5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

10:38 AM Yanty Lee 16 Comments

Salam u olls ,



5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013 is back ! 

Putrajaya-ian !

Etc too !

Hot Air Balloon is BACK!

Too bad , I won't be around.

Again , not able be there after almost 4-5 years working here.

For further more information , check it here.

Have fun , peps!

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aku , Ah Chong dan Maher Zain

12:33 PM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls , 

Tajuk entri pelik kan.

Al-kisah dah berzaman berlalu. Tapi , kawan buka balik. Siap mention lagi teringat kat Ty dan terus betul - betul dia pun terjumpa la si Ah Chong di tepi jalan baru ni.

Malam tahun baru - 2 tahun lepas , Ty meronda dari Relau naik ke Balik Pulau , nak turun ke Tanjuh Bungah gitu.


Jalan bengkang bengkok tu memang sudah semestinya la kan. Waktu tu , Ty memang tengah layan habis lagu - lagu  Maher Zain dari CD yang di pasang , memang layan abis hokayh sambil mata memang fokus 250meter ke hadapan , bantu juga la pemandu yang tengah drive sebab curam dan gelap. Ada kereta dan motor yang lalu tapi tak macam jalan biasa la banyak nya tu.

Dari jauh , Ty nampak seumpama tiang atau tembok yang tinggi sahaja sebab kat jalan kawasan Balik Pulau tengah dibaikpulihkan dan naik taraf la sikit. Mulut duk kumat kumit ikut lirik lagu Maher Zain , mata memang tak kedip asyik tenung dan tertanya apa dalam hati je.

Sampai lah , kereta lalu di selekoh di mana benda yang Ty dari jauh tenung dan perhati , Ty bertentang lah mata dengan si Ah Chong . Huh , pengalaman yang sangat tidak dijangka tapi buat tak tahu je , curi - curi juga tengok side mirror tapi dah xada apa-apa. Ngeri weyh raut wajah si Ah Chong , tapi kuatkan semangat dan buat tak reti je , xbersuara dan bagitahu si pemandu pun. Layan Maher Zain je. 

Keesokkan hari , baru buka cerita. Ok , banyak rupanya geng Ah Chong berpeleseran pada malam tahun baru. Ty terjumpa si Ah Chong je , yang lain si pemandu yang nampak. Katanya lah. 

Tapi  , baru ni . Kawan Ty lalu area Relau dengan kakak dia , dia tengah teringat kat Ty yang lalu area tu jumpa Ah Chong , tengok - tengok dia pun nampak , macam di seru pula. Kelakar tapi aneh. Sengal jugak kan , kawan Ty ni. Ada ka patut teringkat Ty kena kenangkan kejadian pertemuan Ty dan si Ah Chong yang layan Maher Zain.

Hampeh baq ang!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dip n Dip w Aznil

3:48 PM Yanty Lee 28 Comments


Salam u olls ,

9 Mac .

Bila Ty sengsorang di Putrajaya dan aktiviti untuk hari cuti berakhir dengan melantak lah jawabnya.

Planning untuk berjumpa di muka bumi KL memang banyak halangan , daripada sebelum Ty kena operation tahun lepas lagi. Apa kan daya bila dah operate mana lah mampu makan sodap – sodap kan?
Usha rapat je yang mampu.

Bagi menunaikan hajat yang berkurun dijanjikan oleh Aznil , akhirnya kami berjumpa di Bangsar jua.
(Kalau di Penang, tak payah cakap la- port tetap ; KAYU)

Jenuh Oii nak habaq mai . Apa dia? – Parking ! 

Bangsar Village la jawab nya.
Okay selesai bab parkir , berlaga – laga pipi di entrance . Baru ke destinasi yang dituju.

Ty pi mana?
- Dip n Dip , a taste will make u :)

Okay , he is my best gossip and sharing partner. Bersesi luahan la kami sambil menikmati  CHOCOLATE .

Mine.
Tripple Chocolate Crepe

His.

Dip Crispies

Orang Penang la katakan , tadi bajet kayo masuk kedai mahal , last – last kami ke PELITA pula kedarah Nasi Kandar. Hancuq diet la bila jumpa dak Aznil ni yang kerja mencekik ja.

Next time boleh jadikan tempat lepak – ing dan cuba menu yang lain pula.  Sebelum balik , sempat tapau Pavlova dari Alexis. 

Oh , not me but him .

Lokasi :
Dip n Dip
Jalan Telawi 3 , 
Bangsar , KL.

Sape yang suka coklat leh la pi serbu.

28 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Karoot Komedia X Musim Kedua di Astro

3:10 PM Yanty Lee 34 Comments


Salam u olls ,

Bahang kehangatan ber Karoot Komedia X Musim Ke – 2 bersama geng blogger Whatsapp dan geng blogger lain pada Ahad lepas di ASTRO All Asia Broadcast Centre masih terasa.

Terima Kasih kepada Abang Ben Ashaari yang mempelawakan kami untuk turut serta memeriahkan rakaman Karoot Komedia X Musim Ke – 2 ini.

Memang KELAKAR gila . 

Sakit mulut bergelak sakan dengan gelagat masing –masing ; dari Floor Manager ; Fatah yang suka menyakat tapi akhirnya di sakat oleh Abang Ben Ashaari , para penonton dan semestinya barisan pelakon yang A-W-E-S-O-M-E .

Siapa?
Jeep , Ebby Yus , Yus & Nabil .

Pada mula , semua konon control cun & macho sehabisnya memandangkan di setiap sudut ada sahaja kamera yang memandang. Tapi lama –kelamaan , terserlah ke‘ngok-ngek’an masing – masing tanpa menghiraukan semua itu.

Seriously , memang sakit tapak tangan asyik bertepuk je di‘kerjakan dan kering gusi. Suara pun dah ala – ala ratu rock Malaysia , pulun minum air masak sehingga hari ni. Rakaman hampir 2 jam kot. Kalau nampak dalam TV nanti , buat – buat tak nampak je la yang tak patut ye.

Nak tengok gambar dan video tak ?
Mana?

Meh rapat sikit , usha jangan tak usha.

Stage

Nabil & Sabri Yunus




Heart ‘em.
Geng Whatsapp ; Abang Ben Ashaari , Najeeb , Qaseh , Kak Fiza , Kak Sue Izza , Weeda , Abang Jed Jaidi & MK Syahir.


Antara barisan blogger yang turut hadir. 
Bertinggong : Najeeb , Jed Jaidi , Kid & Ben Ashaari.

 



Kami si mulut merah mak ngah.

Hampir terjatuh , hokayh!

Pantang berhadapan dengan si dia iaitu Encik Lensa.


Kami barisan hadapan , u olls.
Heart of mine always.

Mek Pija , Mek Ty ada la gambar dengan si cuit miut Lysaa erk.

Apa?
Owh. Video.  Siapa yang terkena? Fatah atau Ben Ashaari?

Terteleng kepala ? Salahkan Kak Sue.
Okay. Banyak lagi gambar dari lensa SONY dan Smartphone semua geng tapi nak tengok terjah FB atau blog mereka.

Lepas rakaman , kami sesat tak nampak bukan tak jumpa pintu keluar, huh. Mata Abang Jed Jaidi memang potey la haih. Saboo je la.  Perut masing – masing dah berkeroncong tapi kami singgah di Petronas untuk menunaikan solat terlebih dahulu. 

Cakoi! Eh itu bukan makanan yang kami makan untuk dinner. Tapi , tunggu la rancangan episod ni di tayangkan di kaca TV korang.

BerMali’s Char Kueh Teow  sahaja tapi tidak pada si jejaka , Nasi Lemak pun tibai.

Balik , balik , balik! Tak dapat berjimba sangat , esok kerja la beb. Next time , in sha allah ke Sedenak , Johor  dan juga Kelantan. Mudah – mudahan dipermudahkan urusan kami semua.

Nota Dari Hati : TQ , Abang Ben Ashaari yang menyatukan ukhuwah  terbina antara geng Whatsapp dan mengajak kami semua ke rakaman Karoot Komedia X dan juga pada “Mama Sue Izza dan Papa Jed Jaidi” yang sentiasa baik hati menumpangkan ke mana sahaja. THANK YOU so much. Also TQ pinjamkan certain pictures.

34 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kanak - Kanak Hilang DiJumpai

10:44 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls,

Berita kehilangan kanak - kanak semakin hari semakin merunsingkan dan kebimbingan individu yang terlibat;semestinya ibu bapa kanak - kanak terbabit.

Hari ini, terjadinya satu kejadian kehilangan 2 orang kanak - kanak yang melibatkan anak kepada kawan sekolah merangkap teman rapat Ty sendiri.

Ty yang asyik berchatting di G+ dan berBBM dengannya agak terkejut bila dimaklumkan dia terpaksa pula ke rumah dan ada perkara penting hendak diselesaikan selepas waktu lunch tadi. Ty tak menyangka hal ini lagi sehinggalah Ty menerima mesej di BBM. Subhanallah, Ty sangat terkejut dan tak dapat hubungi dia pula.

Ty tengok di Facebook, ramai yang turut sama tolong berkongsi kes kehilangan ini.



Dan, hampir jam 7 malam tdi Ty terima balas melalui BBM yang dia dah jumpa anak nya dan juga anak kepada kakaknya itu. Syukur sangat dan tenang sikit bila dapat bercakap dengannya. Alhamdulillah,mereka dijumpai dalam keadaan baik dan selamat.

Pada semua yang telah berkongsi dan menanyakan perkembangan kehilangan, ibu kepada kanak -kanak ni ada mengucapkan terima kasih.



Peringatan untuk kita semua untuk lebih berhati - hati di masa akan datang dan berwaspada dalam apa jua situasi agar tidak leka dan lalai daripada terjadinya perkara yang tak diingini seperti ini.

Semoga kawan Ty tenang dan berada dalam keadaan yang baik dengan seisi keluarganya di Penang,amin.

Syukran Alhamdulillah semuanya selamat. Amin.

posted from Bloggeroid

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lawak Ke Der #2

2:16 PM Yanty Lee 12 Comments


Salam u olls  ,

U olls dah tengok Lawak Ke Der #2?

Dari teater ke layar perak .
Dari pentas ke panggung.
Begitu juga dengan Ty  ;
Dari Istana Budaya ke GSC Cinema.

28hb September 2012 , di Istana Budaya , Ty dan 2 teman lagi ke sana untuk menyaksikan dengan mata sendiri barisan pelawak tersohor masa kini mempersembahkan Lawak Ke Der #2. Lawak Ke Der #1 hanya tonton melalui video di YouTube. Oppss , Harith!!



Memandangkan , peminat fanatik JOZAN si Kak Zila tak dapat turut serta Ty ke IB. Jadi Ty luangkan masa bersama dia sekali lagi pada waktu rehat pada hari Jumaat lepas ke panggung wayang Alamanda. Ruginya Ty bila Dkna Abza offer free tiket tapi Ty lambat respon dia, tapi Ok juga sebab tu untuk among the bloggers sahaja tidak tak dapatlah Kak Zila ikut kan. Lagipun it’s at night. Next time ye Dkna.





8hb Februari 2013 ,
Ty dan Kak Zila menonton Lawak Ke Der #2 di panggung selepas selesai teman dia renew lessen kereta di JPJ Bangi. Hanya berbekalkan Cheese Pretzel Dog dan Chocolate Ã‰clair dari Auntie Anne's . Beverages sangat kan.  Siap beli air spritzer fibre & nugget je.

Tajuk pun terang –terang Lawak , sudah semestinya la jalan ceritanya pun lawak.

Jozan , memang tak kering gusi la u olls. Sedih pun ada part last dierorang nyanyi lagu Sahabat.  Boboi dan Nabil pun kelakar , tak rela dan tak redha la Ty nak naik pesawat  “ Redha Airlines ” dengan harga serendah RM7.50.  Pembukaan dari Nabil dengan bergangnam style lagi hokyh u olls. Dan menjadi sangat part Nabil jadi watak pak cik dalam cerita “ Tanah Kubur ”.

Stand up comedy dari Harith Iskandar memang perfecto. Kritikan bagi penggemar berfoto makanan sebelum makan , sangat terkena batang hidung tapi I’m just a Loser as he said. Yang most super Loser , yang Like & Comment. Superb Like la statement dia. Dan he says , Woman is more intelligent than the guys pun best. Sangat betul apa dia elaborate it on the show. Also what  & how he facing her girlfriend etc. Sumpah Superb Suka2!

Perfect comedy! Love it! Worth it! Berbaloi lagi tengok live di IB. Banyak cut di panggung.

Tapi yang tak ke IB support la industri seni kita walaupun hanya di panggung wayang.

Njoy u olls!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mee Udang di Ilyana Cafe, Teluk Kumbar

12:56 PM Yanty Lee 16 Comments

Salam uolls , 

Alhamdulillah sebab selesai data -data dah siap untuk 5S. Hari ini pula kena jaga kaunter. Nervous pula sebab nanti  auditor datang acaner nak re-act? Leh? 

Okay , sekadar nak kongsi dengan u olls , tentang kedai makan yang Ty dan family suka pergi dan makan malam bersama. Cumanya sekarang kami semua berjauhan , jadi sekali sekala ja lah yang sempat ke sana. Masa Ty balik Penang bulan lepas , baru lah sempat kami sekeluarga ke Teluk Kumbar untuk makan Mee Udang di Ilyana Cafe.

Lokasi ; Ilyana Cafe



Pergh , sedap! Malam tu , Ty dan 2 beradik Ty cuba tuk tukar menu dari Mee Udang ke Kueh Teow Udang dan Maggie Udang. Tukang amik order keryeh ja tengok gelagat kami adik beradik. Well , customer is always right. 

Kalau u olls terliur , terjah la port ni. Ada macam - macam makanan laut lain juga di sana ; Ikan Bakar dan lain-lain masakan untuk di makan dengan nasi pun ada.

Bila lagi nak ke sana agaknya? Hmm...Hujung bulan baru balik Penang , tapi ke kenduri kahwin kawan di Padang Serai. April ? Tapi Penang is heaven of foods. Lik je , selera macam baru keluar penjara. Hancuq diet , baq ang!

Nota Kaki : Kita di sini makan sedap - sedap , terfikir tak yang pejuang negara kita makan apa je demi mempertahankan negara. #PrayForSabah.

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Alahai Meragam

3:04 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls.

Argh!! Haiiihhhh.....
Sakit pula. Oh bukan perut Ty sakit mahupun meragam tetapi kereta yang banyak berjasa kepada Ty dan keluarga di sini. Bermulanya semalam, sedar pun dah lewat bila nak ke Pudu untuk jemput kakak Ty. Sayangnya, dia terpaksa naik perkhidmatan awam untuk balik ke Putrajaya.

Monday blues. Okay, Ty tetap ke pejabat dan semestinya Ty tumpang Kak Zila. Mummy terpaksa cuti dengan niat nak panggil je suami kawannya datang tengokkan. Malangnya suami si kawan Mummy outstation pula.

Mummy cuba juga drive ke opis Ty dan jemput Ty,jam 12 dan terpaksa blah. Maafkan saya. Jujur x? Berani mati tulis kat blog sebab banyak stalker kat opis leh tolong hebahkan nanti. Tak payah busy body sangat lah , gua tak sesibuk lu mia hal!



Rupa enjin kereta yang sedang dalam operasi. Kereta dah berzaman. Banyak pula plug itu ini dah patah, ya allah. Syukurnya dalam cuak sampai juga bengkel. Kopak la gaji yang baru je keluarkan dan BR1M 2.0 tolong mummy bayar kereta. Nak dapat kereta ni terus juga jadi takan nak berkira,kan?

Dah lambat!! Kalut cari 7E dan top up,SMS my bos cakap kat bengkel. So sorry sangat la, rela je kerja sampai malam settle kerja, ye lah Isnin banyakla kerja kan,benda tak diundang pula datang tanpa dijemput. In sha Allah, pasti ada hikmahNya. Contohnya, cam na nak gi kerja? Kan?! Dan balik Penang twice in a month, long journey tu.

Subhanallah,panas teriknya. Cuaca sangatlah panas, rasa macam nak terjun ja dalam kolam. Peluh menitik. Hypo-hydrosis sangat, u olls. Nak sejuk kan tekak,minum air mineral pun xjalan.



Yeah, let's Slurpee. Hamek , large lagi. Tekak jer la yang sejuk sat tapi kulit muka, its burning my skin!! Seriously, dah dekat 2jam dan I'm getting bored and seems the weather is really hot. Tak sabar dok dalam aircon.

Berblogging sebab bosan menunggu kereta nak siap dan tak nak fikir sangat keadaan cuaca yang terik.

Hope kereta akan sihat walafiat seperti sedia kala. Amin.

posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Filem Rock Oo : Rimba Bara Kembali

3:56 PM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls ,


Dah lama tak update pasal mana - mana filem yang Ty dah layan di panggung. Bukan la sibuk mana tapi tidak berkesempatan nak update gitu. Malas? Mungkin la. Ngeee.. 


Antara filem yang Ty dah tengok , Juvana , Bullet To The Head , Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon & Jin Pakai Toncit. Dan baru ni , memandangkan PA dan waktu rehatnya pada hari Jumaat adalah panjang, Kak Zila yang hampir 2 tahun tidak bersosial katanya ye , dia ajak Ty tengok wayang di Alamanda.

First time okay , masa rehat pi tengok wayang. Activiti ni baguih juga noo jimat sikit duit dari duk perabih bershopping sakan , setakat RM10 tu apa la sangat , kan?


Filem : Rock Oo ( Rimba Bara Kembali )
Tarikh Tayangan : 28 Februari 2013
Genre : Drama Muzikal
Durasi : 93 Minit
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikkan, Pekin Ibrahim, Azmi Black

Sinopsis :
Rock Oo adalah kesinambungan dari filem Rock yang pertama pada tahun 2005. Mengisahkan kumpulan Rimba Bara yang perlu menempuh pelbagai dugaan setelah salah seorang anggotanya menarik diri dari penglibatan dalam kumpulan itu. Lakonan Que Haidar sebagai Amy Mat Piah yang berangan untuk menggantikan anggota kumpulan tersebut dan juga menyatukan semula kumpulan itu dan sunnguh bersemangat dengan kata -kata semangatnya ; "Pantang anak petani moden mengundur kalah". Setelah banyak halangan , kumpulan ini berjaya mendapat anggota asal semula tetapi Amy hanya dilantik sebagai pengurus kumpulan. 

Memang best dan kelakar cerita arahan Mamat Khalid ni , kan an an... an? Ke OKay je ?

Sakit perut kami layan , korang yang belum sila ke panggung baru faham kenapa Ty bold ka sesetengah perkataan.

Suka dialog oleh watak Zul Kapan ; "Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikuli". - Sofi Jikan 
Jeles pula tengok susuk badan Que Haidar , kalau perempuan , sangat cantik!

4 bintang!!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pizza Hut - Kupon RM38

2:50 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Happy sunny Sunday!

Suka makan pizza? Pizza Hut? Okay,Ty sekadar nak kongsi satu kupon dari Pizza Hut ,


Ada hajat nak makan pizza esok lusa ke atau nak belanja Ty ? Opps! Ye la kan promotion bermula esok  dan hanya selama 3 hari je. Boleh lah u olls cetak kupon ni di sini : http://bit.ly/vivarm38

Selamat menjamu selera la ye u olls !

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen