan lagi.

Masa kat Bintulu , Ty tido pun tak nyenyak asyik fikirkan kereta , betul la jangkaan juga sangkaan. Kereta memang sememangnya masih tak okay bila mummy drive pi Alamanda.

Ahad malam baru Ty lik Putrajaya.

Isnin , dengan tak sihatnya , kepala serabut dan perut sakit lagi lapar juga datang bulan , Ty ttak pi kerja tanpa maklumkan apa-apa pada sesiapa. Yang bermain difikirkan kereta. Macam mana nak selesaikan masalah kereta.

Bila cuba drive , memang dah rasa tak okay. Sekali lagi mat traffic light dia mampus.



Pertama kali , ditowwing dengan kereta sekali.

Rupanya bukanlah bateri yang bermasalah tapi altenator yang berharga RM250/-. Oh ya , towwing pun dah seratus.

Betapa ruginya duit pi beli bateri baru.

Duit oh duit.
Jangan pertikaikan masalah hal orang lain itu benar atau tidak tetapi mendoakan kesejahteraannya , Jangan sampai Ilahi turunkan bala dan mushibah dengan "cash" pada diri sendiri pula nanti. Beringat sebelum terkena , berlapik bila terfikir dan berkata - kata.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jom Makan Buah Putrajaya 2013

9:57 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls,

Pada 6 hingga 10 Disember 2013 yang lepas bertempatkan di Laman 1Malaysia, Putrajaya telah berlangsung sebuah karnival Jom Makan Buah yang dianjurkan oleh FAMA ; sebuah agensi kerajaan yang berkaitan dengan buah-buahan juga sayur-sayuran bersama dengan pihak Perbadanan Putrajaya.



Seperti tahun yang lepas, tahun ini juga Ty dan mummy Ty berkesempatan ke sini lagi. Dan tanpa kakak Ty yang hantu durian. Sayangnya, Ty tak dapat nak menikmati kenikmatan makan buah durian dengan mummy Ty sebab Ty kurang sihat. Mampu temankan je.



Oh Durian! Ty sebenarnya tak tergolong dalam kategori yang sangat hantu durian. Yang pasti, Ty tak berapa gemar dan pandai makan. Karvinal Jom Makan Buah bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.



Selain musim durian, ada juga jualan pelbagai jenis buah - buahan yang lain seperti rambutan , cempedak , jambu , dan banyak lagi. Terdapat juga gerai jualan lain seperti gerai makan dari makan utara, Negeri Sembilan dan bermacam lagi.

Tu dia!! Raut wajah mummy Ty yang puas menikmati durian yang dia teringin sangat nak makan. Mummy Ty memang agak lupa diri seketika walhal anak dia ni demam tapi boleh ja dia tibai makan juga sorang - sorang. Dah makan habis sebijik tak cukup ye u olls. Mummy siap beli 4 biji durian musang king dengan harga RM20/-.

Balik rumah, makan dengan nasi. Esoknya buat pulut pengat durian untuk sarapan pagi sebelum pergi kerja. Siap bungkuskan untuk Ty bawakan ke office. Kat office , officemate ja la yang makan. Cheq kan demam tapi masih gagah juga nak pi kerja.

Kalau la kakak Ty ada dengan daddy juga, silap-silap 5 hari berturut muka keluarga Ty ada ja kat karnival ni. Depa sangat hantu durian kecuali Ty.

Ada yang gila durian juga?
posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rezeki Menulis Blog

10:56 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Kali ni Ty nak kongsi sedikit tentang Ty dan blog. Pada mula Ty ada blog , Ty tak tahu pun boleh jana pendapatan menerusi penulisan pada setiap post entri malah juga pemasangan iklan di blog. Setelah saban hari , Ty banyak belajar dari rakan blogger hanya di alam maya. Sedikit demi sedikit , Ty mula faham dan seronok menulis yang dulu sekadar suka - suka rupanya ada habuannya.

Syukur , Alhamdulillah sebelum ni pun Ty ada menerima bayaran daripada beberapa pihak walaupun hasilnya tidaklah berjumlah besar tetapi Ty anggap itu satu permulaan bagi "newbie". [3 tahun dah pun menulis dan ada blog]



Ini adalah cek ; bukti bayaran yan Ty terima baru - baru ini dengan job yang Ty dan rakan blogger lain terima. Alhamdulillah , untuk rezeki yang Ty dapat ini.

Ha , ada tak yang terkejut? Sebelum ni mesti ada yang pernah pertikaikan Ty ni sibuklah dengan blog nye dan event dan job sana sini. Or asyik - asyik dengan blogger dia je. Tu salah ye , Ty kawandengan sesiapa sahaja. Selain sibuk di pejabat , Ty adakalanya sibuk juga dengan kerja - kerja blog. Dengan kesibukkan ini la membuat Ty terlupa sesetengah perkara yang tidak perlu lagi Ty fikirkan dan ingat lagi.

Walaupun penulisan di blog Ty ni tak sehebat otai Ty ; brader berbadan tegap - Ben Ashaari tapi Ty semakin hari semakin suka menulis sambil memanfaatkan peluang yang ada. In sha Allah , Ty akan sentiasa dan terus menulis walaupun sesibuk mana Ty dengan urusan kerja dan duniawi lain. Ini supaya bila di hari tua nanti , Ty boleh tersenyun dengan penulisan yang bermacam bunyi dan intonasinya. Jua bila Ty sudah tiada , setiap penulisan yang tinggal masih boleh dibaca dan dikenangkan oleh mereka yang mengenali Ty.

Kepada semua yang telah memberi semangat tuk Ty terus menulis blog termasuk my mummy , Terima Kasih atas dorongan itu! Kan Ty cuba tuk menulis walaupun akan dimamah usia kelak.

U olls , teruslah menulis blog juga ye!
posted from Bloggeroid

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Simple Giveaway by Licha

1:08 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam u olls , 

jom join GA by Licha


All the best , u olls !

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

KONTES U-BLOGGER

10:18 AM Yanty Lee 12 Comments


PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
      *sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Letak banner U-Blogger dan linkkan ke entri ini
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".


  SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 




Tunggu apa lagi u olls tu  , meh la join juga weyh! Gempaq giler hadiah yang bakal dimenangi. Tak rugi punya la. All the best u olls!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE

9:21 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Pada 4 Dis 2013 yang lepas , Ty berpeluang untuk ke Istana Budaya untuk menonton teater yang dinanti - nantikan oleh para peminat Lawak Ke Der 3 yang ditaja oleh pihak ESCAPE. Persembahan teater ini berlangsung sehingga 8 Dis 2013.



Dan apa yang boleh Ty katakan pada u olls , memang sangatlah rugi bagi yang tak pergi tengok dan tonton teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kenapa Ty berpendapat sebegitu , sebabnya dengan kehadiran juga penampilan muka - muka pelawak seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim telah berjaya menghiburkan satu panggung sari , pergh senak perut wei gelak tak henti dengan lawak - lawak yang bernas lagi berfakta oleh para pelawak kita ni. Spontan dan selamba je mereka persembahkan, memang tabik spring lah!


Walaupun ramai para penonton ada mengatakan Lawak Ke Der sebelum ini ; Lawak Ke Der 2 lagi best dan kelakar tapi ada juga yang kata Lawak Ke Der 3 kali ni lagi best gila u olls. Jadi kalau u olls nak tahu sama ada BEST ke tak , u olls semua kenalah tengok teater Lawak Ke Der 3!

Halo! Halo! Halo uolls , kalau tak best teater Lawak Ke Der 3 ni tidak lah terbuktinya apabila tiket - tiket telah pun habis di jual . Sangat hebat ! Sedih dan frust menonggeng ke u olls sebab tak dapat atau tak sempat juga berpeluang untuk tengok secara live ? Usah risau , meh Ty nak bagitau berita baik terutamanya khas kepada pelanggan ESCAPE kerana masih lagi peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 ini secara eksklusif mulai 31 Disember 2013 selama 6 bulan. Fuyoooo ! Perghh , lama siot! Jadi ambil la peluang ni supaya u olls tak akan terlepas peluang ini untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

U olls , selain dapat menyaksikan Lawak Ke Der 3 , terdapat juga satu lagi peluang yang u olls wajib rebut peluang oleh pengguna atau pelanggan Celcom dengan menyertai peraduan Cuit - Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Tudia , sambil tengok Lawak Ke Der 3 boleh menang wang tunai. Banyak untung oo. 


Nak tahu caranya? 

Mudah saja u olls , 
  • mulai 7 hingga 27 Disember 2013 , pelanggan Celcom hanya perlu menonton YouTube Channel- Cuit-Cuit @Escape atau [klik] : https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. 
  • Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. (Jawapan tidak perlu panjang ye u olls , cukup dengan satu perkataan)
Nak tahu lebih lanjut ? Layari laman web ESCAPE sekarang u olls!


Apa yang u olls perlu tahu tentang ESCAPE.

ESCAPE merupakan satu dunia hiburan peribadi yang boleh membawa anda ke mana sahaja. Juga boleh menikmati pelbagai video yang hebat , filem , konsert , berita , acara terkini dan banyak lagi , semuanya setempat.

U olls boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had. Hanya RM25 sebulan , ok u olls!!! Dan lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk u olls pilih di mana merangkumi pelbagai genre ; aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta . Selain itu , termasuk juga konsert terkini , acara karpet merah yang eksklusif , berita terbaru dan banyak lagi la u olls.

Dan kini u olls pasti tidak akan lagi terlepas peluang untuk menonton filem mahupun drama bersiri kegemaran u olls. Untuk maklumat lanjut , layari www.ESCnow.com sekarang!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Nelson Mandela - Ikon Keamanan Meninggal Dunia

7:58 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Nelson Mandela - merupakan bekas Presiden negara Afrika Selatan yang juga menjadi tokoh di seluruh dunia yang diberi gelaran ikon keamanan setelah memperjuangkan hak bagi kaum berkulit hitam yang pernah (masih ?) ditindas oleh orang kulit putih.

Namun kini , beliau telah pun pergi meninggalkan kita dan perjuangannya buat selamanya pada 5 Disember 2013 diusianya yang ke 95 tahun.

Nelson Mandela merupakan Presiden pertama berkulit hitam

Berita kematian beliau adalah satu kejutan buat seluruh rakyat di dunia. Bagaimanapun , semoga apa yang telah beliau pertahankan tidak dilupakan oleh masyarakat setempat malah masih lagi kukuh untuk memperjuang dan mempertahankan hak tersebut sampai bila - bila.

No one is born hating another person because of the color of his skin , or his background , or his religion - Nelson Mandela

RIP , Nelson Mandela.


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

8:39 AM Yanty Lee 15 Comments


Salam u olls!

Pagi buta celik je mata umpama celik IT sebab dah menghadap Internet di henpon dan laptop. Dan seolah-olah diseru oleh adeq Uzu atau lebih dikenali Emas Putih untuk sertai GA nya. Jom pakat meriahkan GA dari Emas Putih.


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Okay uolls , cepat join juga! -> KLIK untuk ke sertai GA ni. 
All the best !

15 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Teater : Lawak Ke Der 3

10:56 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,


Lawak Ke Der 3 sudah pun bermula dan sedang berlangsung tayangan teater di Istana Budaya mulai 4 - 8 Dis 2013. Bagi peminat pelawak seperti Nabil , Jambu , Harith Iskander dan penampilan baru lagi virgin daripada pelawak dan pelakon berbangsa Cina ; Douglas Lim , boleh dapatkan tiket di http://www.ticket2u.biz/ . Yang pasti , Ty jamin u olls akan pecah perut sambil gelak tawa dengan lawak yang agak sengal tapi ada fakta nya.





Jutaan terima kasih kepada brader otai seantero; Bro Framestone yang telah sudi menjemput bagi bersama - sama menonton teater ini dengan para blogger Malaysia yang lain. Juga tidak lupa pada pihak yang menaja tiket menonton teater ; Escape . Thank you so much again and again !




Alhamdulillah , Ty berpeluang untuk menonton teater Lawak Ke Der 3 pada hari pertama ; 4 Dis 2013. Yang pertama tengok daripada kawan , yang kedua pergi bersama rakan sepejabat ke IB dan kali ini sebagai seorang blogger. 

Rata - rata penonton dan peminat mesti sudah biasa dengan lawak para pelawak berbangsa Melayu yang Ty mention di atas tapi mesti tertanya ada juga mamat Cina tu / ini siapa? Ty kenal tapi tak la mengikuti sangat perkembangan Douglas tapi malam pertama saja dia adalah pelawak yang menjaya mengamatkan suasana di IB. Ty yakin ramai dah tangkap cintan dengan dia. Walaupun berbangsa Cina tetapi dia fasih berbahasa Melayu serta mampu menyanyikan lagu Awie yang telah diolah seni kata. Baginya , lawaknya hanya kira - kira 14sen dari setiap para penonton tapi Ty percaya lepas ni mesti payment boleh naik la. Tak percaya Ty kata lawak dia best? Sila tengok sini - Mawardi Yunus

Sebagai penonton hari pertama , kami digelar tikus makmal . Walaupun punch line pelawak Nabil tak sesaiko Lawak Ke Der 1 & 2 , tapi masih berjaya menghiburkan hati dengan pembukaannya dari lagu Havoc - Joe Fillow & What Does The Fox Say - Ylvis. Kesengalan Nabil dengan mengaitkan isu wrestling dengan nama wrestler tersasar juga dengan pakcik Tanah Kubur - The Undertaker . Kejang perut la dengan lawak bonggok setiap pelawak.

Kemunculan Jambu kononnya muka mereka ni legend tapi hati kiut telah mengantikan JoZan tidak kurang hebatnya , jalan cerita dan kostum yang dikenakan memang tidak menjangka apa yang mereka nak sampaikan , walaupun tidak banyak props seperti sebelum ini yang pasti mereka berjaya membuat penonton gelak ketawa. Kelakarnya lagu negara Yus Jambu ialah lagu SMS Siapa Ini Bang dan lagu kartun Doraemon pula lagu kebangsaan negara Tauke Jambu. Cuba la u olls bayangkan , tak leh bayang terus serbu IB la senang. Support industri kita!




Apa pun , stand up comedian of Malaysia - Harith Iskander memang selalu memberi lawak yang sangat meaningful yang related to himself and people surrounding him.Sekali sekala tersebak juga tapi last -last pasti gelak. Memang otai la! Relevan apa yang sampaikan dalam lawak dia.










Tidak terlepas peluang juga untuk bergambar dengan direktor & producer teater Lawak Ke Der I-III yang juga menjadi kegilaan ramai awek di Malaysia. Tahniah , Hans Isaac ! 


*melting sat I olls , U olls! - jangan jeles erk*




Sebelum masuk dan selepas keluar panggung teater , kami geng blogger memang tak boleh lari sebarang lensa bernama kamera. Pantang sangat. Dan ini la kami - kami yang turut hadir pada hari pertama untuk mempromosikan teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. 

Kredit : Zayani




Tu dia , kalah artis tapi bajet retis je la kot kami semua ni kan , banyak lagi gambar boleh cari dengan hashtag #lawakkeder3 & #escnow . Apapun kami semua memang did really enjoy the teater !  Walaupun ada yang baru jumpa buat julung pertama kali nya , Ty selesa dengan blogger - blogger ni , very friendly.

Bagi u olls yang tidak mahu ketinggalan menonton teater Lawak Ke Der 3 , sila cepat dapatkan tiket u olls sebelum terlewat. Nothing to regret! Dan only in Malaysia yang memang best gila babi sial ! - Douglas Lim.

Njoy the show peps!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

5:30 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Brader otai Hasrul Hassan anjurkan Give Away dengan pemberian 50 Ringgit Malaysia Sahaja la uolls! Ramai juga rakan blogger yang dah join , Ty dari semalam nak join tapi tak berkesempatan jadi ini lah masanya , pagi - pagi moga RM50 nanti tu pembuka rezeki Ty. =)

Meh pakat join! Senang je cara penyertaannya , klik pada banner di atas untuk ketahui lebih lanjut.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen