Cinta Tak Semestinya Bersama

5:01 PM Yanty Lee 4 Comments

Tak pernah ajak bersama..
Tak pernah ajak berpisah..

Tapi jodoh tak berpihak , ketentuan Dia..

Redha , teruskan kehidupan..
Walaupun perit..

Pasti bahagia ada.

Namun ,

Ini lah manusia ,

Bila ada tidak dihargai ,
Bila tiada dicari meraih simpati mahupun kasih.

Sudahlah.

Kehidupan mesti diteruskan , banyak perjuangan yang masih diselesaikan.

Berjuanglah sehingga kecapi apa yang diinginkan.

In sha Allah , di jalan yang benar.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Balik Awal kerana Love You Mr.Arrogant

6:38 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Angkat tangan sapa yang tengok dan layan drama slot akasia di TV3 dari setiap hari Isnin sampai Khamis pada jam 7 petang , tambah - tambah drama Love You Mr.Arrogant ni .


Tajuk entri tak ada kena mengena dengan Ty tapi Ty kena balik awal sebab mummy Ty. Dia sekarang hantu TV semua drama kat kaca TV dia layan. Tak boleh lewat sikit dijemput bertubi - tubi call yang masuk dan tergendala kerja walaupun hakikatnya memang la Ty kerja dari 8 to 5 sahaja tapi bila petang - petang la baru aman sikit nak reply segala mak nenek moyang punya emel yang dapat dari nun jauh di Indonesia juga Russia oleh duta kecil kita. 

Adoi la , macam - macam  jenis manusia kan? Ini mak sendiri. Huh , ada ke orang lain pun lebih kurang macam mummy Ty ni ? Pelik la , kalau tak dapat tengok atau terlepas , apa agak nya korang rasa erk? Penangan drama ni hanya diadaptasikan dari sebuah novel je kan , feel dia lain ye baca novel tapi tak mungkin la kot kan if mummy Ty nak melayan baca novel. Ngeeee...

Oh mummy , mummy.

Okay , selamat la korang menonton cerita kegemaran ye!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday : Zalora

12:26 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

Patutnya hari Rabu ni , hari yang mananya untuk tempek gambar dalam entri tanpa sebarang kata-kata.

Tapi .....



Minta rakan blogger yang hebat lagi berpengalaman untuk berkata-katakan dari screenshot Ty ni dengan pengalaman bekerjasama dengan mereka ke? Perlu ke reply? Dan berbaloi kah?
posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tiba - Mafa (OST Drama Fira Ayuni TV3)

8:44 AM Yanty Lee 1 Comments

Salam u olls ,

Tidak! Ty terjatuh hati pula dengan lagu ni dan semuanya sebab mummy suka layan drama Fira Ayuni di TV3. Sesungguhnya tak tahu hujung pangkal cerita ni apatahlah lagi drama petang yang mummy sanggup balik awal ke rumah semata - mata nak tengok ; Love You Mr.Arrogant.

Rupanya lagu Tiba dari Mafa dah lama , haru kan Ty memang tak tahu pun ada lagu dan lirik yang perghh , I just love the lyrics dan sangat meaningful.

Jom layan.


Terjatuh
Cuba berdiri tapi
Terjatuh
Lalu dibawa hanyut terapung
Tanpa hala tuju
Dibuai arus

Terpegun
Cuba beralih tapi
Terpegun
Bertentang mata dengan bayangku
Bagai seorang yang
Ku tak kenal

Sudah lama
Ku menyamar
Bagai satu watak atas pentas

Namun sedar
Dalam dada
Ada yang terjaga
Dan sedang bersuara

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenar
Tak perlu tak perlu ragu-ragu
Tak perlu berselindung

Telah tiba bayangan
Diri yang sebenarnya
Inilah inilah giliranku
Inilah cintaku
Giliranku kembali

Terlihat
Sememangnya ku sudah
Terlihat
Betapa senangnya tuk berdiri
Dan menguasai hati ini

Memang indah
Cinta kita
Tak terjelas dengan kata-kata

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kesihatan didahulukan , Nyawa diutamakan.

1:15 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls , 

Firstly , syukur ke hadrat Ilahi kerana Alhamdulillah Ty sudah pun beransur sembuh dari sakit yang hampir seminggu dan atas dorongan sekeliling secara tak nampak yang memaksa Ty untuk ke klinik dan paling mencabarnya bila Ty dipantau makan ubat on time. Thank you semua! (You know who you are.)

Hari Isnin. Hari permulaan untuk semua orang yang keluar untuk menuntut ilmu juga punca rezeki. Kecuali negeri Kedah , Kelantan , Terengganu. They don't have "Monday Blues" but do they starts with "Sunday Blues". Bayangkanlah if tertiba kena bertukar kerja di salah satu negeri ni , pastu macam mana nak "twist" the mood. Arghh , forget it!

As entry before this , Ty kena present (bukan hadiah noks!) data yang mentah - mentah ; raw data yang berterabur la kononnya menjadikan satu main data kat pihak atasan unit sahaja ye bukan jabatan. Bak kata jiran seopis ; nenen susu manusia laen , orang laen dapek namo. Tapi dia tak bersuara ok u olls , dia re-act. Nak imagine? Suka hati u olls la.

Tapi lepas tunjuk , ada sahaja hendak ditambahbaikkan , sampaikan tahap semua desk clerk kena buat benda yang sama , Jumaat ada meeting unit pula dah. Raplah. Kerja hakiki lagu mana nak sedap eh siap. Pelik nya , ada yang perasan , ada yang mula tunjuk baguih , tapi dulu bukan kemain la kalah "French Kiss". Lumrah atau politik pejabat? Ty dah malas sangat nak baik dan bercampur cukup la bertegur atas urusan kerja. Cukup lah ditindas dan dipulau dulu. Moga tuhan saja yang membalas andaikata ada yang memburukkan / memfitnah Ty. 

Tak sempat buat banyak mana pun kerja , lepas lunch dengan mummy. Ty dating dengan mesin pencetak , banyak memo bayaran kena cetak sebelum berpindah pihak tangan ke urusan bayaran. Tapi masa amat mencemburi Ty , Ty cun sangat cam Scarlet Ortiz kan. Opss. 

Tepat jam 5 petang , aneh - pelik - weirdooooooooooooo (tarik eh u olls) sebab ........


Okay , pelik kan? Buat yang selalu contact Ty asyik - asyik ada kat office , kata macam - macam la kat Ty. Tapi Ty rasa badan ni perlukan rehat dan paling tepat sekali otak Ty perlu rehat dari kerja dan manusia yang hanya tahu amik kesempatan sahaja. 

Setelah disahkan sakit oleh doktor , banyak mana pun la kerja jangan berani lagi la persoalkan - "Dah tau banyak kerja , kenapa balik pukul 5?". Nyawa Ty ni satu je , jantung intan payung berlian untuk yang menghargai kewujudan Ty dalam hidup mereka. Ty tak kata tak akan tak buat kerja tapi Ty juga manusia biasa yang perlukan kehidupan seperti biasa. Robot / Mesin pun boleh rosak kalau over used them kan? Got my double meaning there?

Ungkapan yang selalu didengari bila jatuh sakit ; Kerja , kerja juga tapi kesihatan kenalah jaga sama. Tapi Ty sebagai PA nak ubah la sikit jadi ; "Kesihatan didahulukan , Nyawa diutamakan", okay tak? Bila kesihatan dan nyawa baik lagi mantap maka pasti la pencapaian kerja pun ke arah bertransformasi yang lebih cemerlang , bukan begitu? Mudah - mudahan , In sha Allah.

Kerja lah atas usaha sendiri , Kejarlah nama dengan bakat sendiri juga.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kerja "URGENT" bukan di pejabat

4:08 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam uolls

Huh! Lik dari raya haji dan bercuti di Krabi , Ty sibuk dan sesangatlah tak sihat tapi rasanya bos Ty tu apa dia pedulikan. Janji kerja kena siap u olls tuk dia tunjuk bagus dengan bos atasan. Jelas dan nyata. Ramai dah mula celik di office lately ni. Pelik tapi lawak!



Patutnya Rabu baru ni Ty kena pergi kursus tapi atas usaha gigil bos Ty, maka berkijo la sekuwek- kuweknyo Ty kat pejabat. Malam nya kat umah pulun tengok dan edit raw data yang akan dibentangkan Isnin ni.



Too bad , Ty tak sihat , Selasa malam , muntah teruk dan Rabu pula diarrhoea. Imagine ; how to do work at office or home? But does that lady bossy bos of my - cares? Naah, peps! And who give a damn.

So now , at this time I little bit fine , stood up and tried my very hard to done the raw data as a main data.



Tengah pagi buta , orang syiok tarik selimut tapi Ty duk gagah sehabis tenaga untuk siapkan data yang dikehendaki pada awal pagi dan semestinya 'dia' akan tanya before 8 o' clock. Pertanyaan yang kadang-kadang annoying.

Harap OKAY lah data yang Ty dah cuba siapkan dengan kondisi yang tak sihat sebabnya Ty tak kejar untuk muka dipanjat ke dinding untuk pekerja contoh malahan pula untuk dapat anugerah - APC , walaupun bekerja dari rumah tambahan pula pada waktu sebegini.
(Soon to be - Subuh dah oiii!!)

Tenaga dah banyak digunakan, so guess what?



It's Nasi Briyani Daging + Gulai w/o Daging + Teloq Goreng !

Jom supper ke jom sahur ni? Ngee..

Ty lapar , maka panaskan lauk pauk yang sedap dari masakan mummyuntuk jadikan lapik / alas perut dengan cuba mengembalikan tenaga untuk siapkan kerja dan pada esok siang hari.

Mampu kah hari Isnin Ty masuk ke kontor?

Doakan Ty cepat sembuh ye u olls.

posted from Bloggeroid

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Buat Duit Secara Online bersama Iklan Sticky - Program Pay Per Click Paling Sempoi

11:03 AM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls , 

Patutnya Ty dah dalam perjalanan ke Port Dickson untuk kursus tapi gara-gara ada sedikit politik di pejabat dan kerja yang mengunung selepas bercuti sakan kata pegawai sorang ni , maka nya berkijo la den ni ha. 

Tak kisah la hal tu , tapi pagi ni bila ter"rajin" berblogwalking Ty ada singgah dan terbaca cara buat duit menerusi online. Jadi Ty pun terus join sebab untung - untung ada rezeki dari IklanSticky.com boleh la buat simpanan bila perlu , ye dak?


IklanSticky.com - satu platform PPC ; Pay Per Click yang paling sempoi dan mudah untuk menjana pendapatan daripada hanya satu klik dengan komisyen sebanyak RM0.15 , semakin banyak klik yang dapat maka semakin banyak komisyen akan diterima. Komisyen dikira berdasarkan kategori komisyen per klik yang ditetapkan oleh IklanSticky. 

Bilangan klikKomisyen per klikJaminan Komisyen 
Min 100 klikRM0.15/klikRM15.00*
101 - 300 klikRM0.125/klikRM15.12 - RM40.00
301 - 650 klikRM0.10/klikRM40.10 - RM70.00
601 - 1100 klikRM0.075/klikRM70.07 - RM107.50
1101 - 2100 klikRM0.05/klikRM107.55 - RM157.50
2101 - 4100 klikRM0.025/klikRM157.52 - RM207.50
4101 klik ke atasRM0.015/klikRM207.51 - RM250.00 (max)**

Minimum kelayakkan cash-out adalah 100 klik atau bersamaa RM15.00 manakala maksimum pay-out untuk sesorang agen adalah RM250.00 sebulan. Boleh la kan? Sapa nak bagi senang - senang camtu je , rajin - rajin la sedekah satu klik bila singgah blog Ty dan agen lain - lain juga ye. Tolong - menolong kan amalan mulia.


In Sha Allah , kalau ada feedback & rezeki yang baik nanti , Ty akan review dan update lagi.

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari Malaysia di Flora Kafe AmpWalk

12:00 AM Yanty Lee 16 Comments

Salam u olls ,

Entri backdated lagi ! To restaurant manager ; Mell. Sempena hari raya aidil adha ni , Ty himpunkan jari jemari Ty (jap check cukup tak 10 jari , OK cukup) sebab kelewatan entri yang dah hampir sebulan. Makan dah kenyang dah jadi ... Erk. Euw , Ok okay behave Ty with your writing. 

However , thank you so much to Mell for the lovely invitation for me and the others too on the day.

Syukur Alhamdulillah , sambutan Hari Malaysia pada 16hb Sept dengan jemputan dari Flora Kafe yang Ty terima telah meninggalkan satu memori yang cukup dan sangat terindah bagi Ty dan geng blogger yang lain. 

Zillion thanks to Mell yang telah mengatur juga menghias hiasan berunsurkan english style yang sangat lovely dan romantic , alahai tapi ruginya la masih single. Ok , Abaikan. Yang pasti siap ada belon di setiap kerusi. Jeng jeng jeng ada surprise la kononnya. Tapi macam dah terbongkar sebenarnya, frust sangat. Tapi semua happy and di enjoy.

Kali ke-dua Ty makan lunch di sini , dan kali ni Mell hidangkan set makanan yang bermenukan ala - carte tapi dihidangkan khas untuk special guest cam Ty dan yang lain. Bajet sangat kan , ada I olls kesah? 

Perut masing - masing yang berdendang bukan sekadar lagu Dendang Perantau sahaja dah kedengaran , paling teruk nya ada berbunyi Techno , ha acanaer tu. Mana tak nya , date we olls berlunch di sini pukul 3 petang. Jadi rata-rata piranha yang hadir untuk memeriahkan food review juga sambutan hari jadi rakan blogger datang dengang perut kosong , bukan main depa nah , punya nak balun kedarah makanan bombastic marvelous lagi delicious gitu. 


Antara menu yang Ty dapat rasa dan makan bersama yang lain , Ikan Talapia Berlada , Sup Bebola , Sayur Masak Lemak , Daging Masak Kicap dan lain - lain. 

*Ty tak ada banyak pictures*

Di samping masakan Melayu tradisional ni , kami semua ada juga dihidangkan Nasi Himpit & Kuah Lontong bersama sambalnya.




Blurpp! Ty sangat kekenyangan , jadi lepas makan nasi dengan lauk pauk juga lontong. Majoriti dah mula berjalan , posing maut sana sini sekeliling kafe , yang datang dengan anak-anak kecik mereka mula la sesi kejar mengejar. Aceli semua tu tektik je u olls, seluar semua dah sendat nak duduk je , jalan la sikit kan bagi makanan turun. Kan, u olls? Baik mengaku je la.

Sementara blogger semua sibuk berbisnes talk dan berposing maut tanpa aksi baring ala Hindustan , Mell dan krew on mode standby untuk bawa birthday cake untuk si birthday boy & girl (macam tak sesuai je panggil boy&girl tapi bagi la depa chance rasa muda). Sambil menghidangkan kami pencuci mulut yang sememang wangi , it's dessert time!

Pengat Pisang

Banana Crepe ; Pisang yang disalaikan.

Looks so yummeyh , right?!

Sambil menikmati pencuci mulut , tara ... 


Nyanyian lagu Happy Birthday beramai - ramai pun dinyanyikan bila saja Mell keluar bersama kek.

          

Again here , Ty wanna wish Happy Birthday ! (yeah, I know it's already belated) to my lovely sister superb sporting and psycho ; Fiza Fantagiro also bro Najeeb . May Allah SWT bless both of you and all the best in your both undertakings.

Gambar ni WAJIB tempek , the best awek I got !
(everyone taken only me :-( )


Last but not least , thank you aka terima kasih juga pada semua rakan blogger ; Najeeb Abdullah - Nizam Ijam - Qaseh Dalia - Ben Ashaari - Mawardi Yunus - Ahsan - Haswadi - MK Syahir - Ujang & Yana - Fiza Fantagiro - Mieza - Sue Izza & Eddy yang telah memeriahkan suasana dan majlis di Flora Kafe kali ini. 

Bagi yang ada niat nak ke sini untuk hari yang istimewa , boleh berunding dengan pengurus restoran yang sangat senang berhubung dan berkerjasama.

Nah , details Flora Kafe  ; 
Flora Kafe 
Lot.G.02.G.05 , Ground Floor , 
The AmpWalk ,
218 Jalan Ampang , 
50450 Kuala Lumpur.

Mell : 03 2161 8010 / 017 3024112
Selamat menjamu selera di sana! 

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Merdeka Hunt 2013

4:56 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls , 

Entri backdated dari bulan Ogos. Hujung bulan sebab nya merdeka kan. Hari Merdeka tahun ni , Ty dan kawan blog ; Ben Ashaari  ,  Lan Marqius Careno , Sue Izza , Fiza Fantagiro & Weeda sempat menyertai satu treasure hunt yang telah dianjurkan oleh MaTiC yang bertempatkan di Padang Lanai. Kali pertama Ty joinkan diri dalam game  macam ni. Satu kumpulan hanya ada 2 orang sahaja dan Ty geng dengan kakak tiri Ty yang bekeng sokmo tapi amat produktif lagi penyayang ; Kak Sue Izza. 

Awal pagi di hari merdeka , Ty bersama mereka berjumpa di Putrajaya Sentral untuk ke destinasi yang dituju. Masing-masing malas nak drive down. Bila sampai kat sana , kami jumpa abang Lan dan itulah kami pertama Ty berjumpa dengan dia yang sememangnya sengal. Opss. Perut kosong! Tak sempat bersarapan terus dah mula dengan pendaftaran kemudian permainan pun bermula. Okay , pada mula memang Ty blank tapi sekali dah faham pulun la Ty dengan Kak Sue mencuba selesaikan mentelaah bahasa UFO untuk ke bahasa Rumi dan cari jawapan. Ada 10 tasks.


Ni la salah satu kertas dari 10 yang kena terjemaah  - sampai ada yang dah boleh hafal tulisan UFO ni. 
HeHeHe

Halamak , tikus ke manusia ni jatuh dalam tepung ?
Salah satu tasks yang perlu kami harungi.

Setakat tasks berunsurkan tepung , air sampai basah kuyup , bagi Ty salah satu yang betul - betul menduga minda dan mental Ty ialah bila kena minum air milo yang dicampurkan budu . Bayangkanlah sekejap , macam mana reaksi Ty waktu tu untuk tabah dan kuat semangat untuk telan juga air tu. Alhamdulillah , dengan 3 tegukan Ty berjaya telan tanpa henti dan bernafas. Kelakarnya Ty balik cawan plastik foam tu tepat ke arah brader yang in charge dekat check point tu. Maaf noo!! Minum air mineral 2 botol dan berchweing gum untuk hilangkan bau. Satu pengalaman yang Ty takkan dapat lupakan. 

                   
Ty dengan otai , abang Beben
Leh berlakon dan pegang watak gengster tak?
Syamsul Yusof nak extra meh ni kami pun gengster.

Tak menang pun tapi 3 - 3 kumpulan tapi berjaya dapat saguhati.
Jadilah kan dari tak dapat langsung kan.

Sebelum balik sempat la Kak Fiza bawa Ty jalan ke KLCC , eh. Sebenarnya masuk KLCC sebagai jalan tetikus kami untuk ke ke stesen LRT.  Dekat KL Sentral sempat la merempat dengan selamba duduk tepi jalan macam tak de kesah dah dengan orang sekeliling sebab kami semua sangat ponat nak mampuih. Balik je umah , mandi memang habis sental gigi yang bersisa tepung dengan budu semua. Tapi memang seksalah nak bernafas bila hidung tersumbat dengan selesma. Budu oh Budu.

Tenkiu kak Fiza , bawa Ty gi KLCC .
Next time bawa lagi ye.
hahaha.

Walaupun tak menang , dan timba pengalaman baru dengan salam perkenalan dari budu. Ty takkan berputus asa untuk teruskan usaha dengan sertai lagi pengembaraan macam ni. Tektik dah tahu kekonon terror la dengan selok belok kan. Haha.

Yeah! Mek Combi boleh. Oh , itu nama kumpulan Ty dengan Kak Sue.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pizza Hut | Cheesy Bites Trio

1:43 PM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls ,

Hari ni ala-ala lone ranger , bila semua orang kat umah ada urusan untuk diselesaikan di luar memandangkan hari ni hari Isnin dan hari pejabat beroperasi seperti biasa cumanya Ty ja dah pulun cuti direct.

Memandangkan mood mengupdate blog dengan entri yan backdated" sambil edit gambar, jadi tak mungkin la ada mood nak masak walaupun goreng teloq sejibik. Jadi , Ty order Pizza Hut secara online. Sah la tergoda dengan iklan TV. Sebab sejak cuti la baru kenal rupa TV katakan.


Cheesy Bites Trio - Chicken & Mushroom Alfredo



Spicy Surf & Turf



Chicken Meatball Spagethi Bolognese

Ha , amacam temptating dak? Tapi Ty dak makan sorang la semua tapi dengan kakak dan abang Ty. Alahai , dok Penang ja hancoq diet. Musnah ranap!

Sedap! Sebab kakak belanja. Ahaks! Okay sambung editting untuk entri lain. Selamat menjamu selera dan pada yang puasa , jaga mata dan nafsu.

Salam Aidil Adha.
posted from Bloggeroid

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sup Hameed Penang Road

4:26 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Jumaat lepas Ty last day bekerja untuk balik ke kampung dan bercuti lebih seminggu dan In Sha Allah akan mula bertugas Selasa minggu hadapan. Hakikat diri dan kepala tak tenang dan asyik fikirkan keja apatahlagi bila bila bercuti pun masih bawa balik keja untuk disiapkan. Bukan SYMP tapi tanggungjawab. Akan diusahakan juga untuk update entri-entri yang terbengkalai di ruang draft dengan tajuk nya sahaja. Sungguh backdated.

Blog Ty sekadar tempat Ty berkongsi bukan blog informasi semasa jadi tak da entri yang kalut tu Ty ketengahkan dengan isu duniawi sekadar santai di tepi sisiran pantai gitu sambil hirup sup , erk tak sesuai.

Okay, pasai Sup Hameed Penang Road , memang port patut u olls mai pekena dan rasa sendiri the taste of the soup. Tak kira lah sup jenis apa yang selesa dengan tekak u olls. Yang pasti, mesti lengkap dengan roti benggali. Komfirm terangkat baq ampa.


Ha tudia rupa kedai , tepi jalan ja berdekatan dengan Hotel Malaysia.

Lokasi atau port orang Penang melepak dan bersantai bersama kawan juga keluarga. Tak kira pukul berapa, gerenti penuh dengan kewujudan manusia.

Malam buta menjelang pagi , Ty dan 2 belas rakan sekolah singgah pekena sup selepas puas mengukur jalan di Night Market,Batu Ferringhi.

Ty xdan nak snap gambar sup ekor dan sup ayam , laju yang amat bila drakula 2 maklaun pederah hirup sup-sup tu.

Tapi memangkan kat KL/Putrajaya jenuh la nak jumpa roti telur yang puas bila makan , Ty pekena tu sebagai pembuka. Starter la konon gitu.



Perghh , rasa cam nak order ja seleping lagi tapi bila pikiaq lama tak perkena roti john @ hong kong , teruih order ja. Tu dia , balun kedarah telur pula cheq kali ni. Sendiri tarak telur, eh haish. Toksah baca hat ni.



Ni memang fav dari zaman sekolah. Terasa heaven bila dapat makan makanan yang sangat marvelous delicious. Yang pasti kat Putrajaya takkan dapat camni. Bukan kondem tapi hakikat. Sebab tu orang kata; "Penang is heaven of foods. Hakikatnya, statement tu betoi. Pi la merata cerok mana pun mesti ada ja orang berniaga makan. Antara sedap atau tak tu kena pandai cari ja.

Hat mana yang teringin sup, singgahlah sini. Dijamin puas hati punya.
posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

La Tahzan - Heliza Helmi

8:05 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Ty ada banyak cerita nak dikongsikan dan semuanya backdated cuma mood belum sampai untuk aktif berblogging dan maaf untuk semua rakan blog juga , Ty tak sempat nak berblogwalking serta membalas komen. In Sha Allah , mungkin dalam masa yang terdekat sebelum / selepas Ty bercuti.

Apa yang membawa Ty ke blog dan menulis , gara - gara tengok rancangan Melodi di TV3 telah membawa Ty ke YouTube dan mencari lagu yang sangat menginsafkan diri dari dendangan merdu si jelita Heliza Helmi yang serba sedikit luahannya ketika berada di bumi Gaza. Lagunya berjudul La Tahzan cukup menyayat hati hingga Ty sendiri mendengar tanpa henti - it's keep on repeating. Moga u olls juga akan jatuh cinta dengan lagu ni.


Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalanNya

**
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
La tahzan robbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita

Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta , jiwa dan nyawa

Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja

Ulang **

Siapa Tuhan kamu (Allah)
Siapa guru kamu (Rasulullah)
Apa pegangan kamu (Al Quran)
Apakah jalan hidup kamu (Jihad Fisabilillah)

Ya Allah , sebak sangat. Allah akan tetap bersama kita dan mereka , Amin.

Superb subhanallah kan lagu ni dengan video klip ni , kagum dengan dia. Jadi siapa di kalangan yang dengar lagu ni , pun sama macam Ty , dok ulang - ulang lagu ni? Angkat tangan (ee masyam , ahaks) .

La Tahzan , Jangan lah kita bersedih kerana pada setiap satu musibah dan ujian yang kita diuji itu , di situ adanya kasih sayang Allah SWT dan semua ujian tersebut pasti akan berakhir nanti. Moga Ty dan u olls pun cekal tuk teruskan perjuangan dan kehidupan beronak liku yang dilalui masing - masing.

In Sha Allah. Amin , Ya Rabbal Alamin.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Baju Kurung Bukan Halangan

9:32 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls , 

Huh!
Rindu kat blog. Rindu nak mengarut (bukan mencarut naah) dan memutar belit dan pelikkan bahasa yang kalau panitia bahasa baca , sah-sah fail punya la. 

Stress sangat dan teramat. Kerja banyak tapi ditambah dengan tugasan yang mengarut , kononnya nak 'TRANSFORMASI'. Pembaharuan la sangat. Bukanlah nak pi kerja dan goyang kaki tapi ruang nak bernafas seketika pun tak menyempat. Susah bila kerja nya tahu nak mengarah dan tumpang nama sedangkan satu kerja pun tak dibuat apatahlagi tak tahu menahu. Paling tak tahan , bajet bagus depan yang atasan. 

Haih , ok itu bukan mukadimah tapi luah perasaan. 

Kalau tiap-tiap hari kerja nya suruh itu ini sampai nak bawa diri bercuti panjang pun tak tenteram dengan blognya tak terupdate, apa fungsi blog ni lagi ek? Tutup sekalipun bukan orang perasan ye dak. Haih sadis , bukan blogger fofular gini la nasib. 

Adeh , terluah lagi. 

Walaupun sibuk dengan kerja , tiap-tiap hari balik lewat malam. Namun, hakikatnya kepala dah kusut tunggu nak jerit atau menangis ja. Tapi selepas menumpangkan 2 rakan sekerja lain balik ke rumah depa, Ty yang letih pada mula nya terus bersemangat tuk ke gelanggang.

Padahal , letih. Kalau balik umah , mandi dsb pasti tido nyenyak.

Peliknya , sesuatu yang tidak menjadi halangan untuk Ty bila bermain badminton tanpa pakaian sukan tetapi berbaju kurung.


Tu dia , "papa&mama"razzi Ty ada je sempat nak snap gambar Ty yang sedang ligat bermain. Hairannya, pada malam ni Ty bersemangat satu macam punya mai. Lupa diri sat yang diri tu berbaju kurung.

Jom la kita semua sama-sama memajukan sukan untuk negara , walaupun tak lengkap dengan pakaian sukan. Eh , boleh ke cenggitu? HeHeHe..

Ty join hampir 1045 malam dah pun , boleh pula kononnya letih pada awalnya tapi pulun main sampai pukul 12 tengah malam.

Dengan baju kurung yang sememangnya lencun la Ty lik rumah terus tanpa mengekoq hat depa yang laen pi menge'date' dengan mamak. Yang pastinya , kusut yang pada awalnya dah pun kurang bila beriadah dengan geng blogger walaupun first time turun dengan baju kerja aka baju kurung.

Kalau boleh berbadminton dengan baju kurung , camna pula kalau next month Ty berpaintball dengan baju kurung pula? Mau depa semua perambat penganjur depa ni balik kot kan? HaHaHa..

Okey , pasal paintball , pada yang berminat nak join Ty and the gang , sila PM Ty di FB.

Yeah ! ~majulah sukan untuk negara~

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Passport Pertama Ku

2:05 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls ,

Lama tak update blog tak kiralah dari pc / laptop mahupun gadjet android yang teramat smart ni. Rata - rata kita semua pasti sudah mempunyai sekurang - kurangnya sebuah smartphone / tablet , betul? Update ni pun , sementara menunggu kawan. Kalau tak , entah bila.

Tapi Ty rasa tak semua orang ada sebuah buku merah yang sinonim dengan nama yang diberikannya - passport.

Errr , erkkk ?

Ke Ty je baru ada passport for the first time in my life after almost 25 years?
(Tolong ada yang komen kata dia pun xada passport lagi) Ngeeee...

Kenapa boleh tetiba je Ty ada passport?
Al-kisahnya , Isnin lepas, tengah kushyuk buat kerja dan arrangekan lagi game Paintball (tunggu update dari Ty) untuk rakan blogger. Ty dapat panggilan dan desakan dari kawan baik dari darjah satu untuk ikut dia ke Perth,Australia. Mak aih , gigil Ty. Paling ketaq kepala lutut bila nak terbang nya esok (4Okt2013). Hamboii dah kalah geng "bagpackers" ni.

Balik ke rumah , mandi dan tenangkan fikiran baru buat keputusan lepas dapat kebenaran mummy yang ada di Pantai Timur. Celaru sungguh dan Opocot , tanjat gegurl dengan berita yang sangat meneruja ini tapi kenapa lah terburu-buru.

Hasil desakan dan paksaan yang drastik pada malam itu , ini la hasilnya dan semuanya demi seorang sahabat karib Ty. Ada ke kawan cam Ty , hargailah saya. Hahaha... Pelik tapi hakikatnya benar.



Destinasi sebenar? Tunggu entri selepas Ty pulang ke tanah air tercinta . Doakan Ty selamat pergi dan kembali. Dan jangan harap buah tangan sebab nya Ty pergi bukan sekadar bercuti tetapi dan juga sebenarnya , lari dari kekusutan kerja dan kehidupan seharian .

Tunggu kan update "Crazy Escape Ty ini nanti ye u olls.
posted from Bloggeroid

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Gap in Friendship

12:56 PM Yanty Lee 2 Comments

Since the day ,
we are not as united as before.
For you ,
its cause by me.
Yeah,
You can put the blame on me.
And I'm taking it.
Then you create the gap
Also distance away from me.
We will never going to be as before.
And guess it's time for me to just leave.
Thank you for the boat so call as friendship.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bijak atau Bekerja Keras ?

2:58 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam u olls , 



Kerja semakin hari semakin bertimbun di pejabat , dan terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi. Mahu tak mahu , bukan kerana SYMP ; Saya Yang Menurut Perintah tapi ikhlas bekerja kerana Allah SWT. Sabar adalah kunci untuk segala. Mudah - mudahan kunci itu kekal terkunci dan kuat iman dan ukuhlah tahap kesabaran. 

In Sha Allah , Amin Ya Rabbal Alamin.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ , اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Kata² dari akal turun ke hati  : Working out of any situation , we must be SMART to solve it not HARDLY to just simply settled if off and let-go it away.

p/s : Gaji beribu - Pangkat tinggi tidak ada guna nya juga andainya kerja hanya mendapat nama daripada hasil keringat orang bawahan.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen