Kerja Carca Marba

Thursday, September 19, 2013


Salam u olls , 

Bengang bercampur kecewa. Itu lah perasaan yang Ty sedang alami sekarang. Tak terungkap dengan kata - kata yang baik dari bibir lagi. Apatahlagi berhadapan dengan situasi dan keadaan yang sangat menjengkelkan untuk tatapan mata.

Bakal 5 tahun akan berlabuh tirai dengan perkhidmatan awam , 

Tiada langsung yang manis sepanjang perkhidmatan itu adalah yang pasti. Dan semua ada yang tersirat tanpa perlu dicoretkan secara umum dan terbuka.

Tapi , 

Pengalaman bekerja - penat ,  lelah , susah , perit selama hampir sekian lama nya ini , hancur luruh dengan duka juga kecewa. Dengan usaha sendiri , bertambah lagi tanpa dibantu sebarang sayap dari kiri mahupun kanan. Kini , dan menjadi bawah tanggungan juga tugasan individu lain yang hanya tahu ucapkan kalimah tak mampu dengan tugasan dipikulnya. 

Beginikah AKU pada usia DIA nanti ? 
Terdetik di lubuk hati , namun hanya seorang sahaja menjadi IDOLA tetap bertakhta di carta teratas - semestinya Mummy yang bekerja dari jawatan bawahan hingga memegang jawatan tertinggi di sebuah kementerian dan berwawasan dalam membuat segala kerjanya sehingga bakal menamatkan perkhidmatannya pada usianya 60 tahun nanti. Dan In Sha Allah , bulan Mac 2014 ini dia akan bergelar seorang penjawat awam yang memegang gelaran "pencen". 

Ya Allah , moga aku dan semua anak - anak nya juga mengikut jejak langkahnya dan tidak memberi sebarang alasan untuk melaksanakan kerja dan akan berkhidmat tanpa banyak songeh

Owh ya , kenapa Ty ada perasaan seperti di ayat barisan pertama , al - kisahnya dulu , kerap balik lewat dari pejabat dan hari Sabtu juga Ahad juga masih bekerja dengan mengemaskini segala fail - fail juga data yang seumpama tidak ada hujung kepala dan kaki bila mula memegang tanggungjawab untuk tugasan itu. Jenuh! Sangat! Bujang bukan menjadi alasan untuk senang la boleh nak fokuskan pada tugasan ni, kenapa status bujang tu tak ada kehidupan ka di mata bukan bujang , si bujang ni tak da kampung halaman di mana masih ada kedua orang tua untuk dijenguk , fikirkan sejenak! Mohon sekali lagi untuk fikirkan secara perikemanusiaan sedikit.

Disebaliknya , al - kisahnya kini , tugasan yang mudah sahaja menjadi rumit di tangan yang 0 knowledge nya , Eh! Dulu pun sama juga 0 , belajar dari 0 juga dan rasa nak belajar dan kerja dengan ikhlas maka bercoraklah juga hasil kerja yang dari 0. Tapi , hasil titik peluh ntah la berbau tengit ke tidak, menjadikan rasa bengang bila melihat keadaan susunan yang telah gigih tersusun dengan sistematik mengikut kateria yang lebih mudah difahami menjadi seperti penyangak mengeledah , rasanya si tongkang buruk yang pecah pun masih ada rupanya. Hati mana tak kecewa , usaha yang dibuat selama ini dah seakan sampah masyarakat yang bersepah di kaki jalanan. 

Cuba lah letak diri ditempat ni , dan alami keperitan itu.


Bukannya dengan semudah antara masuk dalam dan mengeluarkan kata manis demi kepentingan sendiri yang akhirnya akan berpaling tugasan pada si petugas asal tetapi dengan keadaan yang bukan seindah bubur char - char tapi amat carca marba rupanya.


Zalim kah entri ini , atau si manusia yang sekejam bertopengkan manisan ladhu pun kalah nikmatnya.

nota tapak kaki ke muka : Usia dan status bukan ukuran tugasan kerja tapi ikhlas untuk melaksankannya tanggungjawab yang diamanahkan.

16 comments

  1. alahai Ty, banyakkan bersabar ye .. TY kuat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kuat , org berpangkat pula buta siap bagi APC pula kat mangkuk.ni.

      Delete
  2. banyakkan bersaba ye..
    ty masih baru.. masih byk lagi ujian n dugaan yang akan kamo hadapi nnt..
    kuatkan semangat n kentalkan diri ye..
    luv u dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat ko kak.. xback aku je.. duk tempat aku dulu , dh letih taw hadap maklaun kat sini. Dan rupanya bos aku selama ni ada pi hadap TPB , smp de story boa tu tnya la ni aku marah2 lagi x. Betina sial tu mgadu pa erk kat dia.. lambatnya Februari.

      Delete
  3. Replies
    1. Cant promise kak , tahap kesabaran ada had nya.

      Delete
  4. Sabar....ini life kerja tapi adakalanya dlm dunia kerja ni kadangkala kena bertekak jugak.
    Kalau tak kena pijak2...that my experience...hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bertekak pe nye la , bro Hanif , kita muda kerja kena banyak lagi2 bujang. buta2 kerja sikit pompang lebih semua org laen tolong asyik org cenggini je dpt APC. dulu sekoq pun camni , ni sekoq lagi.

      Delete
  5. Tahniah buat mummy TY...betul Ty bukan mudah tau nak terus bekerja sampai pencen kalau tidak dengan hati yg kental!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty dah cuba mengentalkan hati Ty , OKje. Ty harap sgt la Ty boleh lagi bersabar dan tak cepat mengalah semudahnya seperti orang lain.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.