Bonus Raya - Rambut Raya

9:13 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

31hb Julai 2013, hampir kesemua penjawat awam / kakitangan kerajaan telah pun menerima Bonus Raya berjumlah RM500 yang telah dikreditkan ke akaun masing-masing. Dah Ty hampir lupa , masuk pejabat baru tahu bila rakan sepejabat tanya samada dah masuk ke tidak.

Masuk ke tidak bukan persoalannya, tapi bonus macam tak bonus sangat pun apatahlagi raya yang bakal menjelang. Mood masih di tengah hutan Amazon. Jauh sungguh nak sampai ke kampung halaman.

Semuanya gara-gara kereta yang banyak meragam. Ringgit dan sen semuanya lebur hangus hanya padanya. Jangan kata baju raya sepasang yang RM500, make up pun kena masuk dalam list harga kawalan. Bayangkanlah.


Cun tak rambut raya saya?

Dah 3 hari kereta bertinted, makanya dah boleh cuci kereta yang kotor sebab meredah hutan Amazon kan u olls. Pusat cuci kereta amik masa sejam lebih untuk selesaikan tugas mencuci. Daripada nganga tenung tengok buah hati dicuci, ke salun la dan itu la hasilnya. Sambil manjakan kereta, tuan drebar pun nak kena manjakan. Itulah hasilnya.

Treatment je pun , u olls.

Dapat bonus ke tidak, perlu berjimat. Macam Ty, kereta buat hal mana nak cekau kalau joli je kerjanya kan? Jadi pandai-pandailah uruskan ringgit dan sen u olls , ye.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Siapa Kawan pada Kita?

11:46 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Entri kali ni, Ty sekadar memberi pandangan juga lebih merangkap kepada isi luahan sahaja. Dengan apa yang pernah dialami dan dilihat dengan mata gorgeous Ty sahaja.

Kawan ; rata-rata diantara kita mesti punyai seorang dan lebih insan yang bergelar kawan. Tidak mengira dari faktor umur, jantun, agama, bangsa, status juga darjat. Juga sejauh mana keakraban hubungan sebagai kawan itu. Samada kawan biasa , kawan baik/rapat, teman tapi mesra mahupun kawan istimewa.


Apa kaitan di antara kawan dengan kita?

Ikhlas
Bila berkawan dengan sesiapa, ikhlaslah sebaiknya. Jangan kerana atas urusan kerja tak kira peribadi atau rasmi tak kira di mana, kita seperti mengambil kesempatan ke atas kawan itu. Andaikata, esok lusa, dia sibuk dengan urusan peribadinya, janganlah pula bersangka buruk.

Nama
Petik nama; situasi ni ada berlaku. Kiranya berpakat sesama kita untuk menjauhkan/melarikan diri kepada melakukan sesuatu perkara;selalunya ke arah kerja-kerja nakal. Tapi sekurang-kurangnya berpakat dan bukan baik petik nama orang dan menyusahkan orang lain itu atas kesalahan sendiri. Jika tidak tahu akan sesuatu perkara/ kerja, bila salah sesuka pula hati nya, sebut nama orang lain. [waklu]. Agak-agakla nak lepaskan diri pun u olls,kan? Walaubagaimanapun, janganlah berkawan dengan memilih hanya kerana si dia ada nama ; popular dikalangan semua.

Siapa
Ty berkawan saja dengan sesiapa tanpa kira siapakah dia sebelum ini dan selepas perkenalan. Bohsia ke bojan ke suami/isteri orang mahupun janda dan jika dulu dia pembunuh misteri sekali pun. Janji ukhuwah terjalin ada batas dan masing-masing tahu niat dan tujuan untuk berkawan. Kerana istilah "Berkawan biarlah beribu" memang kita harus amalkan. Tanpa mereka siapalah kita.

Kerja
Ada dikalangan kawan kita sudah berjaya dengan jawatan tertinggi dengan gaji yang lebat. Dan ada juga yang bekerja biasa-biasa sahaja yang menyebabkan isu rendah diri untuk berjumpa kerana malu dengan keadaan diri seumpama tidak setaraf lagi. Di mata Alllah SWT semua umatnya adalah sama sahaja cuma manusia mudah lupa diri bila berada di atas. Pekerjaan apa sekalipun, janji rezeki itu datang dari sumber yang halal.

Kepada kawan-kawan , Ty mungkin tak sesempurna mana di mata u olls, mana yang baik sesama perbaiki dan yang mana buruk , jangan dijadikan bahan untuk memburukkan keadaan tetapi tolong lah percantikkan itu kerja sesama umatNya dengan menasihati bukannya menghukum.

Sesungguhnya, Ty berharap jika antara kita ada perselisihan faham akan terlerai juga kelak. In sha Allah.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar di Ulam Cafe , Kenanga Wholesale City

10:07 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls , 

Weekends lepas merupakan hari yang sangat memenatkan. Seperti entri sebelum ini , Ty ada gitaw Sabtu lepas ke bengkel buatkan kereta menjadi lebih bergaya untuk berhari raya dan sebelah petang hingga malam Ty berbuka puasa bersama rakan blogger di Lava Grill. Hari Ahad nya pula , Ty dah janji nak turun ke KL dengan kawan baik dari darjah 1 untuk cari baju raya yang di mananya tak dak langsung persiapan awal tahun ni.

Akibat pulang lewat berLava Grill dan update entri sampai pukul 3 pagi. Terlanjaklah tidur dan tak berapa cukup rehat. Pukul 11 pagi baru gerak dari Putrajaya ke Cheras untuk pick up BFF. Jalan ke mana sahaja JEM , selamatlah drive auto. Dan kereta pun dah tak panas , nak gitaw lagi ni - kan dah tinted. Kami menuju ke Jalan TAR sebenarnya tapi akibat kesesakan yang melampau , tersasarlah kami di Kenanga Wholesale City

Agenda membeli belah dimulakan , walhal kereta bapak moyang ang punya jauh kena pi parkir , sadis. Bukan kuruih posa kami , kami yang kuruih camni. Apa de hal , dah sampai redhakan je la torkkk! Tapi BFF lagi puas hati shopping  di KWC berbanding Jalan TAR yang panas dan tak berair-con. Setuju hat ni. Jadi kami settle la beli dan menghabiskan segala ringgit dan sen di sini. Kaki tak sakit sebab berjalan tapi rasa cam nak bersalin , eh. Silap. Sakit pinggang sebenarnya. 

Pusing punya pusing , tengok jam dah 6 lebih , tak dan dah nak keluar dan berbuka luar , jadi cari restaurant dalam KWC juga jawabnya, Ulam Cafe nama diberi. Restoran ini menghidangkan makanan ala kampung , cedok lauk sendiri + nasi dan ada juga makanan goreng panas yang lain.

Antara makanan dan juadah berbuka puasa kami ;


Ulam + Sambal Belacan

Gulai Ikan

Kerabu Kacang Botol

Ikan Masin

Labu Masak Lemak

Ikan Cencaru Sambal Sumbat

Daging Salai Lemak Bacang

Siput Sedut

Bandung Cincau

Amacam , hebat tak makanan berbuka Ty? Harga Ty tak tahu sebab BFF open table kali ni, TQ babe. Ada rezeki kita berCruise di Putrajaya ye. Lepas makan kedai pun dah banyak tutup , jadi tak boleh la nak sambung shopping. Nak balik rasa malam masih muda , kami ke depan je sikit dan yeah , kami join the crowd di Jalan TAR , syukurnya taklah sesak seperti semua orang gambarkan , as usual SOGO la port park kereta.

Sepanjang jalan yang terdapat hampir 500 tent 
menjual pelbagai baju sempena 
Aidil Fitri.

Alhamdulillah , dalam sehari sahaja berhasil untuk selesaikan membeli belah untuk diri sendiri dan keluarga , termasuklah untuk 3 heroes in Penang. Juga BFF Ty. Tengok , I manage to do it in a day that really show I ada perancangan yang baik untuk membeli belah juga tidak boros dan absolutely not a shopaholic til I drop again like last year. Haha Opsss.

So U olls , dah habis bershopping raya ke belum , ke masih tak puas lagi? Apa kaler tema tahun ni, nantikan entri Raya nanti (in sha Allah) , tak surprise la tunjuk sekarang ye dok? For u guys , beli yang patut sudah, walaupun Raya setahun sekali tapi jangan over boros ye.

Selamat bershopping!!

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kereta Baru di Hari Raya

3:14 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Hanya tinggal kurang dari 10 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Pada yang diperantauan mahupun tidak dapat pulang dan beraya bersama , usahlah bersedih. Berbaktilah pada nusa dan bangsa.

In sha Allah , Sabtu ni Ty akan bertolak ke kampung halaman dan ini adalah hanya perancangan sahaja. Mudah-mudahan semuanya baik-baik hendaknya. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh dan kemungkinan besar, bakal tersangkut dalam kesesakan sepanjang perjalanan memandangkan musim perayaan ni, hari ni Ty terpaksa kerja separuh hari dan datang ke bengkel tuk tengok keadaan kereta samada baik atau tidak.

Sebenarnya Sabtu lepas sebelum ke Lava Grill bersama rakan blogger, Ty dah datang ke bengkel. Tapi sayangnya semalam masa ke KL keadaan kereta agak tidak berapa baik. Jadi terpaksalah datang semula. Cuma nya sempat lah kereta berwajah baru sikit dan rasanya kereta lagi bergaya di hari raya tahun ni.

Boleh macam tu?

Dan sempatlah baru ni pasangkan cermin - cermin kereta dengan tinted, di mana selama ni orang yang beriman macam Ty je tahan panas masa bawa kereta dengan cuaca yang terik. Sapa saja yang menumpang memang komplain suh cepat-cepat pasang. Dah akhirnya, dah pasang.


Tinted pun dah dekat RM500/- , atleast ini untuk jangka masa panjang dan keselesaan penumpang yang tak berimab tu tahan rasa panas dan bagi Ty yang memandu pada waktu malam agar dapat mengelakkan dari silau.

Untuk berkereta baru di hari raya itu tidak la u olls, tapi hakikatnya kereta lagi beraya sakan dari tuannya nampak gayanya begitu la. Semoga perjalanan Ty ke destinasi selamat sampai sudah. Ada rezeki lebih , nak make up lagi je bukan tukar kereta kot.

U olls , service kereta dulu ye sebelum bertolak pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya agar hari raya kali ni lebih meriah dan dapat bergembira dengan sanak saudara di kampung.
posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Projek Mini Kelab Blogger Ben Ashaari : Iftar di Lava Grill

2:24 AM Yanty Lee 32 Comments

Salam u olls ,

Sabtu baru ni , 27 Julai 2013  -  18 Ramadhan 1434H , Kelab Blogger Ben Ashaari yang diketuai oleh blogger hebat Malaya ; Ben Ashaari telah menjemput beberapa blogger dari kelab tersebut untuk projek mini berbuka puasa di Lava Grill , Serdang , Selangor.


Dari kiri (atas) : Que Achmad , MK Syahir , Sue Izza , Yan Ty , Qaseh Dalia , Mieza , Dkna Abza & Isteri Que Achmad.
Dari kiri (bawah) : Nizam Ijam , Ben Ashaari , Faizal Fredley , Najeeb , Tunang Dkna Abza , Mawardi Yunus & Shawn Razaleigh
Seperti gambaran di atas , kami semua telah bercadang untuk berkumpul di Dataran Masjid Putrajaya dan berbuka seringkas terlebih dahulu ; Kurma + Air dan menunaikan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu sebelum bergerak secara konvoi ke destinasi yang di tuju. 

Antara menu yang disajikan kepada kami oleh pemilik Restoran Lava Grill Burger , Mamu Razman ialah; (mohon cuci mata)

Chicken Wing Lava Grill

Kari Kepala Ikan Claypot Power

Datang bersama dengan Nasi Putih

Oh ya , juga dihidangkan Roti John tapi Ty tak sempat bergambar dengan makanan tersebut cuma nya dapat la rasa sedikit. Semestinya m a r v e l o u s . Selepas menjamu selera dengan nasi , Mamu pun tanya pada kami semua , nak makan bruger tak? Dengan muka tak malu , semua pakat angkat tangan menandakan nak makan burger bakaq la u olls. Apa lagi , dapat la kami makan sampai tersandar.

Burger Bakar 9 Tingkat / Tower
*daging*

Makan bersama Roti Burger yang melting dengan cheezy + sos

Ayam pula u olls.


Ohoi u olls , ni dia muka - muka seronok dan kekenyangan setelah makan berbuka puasa merangkap makan malam yang menyelerakan juga katanya di antara mereka , hancus diet tapi depa la paling banyak makan torkkk!

Sedang sibuk berborak , bersantai di restoran , bergambar sakan , tokeyh restoran hidangkan kami lagi u olls , menu terakhir untuk makan sampai tak payah makan sahur la jawabnya ; Black Pepper Grilled Lamb Chop .

Black Pepper Grilled Lamb Chop

Fuhhhhhh! Memang sengkak perut la baq kat pa semua , u olls weyh. Tapi jangan terkejut , ada kata tak puaih makan. Heran tapi mungkin tong perot tak sama saiz kan. Eh. Oppss. Apapun memang semua makanan yang ditaja oleh pemilik Restoran Lava Grill Burger memang malatops

Credit to Qaseh
Turut memeriahkan projek mini : Bro Ahsan

Ty suka masa nak amik gambar ni , pada mulanya hanya berempat , lepas sorang - sorang nak jugak masuk , hamek ko ! Semua orang dah dalam gambar ni , Mamu Razman la paling sporting, dia volunteer  untuk amikkan gambar kami semua. Terbaik la , mamu! 

Akhir sekali , Mamu Razman , Terima kasih kerana telah berbesar hati untuk menjemput kami semua ke restoran dan bersama - sama berbuka puasa pada tahun ini. Semoga perniagaan Mamu terus maju dan sukses hendak Nya , amin.

Kepada yang terliuq tu , singgah lah ke Restoran Lava Grill Burger yang terletak di Serdang, Selangor.

Alamat : 
Restoran Lava Grill Burger,
No. 15-1, Jalan 18/33A,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Antara entri sebelum ni ;

i)  Burger Bakar Lava Grill w Geng Putrajaya
ii) Lava Grill Burger , Sri Serdang ft Blogger

Dan juga antara entri dari geng yang turut serta bersama beriftar ;

In sha Allah , Ty percaya yang lain masih dalam proses meng"update" , biasa la balik pun lewat , terbongkang tido kekenyangan apatahlagi sibuk bershopping untuk raya la katakan. 

Again , Thank You SEMUA !

32 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

RM500 : Bonus Raya vs Baju Raya

12:01 AM Yanty Lee 22 Comments

Salam u olls , 

Malam ini malam Ramadhan ke - 17 umat Islam telah menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah , masih bersama lagi di bulan baik ini dengan u olls.

Meniti waktu tuk tiba nya Hari Raya Aidil Fitri yang akan diraikan bersama keluarga tercinta juga insan tersayang nanti. Maka rata - rata antara kita sudah pun membanjiri pasaraya terkemuka di sekitar negeri - negeri dan kawasan masing - masing untuk mencari segala macam persiapan untuk menyambut Syawal nanti.

KL ? Antara tempat yang di kira "hot spot" bagi pengunjung tak kira dari mana untuk datang ke sekitar KL untuk mencari "baju raya". Terutamanya di Jalan TAR.

Oh ! Baju raya , apa tema tahun ni . masih lagi berfikir kerana rambang mata melihat semua yang patung mannequin mengayakan. Untuk beraya sakan , Kerajaan pun telah memberitahu bahawasanya pemberian Bonus Raya akan diberi pada hujung bulan dengan berjumlah RM500.

Apa boleh kita buat dengan Bonus Raya nanti ? 

Ke Alamanda tadi , "pergh !" Ungkapan Ty pada patung mannequin yang sentiasa kelu lidah tuk bertutur semula. Mummy Ty pun suka , ada pula husband & wife tu siap snap foto , cantik la sangat. Mummy suruhnya Ty cuba. Ohpocot ang! Baju harga laen , skirt/kain pun harga lain. Tapi mummy nak juga tengok , jadi meng"try"lah dan merasa la Ty sekejap memakai baju yang hampir ke arah 500 harganya itu. Teruja hokayh tapi saiz besar , eleh bajet cam de duit nak bayar. Hooopssss.



Itu dia , baju yang telah Ty cuba ada 2 jenis , hanya mampu try dan tengok je patung mannequin yang tersergam dengan penuh style. Apakan daya tak mampu , laen la anak menteri kan. Tapi , kalau mampu sekali pun , saiz yang lebih kecil pun dah habis stok.

By the way

Bila dikenangkan , sangat tak berbaloi. Takkanlah bila diumumkan mengenai pemberian Bonus Raya - RM500 sahaja pembeli nak dileburkan segalanya ke Baju Raya (sepasang) dengan harga hampir RM500 juga, kan? Ini rasa tak begitu penting kerana bagi Ty ini bukan nya lah salah satu keperluan mahupun kehendak. Wahai PA, kena la pandai dalam menggunakan dan berbelanja wang Bonus Raya yang kelak akan diberi.

Jadi u olls , janganlah terlalu rambang mata ketika membeli belah untuk persiapan Hari Raya tetapi berhati - hati dan bijak. Hal ini penting supaya kita tidak tamak haloba dan bersusah payah kelak , berjimat cermat ketika membeli , kena bijak la ketika membeli belah.

Baju Raya Ty tak beli lagi , u olls? Tak dak mood raya lagi ni , acaner ni weyh. Cer meh bagi sikit feel tu, acewah.

K u olls , selamat membeli segala persiapan tuk Aidil Fitri dan berjimat cermatlah ye.

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Berjalanlah Tanpa Henti

11:17 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

... apa pun terjadi , berjalan lah tanpa henti ...

" Berjalanlah Tanpa Henti " , 
seperti salah satu baris daripada lirik lagu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul Melawan Kesepian.



Sebenanrnya , 
Hidup ini INDAH
Adakala nya penuh dengan segala keindahan , 
Namun , 
Ada juga kesunyian dan kesepian dalam hidup , 
Sakit dan perit jua terasa , 
Andai nya bisa di ambil rasa luka dan duka itu , 
Demi melihat diri itu terus kecapi keindahan hidup ,
Cuma , 
Mampu mendoakan agar sentiasa gembira , 
Moga Dia mendengar dan memakbulkan doa itu ,
Kerana dikau layak tuk merasainya ,
Semoga berjaya di dunia dan akhirat , 
Hidup ini ada sebabnya , 
Dan perlu tuk diterokai , 
Bagi tujuan yang indah ,
Agar hidup itu akan bersinar senantiasa.

-Yan Ty-

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Majlis Iftar @ MATIC 1434H

4:49 PM Yanty Lee 24 Comments

Salam u olls ,

*entri kemungkinan panjang dengan gambar*

24hb Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434H , Pusat Pelancongan Malaysia / Ministry of Tourism Malaysia (MaTiC) telah menganjurkan sebuah Majlis Iftar @ MaTiC 1434H yang bertempatkan di Padang Lanai, Saloma Bistro , Ampang. Ty dan rakan - rakan blogger lain dijemput oleh Ben Ashaari bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Terima kasih Abang Ben Ashaari dan juga pada pihak penganjur atas jemputan.


Kehadiran kami dijemput dengan senyuman dan layan yang mesra dari tuan rumah majlis. Dan maaf kerana atas kelewatan untuk menghadiri majlis. Sipi - sipi je ke minit untuk masuknya waktu berbuka. Dengan iringan doa berbuka puasa dan doa makan , kami semua menjamah sebiji dua kurma setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa juga waktu solat Maghrib. Sebelum menjamu selera , Ty bersama Kak Sue dan Weeda ke khemah yang disediakan untuk menunaikan solat fardhu Maghrib.

Selepas menunaikan solat , sesi bergambar - makan dan sebagainya pun bermula. Eh! Bergambar itu dari awal perjumpaan kami di KPT. Dan semuanya bermula dengan lensa kamera DSLR Sony milik Qaseh Dalia , hingga ke gadjet -gadjet mahal mencecah ribuan ringgit masing - masing.

We LOVE Traffic Jam cause We can cam-whore.

Check this guys , Qhaliff Iman pun stuck in the jam.


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI #

Dari kiri (Berdiri) : Mawardi Yunus , MK Syahir , Azfar aka Ujang , Sue Izza

terjah la blog hebat mereka , penulisan dan orang nya memang hebat belaka.



Makanan dan juadah berbuka puasa adalah daripada Restoran Rebung Chef Ismail , ketika sedang menjamu selera , ternampak juga sekali sekala kelibat chef selebriti terkenal ; Dato' Chef Hj Ismail Ahmad yang sedang sibuk menguruskan makanan dan juadah untuk majlis berbuka itu. Kesemua makanan dan juadah tak dinafikan sedap , secukup rasa. Cukup lagi rasanya apabila sambil menikmati juadah , tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid ; Rabbani.


Antara penyeri majlis bersama kami pada malam berbuka puasa , semestinya anak - anak kecil yang comel sekaligus paling mendapat perhatian semua orang daripada si emak dan si bapa blogger. Junior Blogger to be, In Sha Allah. Anak blogger mana kah itu ? Anak abang Ben Ashaari la u olls , si al bam bam Qhaliff Iman lagi laku dari bapa nya. Kuciwa oowh bapa dia sampai nak berhenti menulis blog khabarnya. Takkan jeles dengan anak sendiri kot , bro?




Mereka si jantung hati dan nyawa , sentiasa penyeri hidup. Tengah down ke sedih ke , bila jumpa geng ni , memang gelak pecah perut yang pasti . Tambahan pula , bila Mat Yie mula berbicara tanpa titik noktah umpama sedang mengantikan tempat Ustaz Azhar Idrus berdakwah.



Terpegun seketika bila jumpa pelita , suasana hari raya terasa gitu u olls dan membuat terasa nak balik kampung cepat - cepat ja tapi kena banyak bersabar , ada lagi seminggu tuk bekerja.




Bergambar terakhir bersama sebelum berangkat pulang. Eh! Ini bukan lah gambar terakhir kami snap, banyak lagi gambar cuma nya takkan lah Ty nak uploaddi blog ni kan , jenuh u olls nak scroll .Gambar lain, ada di Facebook  dan blog Ben Ashaari , Qaseh Dalia , Fiza Fantagiro , Ujang dan yang lain mungkin akan menyusul juga dengan entri masing - masing. Balik rumah pun dah hampir pukul 12 tengah malam selepas melepak sekejap di restoran mamak baru sekitar Presint 15 , Darussalam dengan dengar tazkirah dari pendakwah ; Mat Yie yang sememangnya "kakisembang".

Geng gegel in the house , yaw!

What is a friend ?
- A single soul dwelling in two bodies-

And they ARE!

Syukur , Alhamdulillah majlis iftar bersama geng blogger anjuran MaTiC berakhir dengan baik semuanya. In Sha Allah , akan bertemu lagi dengan blogger yang lagi hebat - hebat pada majlis berbuka puasa pada hari Sabtu ni di Serdang. Siapa yang nak join , jom !


Last but not least , Thank You semua !
posted from Bloggeroid

24 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Novel : Bila Blogger Jadi Maid

12:00 PM Yanty Lee 10 Comments


Salam u olls ,


Sebuah novel berjudul Bila Blogger Jadi Maid  hasil karya Zati Mohd

Sejak bila gila baca novel pun Ty tak perasan , tapi sejak makin rapat dengan geng gegurl blogger Whatsapp Putrajaya. Soul mate Ty juga mereka ini semua. Kakak Ty cari buku di PUSTAKA , Ty tersadai di ruang novel. Tertarik dengan judul novel ni , grab and pay. Sebab Ty pun blogger la bajet je kan? Oh , Ty bukan blogger tegar , suka suki sahaja.

Berbalik pada novel Bila Blogger Jadi Maid , 

Ringkasan ; Seorang graduan yang baru sahaja tamat pengajiannya , juga seorang penulis blog yang dikenali ; Hanis Arisya ( bukan Hanis Zalikha ) telah mencuba nasib dengan mencari kerja sebagai "maid" di bandar. Perkenalan dengan anak majikan , si jejaka bernama Ash telah diakhiri dengan sebuah perkahwinan apabila bakal isteri nya tidak muncul pada hari perkahwinan mereka. Hanis Arisya telah dipujuk untuk berkahwin demi menjaga maruah keluarga itu dari malu. Hakikatnya , dia telah berpunya dan buah hatinya berada di luar negara. Perkahwinan diteruskan dengan restu kedua orang tua Hanis Arisya. Setelah hubungan suami isteri kecapi kebahagian , Aimie ; bekas kekasih Ash muncul untuk mendapatkannya semula sehingga telah mengupah seorang lagi blogger untuk memburukkan Hanis Arisya di blog. Namun , kegiatan itu telah diketahui oleh adik ipar , yang juga punyai sebuah blog. Sadisnya , bila Ash terlibat dalam sebuah kemalangan , Ash seolah - olah tidak kenal akan isterinya lagi. Dan membencinya yang amat. Namun , kesudahannya Ash hanya berpura - pura berlakon untuk memerangkap Yaya yang telah banyak membuat kejahatan pada hubungan Ash dan Hanis Arisya seperti mengakibat Hanis keguguran. Yaya ialah sepupu Hanis dari kampung yang datang ke KL untuk bekerja dan tinggal bersama mereka. Di akhir cerita , Yaya ditangkap. Dan hubungan Hanis Arisya dan Ash pun bahagia.

Sebuah novel yang genre nya ialah romantik.

Pendapat/Pandangan : Dalam kehidupan realiti , Ty percaya ada je watak yang digambarkan oleh penulis. Tapi bab nak kahwin mengejut on the spot tu , kalau ditempat Ty , tak kot. Bahagia ja semua itu sesiapa pun inginkan dalam meneruskan sebuah kehidupan di muka bumi Allah Taala tapi tidak siapa juga boleh lari dari masalah. Such a sweet life of fairy tales story. Golongan gegurls yang baca novel ni , mesti suka abes la dok berangan nak dapat suami cam Ash. Gerenti punya. 

" tak kenal maka tak cinta
bila dah cinta  ,
nak tidur malam pun tak lena "

Ouch ! Penangan cinta sangat u olls . Okay , mengaku je la korang pun sama je kan seperti phrase di atas bila di awal percintaan. Bercinta - cinta la jugak kan u olls , jangan  tersalah langkah sudah. Bak kata akak - akak Ty  sekalian , penangan cinta dengan lelaki bujang tak sama dengan penangan bercinta dengan laki orang. Oppsss. Ada ke patut nasihat camtu? Sebelum terkena ngayang dengan bini orang , elak la ye. Payung emas ? Toksah la , beli payung Avon pastu salut ja dengan glitters gold . Nah , dah jadi payung emas kaw weyh. Hado ke macam tu , eh. Abaikan je la u olls.

Pengemar membaca novel , boleh la cuba baca novel romantik ni. So sweet , u olls.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar #13 w/o Mummy

10:59 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

Pejam celik pejam celik , seluruh umat Islam di serata pelusuk sudah pun menunaikan ibadah puasa hampir 13 hari di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Syukur lah kita semua yang masih bernyawa - bernafas kerana telah ditemukan dengan Ramadhan. Walaubagaimanapun , takziah kepada mereka yang telah kehilangan insan tersayang - tercinta di bulan Ramadhan. Apa pun sesama lah kita terus mendoakan buat mereka dan senantiasa lah bersedekah Al -Fatihah buat arwah moga dengan iringan doa itu agar semuanya baik hendaknya di sana. Jodoh - Ajal antara perkara yang tiada siapa tahu bila masanya akan datang. 

Oh , okay itu bukan melalut tapi kebenaran untuk kita yang masih mampu bangun keesokkan hari dan meneruskan hal duniawi tuk mencari rezeki yang halal. Alhamdulillah. Siapa tahu , esok lusa tiada lagi coretan Ty , kan? Eh, abaikan.

Begitu la yang juga , Ty bersyukur kepada Nya kerana Alhamdulillah , Ty masih di sini untuk menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan ke -13. Isnin , hari pertama untuk bekerja , liat? Syukur , tak la liat mana pun. Kerja pun boleh la kurang banyak nya. Ya , Alhamdulillah , semuanya seperti sediakala.

Berbuka puasa berdua di rumah bersama kakak sulung tanpa mummy sebab mummy ada majlis berbuka dengan menteri dan sebagainya. Balik kerja pula , di jemput oleh kakak tiri tersayang , Kak Sue Izza. (Ya Ampun, raya nanti memang kena salam mohon keampunan la camni.. Erk?) . Lepas dijemput , merayau mencari juadah berbuka di Bazaar Ramadhan / Param ; Pasar Ramadhan  di Presint 2. Bazaar Ramadhan ; dulu lain , sekarang lain. Itu je mampu diungkapkan.

Niat nak masak jadi apa pun tak nampak kecuali kuih karipap dan popiah. Oh ! Air tebu jugak.

Balik je , singgah kedai beli susu Dutch Lady, masuk umah terus masak untuk kakak sulung. Bertuah tak dapat adik camni. Dengan berbaju kurung bertukang di dapur tau. Ada orang cari calon tak? Owh , lari topik pula titew , auoch.


simple cook by Ty - Mostaccioli / Penn Herbs & Sour

Yang ni beli .

Ini pula , kakak sulung goreng.

Makan sikit pun dah kenyang , tak dinafikanlah memang banyak minum air daripada menjamah makanan. Kenyang air gitu. Ikutkan nafsu , bila jejak kaki di bazaar memang nampak semua nak kan , tapi syukur lah , Ty tak. Macam tak best je bazaar kat Putrajaya ni , orang pergi sebab tak sempat nak masak dengan waktu kerja kot. Oppss. Berbaloi masak di rumah , jadi boleh lah kita kurangkan pembaziran yang mencecah 160 ribu tan sampah dibuang begitu sahaja dalam sehari sejak bulan Ramadhan , kan? Huish , sayangnya - ruginya. Bazir woi , ingatlah orang yang susah tak dak pa nak melahap , ni ampa duk lempaq buang pi camtu ja. Astagfirullahalazim.


Ish-ish-ish , apa Ty melalut ni u olls. Maafkan la ye.
Sahur mummy request Sandwich. In sha Allah.

Selamat menunaikan ibadah puasa u olls semua.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Joseph Germani Puasa Sehari

9:26 PM Yanty Lee 11 Comments

Salam u olls , 


Speechless and absolutely salute to Joseph Germani aka Jo. Gua tabik spring sama lu bro.

Okay , guys out there , kenapa Ty terlalu teruja dengan Jo ni , adalah sebab Jo telah mencuba berpuasa untuk satu hari. Dah la handsome , eh. Okay abaikan.


Jom tengok video yang Jo dah muatnaikkan untuk tatapan kita semua tak kira bangsa dan agama , dan tak tuju khas kepada penganut beragama Islam yang sedang menyambut bulan yang mulia ini.


Dah tengok tak? Walaupun Jo terlepas sahur nya sebab tidur pun pukul 1 lebih kan , dan terjaga dalam pukul 10 walaupun dah kunci alarm , Jo masih lagi tetap pendiriannya untuk meneruskan niat nya untuk berpuasa. Berpuasa dari menahan lapar dan dahaga juga tidak melakukan perkara yang "jahat" katannya. *Chumel*

Walaupun Malaysia baru - baru ini ada kekecohan dan perselisihan faham dari segi isu politik selepas hari pengundian bulan Mei lepas juga kemudiannya ada juga beberapa isu perkauman serta yang terbaru isu blogger aksi terlarang yang sedang naik turun mahkamah kerana isu menghina agama Islam di bulan Ramadhan sedikit sebanyak tidak menunjukkan bahawasanya rakyat di Malaysia ini semuanya bermusuhan. Seperti Jo. However , Ty memang salute dan proud gila dengan Jo. 

Bila Ty tengok video ni , mengingatkan Ty pada ex bf  Ty , he ever fasting too. Oh ya , Ty pernah ada bf Cina - Bidayuh. Last long pun 3 years camtu je. Fasih berbahasa seperti Jo juga. Mungkin tiada jodoh dan masih berkawan. Alhamdulillah , dah bertunang dengan a Malay girl. Just pray the best for him. Apa - apa pun kita satu rumpun , tak kira warna kulit , kita di bawah satu negara dan 1Malaysia. Yeah , I'm proud to be Malaysian so put aside others things such as political and races especially.

Well Jo , again I really salute and proud of you , dude! 

Page FB Joseph Germani : Joseph Germani

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Soq #12 - Samurai Burger

5:03 PM Yanty Lee 6 Comments


Salam u olls ,

Pukul 3.50 pagi , di kejut mummy Ty. Teringin nak makan burger katanya.Tidur ku tak sampai 2 jam , dah ku gagahkan jua untuk mummy ku. Mata memang tak nampak cam tak cukup tidur pun , kepala je agak weng sikit tapi apa ada hal , mak sendiri kan , maka nya bangun basuh muka , siap sesimple yang mungkin. Capai kunci kereta , panas enjin , menuju ke McD Bangi.




Tu dia , Ty punya soq pagi ramadhan ke - 12. Mummy belikan Double Samurai Burger + Nugget . Makan kat sana , 5.25 pagi gerak balik Putrajaya , solat Subuh , memang nampak bantal buchuk dengan katil. Sempat jugak la berFB Chat dengan Kak Ayu Citarasa Rinduan sebelum terhanyut di buai mimpi nan indah. | *hati kuciwa* - hakikatnya phuii.

Berbuka apa rini? Ada mood , Ty share la noo ampa somua. Selamat berpuasa , hat tu lagi penting dari pulun amik gambar nak soq dan berbuka , mummy sampai dah tak terkata apa-apa dah bila nampak sorang - sorang anak dengan hp , tab or DSLR. Redha dah mummy  Ty. Ahaks. Sebelum dia beleytiaq serupa radia burok , kurangkan sket sebelum disahkan sakit mental. Opss.

Salam Ramadhan!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kenanga Wholesale City

12:01 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Semalam ke Kenanga Wholesale City dengan Kak Fiza Fantagiro & adiknya ; Weeda si Tira Miz U. Sebelum ni geng gegurls dah ke sana pada hari weekdays dan al kisah tu biarlah menjadi rahsia dan nostalgia kiterorang je. Sebabnya sorang - sorang banyak langsi dan sailang banyak orang tuk "date" tu so susah nak diabadikan di sini gitu u olls.

Kali ni ke sana , terasa banyak pula kedai yang buka dan sangat meriah. Dari pukul 12 tengah hari sampai 3 petang melilau dan yang pasti Weeda paling banyak shopping.



Itu je cheq beli , a baby tee of GEEK.

Ty ikut pun sebab jadi GPS bernyawa tuk Kak Fiza , dan saje melepaks sementara masih ada dekat Putrajaya kena la curi masa dan bahagikan masa tuk geng blogger yang sekepala ni semua.



Lensa camera dan cermin , kami semua (termasuk Qaseh Dalia, kak Sue Izza dan Mieza) memang pantang jumpa. Tunggu lif masa nak balik memang sangat menguji kesabaran serta keimanan tambahan pula bulan puasa ni. Dan itu la kerjanya yang dikerjakan kami, Weeda dah terduduk.

Kekorang kalau nak shopping tuk raya, boleh je terjah tempat ni, lau hat mana nak boria satu family boleh angkat borong lagi murah u olls.

Anyhow, Kak Fiza and Weeda thank you for the short date. In sha Allah , til we meet this coming Saturday.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen