Bukan Mesin Ciptaan Ilahi

9:04 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,



Ya Allah , letih nya la tak terbilang dengan kata-kata.
Kerja oh kerja.
Kekangan masa , semua nak cepat dan segera.
Kepala hotak dah overload dengan input, tapi hasilnya output yang ciput.
Bukan lembab loading , mesin pun perlu rehat.
Inikan manusia.
Rehat dan tidur tak mencukupi ,
Makannya tingtong dipertengahan perjalanan.
Demi negara , berkhidmat jua hingga nafas terakhir.

Tapi , persoalannya tak terdaya nak 'bersiram' , tarak ka sapa2 baik hati nak sponsor bathe tab, boleh berendam sambil rehatkan badan dan beradu seketika di dalamnya.

Eh. K daa..
posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

The Lot Burger | Fish & Chips at DôME Café

5:01 PM Yanty Lee 26 Comments

Salam u olls ,

Stresssssssssssssssssssssssssssss........


Kekangan masa untuk siapkan urusan kerja sampai tak dan nak rehat juga tidoq secukup rasanya. Kerja yang diberikan apatahlagi diarahkan sangat mengejutkan dengan kejutan elektrik yang drastik. Apa pun kena buatbukannya apa pun tak boleh buat ye u olls.

Sabtu dan Ahad katanya la off , tapi Ty ada agenda jadi bila agaknya Ty boleh repeat  tidur dengan memeluk erat bantal buchuk kesayangan sambil rehatkan badan di katil empuk , cer u olls habaq mai sket. Ada je banyak nak dihadpatekan , tapi nak mencgarut merepek sambil hentak - hentak papan kekunci. Tunggu ja la noks !

Gara - gara tekanan , melahap besar tengahari tadi dekat DôME Café , Alamanda.

Tukang serve makanan tu pun tanya , dan dia boleh kata .."besar ni.." . Awat kurus kalau tak boleh makan big portion  ka? Prrrffffftttttt.

The Lot Burger

Memang besaq pon , tapi ada Ty kesah ke janji dapat lepaihkan stress dengan kawan yang pun tengah alami situasi yang sama. Tapi si kawan makan Fish  & Chips  ja , hokayh dapat tangkap tak yang apa tukang serve tu pikiaq ? He thought The Lot Burger si kawan bambam Ty yang punya kot. HaaaHaaa. Keji nye la ko fikir camtu , member gua tengah pulun nak kurus kot! Never judge people by its foods , Eh ada ka camtu , bolehkan ja la ye pelis.

Fish & Chips

Kalau u olls semua stress boleh la ajak Ty pi kedarah sama tapi tu pun kalau Ty turut merasai berapa tekanan untuk berjaya sertai u olls makan sedap - sedap. Well guys , DôME Café memang restoran yang paling Ty suka pergi makan dengan friends and family dari zaman school lagi. Sebab ; the portion food and price is worth it - and the taste of the foods are so delicious .

Okay , dah tak leh makan merepek - merepak for a month , it's diet time. =)

26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

3 Tahun Sudah Berlalu

5:10 PM Yanty Lee 40 Comments

Salam u olls , 

Happy  Monday Blues bagi yang baru mula bekerja hari ni. How's your Monday? Ty harap semua mood raya u olls sila lah di"tune"kan ke mood bekerja ya.

Berbalik kepada tajuk entri , baru Ty perasan yang dah 3 tahun Ty bersama dengan blog peribadi lagi syiok sendiri ni , cepatnya masa berlalu. Dah terlajak seminggu anniversary kiterorang , eh. Rupanya Isnin lepas bersamaan 12 Ogos 2013 , masa Ty drove back  ke Putrajaya la genap 3 tahun usia blog berhabuk Ty ni , tak ada bulu ayam nak lap habuk-habuk tu semua.


Kepada semua followers dan silent readers juga stalker , tenkiu u olls kerana sudi singgah ke blog Ty dan semua komen - komen yang pernah diberikan tak kira dari segi mengutuk atau memaki hamun juga kata -kata perangsang semangat , Ty terima seadanya dan itu salah satu pendorong untuk Ty terus menulis lagi dan lagi. Segala kata dorongan dan semangat dari rakan - rakan blog seangkatan , terima kasih untuk segala tunjuk ajar dalam dunia blog ni. Dan semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh hingga nafas terakhir. Amin , In Sha Allah.

Pernah terniat untuk berhenti dan tutup je blog , sebabnya - tak de sebab yang kukuh . Bila Ty kata kerana kekangan masa , kata mereka itu bukan alasan munasarawak. Acaner tu nak jadikan alasan yang munasabah , cer bagi idea sikit.

Tapi satu ikatan ukhuwah yang terjalin bertahun antara rakan blogger adalah bermula daripada blog , jadi sayang kot kalau terpisah begitu saja , ye dak? 

Readers , Thank you so much for the support !

40 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Roti Canai Transfer Road , Penang

12:11 PM Yanty Lee 22 Comments

Salam uolls ,


Breakfast?

Dah 4 hari berkhidmat untuk negara , tapi memandangkan masih lagi dalam mood raya , semua cafe dan kebanyakkan kedai sekitar Putrajaya , Bangi dan berdekatan masih lagi tutup. Jenuh betul la nak cari makan. Mood untuk masak sememangnya tak ada , jangan disuruh. Apapun , kenapalah susah sangat untuk mengisi perut yang kelaparan? Sedih betul , tapi kalau di Penang , senang ja nak gerak ke mana pun dan cari makanan.

Sebut pasal negeri kelahiran Ty , Penang. Raya ke 3 , Ty dah sempat lepas gian makan Roti Canai di Transfer Road. Fuh ! Sedap sangat -sangat hokayh , uolls. Sedap yang tak terkata , mesti cuba kalau uolls pergi ke Pulau Mutiara. 

Dua keping Roti Canai dengan Kuah Gulai + Dal + Isi Daging 

Walaupun masih lagi mood raya dan padahal ianya baru raya yang ke 3 , tapi ramai orang beratur panjang dan datang makan sarapan pagi seawal jam 8 pagi lagi. Jadi , bayangkan la hasil perniagaan yang hanya menjual roti canai dan segeng nya. Mesti melambung. Ini baru bisnes namanya.

Memandangkan regular customer , tak payah beratur. Tunggu 5 minit ke atas kemudian , dapat dah kedarah dengan rakusnya. Kali terakhir makan bulan April kot. Heaven of food la Penang. Puas hati baq ampa. Tak kira umur dan bangsa , apatah lagi omputih pun suka makan dan terasa muhibbah berada di kedai makan ni.

Kedai makan roti canai ni hanya di tepi jalan ja , duduk dan makan sambil menikmati kereta - motor - bus dan lain - lain lalu lalang ja , mungkin view tu tak la berapa menarik tapi makanan yang sedang dinikmati tu sungguh menyelerakan. 

Prrffftttt , kalau lah boleh cari macam ni kat Putrajaya - mampu bermimpi je la kan? Hampeh!

U olls , kalau pi Penang , wajib pi pekena tau! Kalau dak rugi la sebab roti canai ni laindari hat kita dok makan kat mamak yang ada di sekitar Putrajaya ka KL dan mana-mana la.

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kad Raya Pertama daripada Mawardi Yunus

3:53 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Banyak tak dapat kad raya tahun ni?

Kad Raya - Hasil kreatif daripada sekeping kertas yang keras dengan pelbagai bentuk , corak dan warna. Dikirimkan kepada sesiapa sahaja sebagai tanda ingatan di samping mengucapkan ucapan raya. Ia boleh disimpan sebagai kenangan. 

Tapi gara - gara telan dek zaman yang semakin maju lagi tinggi teknologinya , apatah lagi dengan gadjet yang ada dari saiz kecik tek sampai besar gedabak telah memudahkan perutusan sesama manusia. Sayangnya , kad raya dah semakin dilupakan dan permintaan pun merundum jatuh dan bakal terjun dalam gaung la kot nanti. Over pula imaginasi Ty  , Opss.

Apa - apa pun , Terima Kasih pada adik Adi @ Mawardi Yunus si penulis blog http://www.mawardiyunus.com/ yang seumpama blogger sepenuh masa tapi hakikat nya tidak. Rajin sungguh kejar trafik , semoga sukses dalam dunis blog ye dik.



Cantik dan kreatif kan kad raya yang dihasilkan sendiri oleh MY. Nanti tahun depan jom pakat semua tempah la dengan ko ye Adi , hehe. Takkan nak beli kad raya pejabat , then bagi u olls , ada nama dan lambang Jabatan kan. Sangat tak sesuai , uolls. Kalau nak design dan buat sendiri , raya tahun ke berapa la gamak nya akan siap. Bukan malas tapi penyegan. Beza maksud nya hokayh. Tapi apa maksud nya , anyone?

Buat Adi , dan juga semua 
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Andaikata sepanjang perkenalan antara kita ada tersilap dan tersalah di mana - mana yang terlebih atau terkurang juga terguris apatahlagi tercalar balar Ty susun 10 jari kaki dan 10 jari tangan billion keampunan dan kemaafan.

p/s: Yang mana berdekatan dengan Ty di Putrajaya , jemputlah bertandang ke rumah Ty nanti. Nak rasa masakan utagha , meh la noo.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Filem : Percy Jackson - Sea of Monsters

11:12 AM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls , 

Aktiviti kurang ligat sikit bila dah balik di Putrajaya , cuma bila geng blogger yang menetap sekitar Putrajaya ada agenda baru sikit ligat nak jadi kuda belang.

Agenda tengok wayang adalah fisrt meet up setelah semua balik ke kampung beraya sakan , not me. Ada yang masih di kampung tak sampai tahap ke"sakan"an beraya lagi , ada dah sampai Jin Tendang tapi sibuk dengan keluarga dan tak sihat. Actually , Ty pun tak berapa sihat tapi galak gak nak pi ukur jalan dengan Qaseh Dalia , Najeeb dan Mawardi. Panggung terdekat ada ja kat Alamanda tapi sebab tak pernah sampai "OIO" yang Qaseh ajak pi tu jadi teruja la kan nak pi. Rasa selalu pi IOI Mall , Puchong. Masalah typo tahap gaban dah namanya , kecik je orang nya tapi takkan ada "fat finger syndrome" kot , seperti entri Asyik Typo Je | Bahaya Typo Gadjet Touchscreen - Mawardi Yunus 

Sampai ja OIO eh bukan - bukan , it's IOI , redah beli tiket wayang terus. Keluar je berempat tapi riuh la macam kat rumah sendiri ja. Kalau nak cover malu toksah keluar dengan geng ni , saham memang jatuh merundum. Pontianak pun tak gelak mengilai macam sorang - sorang depa ni. Sumpah toq , takat kering gusi tak pa ni rasa rahang pun sakit. Haru biru tapi it's a happening of havoc. Just imagine , tengah makan pun boleh tersedak , silap hari bulan mati boleh tercekik Ty dengan depa ni. Prrfffttt! Pulun sumbat kedarah jam 9pm yet the movie starts at 915pm. Anyhow , Qaseh make the most hilarious joke of the day. Tak tertulis dan terkata.

And ya , u olls , we olls watched Percy Jackson : Sea of Monsters !


Sinopsis : Sebuah filem yang telah diadaptasikan dari novel berjudul yang sama. Percy Jackson (Logan Legman) merupakan waris kacukan antara manusia dan dewa. Dia telah bertemu dengan adik nya yang dari golongan Cyclops ; Tyson (Douglas Smith) di perkhemahan antara separa manusia dan dewa. Luke Castellen (Jake Abel) telah mencuba untuk menghidupkan semula kewujudan Kronos tetapi berjaya ditumpaskan bersama Grover Underwood (Brandon T.Jackson) , Annabeth Chase (Alexandra Daddario) dan Clarisse (Leven Rambin) dengan kesaktian Bulu Bebiri Emas. Bulu Bebiri Emas juga telah mengubati sebuah pokok di mana selama ini mempertahankan daripada ancaman musuh serta telah menyelamatkan Thalia Grace (Paloma Kwiatkowski) , anak kepada Zeus.

Review : BEST! Yang pasti tak sabar nak tengok the next continuous movie. Walaupun cerita mengenai ketuhanan dan kacukan antara manusia dan dewa ; Hades , Zeus dan Poisedon hampir sama dengan filem lain , tapi plot hingga klimaks jalan cerita filem ni , sangat adventure juga menarik perhatian dengan fantasi yang superb. Hampir tercampak pop corn sebab terkejut , kalah 3D mau melayang la pop corn yang dok tolong pegang. Real enjoy the show.

Rating : 4 of 5


Memang layan habis la ceghita ni apatah lagi dengan sengal dak 3 orang yang sentiasa ting tong. Jadi kalau u olls ada perancangan nak layan wayang , boleh la layan filem ni. Mesti puas hati punya la beb.

Selamat menonton u olls!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Chinese Tea bersama Geng Sekolah

11:23 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Ahad lepas , orang masih mood beraya di hari Syawal ke - 4 . Tapi Ty tak berapa merasai sangat kehangatan dan kemeriahan Syawal tahun ni. Hari Raya seperti hari - hari biasa ja tak macam dulu mungkin dah dewasa kot.

Dari pagi sampai petang , terbongkang depan tv sambil layan internet dari netbook. Bila ada yang berWhatsapp ajak keluar untuk jumpa dan ke rumah terbuka bukannya sorang dua tapi banyak , tengok jam mana sempat nak kejar masa dengan temujanji yang ada. Terpaksa tolak dan bagi alasan yang sahaja , time clash.

Jam 5 , singgah umah Fida untuk rumah terbuka sebelum kami ke Gurney Plaza bertiga ; Arina si hot mama pun nak mengekoq dan si baik hati husband bawa anak - anak gi beraya. Ada laki camni , boleh la kawin. Kami sekadar window shopping dan melepak di Starbucks sementara tunggu untuk ke Jalan Burma dan jumpa geng bukan satu bus sekolah yang lain. 


Temujanji jam 8 malam dan semua berjumpa di  361 Optics & Tea Leaf , ikutkan mereka semua adalah geng sekolah CGL dan PFS Ty , semuanya sekepala jadi tak ada masalah untuk lepak bersama. Kami dihidang Chinese Tea . Sebenarnya , kedai cermin mata milik keluarga kawan , dan kami melepak di atas. Walaupun cuma 7 - 8 orang , riuh macam ramai sangat. Rindu waktu suka - ketawa masa sekolah dulu , tapi sekarang masing - masing dah berkarier jadi kekangan masa dan lokasi menjadi faktor kerumitan untuk berjumpa.


Ty memang suka minum chinese tea , Fida dan Arina kurang sebabnya tak ada gula. Tapi pada malam tu , semua jenis teh dia orang boleh minum , cara membacuh pun ditunjukkan , jadi berangan sat la ada di zaman Dinasti dengan lampu malap yang romantik gitu. Antara teh yang Ty dan semua dapat rasa dan minum bersama ialah Tie Guan Yin  , Da Hong Pao , Pu Er dan Niu Bang . Semuanya lebih kepada herba. Terasa perut dicuci dan lapar , balik rumah asyik kencing tapi ada yang buang angin ja katanya.


Macam - macam cerita dan topik dibual , tapi topik panas mengamatkan suasana. Semua tak sangka Ty dah kurus sangat bandingkan dengan raya tahun lepas. Siap banding gambar raya tahun lepas dan raya tahun ni. Berjaya juga depa korek rahsia jadi dah macam consultant pula pada semua. Habis promote dan tak sangka ada sampai tahap nak cuba dan pastikan berhasil menjelang CNY nanti. Fida sedang amalkan dan tak sangka Fen pun sebelum ni ada cuba, berkobar la semangat Saik Sen. Walaupun Ty rasa tak da la kurus mana pun , yang pasti tak sabar tengok perubahan kawan - kawan Ty semua. Chaiyok , u guys!

Penangites ! Kalau nak buat spek mata dan related boleh la ke kedai kawan Ty di 

361 Optics & Tea Leaf
221 - D , Jalan Burma , 
11500 Penang .

Kawan beribu tapi susah nak cari yang sekepala. I am missing 'em alot now. Jarak memisahkan kami , oh tidak!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Candy Crush Bila Jalan Raya Sesak

11:57 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Selasa - 13 Ogos 2013 , my 1st day of working back after a short Eid leaves. Dan bajet nya amik cuti sampai semalam sebab tak nak stuck in traffic jem tapi semuanya sangkaan silap belaka. Walaupun ke Kedah awal pagi , jalan dah mula penuh dengan kereta dan dapat agak la memang akan sangkut nanti. Kononnya masuk jalan lama ,  sama saja tambahan dengan traffic light memang menguji kesabaran Ty la, maka nya Ty keluar ke highway dari Tambun. Percaya ke tak , jalan lenggang. 

Cuma trafik mula bergerak dengan perlahan dari Taiping menghala ke Kuala Kangsar , rupanya semata-mata pemandu yang nak berhenti gi R&R Sg.Perak yang menyebabkan lalu lintas agak sesak. Subhanallah, memang rasa macam hempok ja manusia - manusia atas jalan raya tu. Prrrffftttt.


Okay , u olls ! Lik - lik ta , terbalik bijik mata , nampak tak apa yang Ty buat dalam kereta

Spot apa yang Ty buat masa tersangkut dalam kesesakan , sempat hokayh Ty layan Candy Crush walaupun tak beli lagi penyepit henpon yang tampal dekat cermin kereta tu , Ty men sendal ja celah bedah je pon , janji dapat layan game. Bila mengeluh tak lepas target , mummy  suh sabaq , dia ingat Ty mengeluh sebab jem teruk , lepas dia tahu Ty main game. Dia terkejut Ty punya kreatif cari "port" untuk henpon tu. "Bertuah" , itu je dia mampu berkata - kata. 

Apa - apa pun , u olls adalah dilarang sama sekali untuk ikut aksi Ty ni ya. Please don't try this while driving.

Pada yang dah bertugas , kerja lah seikhlas yang boleh jangan nak mood Raya sangat , dan bagi yang masih beraya , pulun habis-habis mood Raya , setahun sekali kan.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rumah Terbuka Syawal 1434H

7:30 PM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls ,

Bila syawal menjelang , rata - rata ada ja jemputan rumah terbuka tak kurang hebatnya ada juga majlis kenduri kahwin memandangkan musim sekolah. Cuma yang membezakan kedua majlis ni mestilah jenis makanan yang dihidangkan.

Raya pertama , lepas waktu solat Asar , dua buah kereta menuju ke kampung halaman sebelah mak Ty di Air Itam , raya pertama memang tak pernah bukan rumah terbuka dan rumah untuk semua sanak saudara datang berkumpul dan suasana memang riuh kecuali tahun ni , memandangkan ada sedikit kesulitan tak dapat dihalang. Tak berkesempatan untuk berjumpa yang lain , kerana agak lewat ke sana.
Raya pun macam tak terasa hangat macam sebelum ni.

Bersama mummy  &  daddy

Pelita yang menyerikan suasana di kampung halaman

Zara Arissa penyeri pada semua yang ada

Pada Raya ke-2 , mummy buat mini open house untuk kawan - kawan adik dan Ty , hanya hidangkan Mee Kari , Rojak Buah , Nasi Impit + Kuah Kacang , Ketupat Palas + Rendang Ayam juga kuih raya dan lain - lain.





Tak ramai kawan Ty yang datang , tapi paling rapat ja yang datang ; cuma tak sempat bergambar dengan Arina. Geng sekolah CGL datang riuhkan rumah di sebelah petang , dan malam pula geng sekolah PFS pula sambil main bunga api dan mercun. Lepas berstory mory  , Ty keluar sama - sama masa semua nak balik tapi haluan Ty ke McD sebab mummy dan semua lapar tapi tak lalu nak makan apa yang ada. Lagipun mostly licin , suka mummy laku semua masakan dia. Nanti nak masak untuk geng kat Putrajaya pula.

Petang ni , ke rumah Fida tuk umah terbuka dan last meet up dengan geng PFS  malam nanti.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Filem : R.I.P.D

1:27 PM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls ,

Syawal ke 3 , di pagi hari kami telah meneroka Street Art in Penang tapi tak habis diterokai gara - gara hujan , pada sebelah Ty & adik bongsu meluangkan masa bersama untuk menonton wayang di Queensbay Mall , memandangkan masing - masing terasa sudah bosan di rumah. Kami layan R.I.P.D. .

Sinopsis

R.I.P.D ; Rest In Peace Department yang mengisahkan kehidupan seorang polis yang diberi tanggungjawab di alam lain setelah meninggal dunia kerana di tembak oleh rakan setugas ketika sedang bertugas dalam satu serbuan. Nick Walker (Ryan Reynolds) dan rakan tugas yang baru ; Roy Pulsipher (Jeff Bridges) ditugaskan untuk mendapatkan emas daripada golongan "Deados" iaitu roh yang gagal untuk menyeberang dan kembali ke bumi sebagai hantu. Waksangka Nick benar belaka bahawa rakan tugas di dunia Bobby Hayes (Kevin Bacon) ada kaitan dengan ketulan emas yang cuba di ambil ketika penangkapan satu kes jenayah bersama. Hayes , berjaya mendapatkan semua emas dan menjadikan isteri Nick , Julia (Stephanie Szostak) sebagai habuan untuk mengembalikan roh ke dunia. Misi Hayes gagal dengan kerjasama Nick dan Roy yang berjaya menumpaskan agenda jahat itu. Dan Julia dapat diselamatkan.


Review :

Filem yang sangat mendatar ja bagi Ty , best pun part komedi di antara dua watak utama ; Nick Walker dan Roy Pulsipher yang tidak serasi pada di awal setelah digandingkan untuk bertugas bersama. Singkat sangat masa dia di dunia dan cerita ini rasa nya boleh dipanjangkan , memandangkan cerita filem ini berdasarkan sebuah komik. More fiction more bombastic, guess so.

Rating :
3 of 5 stars

Pada kaki wayang , boleh la layan dan review sendiri filem ni. Entri ni sekadar pengkongsian dan pandangan dari Ty dan adik cheq ja. Filem yang boleh layan tapi bukan tahap dan tak jadi favourite kami lagi.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Titisan Air Mata

12:58 PM Yanty Lee 8 Comments



Air mata ini senjata
Yang boleh melemahkan manusia
Pabila ia gugur
Tidak semestinya datang dengan seikhlasnya
Walaupun tuk pertama kalinya
Boleh jadi ia hanya sekadar drama hebat
Demi kepentingan untuk mendapat apa diingini
Manusia lah mahkluk paling lemah
Pasti tumpas
Andaikata pergi tuk terpaksa
Bukan kerelaan hati
Untuk apa ditangisi
Perasaan sedih
Naluri yang sememangnya ada
Cuma antara kuat atau tidak
Untuk menempuh segala
Onak duri
Yang dipanggil sebuah kehidupan
Air mata juga
Boleh membuat manusia
Berubah hati , niat dan akal fikiran
Hanya demi
Memuaskan dan menjaga
Si hati pihak lain
Hakikatnya
Diri sendiri terseksa
Kerana terpaksa
Tanpa kerelaan
Jadi ,
Ikhlas kah kita?

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Duit Raya

11:07 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam Lebaran u olls ,

Hari Raya AidilFitri dah tiba , maka telah berjaya lah kita menunaikan ibadah puasa hampir sebulan. Alhamdulillah.

Setelah menunaikan solat sunat raya , sesi bersama keluarga yang pasti , bukan? Bersalam - memohon seribu keampunan , makan semeja dengan pelbagai jenis kuih raya dan hidangan menu utama di pagi raya seperti ketupat , nasi impit dan rendang. Selesai semuanya , kunjung mengunjung jiran dan sanak saudara antara aktiviti yang menjadi kewajipan.

Di hari raya ni , siapa yang paling gembira?
Keriangan paling terserlah di raut wajah si anak - anak kecil , kanak - kanak lah yang paling seronok bila tiba Syawal. Mungkin juga ada di antara mereka tidak lagi faham erti "raya" yang sebenar. Di mata mereka cuma keseronokkan ; dapat main bunga api + mercun dan paling ditunggu-tunggukan semestinya duit raya.


Tapi , situasi yang tidak masuk di akal fikiran apabila gambaran di antara si orang dewasa yang mengugut si anak kecik untuk beraya dahulu dan kemudiannya baru akan diberikan mereka duit raya , jika tidak tak dapat. Acah je katanya. Tapi sampai ke umur berapa pula akan dilatih sedemikian , itu yang terdetik di kotak minda. Akhirnya , pengertian duit raya bagi kanak - kanak akan tersemat dengan harus bersalam dan beraya sahaja. Begitu kah? 

Di situasi lain , semakin meningkat peringkat umur , semakin kecil nilai duit raya kecuali orang tua. Kenapa pula ada perlu dibandingkan dan ada jurang perbezaan antara faktor umur? Adil kah untuk mereka? Dan tak payah ke nak masukkan duit raya yang baru itu ke dalam sampul dengan warna - warna yang lain untuk membezakan nilai di dalamnya , musykil seketika. 

Apa pun , jangan manjakan mereka dengan ugutan nilai ringgit dan salah ertikan pengertian Raya pada mereka. Sayangnya , Ty memang dah tak dapat pun duit raya , kena bagi lagi ada la walaupun gaji cipot tapi alhamdulillah dengan rezeki itu.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Happy Eid Ul Fitr 1434H | Selamat Hari Raya 1434H

4:08 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls , 

Khas untuk semua pembaca blog - rakan blog - stalker juga .



Take care , semua !

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sahur Terakhir 1434H di Nasi Kandar Beratur , Pulau Pinang

11:31 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Selalunya Ty update entri berbuka puasa / beriftar dengan geng blogger dan kali ni rare sikit , soq dengan geng sekolah.

Huh ! Sahur terahir tahun ni Ty spend time dengan BFF dari sekolah rendah - menengah. Walaupun dah ada di Penang dari Sabtu lepas tapi baru berkesempatan. Memandangkan salah sorang dari korum geng sampai dari KL tengah malam tadi jadi kami amik peluang tuk jemput dia dan terus pi pekena nasi kandaq untuk soq dan bersesi luahan hati jantung limpa segala tok nek la. Malam semalam Penang kami punya.

Part ni lawak , cheq balik ja Penang , cheq la tukang plan sampai jadi driver walaupun tak drive kereta hak milik mak pak. Lolaq tak ? Sangat haru. Jadi plan pada mula nak pekena Nasi Kandar Misai , Chowrasta tapi tara pi dalam pukul 1 lebih pun dah "shave" licin segala lauk pauk. Tu dia , betapa marvelous. Terpaksa la cari alternatif laen , ke Nasi Kandar Beratur la jawabnya u olls.

Meh nak tayang bagi angpa terliur la sket ,




Tiga perut tong kosong yang mencekik tengah malam buta dengan tiga macam jenis lauk janji kasi kuah taruk ataih kasi banjir punya , anne oii.

Sebelum nak dapat makan ni , mau dok bertahaq perut yang berkeroncong la sebab dah nama pun Nasi Kandar Beratur , tak reti - reti ka , beratur la weyh!



Nampak?
 Kalau lapaq getaq , makan ja kat ghumah ,toksah dok buat sawan kat sini , penampaq nanti melekat buta ja mark body glove free nanti dapat. 

BFF si 2 orang Ty, laju punya balun , Ty termohyeh-mohyeh dok gagah sumbat , awat tak tau lani jenuh sangat nak perabih bila makan. Tapi tak kuruih , kuruih juga. Sepeterrr! Cik kak IR Gamuda la open table, thanks yaw! Lepas perut dah ke depan ngam - ngam kena streng , kami bersesi luahan hati jantung perut limpa hempedu dekat port orang dating, Promande . Kami pun nak dating, bertiga adalah lebih baik dari berdua. Eh. K daaaa.

Malam semalam malam terakhir berterawih , 
Pagi tadi pula pagi terakhir bersahur / soq ,
Petang satgi petang terakhir berbuka puasa ,
Ramadhan bakal melabuh tirai ,
Syawal bakal menjelma ,
Berkesempatan apa saja kita di Ramadhan 1434H?
Masihkan ada Ramadhan untuk kita lagi nanti?
Seronok-seronok juga , jangan "HUHAHUHA" sangat ,
Ada yang tak merasa apa kita rasa , 
Beringat lah sama ya , ampa semua.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ampun maaf di pinta atas segala kekhilafan di sepanjang pertemuan dan perhubungan dalam perkenalan antara kita. Semoga lebaran kali ini, lebih mengeratkan kita, menyatukan kita danmenguatkan hati kita untuk terus teguh bersama walau apapun terjadi di dunia dan akhirat. 

In Sha Allah.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Denai Tropika , Sg Ara w Blogger Utara

1:01 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls ,

Al kisahnya semalam , berjumpa buat pertama kalinya dengan blogger sengal utara; Zyra dan AmatKorn.Kecuali si sengal MK Syahir yang terlebih kenai. Dan hanya berempat sahaja bertentang mata.

Sesampai ja Syahir yang sengal terus bawa gi Mayang Mall, nak renew lesen sebab daring tuk drive all the way dengan lesen dia yang dah mampuih. Sengal dak? Too bad , satu Mesia sistem down. Ke Queensbay Mall , teman shopping sementara tunggu yang lain abes kerja.

Now I Know ,Guys pun cerewet bila shopping



By 6,jemput Zyra and shoot kat kedai makan 'payung' yang depa dok cakapkan. Payung tu sebenarnya hiasan pada air minuman tu je, u olls. Goshhh.. Sengal nak mampuih la depa ni. Oh ya ! Kami berbuka di Restoran Denai Tropika,Sg.Ara.









Lepas berbuka , ke QB lagi dan hat jejaka-jejaka ja yang shopping tapi toksah dok kata apa la sebab mengalahkan pompuan. Opss. Perut memang dah sendat kekenyangan , dapat teman depa shopping , lega la sikit. Tapi herannya nak makan rojak buah dengan kerang bakaq pula. Perut tong betoi la.



Sekadar lepak tepi pantai luar QB ja , seriously I'm so bloated tak faham how they still can eat. Pas kedarah , masing-masing balik daripada dapat call from parents tanya "balik ka dak" kan. Ahaks.

Anyway , tQ guys . 3 orang ampa ja dah cukup sengal sangat-sangat. Eh , again Happy Birthday , Korn.

posted from Bloggeroid

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!

11:57 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,

Last minute join contest bila disergah oleh Dr.Fuh.


Gigih nak kejaq masa taw daq buat entri ni.


RM300.87


Contest ini akan tamat pada 5 Ogos 2013 Jam 11.59 Malam

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi
Tempat pertama – Wang tunai RM500 
Tempat Kedua – Wang tunai RM300 
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM100 
Tempat Keempat – Topup/ Wang Tunai RM50 
Tempat Kelima – Topup/ Wang Tunai RM30
Tempat Keenam – Topup/ Wang Tunai RM20 
Tempat Ketujuh Hingga Ke 16 – Topup/ Wang Tunai RM10 
50 Pemenang Bertuah x Topup/ Wang Tunai RM10 
Jumlah Hadiah RM1,500 dimana seramai 66 orang layak memenangi hadiah berupa wang tunai atau topup

Ya Allah , entri paling semput ever in my life , few minutes ja too end the contest. Entah di terima ke tidak.

Semuanya demi ang Dr. Fuh . Fuhhhhhh!!!!!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Home Cooked Meals

10:48 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

26 Ramadhan , Another day Ty beriftar dengan family , tapi hari ni mummy lebih kepada masak di rumah dan semua orang ada tugasan masing-masing. Ty tukang teman mummy ke Tesco dan Wet Market Batu Lanchang untuk beli barang dan bahan untuk masakan berbuka di rumah.

Yes , Again. Mummy requested for my Potato Salad.

Sampai rumah , semua orang dikerah berada di dapur , pakat riuh dengan part masing-masing.



Agak mewah la jugak makanan berbuka kami sekeluarga hari ni dengan Cempedak Goreng , Potato Salad , Butter Prawn , Sayur Cendawan + Brokoli , Kepah. Kari Udang dan Ubi pun ada tapi tak sempat snap gambar.

Blurrpp, syukran atas rezeki yang diberi. Alhamdulillah. Hancuq la diet bila balik Penang. Jangan sendat baju raya cheq sudah la.

Sekejap ja Ramadhan bakal meninggalkan kita , berkesempatankah kita bertemu di tahun hadapan lagi?

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wahai Sang Suami Juga Isteri

3:30 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Sekadar renungan dan perkongsian pada seorang lelaki dan juga perempuan yang bergelar suami isteri.


Bercinta bertahun - tahun bagai nak rak , 
Dirikan masjid ,
Berseri rumah tangga lantai dinding dengan anak - anak ,
Katanya sayang sangat pada si isteri & anak - anak , 
Tapi masih punya hati nak pasang yang lain , 
Tanpa alasan kukuh ,
Cuma beralaskan alasan jodoh ,
Sedangkan nafsu ,
Kecian.

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Bersusah payah bersama ,
Mencuba mencari nafkah ,
Tapi kenapa ?
Terpesongnya akidah ,
Goyang pula iman mu itu ,
Jauhkanlah ,
Bangun dan sedar ,
Siapa pun diri itu sekarang ,
Rezeki yang datang itu ,
Mudahan sumber yang halal ,
Bahagiakanlah keluarga mu ,
Bukan sahaja kemewahan di dunia ,
Malah di akhirat jua.
In Sha Allah.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Restoran Kapitan Keling , Penang

9:33 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

Mulai hari ni sampai menjelang Aidilfitri Ty akan beriftar di Pulau Mutiara bersama keluarga juga kemungkinan relatives juga geng bus sekolah.

Dan hari ni , selepas repeat tidur yang berhari-hari seperti kuda belang juga kelawar di Putrajaya-Bangi-Kuala Lumpur, Ty meluangkan masa bersama Lee's Family pula dengan berbuka puasa di Restoran Kapitan , Kapitan Keling , Penang .


Naan Cheese + Chicken Milani


Chicken Beriyani Rice


Naan + Chicken Tandoori 

Blurpp, Alhamdulillah. Kenyang untuk makan berbuka puasa bersama keluarga. Sementara keluarga masih ada, apa pun terjadi hargailah mereka. Terubat rindu dan tenang jiwa raga bakul Ty bila dapat tengok daddy dan abang adik. Adik yang saiko mula nak cerita hal soal hati. Agagaga.. cinta sangat.

Happy to be in my hometown and peace of mind when with the REAL love ones.
posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aidilfitri di Pulau Pinang

12:21 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Oiii Oiii Oiii ! Cheq nak baq ni Oiii..
Cheq dah sampai PENANG aka PULAU PINANG ampa Oiii.



Syukur dan Alhamdulillah. Perjalanan pulang ke kampung halaman di mana sejak azali lagi dibesarkan telah pun selamat sampai dengan baik dan lancar. Walaupun tak cukup tidur gara-gara terlepak dengan cikaro-cikaro & balak-balak kesayangan Ty semalam. Demi tersayang, apa yang tak direlakan , betul tak?

Jam 7pagi , bertolak dari Putrajaya dengan last check up pada kereta dan isi minyak petrol juga pam angin pada tayar. Perjalanan ke utara di Highway Plus sangat lancar tanpa sebarang kesesakan dan kemalangan maut.

Tiba di tanah negeri Pulau Pinang, kira-kira kiraannya jam 1130pagi. Pada asalnya rasa mengantuk ketika drive tapi sampai rumah terus segar. Ahaa, nampak tak permainan dia di situ? Walaupun tidur lebih kurang hanya 2 jam tapi aura berada di rumah sendiri lain.

Okay, bagi yang akan memandu tuk pulang ke kampung halaman , berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan u olls pun dalam keadaan baik belaka. Amin.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Johnny's Steamboat vs Sushi King

5:00 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Semalam , Khamis ; 2 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H buat kali terakhirnya geng blogger whatsapp Putrajaya dan seangkatan berkumpul. Hampir 13 orang kami seumpama adik beradik keluar beramai - ramai saja suasana nya. Beriftar di Johnny's Steamboat , Alamanda.

My portion ; Rasberry Esprit + Belacan Fried Rice


Wajah - wajah kesayangan cheq

Selepas beriftar , kami semua ke surau dan menunaikan soalt Maghrib , part solat ni kena bijak sikit ye u olls. Memandangkan surau sementara dipindahkan di atas pusat karaoke , Ty mengambil keputusan untuk ajak Kak Sue & Cik Ma ke tandas karaoke je amik wujud , yang lain hilang lesap dari pandangan sebab terlalu sesak. Idea jahat? Lantaklah. Janji kami nak solat.

Selepas solat , kami berkumpul di Sushi King , bersalaman raya bagi yang ada urusan dan perlu pulang tak dapat lah dinner sushi. Abang Ben Ashaari yang beria nak makan. Jadi tergoda la Ty dan berjaya la pujuk certain untuk mencuba makan sushi. Walaupun ada yang termasuk dalam perangkap "WASABI". 



Lepas makan malam di Sushi King , Ty ikut Kak Sue dan Qaseh ke Downtown Jalan Reko sempat lah cuci mata bersama mereka yang nak cari baju dan tudung. Oh ya! Ty beli selipar , sebabnya dah nak tercabut kaki pakai heels. Ada cerita disebalik , janji selesa dan puas pakai selipar tu. Sebelum ke kereta , Kak Sue borong bunga api & mercun. Kami sorang satu dapat Pop Pop ja , Subhanallah , umur dah 20+ disuruhnya main PopPop. Apa ke curlas nya u olls?


Berakhir episod beriftar tahun ini bersama mereka? Mungkin. Kerana majoriti dah akan bergerak pulang ke kampung halaman. Semoga perjalanan semua baik dan selamat sampai hendaknya. Amin. In Sha Allah.




4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen