Wordless Wednesday - Penang and Me

12:00 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls , 

Happy Wordless Wednesday !


Tiada apa lagi harus dikatakan , ini lah hakikat tapi bukan bermaksud Ty terlalu KENEGERIAN cuma bangga dengan negeri kelahiran sendiri walaupun pelbagai isu politik dan perkauman berlaku akhir - akhir ini , namun PENANG / PULAU PINANG tetap di hati.

*cheq nak baq mai , cheq bukan anak mami mamu tapi cheq anak mummy & daddy .

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sahabat Media Cuti - Cuti 1Malaysia 2013 - Sungai Petani Inn (AmanPura Hotel)

8:43 PM Yanty Lee 8 Comments




Salam u olls ,

Minggu lepas Ty berceloteh tentang satu pengalaman yang tak terungkap dengan kata – kata bila Ty diberi peluang untuk turut serta bersama para Sahabat – Sahabat Media bercuti – cuti 1Malaysia di negeri jelapang padi , Kedah. Ok , bila Ty pergi “bercuti” ni pastilah ada tempat penginapan untuk menginap ye dak , macam tu juga dengan u olls kan. Mesti nak pergi bercuti ada terselit untuk cari tempat menginap , kan? Jom Ty bawa u olls , ke satu tempat penginapan di kota Sungai Petani.


Tak tahu nak menginap di mana bila jejak kaki di Sungai Petani , Kedah? Jom u olls ikut Ty ke Sungai Petani Inn yang juga dikenali dengan nama AmanPura Hotel. Sebuah hotel yang sering mempertingkatkan mutu perniagaan mereka dari semasa ke sesama. Kini berwajah baru setelah banyak dan pelbagai pengubahsuaian di mana memperkenalkan penginapan sehingga 114 bilik yang disediakan dan dikatergorikan kepada 48 bilik Superior , 58 bilik Deluxe , 7 bilik Junior Suite dan juga satu VIP Royale Suite


Selain bilik untuk melelapkan mata dan berehatkan badan , u olls boleh juga bersantai di D’Santai Lounge atau pekena kopi secawan di Aroma Coffee House sambil berbual – bual kosong bersama teman atau keluarga semasa masa lapang ketika menginap di sana. Banyak lagi fasiliti – fasiliti yang pihak pengurusan hotel sediakan untuk pengunjung hotel mereka. Antaranya ;

Business Centre
Ballroom 
Seminar halls
Swimming poll – for children & adult
Gymnasium
Spa
Golf arrangement 
Laundry service

Dan banyak lagi , tapi semestinya dengan dunia global semakin canggih dengan gadjet pun yang canggih – manggih semestinya ada Free WiFi

Bukan sekadar ada bilik penginapan dan fasiliti yang menarik tetapi bagi pasangan bakal melangsungkan majlis walimatul urus atau perkahwinan juga boleh mendapatkan tawaran yang murah di hotel ni. Hanya serendah RM15/seorang hingga RM22/seorang yang terdiri daripada 3 jenis pakej; Pakej Intan, Pakej Mutiara dan Pakej Berlian. Tempahan minimum yang boleh memuatkan kira – kira 800 orang , maknanya jemputan u olls la yang nak mai kedarah di majlis tu nanti. Grand tak? Ambooiii , curlas sangat.

Amacam u olls  , mesti ada rasa nak senarikan tak Sungai Petani Inn dalam tempat penginapan nanti? Pastinya puas hati dengan percutian u olls bila mendapat penginapan yang selesa. 

Bagi yang ingin menempah ruang dewan untuk seminar juga digalakkan. Bukan sahaja speksifikkan kepada penginapan, seperti fasiliti yang sedia ada , macam – macam aktiviti lain juga boleh diadakan di sini. Khususnya pada kakitangan / agensi perkhidmatan awam (50%) , alhi / agensi korporat (40%) serta agen – agen pelancongan (10%).

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh menghubungi ; -

Telefon : +604 421 3411 / 12 / 13
Faksilimi : +604 421 2423
Alamat Penuh : 427 ,  Jalan Kolam Air , 08000 Sungai Petani , Kedah Darul Aman
Emel         : [email protected]

*untuk lebih gambar dari para sahabat media , dapat nya di Instagram dengan pencarian hashtag #lembahbujang #cc1m #vmy2014*

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Segmen Follow April hingga Disember 2013 by Cik Akak Omei

1:51 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls,


Dah lama tak melibatkan diri dengan segmen - segmen ni , tengah BW jumpa Cik Akak Omei ada buat satu segmen berlangsung dari bulan AprilFool lagi rupanya sampai hujung bulan Disember ini. Segmen ni bukan setakat tambah follower tapi kenalan baru dari dunia blog dan mana yang kenalan dah kenal tu boleh rapatkan. Silaturahim tak boleh putus ye u olls!

Meh pakat dan rajin berBW sambil follow-mefollow sambil kunyah mashmellow.

Senarai Peserta - done drop & follow from #1 - #90

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Beza Blogger Fulltime dan Bukan

10:41 AM Yanty Lee 26 Comments

Salam u olls , 

Happy Wordless Wednesday. Alahai dah lama tak ber"wordless wednesday" lately ni. Teringat pun sebab sempat berBW ke blog Kak Fiza Fantagiro yang update entri bertajuk Wordless Wednesday.

Entri kali ni pun berbau ala wordless tapi ada kata-kata sebabnya Ty sangat speechless. Sangat - sangat speechless. Nak tau kenapa? Semalam Ty kerja di pejabat sampai pukul 11:30 malam punya fokus kerja sampai bila printer buat hal baru sedar cepatnya masa berlalu namun kerja masih tak habis cuma susut dari menggunung tinggi lampai u olls.


Semalam teruja Ty layan Whatsapp dengan geng , walaupun ada yang memang antara blogger otai dan biasa ja. Jujur Ty gitaw , sejak kenal depa la tau selak selok belok dunia blogging. Boleh jana pendapatan, berani kenal dengan rakan alam maya jadi close macam adik beradik. Apa yang dibualkan dalam group Whatsapp? Ada kaitan dengan pengetahuan Nuffnang

Nuffnang? Mesti semua blogger tau kan tentang pengiklanan yang boleh dipasang kat blog masing-masing. Tapi tak terkejut pun bila rakan blogger / whatsapp bertanyakan dan pertikaikan isu mendapat BE / CPUV dan cara hantar ticket kepada Nuffnang. Juga dah bertahun berblogging tapi Earning tak bergenjak - genjak. Teruja , bagus betul dierorang yang tak tahu bertanya pada yang tahu , walaupun kononnya ada satu situasi macam persoalan sensitif di mana blogger sebenar digelar bila dia ada  blog yang hebat dengan PU / UV traffik yang kencang  , dikenali (ala-ala retis) dan semestinya dia adalah seorang full time blogger



Blogger Picisan - seseorang individu cuma sekadar ada blog je la tapi apa yang full time blogger kejarkan atau ada blog untuk suka - suka sambil isi ruang kekosongan. 



Tapi rasanya tak salah kalau seorang blogger picisan itu diberikan peluang untuk berjaya juga dengan didikan dan tunjuk ajar daripada rakan blogger yang sememangnya arif dalam dunia blogging , kan? Ty rasa ini bukan persaingan yang nak mencantas sesama sendiri tapi lebih kepada persaingan yang lebih sihat. In Sha Allah , Ty teruja tengok kebolehan dan semangat blogger Abang Lan Careno yang berkobar - kobar nak achieve beberapa target dalam berblogging sebelum hujung tahun. 

Teringin Ty jadi macam dierorang ni , cuma masa tak mengizinkan tak kejar dikenali tapi blog sentiasa terjaga dengan ada entri atleast satu entri satu hari pun jadi la sebagai permulaan. Mampu kah Ty? Berbanding dengan tahun - tahun lepas , tahun ni sepertinya paling kurang entri dipostkan. Sadis betul , bukan tak ada nak diabadikan dalam blog tapi tak kesempatan nak update  tengok je la dengan kerja yang banyak balik lama dan recently asyik jatuh sakit , sampai disahkan ada "penyakit". Sedih kot! Tapi Ty redha, semuanya ada hikmah kerana sakit itu penghapus dosa.


Jana pendapatan dalam dunia blog , Ty tak kejar juga bukan tahap sengkek sampai nak dapatkan duit untuk apa - apa urusan peribadi. Tak mampu untuk sesuatu perkara usaha-kan-lah dengan cara yang betul tanpa mengaibkan diri sendiri dan keluarga. Rezeki tak datang bergolek - golek , dan tadaaaa "Eh! Saya rezeki ni datang kat awak". Bukan senang nak jadi senang , bukan susah pun kalau nak jadi susah. LAME. Tapi siapa tak nak kan kalau dapat duit , tapi kalau cara tu kena betul. Banyak lagi Ty kena belajar dalam dunia blogging sebenarnya , itu lah hakikat.


Serba salah nya rasa sebab ada beberapa entri bersponsor Ty masih tangguh tapi yang lain boleh je curi masa untuk update. In Sha Allah dalam usaha , maafkanlah bukan niat dan disengajakan. Mungkin situasi blogger yang berstatus seorang pekerja. Dan anak , bila mak duk sekali , susah oiii nak hadap lappy sebab ada ja nak ke sana ke sini , tak kesempatan la nak dalam keadaan tenang dan tiada gangguan manusia atau mahkluk lain untuk Ty bagi 100 and 50 percent of focus pada kerja juga entri yang patut diupdate. Nak tulis bukan main merepek je , orang nak baca mesti ada fakta dan menarik info juga gambar yang dikongsikan mesti ada daya tarikan untuk pembaca terus membaca. Betul tak?


Moga lepas Ty settle semua kerja seperti dilistkan  , nanti Ty boleh la cuba update entri - entri  tak pun autopublish kan , In Sha Allah. Moga ada dorongan dan u olls , untuk Ty tak terus diam dari berblogging atau tutup blog ini. 

Okay , nak sambung habiskan kerja . Sambung berentri , berBW dan sebagainya nanti. 
Muahx uolls.

26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Indahnya Pantai Tanjung Bidara , Melaka

1:26 AM Yanty Lee 20 Comments

Salam u olls ,

Cuti hari minggu ; Sabtu & Ahad minggu ini , Ty ke negeri bersejarah Melaka. Bercuti , hanya sekadar lari kesibukan kota juga kertas kerja di pejabat tapi masih ada beberapa kerja lain masih tertangguh. Entri - entri yang nak diabadikan di dalam blog pun tertangguh. 

Alhamdulillah , entri ringkasan ke Kedah dah pun siap. Sub-sub cerita di Kedah juga part seterusnya semasa bercuti di Krabi dalam perjalanan tapi masih di persimpangan.

Boleh gitu?




Ty menginap untuk malam ni di Tanjung Bidara Resort. Sebelum hadap lappy dan melepak dalam bilik, sempatlah Ty snap beberapa gambar pemandangan dan keindahan di Pantai Tanjung Bidara. Cantik sungguh yang tak terkata untuk Ty ungkapkan. 

Jom sesama gambar pantai pula ye uolls ,





Cantik bukan? Kononnya berhajat nak amik gambar masa senja tapi Ty masih menghadap lappy sebabnya line internet agak tenat. Semput gitu , sekejap ada sekejap tak ada. Eh dah macam biskut chipsmore pula. 

Pada malam , ada majlis makan malam dan sesi cabutan bertuah juga karaoke secara sukarela. Oh , ya ini majlis pejabat mummy Ty , kira family day tapi Ty tak berminat nak turut serta. Nak "berehat" sambil layan blog dan segengnya.

In sha Allah , esok akan bertolak balik ke Putrajaya setelah selesai majlis dan program di sini. Maka bersedialah untuk memulakan hari - hari yang sentiasa padat dengan kerja pabila Isnin tiba. 

#Banyak lagi pihak pengurusan resort perlu tingkatkan dan lihat semula terutama dari segi fasiliti dan kebersihan terutamanya.

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia 2013 di Lembah Bujang , Kedah

6:08 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam  uolls , 

Cepatnya masa berlalu , November sudah. Cuti sekolah pun sudah. Apa perancangan semasa musim cuti sekolah ini? Ada yang bercadang ke negeri Kedah atau sinonim dengan panggil negeri “Jelapang Padi”? Pasti semua terbayang atau terfikirkan Pulau Langkawi bila Ty ajukan persoalan antara percutian dan  negeri Kedah dan cuti. Tapi salah , ye olls. 

Jom Ty bawa uolls meneroka dan menjelajah banyak lagi tempat yang menarik di negeri Kedah Darul Aman. Di sekitar daerah Sungai Petani dan lokasi – lokasi yang berdekatan. Sebelum itu , Ty ingin mengucapkan sekalung tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur ; Santai Travel , M - Mode, Tourism Malaysia yang telah menaja satu event yang sungguh menakjubkan bersama sahabat – sahabat media bersempenakan dengan Visit Malaysia 2014.

spot me ?

Pergi nya Ty ke Kedah adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri apa yang menarik di sana. Hakikatnya banyak lagi tempat dan lokasi yang menarik cuma sayangnya tidak ramai pelacongan dari luar malah rakyat Malaysia tahu. Sesungguhnya , Ty pun tak pernah menapakkan kaki ke tempat – tempat menarik ini. 

Subhanallah , tak terungkap dengan kata – kata tentang penggembaraan Ty di Sungai Petani selama 3 hari 2 malam. Sebuah Bandar yang penuh keunikkan dan cantik mata memandang dengan suasana di sekitar perjalanan yang Ty pergi. Dari satu tempat ke satu tempat , ternyata u olls pun kalau pergi akan jatuh cinta. Contohnya , melihat lapangnya sawah padi dengan warna yang kehijauan. Sejuk mata memandang , tenang saja rasa. Kalau kita di bandar macam kota KL , asyik tengok kesesakan di sana sini. 


Setibanya sampai di Sungai Petani , kami ke Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk sesi press conference bersama YDP Datuk Haji Ismail bin Haji Said bagi merasmikan program ini. Kemudiannya , kami di bawa ke Sungai Petani Inn  dan merupakan salah satu penginapan yang ditaja sepanjang program ini berlangsung. Para sahabat media sempat bersesi press conference dengan pihak hotel juga secara ringkas sebelum bertolak ke lokasi pertama seperti yang telah dijadualkan. 

Antara tempat – tempat juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi di Sg. Petani , Kedah ; -

Sungai Petani Inn / Aman Pura Hotel (klik)
- Terletak di bandar Sungai Petani
- Menyediakan fasiliti yang memuaskan dengan harga berpatutan

Jeti Semeling 
- Menaiki bot ke Tanjung Dawai menggunakan laluan air ; Sungai Merbok
- Dikelilingi paya bakau

Pantai Merdeka (klik)
- Pelbagai kemudahan dan gerai makanan / minuman telah dinaikkan
- Bertentangan dengan Tanjung Dawai (kedai makan ikan bakar)

Chalet Terapung Sungai Merbok (klik)
- Penginapan chalet – chalet mengikut kehendak pelanggan 
- Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan ; BBQ , memancing dsb.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang (klik)
- Merupakan muzium arkeologi pertama di Malaysia
- Koleksi dan bukti kewujudan pusat perdagangan antrabangsa
- Koleksi dan bukti kewujudan perkembangan agama Hindu Buddha

Cinta Sayang Golf & Country Resort (klik)
- Resort dan suites yang hebat
- Pelbagai aktiviti riadah juga boleh dilakukan ; memanah , menunggang kuda
- The Carnival ; taman tema air

Tapak arkeologi tamadun , Sungai Batu (klik)
- Masih lagi dalam proses mengkaji tapak tamadun
- Dikenali sebagai Kedah Tua (Kalah)
-       Tapak industri peleburan besi

Gunung Jerai (klik)
- Terdiri daripada batu dengan ketinggian kira – kira 1217 meter
- Aktiviti rekreasi boleh dilakukan seperti treking dan berbasikal
- Sesuai bagi pencinta alam fauna

Ha uolls , banyakkan tempat yang menarik di sekitar Sungai Petani , Kedah. Untuk cerita yang lebih dari pengalaman terindah Ty juga gambar – gambar yang banyak lagi , nantikanlah sambungan penggembaraan di entri seterusnya. 

Sekali lagi , terima kasih  pada pihak penganjur dan para sahabat media untuk pengalaman yang amat menerujakan juga kerjasama antara satu sama lain sepanjang “percutian” ini.

U olls , tunggu ye entri “rajin” seterusnya dari Ty.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Simple GA - 3D Puzzle

5:50 PM Yanty Lee 20 Comments

Salam  uolls , 

Petang di Putrajaya dibasahi dengan hujan , bagaikan air hujan rasanya nak mengalir dari mata ni bila mengenangkan kerja di pejabat semakin tiada penghujungnya.Letih mata tengok nombor dan mengira. Juling dah ni cheq , ampa oiii. Entri ke Krabi dan Lembah Bujang pun tak tertulis lagi. Lepu minda sat , kepala otak jem. Bila tengok lappy, lappy tengok Ty balik. Kat opis line tak seclear Nasi Kandar Line Clear kat Penang nuh nak buat kerja blog. 

Petang - petang sebelum gerak balik , ternampak geng blogger dah join GA dari Abang Lan Careno, ada hajat dari pagi tadi tapi kerja dok lambai. Alang - alang semua pakat join , nak gak la join jugak sebab lagipun dan lama tak join  mana - mana GA.  Sambil tu boleh sama - sama memeriahkan lagi segmen GA dan support sesama kawan gitu.

Senang ja syarat - syarat Abang Lan Careno tetapkan , meh usha camna.

KLIK banner untuk ke blog penganjur GA bagi ketahui lebih lanjut mengenai contest GA.

Untuk pengetahuan uolls , puzzle 3D ni Abang Lan buat dan cantumkan sendiri bersama isteri tercinta. Macam cantik je... Macam cun je... Semalam lepak berLava Grill , sapa yang order dah dapat pesanan dari Abang Lan. Ty tak beli pun sebab selalu terlepas conversation  dalam group Whatsapp dan apa yang berlaku di FB sejak kebelakangan ni. Dah alang - alang ada GA , Ty nak cuba nasib la , mintak - mintak Akiff cabut nama Ty. Amin

Jom la u olls , pakat join jugak. Kalau sambutan memberansangkan penambahan hadiah GA akan ada. I LIKE! Lekaih u olls , sebelum Abang Lan Careno tutup penyertaan GA pada 29 November 2013 nanti. Kalau menang , bagi je la dekat Ty. Heee kidding.

Selamat berGiveAway u olls!

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lava Grill , Serdang - Chicken Maryland

1:37 AM Yanty Lee 20 Comments

Salam u olls ,

Huh... Fuh.. kerja oh kerja. Bila agaknya akan surut? Oh yang pasti , berangan kan aje la. Tapi kerja , kerja juga. Masa makan harus makan. Cumanya....

Kalau setiap Rabu ada game badminton . Namun begitu al kisahnya , hari ni kami geng blogger tak membakar lemak di gelanggang bersama tapi kami menternak lemak bersama-sama di Lava Grill,Serdang. Sekali sekala katanya , semua gara-gara tak dapat booked court sebab fully booked.

Ikut nya memang Ty tak tersenarai dalam list pada awal rancangan untuk turut serta geng blogger yang lain. Tapi angin berubah dan rasanya dah lama tak berkumpul. Ty dan K.Fiza jadi pergi berdua tapi paling lewat keluar dari Putrajaya. Tapi awal sikit sampai dari sebuah lagi kereta. Tak laju mana pun Ty drive. Pelik kan? Memang.

Selalunya ke sini u tuk makan burger bakar yang melimpah - limpah dengan sos keju-cili - black pepper.Dan sebab tu jugak la sesuai dengan nama restoran ; Lava Grill. Tapi kali ni , Ty berdinnerkan Chicken Maryland.



Terliuq please !
Sangat sedap tapi Ty dalam process makan ubat gemuk jadi Ty tak dapat menghabiskan dan melicinkan pinggan dengan portion nya yang sangat besar untuk perut Ty.

Dan kebetulan pada hari ni jatuh pada hari kelahiran isteri kepada blogger ; Que Achmad . Sebagai seorang suami dan father to-be, abe Q sangat la romantik dan loving orangnya dah pun membuat satu kejutan buat isterinya yang tersayang lagi dicintainya.



Happy Birthday , CikMa! Semoga segala urusan di dunia dan akhirat akan dipermudahkanNya , In Sha Allah.

Bila dah makan banyak , nak tido pun payah. Kenyang sangat! Papun , makanan kat sini memang tangkap leleh. Terjah la u olls , rugi..rugi.

Pada yang "open table" - TERIMAKASIH !
posted from Bloggeroid

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bintulu , Aku Datang !

10:11 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls,

Huh! Mesti pelik kan dengan tajuk entri Ty. Al Kisahnya Ty memang sejak kebelakangan ni , sibuk dengan crazy escape. Yang kebanyakkan tempat-tempat Ty pergi juga bakal pergi Ty hakikatnya tak berada dalam list perancangan awal sebenarnya. Semuanya secara mengejut dan tidak dirancang awal. Bak kata orang , "sesuatu perkara yang tak dirancang adalah lebih menjadi, hasilnya juga memuaskan hati". Syukur , Alhamdulillah sebab setakat plan yang dikira sebagai unplan semuanya memang menakjubkan dan puas hati.



Sama la di situasi yang meneruja Ty pagi Isnin tadi. Di mana sekali lagi di ajak nya Ty ke Sarawak. Ohooii , jauh tu tapi bukan sekadar berjalan - jalan tetapi atas jemputan bakal raja sehari yang akan berlangsung tidak lama lagi di bulan Disember ni nanti. Niat di hati memang nak pergi bila ada rakan blogger dari KBU ; Kami Blogger Utagha dah mengajak tapi ongkos tiket penerbangan semestinya tidak mengizinkan.

Tapi tup tup , tadi pagi tiket pergi dan balik ke sana ; Bintulu,Sarawak adalah hanya serendah semurah secheapest - RM59. BERBALOI! Ye la dengan keadaan kestabilan dan keukuhan kewangan boleh lah dikira berbaloi dan mampu.

Eh... Tsskkk tersebut kawan blogger , bermakna kenduri kawin pun mestilah si blogger juga. Cer u olls teka??

Hampir setengah jam Ty cuba beli tiket melalui AirAsia tapi ada saja error sampai ke tahap rasa dah give up. Tapi dengan ihsan si pengantin to-be pula bersusah payah tolong belikan tiket untuk Ty dan lain-lain. Lain-lain? Ada yang burn tiket balik awal , sanggup kan mereka. Ish..ish..Ish..

Apa pun , Ty masih tak percaya yang Ty begitu senang dan mudahnya untuk ke sana ke sini. Mungkin sebab Ty sorang dan bersendirian kot. Kerja? Tolongla , bagi Ty sedikit kehidupan sebab Ty seorang manusia biasa juga yang inginkan kebebasan untuk melihat dunia.

Sapa lagi akan ke Bintulu? Jumpa di sana.
amboi ! jauh bebeno pertemuan kita nanti.
posted from Bloggeroid

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part 2 : Bercuti di Krabi - Wat Tham Sua ( Tiger Cave Temple)

8:49 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls , 

Sambungan kepada entri pertama Ty dengan "crazy escape" - Part 1 : Bercuti di Krabi - Selamat Sampai.

Ketibaan di Airport Krabi sangat lengang sebab masih awal kot - 7.20 pagi waktu di Krabi. Ty dan bff pun bandingkan promosi pakej yang ada di travel agent  di situ. Memandangkan untuk hari pertama pun masih belum ada satu plan jadi kami bersetuju dengan pakej tour guide di sekitar bandar Krabi daripada pergi berkayak-ing , jungle trekking , hot spring sebab Ty "tak sihat".

Destinasi pertama daripada empat dalam pakej tu , kami di bawa ke Wat Tham Sua iaitu Tiger Cave Temple. Sebuh tempat di mana salah satu kuil Buddha di Krabi yang juga terletaknya sebuah patung Buddha di atas gua tu dengan ketinggian kira - kira 260 meter yang boleh dinaiki dengan tangga sebanyak 1237 anak tangga. 

Tapi , kemalasan yang melanda kami berdua , jawabnya tak mendaki naik ke puncak gua la dan sekadar bergambar dalam dan luar sekitar kuil dengan deco-deco yang sangat unik dan ada cerita disebaliknya. Cuma nya kami tak ada tourist guide untuk berikan informasi lebih lanjut tentang tempat ni.

Jom tengok gambar !



Ha , ini la rupa dan suasana di sekitar temple ni. Banyak sebenarnya gambar kalau Ty nak sumbat dalam entri ni memang tak pasal - pasal memanjang pula kan. Uniknya bagi Ty , kebanyakkan pokok di situ di potong dengan hasil nya yang berbentuk gajah , hati (heart) dan lain - lain. 


Semasa Ty ke sini , didapati seperti masih ada bangunan yang sedang dinaikkan dan masih dalam binaan. Kuil mungkin di naik taraf dengan elemen - elemen yang baru. Dan semestinya selain patung Buddha , ada juga patung haiwan si harimau di hadapan pintu masuk. Dah nama pun Tiger Cave kan.

Cuma nya Ty dan bff terasa tak berapa selesa bila ada satu situasi di mana seolah - olah dipaksa untuk menderma dan diikatkan gelang tali di pergelangan tangan. BFF dah cuak dn paling dia risaukan pada Ty sebab Ty berbadan lemah waktu tu tapi bajet cool lagi macho. 

Sebelum balik , kami sempat bergambar di tapak binaan yang baru sebab nampak lagi cantik , biasalah benda baru kot. Demand kan. overall , kami sekadar menghormati penganut Buddha dengan tempat di situ sebagai pelancongan sahaja.

Ni dia , sorang amik sekoq tiger buat bantal peluk.

Nantikan part - part percutian "crazy escape" Ty ke Krabi dengan entri yang bakal menyusul.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Samsung Galaxy Note One Dibaiki

2:20 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,


Masih tak terlambat kan untuk Ty ucapkan Salam Maal Hijrah pada semua. Sempena meraihkan hari yang agung di kalangan orang - orang Islam diseluruh dunia, selain daripada penghijrahan dari satu tempat ke tempat lagi mahupun dari sesuatu yang kurang baik kepada baik mahupun yang baik kepadaebih baik , Ty juga ada keputusan yang hampir Ty matikan.

Pada mulanya , Ty hampir menyimpan sahaja smartphone pertama Ty ni ; Samsung Galaxy Note l bila dah tak lagi boleh dibuka walaupun cuba dicajkan.

Kecewa , memang kecewa.

Namun , Ty ke Low Yat untuk baiki masalah di tablet milik mummy tapi tergerak hati untuk cuba menanyakan mengenai permasalahan yang dihadapi si Note.

Dalam tempoh 3 hingga5 hari , atau dengan tunggu panggilan daripada pihak Samsung Service Centre call dsb bila henpon tu dah siap dibaiki nanti.

Semoga henpon Note l akan pulih dan tak lagi rosak. Sesungguhnya rindu dan lebih suka amik gambar guna Note l berbanding HTC One. Lebih cantik gitu.

Walaupun hampir cecah RM200/- tapi Ty rasa henpon tu pun nak satu penghijrahan dari rosak kepada sediakala. Harap-harap , tak ada masalah lagi. Amin.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Fridge Magnet Bandung dari Bro Alwi

10:33 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Sejak dua tiga bermenjak - menjak ni , mana datang kegilaan nak mengumpul fridge magnet pun entah la. Tapi asal bila orang gi berjalan bercuti , ada je Ty mencelah minta souvenir berbentuk fridge magnet.

Terharu nya Ty bila rakan seperjuangan di dunia blogging pun turut sama melayan kerenah Ty ni. Dan yang pasti kami sekadar berkawan di alam maya menerusi laman sesawang Facebook. BerWeChat juga Instagram pun ada tapi seldom.



Terima kasih Bro Alwi si penulis blog ; mehmetwie.blogspot.com sebab dah poskan fridge magnet terus ke rumah Ty di Putrajaya. Bila bro Alwi minta alamat memang dan cuak sebab katanya nak hantaran rombongan. Sempat je kan buat lawak.

In sha Allah nanti Ty pula akan balas kiriman wang pos, eh bukan - bukan. Xda duit aih nak bagi tapi souvenir dari Krabi yang tak seberapa.

Sekali lagi terima kasih!
posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part 1 : Bercuti di Krabi - Selamat Sampai

10:25 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls , 

Alhamdulillah urusan passport pertama Ty selesai dengan baik.

Selepas pulun kerja hampir setiap hari balik malam untuk cuba sedaya mungkin settle kan kerja mana yang ada walaupun hakikat nya tak pernah selesai , Ty bercuti panjang. 5 hari 4 malam di "kampung" - Penang dan lebih kepada merehatkan dan memalaskan diri sahaja walaupun Raya Haji tak terasa kehangatan pun.

Khamis ; 17 Oktober 2013 - Sebelum matahari terbit lagi , Ty dan best friend dari darjah satu ; Affida aka Ika dah terpacak di LCCT , Sepang dalam jam 5 30 pagi. Tidur memang tak cukup , sebab drive balik dari Penang ke Putrajaya dengan drop off my auntie's friend lagi semua dah malam juga jawabnya sampai pastu dengan tak packing untuk nak fly dan berholiday. 

Carca marba sungguh.

Sempatlah kami berdua singgah di Marrybrown untuk sarapan dan lapik perut sebelum meninggalkan jejak di Malaysia. Bajet cam pi overseas habis kan. No luggage to be check - in , hand carry sahaja yang kami bawa , by 6.20am dah kena masuk "departure hall" dan Alhamdulillah penerbangan ke destinasi tepat pada jam dan minit nya ; 7.00 pagi.

Jakun sat tengok aeroplane , 
tu yang snap sebab jauh sangat berperjalanan nak sampai ke Krabi 
eh.. plane kami ke Krabi so ada saja pit stop Ty.

Kita pit stop , dia pun nak stop - menyibuk aje.

Memandangkan masing - masing bergadjetkan "smartphone" makanya tak de makna la kami nak switch off tapi sekadar ber"mode"kan flight mode. Susah la kan nanti nak bercamwhore bila dah tutup. Mamat cina pekong sebelah Ty pun buat benda yang sama. Janji tak ganggu sistem penerbangan dan pemanduan driver kapal terbang.

Camwhore

Ha kan dah kata mesti ada punya la camwhore dalam flight. Mana reti dok senyap. Dah lumrah ye tidok bila dilahirkan sebagai perempuan. Muka mengantuk dan menahan kesakitan yang perit tapi nak buat macam mana dah kena bercuti kuatkan dan gagah juga la.

Sepanjang penerbangan , semuanya baik - baik dan tiada sebarang mushibah atau perkara yang tidak diingini berlaku. Syukran. Pendaratan di Krabi Airport kira - kira jam 7.25 pagi. Eh , bukan masa yang singkat selama 25 minit sahaja ye penerbangan. Pendaratan adalah waktu di Krabi , Thailand. Maknanya, perbezaan waktu dengan negara kita ; Malaysia adalah kurang satu jam. Duration time on flight is about 1 hour 25 minutes .

Krabi Airport

Ini suasana di Krabi Airport , tak semeriah di KLIA mahupun LCCT memang macam tak ada apa sangat pun. Kecut perut bila sampai tempat sunyi macam ni tapi rata - rata satu pesawat memang dari Malaysia. Semua berkumpulan kami je 2 girls yang pergi bercuti dan bajet tau je apa nak buat tapi gamble sahaja. Baru la nampak gaya ala - ala "backpackers".

Sampai ja kat airport , kami berdua survey untuk aktiviti berpakej sepanjang hari pertama kami dan esoknya juga. Memangkan BFF Ty baru ja balik dari Koh Sah Mui jadi dia tahu la serba sedikit. It's more similar.

RM600 ditukarkan ke mata wang BHAT dapatlah hampir 6K.

Dengan 6K Bhat , apa saja la Ty dapat buat dan terokai kepulauan di sekitar Pulau Krabi ni. Untuk hari pertama , kami hanya amik keputusan untuk berjalan sekitar town dan darat tapi bukan ke Hot Spring ke layan Elephant atau berKayak-ing yang semestinya famous dan akan di'promote' oleh sales advisor ajen. Memandangkan Ty pun tak sihat , jalan - jalan sekitar atas darat je. Trip pakej  untuk esoknya  pun kami dah beli jadi tak la kami terover guna duit.

Next entry Ty cerita lagi dengan picture yang cantik - cantik okay.

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mr Steak House Seri Kembangan

1:30 AM Yanty Lee 5 Comments

Salam u olls ,

U olls suka makan makanan ala - ala western tak ? Kalau tanya Ty , it is a "YES" ! 

Rancangan untuk makan di Mr Steak House di Seri Kembangan dengan rakan blogger Putrajaya dan berhampiran dah lama cuma nya timing masing - masing lari. Tapi tanpa dirancang menjadi la pula. Cuma ada beberapa orang je la yang tak ada bersama sebab nya mereka tak turut serta kami main paintball. Sebenarnya, lepas main paintball kami masing - masing tak ada arah tuju tapi tekak rasa nak makan steak kononnya si blogger ayu lagi femes amos ; Qaseh Dalia Adelia jadi terpesong la lencongan si driver kami ; Kyle Ril. Dengan panduan arah dari Ty kami pun selamat sampai ke destinasi terlebih dahulu sementara tunggu geng jantan - jantan sampai.


Yang lain , makan chicken chop kecuali Qaseh dengan Ty je bermenukan makan malam yang lain sikit. 


Qaseh cuba menu Lamb Mix yang ada sikit isi ayam , Ty pula Chicken Golden Blue di mana dada ayam yang berisi padat dengan keju. Melimpah - melimpah hokayh! Sedap owh sangat sedap. Berbaloi. Siap "tapau"kan untuk mummy tapi Ty kena habiskan sebab portion sangat besar. Hakikatnya , Ty dah kenyang cuma dapat jamah bersama kononnya makan malam bersama pula dengan mummyi di rumah.

Sebabkan sedap dan puas hati , Ty dan Qaseh ke sana lagi. Bukan berdua tapi Ty bawa mummy & Kak Shameera Aimaa yang datang ke KL untuk urusan bisnes dia. Lepas solat Maghrib , kami terjah restoran ni. Dan kami berempat order menu makan malam yang berlainan untuk cuba rasa kelainan setiap masakan yang ada di situ.

Yang pasti , semua nya memang sedap.

Qaseh 's : Grilled Salmon

Kak Aimaa 's : Lamb Chop

Mummy 's : Sizzling Chicken Yee Mee

Ty 's : Fish & Chip

Temptating tak? U olls tolong la pergi dan rasa sendiri. Memang sedap tengah update ni pun terasa cam nak pergi serang je kedai makan ni tapi tak pe la next time. Atau ada sesiapa nak belanja boleh la roger2 Ty. Ahaks , kalau bab belanja mesti la laju kan,eleh korang pun mesti serupa je. 

Harga pun berpatutan dengan portion makanan yang disediakan untuk dihidangkan kepada pelanggan. Berbaloi sangat. Adik sorang yang kerja kat situ pun teruja tengok Ty dan geng paintball agaknya sebab sempat bertanyakan cam mana nak join Ty dan geng. Wah , teruja sangat sebab macam ada ramai kenalan la lepas ni. Tapi kami tak makan free atau ada diskaun ye , entri ni untuk perkongsian bersama dan juga sekadar simpanan untuk tatapan di hari tua. (kalau sempat la jadi tua) 

Selamat menerjah mana - mana cawangan Mr.Steak House yang berhampiran dengan u olls , selain di Seri Kembangan ni ada juga di sekitar Shah Alam dll.

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Paintball Bersama Rakan Blogger

4:00 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Pernah main game paintball tak , u olls? Ty memang tak pernah main permainan ni apatahlagi bila desas desus mengata game ni lasak. Tapi bila diperlawa untuk review oleh rakan blogger sebelum ni, Ty tiba - tiba jatuh sakit ; "memerut" bak kata Bro Framestome jadi tak dapatlah turun ke medan perang untuk bermain paintball. Sedih betul , rugi nak merasa cara main tambahan pula percuma kan. Oppss...


Sebab kan geng blogger yang turut pada hari tersebut terlalu asyik membakar line untuk repeat semula beraksi dan menembak di medan perang ala di Lahad Datu la kononnya , maka Ty disuruh untuk merancang juga mendapatkan seramai mungkin rakan blogger yang berminat untuk turut serta. Alhamdulillah , sungguh tak sangka , sambutan yang diterima sangat memberangsangkan walaupun Ty bukan lah blogger hebat yang dikenali ramai. Bahkan , kali pertama menjadi penganjur event (tidak berbayar , masing-masing bayar sendiri) amatlah teruja dengan feedback kawan blogger walaupun tidak pernah kenal secara in person.






Alhamdulillah , setakat ni dah pun 2 kali Ty jadi penganjur untuk game paintball. Terima kasih sangat pada semua rakan blogger yang banyak membantu Ty menjayakan event ni, juga tunjuk ajar yang diberikan. Ty ni penakut tapi sebab jadi penganjur dah berani bercakap dengan orang , unik rupanya jadi seorang penulis blog walaupun bukanlah blogger tegar.

Paintball , satu permainan tak lasak pun , u olls . Kalau lasak takkanlah Ty dan rakan blogger yang perempuan lain turut lagi buat kali kedua , bukan sahaja blogger otai si Ben Ashaari dan Bro Framestone sahaja yang kemaruk dan gian nak main lagi tapi Ty dan yang lain pun sama juga. Percayalah, sangat seronok sambil beriadah dengan kawan.


Takut main nanti akan ada kesan lebam? Huh! Main la permainan apa pun , kalau tak strecthing atau tercedera itu tipu lah. Ty dari sekolah main sukan , memang "budak sport" kata orang , hoki - bola jaring- bola tampar - badminton dsb Ty bedal main , seronok masa main , memang akan ada rasa sakit nya bila terjatuh dsb. Setakat kesan lebam , sekejap je pedih sakit tu dan esok lusa dah xsakit pun dan dalam seminggu dua hilang la. Dah isu lebam bukanlah penghalang untuk Ty dan rakan blogger perempuan lain untuk main lagi.

Jadi , majulah sukan untuk negara bukan bagi alasan. Eh , boleh ke macam tu ? Haha.

Bagi yang berminat untuk sertai Ty dan rakan blogger yang lain , jom jumpa pada 30 Nov 2013 ni , In sha Allah kami akan mengegarkan lagi medan perang di Cyberjaya Paintball dan untuk maklumat lanjut bolah PM Ty di sini.

Jom la ! Sekali main , pasti nak lagi. 

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen