Sup Hameed Penang Road

Monday, October 14, 2013

Salam u olls ,

Jumaat lepas Ty last day bekerja untuk balik ke kampung dan bercuti lebih seminggu dan In Sha Allah akan mula bertugas Selasa minggu hadapan. Hakikat diri dan kepala tak tenang dan asyik fikirkan keja apatahlagi bila bila bercuti pun masih bawa balik keja untuk disiapkan. Bukan SYMP tapi tanggungjawab. Akan diusahakan juga untuk update entri-entri yang terbengkalai di ruang draft dengan tajuk nya sahaja. Sungguh backdated.

Blog Ty sekadar tempat Ty berkongsi bukan blog informasi semasa jadi tak da entri yang kalut tu Ty ketengahkan dengan isu duniawi sekadar santai di tepi sisiran pantai gitu sambil hirup sup , erk tak sesuai.

Okay, pasai Sup Hameed Penang Road , memang port patut u olls mai pekena dan rasa sendiri the taste of the soup. Tak kira lah sup jenis apa yang selesa dengan tekak u olls. Yang pasti, mesti lengkap dengan roti benggali. Komfirm terangkat baq ampa.


Ha tudia rupa kedai , tepi jalan ja berdekatan dengan Hotel Malaysia.

Lokasi atau port orang Penang melepak dan bersantai bersama kawan juga keluarga. Tak kira pukul berapa, gerenti penuh dengan kewujudan manusia.

Malam buta menjelang pagi , Ty dan 2 belas rakan sekolah singgah pekena sup selepas puas mengukur jalan di Night Market,Batu Ferringhi.

Ty xdan nak snap gambar sup ekor dan sup ayam , laju yang amat bila drakula 2 maklaun pederah hirup sup-sup tu.

Tapi memangkan kat KL/Putrajaya jenuh la nak jumpa roti telur yang puas bila makan , Ty pekena tu sebagai pembuka. Starter la konon gitu.



Perghh , rasa cam nak order ja seleping lagi tapi bila pikiaq lama tak perkena roti john @ hong kong , teruih order ja. Tu dia , balun kedarah telur pula cheq kali ni. Sendiri tarak telur, eh haish. Toksah baca hat ni.



Ni memang fav dari zaman sekolah. Terasa heaven bila dapat makan makanan yang sangat marvelous delicious. Yang pasti kat Putrajaya takkan dapat camni. Bukan kondem tapi hakikat. Sebab tu orang kata; "Penang is heaven of foods. Hakikatnya, statement tu betoi. Pi la merata cerok mana pun mesti ada ja orang berniaga makan. Antara sedap atau tak tu kena pandai cari ja.

Hat mana yang teringin sup, singgahlah sini. Dijamin puas hati punya.
posted from Bloggeroid

10 comments

  1. dulu duduk penang. tapi macam jarang nak rasa ja. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai nak cari ar ni , meh datang Penang , Ty bawa jalan.

      Delete
  2. Yang telur mata kobau dua tu roti john ke? walaweii heaven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Amir , Roti John @ Hong Kong , memang heaven.

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehe, telur juga ye ko adi nak mention. haiiii

      Delete
  4. tolong jangan cuba rosakkan diet kakakmu ini hokeyyyy...erghhhh....

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.