Semoga Baik HendakNya

12:02 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls,

Mood Raya lagi?! Salam Aidil Adha.

Lepas entry sebelum ni, Ty nak kata banyak rehatkan diri sampai xada masa untuk re-blog tidak la juga cuma kekangan masa tak mengizinkan. InsyAllah Ty akan updatekan nanti untuk isi masa terluang selepas esok.

Huh, jam di handphone dan dinding rumah bakal ke arah jam 12 tengah malam. Waktu yang Ty dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang makanan ataupun minuman walaupun sekadar hanya air kosong.

Isnin lepas di waktu tengah malam Ty diserang sakit ala-ala gatal tetapi temujanji di sebelah petang nya akan membuat Ty mungkin xtidur dengan lena malam ni dengan menghitung jam menghadapi esok seorang diri di kala semua sedang sibuk bekerja mencari rezeki. Doktor dah tetapkan tarikh, 30 Okt 2012 pilihannya.



Jam 7 pagi esok, Ty hanya akan di hantar dan semuanya Ty akan lalui seorang diri. Berdepan dengan risiko atau tidak. Semua suratan Ilahi. Ty pun xnak menyusahkan mummy untuk teman Ty esok cukup la sekadar dihantar dan dijemput pulang sekiranya semua baik saja dan dibenarkan pulang tapi di kala keseorangan ni lah Ty tertiba terkenang sesuatu dan kelopak mata telahpun dipenuhi air mata yang hanya bakal jatuh ke pipi. Hanya ketabahan Ty harus lalui seorang diri dan apa yang bermain di fikiran kini cuma Ty dan Allah swt sahaja yang tahu.

Ya Allah, semoga semuanya baik - baik saja esok. Ameen.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Urticaria

9:27 AM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls,

u olls tahu apa itu Urticaria? Dalam bahasa melayu nya dipanggil kelopak garam. Pe kaitan dengan Ty, huh ini lah nak cerita.

Ahad yang tak diduga, sedang leka layan filem kat lappy dgn mummy & my sister, Ty sangka gatal biasa ja. Tapi terkeut bila nak mandi petang lepas kemas bilik sebab masa tanggal pakaian, pada kaki dan tangan je yang naik gatal dan memang sangat ngeri dan geli. Tapi mandi dan bersihkan diri dahulu, pastu mummy bagi makan ubat piriton. So sejuk-sejuk lepas mandi dengan makan ubat yang mengantukkan, Ty tertido kejap. Gatal pun dah kurang. Syukurlah.

Tapi.........

Lepas makan malam dan makan lagi ubat, Ty tekad nak masuk tido. Terlelap hanya sekejap sahaja. Tertiba rasa sangat gatal pada bahagian bahu dan badan juga tangan. Tak sedap hati, bangun dan buka lampu bagi terang dan tanggalkan pakaian. Di hadapan cermin, panik dibuatnya. Bila seluruh badan bukan makin kurang tapi makin merebak. Ty tunjuk kat mummy & kakak, masing-masing yang baru sudah solat sangat terkejut dan terus bergegas siap nak bawa Ty gi hospital. Huh,perlu ker? Ty xnak menyusahkan mummy sebab kan kerja esoknya nanti xcukup tido. Tapi mummy paksa juga,redha sahaja.

Di hospital, jam dah menunjukkan kurang setengah jam je lagi nak masuk midnight. Ty memang xsenang duduk,rasa macam nak garu tapi mummy larang. Dapatlah no.giliran yang cun u olls! Taraaaaa....



I love #8!
Sebenarnya kat screen bukan no.sekarang is #0078 tetapi ialah #0076. Ty sakit gatal bukan mata yang xtau baca. Pergh...bermakna bukan tunggu lagi 2 giliran tapi 4 wokeyh. Dan mummy dah start saying no wonder people out there keep talking that Hospital Putrajaya terrible with their slow service and blahblahblahblah..... Ty tahan gatal and sakit sambil berWhatsApp dengan geng blogger Putrajaya, 2 -3 orang kawan from Penang dan berFacebook also Twitter.

No.giliran Ty dah dipanggil,jumpa lovely cute doktor yang tengok whole body Ty dan no worries sebab dia gegurl lagipun mummy masuk sekali. Dan apa depa dua cakap Ty xfaham sebab bahasa hospital kot. LOL What i mean is the symptom in the sciences terms. Yang tau macam nak kena inject dan stay. Huh, I dont want to be admited, oh bantal.buchuk.



Serabai dah rambut, bila kena baring dan nurse jantan ke MA ke yang sangat ganas dan kasar yang in-charge untuk masukkan ubat ke dalam badan Ty. 2 tempat pula tu kena cucuk, sakit sangat, yang belah siku tu sampai meleleh darah kena bed sheet putih tu.Hampeh! Mummy dah pandang sleck. Lembab! dan berdarah sampai tahap mummy masuk tukar glose depa semua pun cam O'Man,rupanya Matron in the club! Doktor tu suh Ty stay tapi jam dah nak dekat 1.30pagi dan mummy decide to bring me home and take care dari rumah, doktor tu lepas sebab mummy kan pernah jadi nurse juga so dia hanya kata kalau worse become worst dan jika ada sesak nafas, kena datang segera. Actually memang rasa hard to breathe tapi malas nak cakap sebab dah sangat kecian kat mummy yang dah mengantuk dan 5pagi nak bangun pergi kerja.

Dapatlah cokelat ubat untuk di makan dan doktor bagi Ty MC untuk rehat takut kalau gatal naik banyak merebak lagi.


Huh serba salah, tapi cam na pula nak kerja kalau gatal je.

Dah sekarang bosan pun ada duk rumah sebab dah bangun sama macam yang gi kerja tapi alhamdulillah ada yang dah susut cuma masih kemerah-merahan. Ty pula dah mula kecut perut menghitung jam, minit dan saat untuk tempuh satu lagi dugaan di klinik lepas waktu makan tengah hari. Ini pun mummy akan teman dan demi anak, mummy kerja separuh hari.

Hurm, betul la orang kata...
「Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, tapi seorang anak belum tertentu boleh menjaga seorang ibu」
thank you, mummy!
Ty harap Ty xjadi macam tu, Ty akan jaga semua ahli keluarga Ty sampai nafas terakhir Ty. InsyAllah..

Korang jaga diri ye,sihat-sihat owes!

posted from Bloggeroid

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Nasi Minyak House Putrajaya

8:47 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls,

Dah dinner ?

Ty sekadar teman je mummy & sister sebab Ty tak boleh makan. Bukan diet atau X makan malam ye.

Restoran yang Ty gi ni dah diperkenalkan kat program Jalan-Jalan Cari Makan recently di TV3. Ty xtengok tv pun tapi my sister does. Sebab tu diajak ke sini; Nasi Minyak House dan cuba.

Mam apekah?!









Guess this is a worth it place to drop by and had your meal, peps!

Sangat sedap walaupun Ty xboleh makan a portion tapi bila Ty jamah sikit rasa cam I'll come again lepas Ty insyAllah sihat dan boleh makan seperti sedia kala.

Harga?!! Berbaloi dan mummy Ty kata cheap. So boleh la korang pun try dan komen sendiri. Ty yang sakit pun kata sedap apatah la lagi-lagi yang sihat walafiat kan..?

Doakan Ty sembuh cepat-cepat dan boleh bawa Ty sekali nanti..ahaks.

Selamat Menjamu Selera!

posted from Bloggeroid

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Spontaneous Thursday - Bukan

3:00 AM Yanty Lee 16 Comments


"Bercinta bertahun sekalipun,kalau dah tertulis yang dia BUKAN jodoh kita walau kita menangis air mata darah sekalipun ,dia tetap bukan milik kita ,jadi redha lah dengan stiap perancangan ALLAH SWT kerana perancanganNYA yang terbaik."

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Burger Bakar Lava Grill w Geng Putrajaya

3:34 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

Dinner dengan geng Putrajaya di Lava Grill Burger yang bertapak di sebuah restoran mamak; Bismillah sekitar Serdang.

Kami dijamu dengan Super Tower Burger Bakar Banjir yang mempunyai 10 tingkat daging yang di buat sendiri okey u olls. Perghhh memang terangkat dan confirm la x kedarah sorang tapi dengan geng yang ada.











Masing-masing sedang menikmati burger dengan penuh keghairahan. Tapi semua geng dah mula rasa kenyang walaupun hanya dengan 1 slice tapi Mamu Razman jamu lagi we olls dengan burger ayam pula. Makan besar sangat lahai.



Alhamdulillah dengan rezeki yang Ty dan geng dapat malam ni. Amin. Terima kasih ye Abang Ben Ashaari dan juga tauke Lava Grill Burger ; Mamu Razman kerana sudi menerima kehadiran kami dan mudah-mudahan perniagaan berkembang maju dan dimurahkan rezeki,Amin.


Yeah the tauke is in the house yoo...


Si comel Qhaliff pun nak bergambar..ke Auntie Fiza sebenarnya ni?

Jadi alang-alang dah terliur tu terjah la ye dan Lava Grill dah ada banyak cawangan,baq ang. Nak tau lebih lanjut boleh kasi LIKE page Lava Grill Burger. Ty dah pun pernah review sebelum ni di sini.

posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Birthday at Black Canyon , Alamanda

6:00 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam  u olls ,

Rabu lepas , 26hb September - hari jadi kepada auntie  Ty merangkap adik kepada mummy Ty. Ty panggil dia ; Mama. Kebetulan dia datang ke Putrajaya untuk urusan kerja dan tumpang di rumah Ty.

Ty memang sangat sibuk dengan kerja di office  dan memang sempat jumpa pun malam ja. Cuma di hari istimewa dia , mummy Ty ajak gi sambut kecil-kecilan among us tapi Ty agak tertekan juga la dengan kekangan masa dan kerja jadi Ty minta mereka balik rumah lepas kerja dan bersiap dulu. Lepas dah siap semua baru jemput Ty di office. Dalam pukul 8 lebih juga baru depa jemput , kerja? Ty bawa balik u olls mana nak sempat habis. Sedihnya terkejut hp berbunyi , Ty dari nak save data , Ty tertekan "NO". Oh tidak! Dugaan.

Kepala agak serabut tapi diam ja dalam kereta , mummy  bawa kami ke Alamanda. Ty kena pergi beli kek dan akan jumpa depa kat Black Canyon , mummy teringin nak try makan kat situ. Port restoran ni sangat sesuai la nak buat surprise sebab mummy duduk kat dalam dan hujung dan mama tak menghadap ke arah Ty nak masuk ke kedai makan ni. Ty sempat la bagi kek tu kat pelayan dan pesan lepas dah serve makan baru bawakan kek tu.

Dinner yang ringan dan simple  ;









Lepas makan dan celebrate , kami pun balik. Huh hari yang sangat lebih apa - apa pun semoga mama bahagia dan panjang umur. Amin.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com

12:16 PM Yanty Lee 14 Comments




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

klik banner untuk join

GiveAway ini adalah dengan kerjasama beberapa blogger.

ANTARA HADIAH GIVEAWAY INI ADALAH :

1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50 
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x


Follow @ Like (WAJIB) Blog/Fanpage Penganjur dan Sponser Giveaway ini : -

AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
 -CeritaKini -
-  Diana Store -
Luna Lee -
MahaMahu -
Kampung Kameq - 
Si Pipi Merah - 
Leen Najib -
Muaz Faris -


Di TAG : -


Saya nak domain .com percuma kerana memudahkan pencarian dengan penggunaan nama yang lebih ringkas dan mencegah daripada pencerobohan atau disalahgunakan serta membuatkan blog menjadi hak kepunyaan sendiri dan tersendiri.

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ku Berserah

10:53 AM Yanty Lee 4 Comments


Kau...
Ku sedar siapa diri ini,
Ku redha ujian Nya,
Kelalaianku,
Kesalahanku,
Kesilapanku,
Ku akui,
Ku alpa,
Kini ku telah sedar,
Ku jua ingin ke cahaya diredhai,
Namun,
Kenapa aku ?
Kelmarin ada cinta..kasih,
Kini semuanya hilang,
Kesalahannya di mana?
Kesemua jemari menuding,
Ke arah ku,
Keji..hina sungguhkah aku?
Ku berserah pada Ilahi,
Ku pohon panjatkan doa,
Ku bermimpi dengan harapan,
Kepastian harapan itu musnah,
Kau bahagia,
Ku sengsara,
Kerana restu yang terindah,
Ku melangkah pergi,
Ke jalan yang belum pasti,
Kerna pintamu tuk tak lagi mengharap,
Kerelaan keperihatan dilalui kelat,
Kebencian tidak pernah singgah,
Kasih dan sayang yang abadi,
Kepada Nya,
Ku pohon hanya untuk mu,
Kecapi kejayaan dihasrati,
Kahwini insan direstui.
Amin ya rabbal alamin.
posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen