Berdomain [ dot my ] Kembali

2:30 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam Uolls,

Hampir seminggu juga la kot di kalangan blogger - blogger mengalami sedikit gangguan untuk access blog yang berdomainkan dot my. Termasuklah blog Ty ni. Memang pada mulanya Ty cuba kuatkan semangat untuk tunggu hosting selesai segala masalah tapi dua hari lepas je Ty dah tak patient dan terburu - buru tukar ke blogspot kembali.

Dan semalam hosting dari Asiahost anda memaklumkan berita gembira ini ;



Khas Untuk ROSNIYANTI MD SHERIFF dari ASIAHOST

Asiahost Advance Tech
Kepada Pelanggan yang dihargai,( ROSNIYANTI MD SHERIFF_)
Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS Server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Kami juga telah menambah Firewall pada DNS Server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda.

Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. Kupon Promosi “soho2013”

Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia.
Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja.

Like us on Facebook

Asiahost Advance Tech
B2-2-2, Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur


Dan oleh itu , Ty cuba beri peluang dan kepercayaan sekali lagi dengan menukarkan semula ke [ dot my ] dengan hanya menukar di :

  • Setting
  • Basic
  • Publishing
  • Blog Address
  • Switch to advance setting
  • key in  "www.<namablog>.my "
  • Save

In Sha Allah berhasil , jika tak , sila hantar apa pertanyaan korang kat hosting Asiahost mungkin mereka dapat membantu u olls.

Alhamdulillah.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Untuk Apa Lagi?

4:41 PM Yanty Lee 2 Comments

mengeluh panjang....



Sudah hampir separuh dekad berlalu..
Kini telah kecapi sebuah keluarga bahagia..
Disisi dan ditemani insan tercinta..
Bersama cahaya mata yang disayangi..

Maaf hanya ungkapan dari bibir tanpa maksud..
Kerna maksud sebenarnya..
Adalah bila dilakukan dengan cara dan dibuktikan..

Perit sebuah kehidupan dulu dilalui..
Tak cukup kah memporandakan kehidupan masa silam..
Untuk apa lagi datang..
Tiap kali bertukar digit pasti muncul..

Meluat...
Tidak ada secebis rasa lagi..
Sayang dan cinta tiada lagi..
Penghinaan dilontarkan..
Mudahnya ucapkan lafaz maaf..

Bersahabat?
Lupakan saja..
Cukup la sekadar kita bersaudara seagama...

Terima kasih atas doa-doa menjatuhkan dan meleraikan segalanya pernah ku rasai dan lalui.

Allah SWT maha segalanya..
Mohonlah maaf padaNya.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

dot my ke blogspot

3:37 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls,

Ok u olls, isu domain dot my masih tak selesai dan rasa menyusahkan banyak pihak. Maka Ty macam blogger - blogger lain turut kembali ke link lama. Sementera atau tidak bergantung kepada tempoh percuma setahun dulu, Ty akan decide kemudian.

Cara untuk kembali ke subdomain lama [blogspot] :

○ Dashboard blogger
○ Settings
○ Basic
○ Publishing
○ Blog Address
○ Klik X pada link dot my
○ OK

Blog dah kembali beroperasi dengan subdomain blogspot.

#Ty kurang patient tunggu feedback dari AsiaHost, u olls.
posted from Bloggeroid

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cara Tukar DNS Server - Domain Dot My Bermasalah

4:21 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Happy Thaipusam Day!

Okay , blog hampir bersawang , gara - gara Ty balik kampung dan beristirehat sepuas-puasnya gitu.




Tetapi , Ty dimaklumkan bahawa blog Ty tak boleh nak access oleh seorang junior dari sekolah Ty. Dan ini telah membuat Ty agak gelabah dan terfikir apa pula la yang tak kena. Tapi semalam program agak padat dan Ty baru sempat mencari jalan penyelesaian dan puncanya. Ty jumpa di blog Blog Coklateyes dan ini penjelasan dari host selepas Cik Innanie berhubung dengan Admin Asiahost.

Greeting to All our Customer,

We just move our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migation, your Web should not having no problem and all problem you are fasing right now is because our DNS ISP taking to long time to resolve the DNS. if you want faster DNS, you can change to Google DNS and here i attach tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4


Alhamdulillah , selepas Ty mencuba tutorial dari YouTube ni Ty boleh access dan view blog rakan-rakan berdomain [.]my. Berkali - kali juga Ty cuba fokus dan dengar apa yang disampaikan untuk Ty praktikkan.

Namun , Ty masih khuatir adakah semua pengunjung ke blog perlu juga untuk tukar DNS server mereka? Kenapa Asiahost tidak menyelesaikan masalah ini dengan tidak menimbulkan sebarang masalah sekiranya ingin mempertingkatkan saiz dan sebagainya.

Redha je la.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sky View @11 , AGC Putrajaya

9:37 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls ,

Salam Maulidur Rasul !

Kali ni Ty nak kongsi dan review sebuah restoran makan yang baru dibukakan dan makanan yang ada di situ. 

Sebenarnya , Ty pun tak tahu pasal kewujudan restoran ni yang dirasmikan pada 9 Januari 2013 baru - baru ini. Al kisahnya , Isnin yang lepas dan selepas waktu kerja , mummy  jemput dari pejabat dan jugak kakak Ty di area Presint 2. Dan cadangnya untuk terus pergi makan. Kakak Ty cadang nak makan di sekitar restoran berdekatan sahaja tapi mummy menghala ke arah Presint 4. Nak dijadikan cerita , masa  berhenti di lampu isyarat yang sedang merah menyala , Ty terpandang ke arah sebuah banner yang tergantung di dinding bangunan kerajaan , Jabatan Peguam Negara (AGC). Tertarik minat kami anak beranak untuk terjah dah cuba. Berangan nak ke "sky" lettew kononnya u olls.


this is the banner , u olls !

Okay , terus usaha cari tempat untuk park kereta tapi hanya jumpa parking  luar untuk kaki&tangan tapi ada kita orang kesah? Semua orang dah balik , hokayh! Jadi park je la. 

Sebelum masuk ke bangunan kerajaan ni , Ty haruslah snap dan snap itu dan ini buat kenangan dan  rujukan serta nak kongsi kat belog ni buat semua.

Ada lagi banner sebelum dibenarkan masuk dan discan jugak.

Di hadapan lift , oleh itu tak de masalah nak sesat ke SKY!

U olls , nama restoran Ty asyik berangan nak ke sky ni ialah  Sky View @11. Dan ini adalah gambar yang Ty sempat amik , lambang nya dan di hadapan pintu masuk ke dalam restoran.

  • Pintu masuk Sky View @11



  • Ruang makan di luar (ala-ala di "sky" gitu)


  • Ruang makan di dalam 



  • Tempat makanan buffet (Hanya pada breakfast & lunch)

  • Dessert area ; Buah-buahan dan kek


  • Menu

Menu untuk breakfast

 
Menu ala carte

  • Food & Beverages
Ain't it so UNIQUE + CUTE?

 
Chinese Style Fried Rice

 
Fried Kway Teow
-The PRAWN is so big!-

SkyView Club Sandwich

Caesar Salad

 
Barley & Teh Tarik
-me only had drinking water-

  • Price rate of the food
Sangat berbaloi dengan portion yang dihidangkan , standard price tapi Ty wonder bila dapat bill , Ty dan mummy  perasan yang setiap makanan ada discount. Hurm , sebab apa erk? Tak sempat nak bertanya sebab nak cepat balik dan melawat budak sakit , Aqish yang jatuh gara - gara lari dan terhentuk kepala di bucu dinding , budak nak besar makin buas. Yang pasti u olls , apa yang di makan harga kesemuanya tidak melebihi RM45/-.


Tempat ni sesuai untuk golongan korporat untuk datang berjumpa client dan open bisnes , aman dan tenang je. Suasana yang tak crowded dan service sangat tip top dan memang high class. In sha Allah , Ty akan cuba try ke sana untuk cuba breakfast & lunch buffet pula bila - bila. Ke ada yang nak belanja? Heee..


Bagi yang kerja di bangunan tersebut dan berdekatan senang la kan cari makan sambil berangan berada di sky . Untungnya mereka dan mereka. 

Datang ke Putrajaya , sila singgah taw! Putrajaya-ian , Bangi-an , dan semua berdekatan harus cuba!!!!

Nothing to regret , it's worth it babeh!


14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Potato Salad

12:38 PM Yanty Lee 22 Comments

Salam u olls ,

Happy Monday!

Nak kongsi sikit je ni , semalam Ty tak jadi Langkah Ceria Putrajaya - 10,000 Langkah sebab Sis Cha ada hal di Johor. Jadi Ty ikut mummy Ty keluar ke Alamanda sahaja.

Ke Carefour , Ty decide nak buatkan Potato Salad memandangkan mummy  nak makan salad sahaja untuk makan malam . Apa lagi , sibuk mummy  pilih barang - barang keperluan rumah , Ty pun sibuk ambil barang - barang untuk sediakan Potato Salad.

Resipi Potato Salad ala Ty

Bahan - Bahan

  • 4 biji kentang
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar Mayonnaise
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar air
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk pati ayam
  • Secubit lada putih
  • 2 batang daun parsley 



Cara - cara penyediaan 

Kentang , Telur & Bawang
  • Kupas kentang - Potong dadu - Rebus dengan air + sedikit garam
  • Rebus telur - Kupas kulit telur - Potong dadu
  • Kupas bawang - Potong dadu
Bahan lain 
  • Masukkan bahan-bahan seperti Mayonnaise , Jus Lemon , Air , Garam , Serbuk Pati Ayam , Lada Putih ke dalam bowl.
  • Diikuti dengan Kentang & Telur yang telah di rebus.
  • Kemudian masukkan Bawang Holland dan Daun Parsley.
  • Gaulkan dan sedia dihidangkan.

Alhamdulillah , percubaan kali pertama Ty berjaya. 

*when the food is nice , say it out don't hardly figure out where is the mistake are.

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Menconteng di Tengah Malam Bersama Mummy

1:33 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls,

Happy weekends & Happy Ahad-day!

Dah tengah malam ni tapi Ty tak tidur lagi. Korang?
Gara-gara pagi hingga siang ke petang hari Sabtu, Ty sibuk menolong 2 rakan sepejabat uruskan perkara yang tak diigini,tapi benda dah nak jadi. Dan selepas tolong Ty lik umah tertiba sampai Maghrib terlelap, kemungkinan itulah penyebab Ty masih berjaga sekarang.

Di tengah malam yang tidak diisikan dengan sebarang program, Ty sekadar main game Pinball dari smartphone Ty ni di ruang tamu. Tiba-tiba mummy datang dan duduk disebelah Ty sambil mengenakan inaidi jari-jemari dia. Oleh kerana sebelah tangan lagi memerlukan bantuan orang lain, Ty la mangsa nya,u olls.

Selesai sudah menconteng kedua-dua belah tangan mummy Ty di jari jemarinya dengan instant henna, Ty dengan seronoknya menconteng serta mencomotkan jari-jemari Ty pula tapi hanya sebelah tangan je. Sebab Ty gatai-gatai je nak bermain dan Ty rasa geli tuk mengenakan inai di tangan sebelah kanan, terbayang nanti nak makan nasi guna tangan dan rasa geli. Sorry, imaginasi Ty memang terpesong bukan-bukan.



Hasil selepas menconteng bersama mummy. Lepas dah seronok main-main ni, baru Ty baca instruction dan rupanya kena tunngu sejam baru boleh basuh. O' tidak! Lamanya nak tunggu. Mula lah Ty kacau Kak Ros tengah kemas barang dia. Tapi Ty dah rimas sebab sebelah pergerakan tangan terbatas. Ty yang tak patient terus cuci tangan Ty.



Tu dia, hasil contengan dari Ty sendiri yang sangat comot. Sebenarnya tak gemar pun berinai ni, malam ni je gedik nak main-main. Cukup setakat ni la Ty menconteng dan dah lewat pun. Masa untuk bersama bantal buchuk tersayang.

Night u olls, Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013

5:15 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 kembali lagi. Karnival ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan akan bermula pada 26 Januari 2013 hingga 14 April 2013. Pameran karnival ini adakan diadakan di 11 buah zon.


Kepada pelajar lepasan SPM / STPM dan juga yang berminat boleh lah ke karnival yang berdekatan untuk mengetahui sebarang makluman dengan lebih lanjut.

Jumpa korang di sana!

Opss... Kalau terjumpa Ty nanti tegur je la ye. Ty pun 1st time akan bertugas di salah satu zon. Di mana, biarlah rahsia. Ty bertugas sebagai urusetia bagi jabatan , Jabatan Pekhidmatan Awam. Maknanya akan ada booth dari pihak JPA.
All the best !


posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wedding Reception Of Nadia & Ezmal - KL Tower

11:27 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls , 

Recently Ty ada update majlis akad nikah cousin Ty ; Solemnization Of Nadia & Ezmal

Kali ni Ty nak kongsi serba sedikit jalan cerita dan  pisca di Majlis Resepsi yang telah berlangsung pada keesokan harinya bersamaan 23 Disember 2012 di Menara Kuala Lumpur.

Rata - rata ahli keluarga yang lain dan pengantin lelaki menginap di hotel sekitar KL bagi memudahkan pergerakan ke sana nanti dan tidak mahu berlaku sebarang masalah dan kelam kabut jika semua menumpang di rumah Ty lagi. Lagipun Putrajaya kan. Hanya  7 alhi keluarga terdekat sahaja yang tinggal di rumah Ty dan kami gerak ke Menara KL berkonvoi hanya 3 kereta. 

Kami ke Hotel Park Royal terlebih dahulu , di mana pengantin menginap dengan keluarga. Tapi Ty sekadar guide jalan je , lepas tu Ty guide mak cik Ty , Mak Dah & Kak Ita ke Sky Hotel berdekatan dengan Pudu. Memandangkan Kak Ita gayat dengan ketinggian , Kak Ita uruskan urusan check - in dan berehat di hotel , maka Mak Dah tumpang Ty dan family ke Menara KL terus. 

O' jam! Gerak paling awal tapi paling akhir sampai. Panjang ceritanya disebalik.

Sampai je Menara KL , boleh pula tingkap sebelah kiri belah penumpang , tak boleh tutup. Ty suruh je mummy , Qaqaq & Mak Dah naik dulu dan Ty cuba naikkan tingkap tu sikit. Tapi hampeh , uolls! Tak boleh juga sepenuhnya. Mak Dah & mummy  call , suh tinggalkan je dan naik. Nak naik pun kena line up pulaks. Mak Dah menggunakan kuasa veto so kami boleh la naik dengan guest-guest yang lain dengan mudah dan cepat sikit.

Alhamdulillah , majlis resepsi Nadia & Ezmal semuanya berjalan dengan lancar. 

Ty kongsikan sikit gambar untuk santapan korang , santapan majlis resepsi dah tak sempat kan , tengok gambar je la ye.




Sikit je Ty kongsi pisca pasangan raja sehari pada masa tu.

Ty tak ada dalam pisca ni sebab Ty la yang snap pisca ni, THE MERICAN family.

Hokayh , setakat ni je lah. Kenduri sebelah lelaki Ty tak pasti bila pula. Masing - masing sibuk kot. Apa pun, semoga mereka berbahagia hingga ke anak cucu dan setia ke hujung nyawa. (pengaruh TV ni)

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

5:13 PM Yanty Lee 132 Comments

Salam u olls,

Sebelum Ty gerak balik rumah , Ty sempat la berblogwalking dan ramai antara blogger -blogger telah menyahut panggilan Cik Nadia Farhana untuk sertai segemen yang dianjurkan.

Photobucket
Ty pun seronok - seronok juga join segmen ini. Boleh Ty tambah kenalan.
  • Segmen paling mudah , senang je nak join. Jom la kita semua reramai memeriahkan segmen Cik Nadia Farhana ni. 
  • Segmen ni akan berlangsung selama sebulan je , kiranya sampai 15 Februari 2013 nanti la u olls.
  • Cik Nadia Farhana akan senaraikan peserta yang join segmen dan kita semua boleh tambah follower dan kenalan baru pada awal tahun 2013 ni. 
InShaAllah.
Selamat bersegmen u olls.
Sayornara!
UPDATE: Done drop by & follow - Kumpulan 1 | Kumpulan 2 | Kumpulan 3 | Kumpulan 4 | Kumpulan 5 | Kumpulan 6 | Kumpulan 7 | Kumpulan 8 | Kumpulan 9 | Kumpulan 10 | Kumpulan 11 | Kumpulan 12 | Kumpulan 13 ,  Kumpulan 14 | Kumpulan 15 | Kumpulan 16 ( Until #3)
 will drop by & follow the others soon. 

132 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

When The Animal Speak, Human Just LISTEN!

9:14 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

15th Jan - Heboh isu LISTEN!
Rasanya semua orang dah tahu isu hangat awal tahun ni. No komen.



Tapi tengok gambar yang bos di opis share dekat Whatsapp sangat kelakar. Jangan sampai binatang mula berbicara nanti manusia memang ada masalah.

Haha.

#just.do.what.you.think.is.right.but.dont.complain.one.day.
posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Langkah Ceria Putrajaya - 10,000 Langkah

10:12 AM Yanty Lee 14 Comments

Salam Rabu-day!


Putrajaya-ian !
Jom ceria kan hari ahad korang dengan 10 , 000 langkah.
Maklumat seperti di poster atas ni.
Ty dah call ,
T-Shirt yang disediakan sahaja yang terhad sebab tu ada tagline "Siapa cepat dia dapat".
Bukan penyertaan yang terhad ye kengkawan.
NO FEE , FOC!

In Sha Allah , Ty dan Sis Cha akan join kalau tak ada apa - apa aral yang menegak melintang dan mendatang. (-;

Jumpa korang di sana , yo!

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Solemnization Of Nadia & Ezmal

4:57 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls ,

22hb Disember 2012 lepas , sepupu Ty, Ezmal , telah sah menjadi suami kepada pasangannya , Nadia.

Upacara akad nikah berlangsung di Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya atau lebih dikenali dengan nama Masjid Besi. Kira - kira pada jam 3:10 petang sah la mereka menjadi suami isteri pabila Ezmal atau nama panggilan antara ahli keluarga terdekat , Erfan , selepas sah melafaz akad.

Kedua - dua pengantin ini adalah orang kuat di pangkalan udara sebab sama -sama bertanggungjawab untuk memastikan penumpang - penumpang akan tiba ke destinasi yang di tuju dengan selamatnya. Dengan erti kata yang lain , profession mereka berdua ialah pilot.

Entry ni bukan nak hebah siapa mereka tapi Ty kongsi serba sedikit gambar dan cerita sepanjang majlis akad nikah Nadia & Ezmal.

Pelamin dan tempat upacara akad nikah



Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan



    


   


   


Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki






     

 

Sesi upacara lafaz akad nikah




Sesi Upacara Pembatalan Wuduk & Sarung Cincin


Setakat ini je yang Ty dapat kongsikan , semoga hubungan suami isteri antara Ezmal & Nadia akan kekal hingga hujung nyawa , amin.

Majlis persandingan diadakan di Menara Kuala Lumpur keesokan harinya , entry akan menyusul nanti. In Sha Allah.


10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen