Dan Aku kan Pergi , Kau Cari Teman Pengganti

4:42 PM Yanty Lee 8 Comments



Dan Aku kan Pergi ...


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aku Datang

11:41 AM Yanty Lee 6 Comments

Aku Datang.....

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku


Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh


Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar


Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju


....Aku datang kepadamu
Kepadamu.........


6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tidak Lagi

9:51 PM Yanty Lee 2 Comments

Just like what is happening not just what I feel.



Remember, KARMA - What goes around, It comes around.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Selamat Hari Raya

5:51 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Di bulan mulia..
Bulan yang baik...
Serta bulan penuh keberkatan..
Ty ingin mengucapkan ;



Sesamalah kita menjernihkan segala yang keruh tercetus selama ni antara kita.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tips : 6 Cara Untuk Kempiskan Perut

3:58 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,

Ty ada nak kongsi 6 tips untuk mengempiskan kembung perut korang tu (untuk diri sendiri sebenarnya, Haha). Tip - tip ni Ty dapat dari MSN lepas checked emel Hotmail.


Korang nak kempiskan perut korang yang boo-lat  atau kembung dalam tempoh beberapa hari sahaja, ni ada pelan yang sihat untuk memjayakan misi korang dengan cepat dari segi beberapa petua yang cepat untuk mengurangkan pengekalan air, melegakan gas, dan menghapuskan pepejal berat telah anda berasa lebih sihat dan ringan.



  • Apa yang perlu dielakkan: makanan tinggi karbohidrat seperti Bagel, pasta, pretzel, dan bijirin


Bertukar: Gunakan satu keping roti gandum untuk sandwic korang  sebagai makan tengahari dan menambah protein tambahan, seperti keping ayam belanda. Tukar pretzel untuk tea time kepada kacang atau biji. Pada majlis makan malam, ambil beras perang jika memerlukan kanji.

Rasional: Otot korang menyimpan sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai "glikogen". Setiap gram glikogen disimpan dengan kira-kira tiga gram air. Melainkan jika korang menjalankan aktiviti seperti maraton atau triatlon kemudiannya, ia tidak akan mungkin menjadi karbohidrat stok simpanan. Potong karbohidrat korang, dan buat sementara waktu akan melatih badan untuk mengakses bahan api yang disimpan dan membakar, pada masa yang sama juga penyaliran berlebihan disimpan cecair, mengikut pencegahan.


  • Bagaimana untuk mengelakkan: Mengunyah gula-gula getah
Bertukar: Jika mahu sesuatu yang rangup, ambil sesetengah kacang, seperti biji bunga matahari panggang mentah atau yang tidak bergaram. Jika mahu rasa mint, memberus gigi.

Rasional: Gula-gula getah - akan menelan udara yang terperangkap dalam saluran pencernaan dan menyebabkan tekanan dan kembung perut.

  • Apa yang mengelakkan: Kekacang, kubis bunga, brokoli, tauge brussels, kubis, bawang, lada, dan jeruk buah-buahan

Bertukar: Kacang hijau, cendawan, dan skuasy.

Rasional: Ia berkisar kepada fakta bahawa makanan tertentu hanya mewujudkan lebih banyak gas dalam saluran pencernaan .



  • Apa yang perlu dielakkan: Alkohol, kopi, teh, koko panas, dan jus buah-buahan yang berasid

Bagaimana untuk menukar: air kosong (air masak)

Rasional: kopi dan minuman berasid boleh menyebabkan iritasi saluran gastrik -  menyebabkan bengkak


  • Apa yang perlu dielakkan: Black lada, buah pala, bunga cengkih, serbuk cili, sos panas, bawang, bawang putih, sawi, sos barbeku, lobak kuda, kicap, sos tomato, dan cuka

Bertukar: Beri hidangan rangsangan rasa dengan herba segar atau kering seperti dill, selasih, pudina, bijaksana, tarragon, dan rosemary.

Rasional: makanan yang pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut dan boleh menyebabkan kerengsaan.


  • Apa yang perlu dielakkan: Garam, perasa berasaskan garam, dan makanan yang diproses tinggi.

Say NO to AJINAMOTO too !
Bertukar: Perisa makanan dengan campuran garam bebas perasa atau herba segar atau kering.

Rasional: Apabila memakan banyak garam akan mengekalkan cecair lebih banyak, yang menyumbang kepada perasaan malas, penampilan kembung perut dan berat air tambahan.

Ha , korang boleh ke nak amal kan petua-petua ni ? Ty rasa agak la susah sikit tapi akan cuba. HeHe

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar #24 w ❦Ayam Golek Nara Seafood❦

5:34 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Semalam Ty berbuka di luar dengan si dia dan Kak Aisyah juga. Selepas berbincang tru Whatsapp sesama kami tiga orang , kata putus "setuju" dibuat oleh si dia selepas Kak Aisyah kata nak makan Ayam Golek Nara Seafood di Bangsar.

Lepas kerja , yang sempat balik rumah dan  bersiap secun  habis mestilah si Kak Aisyah sebabnya dia masuk kerja WP1. Me? Terpaksalah tunggu si dia yang habis kerja ikut waktu WP3. Ha elok sangatlah kami bertiga ni kan? Sorang-sorang dengan waktu kerja masing-masing. Me & si dia la tak dapat wangi-wangi atau bergaya sakan macam Kak Aisyah yang comel sokmo (yeke? ye ar sebab nak video ucapan Hari Raya punya pasal).

Syukur Alhamdulillah , sebab apa?  Sebab nya masa sampai kat sana dah tak ade tempat - fully booked u olls.  My olls dah kecewa kalah mee tonggek dok tonggek ka Bazaar Ramadhan. Tapi jasa baik akak kat kedai ni memang superb sebab ada satu bilik kecil dia jadikan ruang untuk kami makan. Kalau tidak mesti si Kak Aisyah pun turut frust  menonggek .


Kak Aisyah ni kecik je orangnya , tapi makan seekor ayam tu , ha percaya ker? Hampir separuh juga la dia dengan si dia makan dari Ty tak makan banyak sangat.. maybe sebab selesma dan memang Ty kenyang noks! Dier orang berdua siap dengan nasi tambah lagi wokeyh ,  Pergh! 

Lepas makan terus patah balik ke Putrajaya. Si dia kononnya mengantuk dan Ty ingat lepas hantar Kak Aisyah terus balik , dia buat Ty dilemma sama ada nak ke tak nak pergi Alamanda. Ty kata OK je tapi pergi semata-mata bayar beruk band Ty dan terminate line si dia sahaja. Sampai rumah - lepas sahaja Ty mandi terus dibuai mimpi indah u olls.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar #22 & #23 - Weekend ! ♥

11:57 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Sabtu lepas , 
Ty keluar dengan mummy & kakak ke area Kajang. Destinasi pertama kami terjah Tesco Kajang dan seterusnya ke Metro Point, dan Ty jumpa dah baju kurung raya Ty ! Berbaloi ke tidak nanti la lepas puasa baru Ty tunjuk baju tu  ye, tak syiok la awal-awal dah tunjuk kan , tak surprise gitu. Lepas tu singgah sekejap Metro Plaza sebelum ke Alamanda. Tapi Ty tak berbuka dengan mereka, Ty hanya singgah dah keluar dari situ selepas si dia datang jemput Ty dan bawa Ty ke KL berjumpa dengan Ika. Kami ke Downtown Cheras dan selepas jam 12 tengah malam kami balik tapi destinasi seterusnya ke Downtown Jalan Reko. Shopping sampai 4 pagi , u olls! Siap bersahur sekali dan balik terus tak ingat apa nampak bantal buchuk melambai sahaja.

Ahad
Ty bangun dalam pukul 12 tengah hari macam tu noks! Itu pun kalau Ika tak call memang tak sedar , HaHa borak - borak melalui handphone lama la juga , kami dari sekolah ada ja nak berkongsi berjam-jam. Lepas tu , dapat SMS dari kawan kepada si dia yang ajak ke eCurve / IKEA dan beriftar bersama-sama dengan awek dia yang Ty memang kenal. Pastu Ty terus minta member ni sendiri kejutkan kawan dia yang confirm si dia susah nak sedar kalau dah tidur lewat.

Dalam pukul 3 si dia call dan suruh cepat siap , Ty minta izin nak ajak Ika sekali sebab Ty memang nak ajak Ika bermeatball tapi masa tak berkesempatan. Lama kot weyh tak jejak tapak sulaiman kaki Ty kat sana. Si dia izinkan. Jadi ada 6 orang dan 3 couples. Wheee... The Couples Iftar Day Out ! 

Sesampai sana dah pun pukul 6 , so terus kami serbu IKEA dan masing-masing nak cari tempat dan dalam pukul 7.15 gitu the boys dah mula lining up untuk beli makan berbuka. Yummy I   MEATBALL!

20 pieces of  meatballs ; My portion yet confirm la share with my 

Dessert ; Egg Tart , Dates.

Our c.h.i.c.k.e.n - w.i.n.g.s !

His!  Fish & Chips!

Lepas makan , solat dan some window shopping sedikit sebelum pulang dan membawa haluan masing-masing. Tapi as usual , kami still tak balik direct ke rumah tapi singgah pula Downtown Mines tapi tak beli apa sangat hanya si dia belanja satu jeans sahaja. Thank U ye Darling! Lik rumah , mandi sikit dan makan ubat terus Ty tak sedar diri. Tak bestnya ISNIN kerja! Tidur pun terganggu sebab dah ada mood malas nak ke office yang suck. Oppss..tapi aman sikit kot hantu menggilai dah tak da , wheee... stalker terkantoi Ty sebut before this.


4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar #20 - The Garden Cafe

6:30 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam semua ,

Jumaat lepas , Ty dan si dia bercadang nak cuba makan di sebuah cafe yang terletak di Sungai Ramal. Cafe ini berkonsepkan ala-ala garden gitu okay u olls , The Garden Cafe.

Jalan ke sana memang jem , tawakal sahaja kami berdua ke sana dengan harapan tak fully reserved lagi.

Alhamdulillah , masih banyak kosong dan tak ramai pun sebenarnya.

Kami hanya order set untuk 2 orang makan ;

  • 2 nasi putih
  • Ikan siakap 3 rasa
  • Telur dadar
  • Kangkung Belacan
  • Ayam Paprik
  • Sup Ekor
  • 2 jus (air buah) ; Jus Belimbing & Jus Tembikai

Gambar? Haruslah bergambar makan-makan kami sebelum di jamah. 

Ikan Siakap 3 Rasa

Sup Ekor

Ayam Paprik

Kangkung Belacan

Belimbing Ty & Tembikai Dia

Makanan dan harga bolehla tak tahu la kalau Ty selesma kurang deria rasa. Nak bandingkan kalau memang makanan di Tasik Idaman the best la cuma mungkin dari segi harga dan jarak je la yang berbeza sikit. 

Ada juga gambar di sekitar cafe ni tapi semua nya ada dalam Samsung Galaxy Note  si dia. Tak dapat Ty nak share lebih-lebih , nanti panjang berjela pula entry ni kan. Huhu..

Rasanya kalau perasan , cafe ni bertentang dengan area kedai-kedai makan yang ada jual satay willy. Ni gambar Ty godek-godek di google.


Perasan tak? Kalau ada boleh la korang try juga nanti sebab ada jugak western dekat sana.

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ber' Iftar #20 w KFC Green Curry

5:00 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam semua ,

Ty masih ke pejabat walaupun tak sihat tapi Ty tumpang Kak Zila balik rumah , sempat balik rumah dan mandi yang lama sikit bagi panas dalam badan keluar , dalam pukul 6 petang macam tu si dia pun datang jemput dan kami ke area  Bangi.

Bila ditanya nak makan apa , obviously  Ty memang dah tak ada selera nak makan apa cuma dahaga sahaja. Dia tanya KFC ok tak? Ty angguk tapi tak tahu nak makan KFC mana pula. Yelah dah tinggal sejam setengah sahaja untuk berbuka dan surely restoran KFC dah mula penuh dengan umat-umat sekalian. Jadi Ty hanya terlintas mungkin KFC Warta Bangi tak ramai , jadi kami pergi ke sana tetapi andaian Ty tidak tepat sekali , KFC dah penuh tapi alhamdulillah masih ada tempat untuk kami duduk dan si dia yang berdiri panjang dan lama untuk beratur dan pesan & beli makanan untuk berbuka.

Azan dah berkumandang , si dia pun cun-cun  habis membeli makanan di kaunter. Ty hanya makan set X-Meal yang ada seketul ayam , fries dan Zinger Burger dan air Milo. Tapi si dia pula mencuba resepi dan menu baru yang dipromosikan di seluruh restoran KFC.  Dia makan KFC Green Curry. Bila dia suap Ty semulut terasa macam sedap pula dan rasa macam ala-ala masak lemak gitu.


Ha korang yang belum rasa cuba la selagi masih ada , lain dari yang lain kan?

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ramadhan #19 - D'Kenali Ikan Bakar

4:17 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam semua ,

Rabu lepas Ty dan si dia juga dengan senior sekolah si dia yang Ty dah anggap kakak / kawan bercadang nak berbuka bersama tetapi  sebabkan si dia degil untuk tidak menelefon terlebih dahulu restoran yang kami nak tuju telah menyebabkan kami terpaksa memilih restoran biasa-biasa di kaki lima janji ada ikan bakar sebab Kak Aisyah nak makan sangat. Jadi kami bertiga end up  di D'Kenali Ikan Bakar,Bangi. Lokasi? Maafla ye Ty memang tak pandai nak guide tapi ianya terletak di simpang empat lampu isyarat / bertentangan dengan balai bomba.

Menu berbuka kami ,

Ikan Siakap 3 Rasa

Sotong Goreng Celup Tepung

Ikan Kerapu Bakar

Kami bertiga juga ada order  tomyam campur , telur dadar  dan sayur kailan masak belacan yang dihidang bersama nasi putih. Ini lah gambar kedai makan yang kami singgah dan harga nya bagi si dia murah jika nak dibandingkan dengan Tasik Idaman.


Memandangkan Ty mula selsema dan rasa tak sihat badan , maka lepas makan terus hantar Kak Aisyah balik dan kami singgah solat Maghrib & Isyak di surau Ptronas Presint 16 sebelum terus balik ke rumah. Kalau sihat boleh gi jalan-jalan cari baju raya tapi keadaan badan tak mengizinkan.


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iftar #18 - Padi House Putrajaya

3:34 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Huh! Lama tak update blog. 

Disebabkan dah tak tahu mana tempat nak berbuka , keputusan yang dibuat sekejap sahaja. Padi House , Putrajaya. Hanya reserved & order makanan sebab masih awal , dan kami sempat singgah di Bazaar Ramadhan Presint 2 dan beli sedikit ole-ole untuk berbuka juga nanti.

Ty just nak kongsi apa yang Ty telah cuba menu lain pula di Padi House , Putrajaya bersama si dia ketika berbuka puasa Selasa yang lepas. Apa yang baru Ty dan si dia cuba pula kali ini ? Ha ini dia ;-

Grilled Lamb Chop w Black Pepper Sauce

Chix Burrito

Macadamia Cheese Cake


Tambahan makanan dari Bazaar seperti sosej keju  ala -ala ayam Uncle Bob dah membuat Ty kenyang sangat. Lepas berbuka terus balik sebab sangat letih dan mengantuk.

Banyak lagi menu akan dicuba sebab sedap semua makanan yang ada di sana.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kamera Pengintip Beroperasi 10 Ogos 2012

8:30 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Khas buat warga Putrajaya atau pengguna jalan raya di Putrajaya sebenarnya entri ini.

Seminggu sebelum berpuasa ada pemasangan kamera pengintip melebihi had laju di pasang di Lebuh Sentosa. Dan Ty serta ramai rakan lain rasa nya yang menggunakan jalan ini mesti terkejut apabila ada cahaya yang terang seperti kilat ketika memecut di jalan lebuh ini.

Perasan tak ada kamera ni di jalan lebuh itu ?

Ha, scary kan tengok kamera ni macam spesis alien  tak?

Ada sumber-sumber menyatakan sebelum 10 Ogos  2012 , ianya adalah testing untuk percubaan sahaja. Jadi pada yang dah tahu ni jangan la memecut lagi, walaupun bagi pendapat Ty sendiri, jalan tersebut tidak kena untuk pengguna / pemandu memandu dengan had laju 60-70km/j dan rata-rata pengguna yang menggunakan jalan itu sekarang pasti akan perlahan dan hanya lebih banyak kenderaan berada di lane  paling kiri.  Mudah-mudahan tak kena la saman dari pihak berkuasa. 

Berhati-hatilah ketika memandu / membonceng , ingatlah orang tersayang.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Buy 1 Free 1 - Pizza Hut / McD / Starbucks

3:33 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Ty nak kongsi kupon -kupon yang menawarkan "Buy 1 Free 1" di Restoran Pizza Hut , McDonald dan Starbucks. Ty kongsi apa yang Ty perolehi dari emel dan Facebook dari rakan-rakan sahaja. Dari francais lain Ty tak pasti pula ada ke tak , korang search  la sendiri ye.




Korang kalau nak print , click pada gambar di atas kemudian print screen dan crop gambar dahulu sebelum dicetak. Selamat menjamu selera di akhir 9 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Iklan Bernas 2012

1:08 PM Yanty Lee 6 Comments

salam,

Ramai dah kongsi iklan raya yang sedih ni di laman web.

Jom tengok;

klik pada gambar untuk tengok video ini

Sedih kan?
posted from Bloggeroid

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pesanan YBHG. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

11:29 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Hari ini ada program ceramah sempena ramadhan al mubarak di pejabat Ty anjuran Biro Agama Puspanita yang disampaikan oleh penceramah terkenal; YBHG. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood .

Ty paling suka pantun ni yang disampaikan;

Makan laksa , makan ketupat , 
Bulan puasa , jangan MENGUMPAT!

Rasanya dah 21 hari kita berpuasa ada tak korang asyik membazir ibadah puasa tahun ni dengan mengumpul dosa - mengumpat? Harap-harap insaflah ye.

Salam Ramadhan ke - 21, semua.
posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ramadhan #17 w ❥ - Po' Sen

4:38 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Ty just nak share  tempat makan area Kajang yang Ty dah pergi rasanya baru kali ke-2. 
Nama restoran ni unik bagi Ty ; Po'Sen.

Seperti biasa , lepas waktu kerja si dia jemput tetapi agak lambat sebab dia mengambil kesempatan untuk tidur selepas OT di pejabat walaupun Cyberjaya sepatutnya cuti sempena Nuzul Al - Quran. Memandangkan Ty dah decide untuk berbuka di restoran tu jadi lepas dijemput terus ke sana. Kami hanya singgah untuk menempah tempah dahulu. 

Si dia pada mulanya berhajat untuk makan ala carte namun bila memasuki ke dalam restoran ni , rupanya ada set buffet. Bila ditanya buffet berapa harga dikenakan , tauke kedai cakap "saya bagi 25 jelah" .  Dengan muka blur Ty tanya balik dekat si dia, apa? Rupa-rupanya ikutkan set buffet tu sepatutnya berharga RM29/- seorang. Terima kasih la tauke kedai , sungguh murah hati.

Sempat kami survey  tempat nak membeli belah sekitar Kajang , dari area Metro Plaza Kajang  sampai la ke Metro Point. Dan bercadang untuk singgah selepas berbuka dan solat Maghrib nanti. Kami pun terus ke tempat makan dan tauke kedai dah maklumkan kepada semua pelanggan yang menempah buffet dah boleh mula ambil makanan. Si dia dan Ty pun sama-sama ke ruang buffet dan amik makanan.

As usual , Ty mesti nak snap gambar ; 

My plate ; semua nak rasa tapi termegah-megah nak habiskan

Dessert

Sup Tulang fav si dia

Snack?

Air ? Ada dua jenis pilihan sekali dengan set buffet ni ; sirap limau atau teh tarik . Tapi Ty tak suka minum air panas dan terlalu masam jadi Ty order Sky Juice 2 gelas , ok! Si dia pun ada order  Teh Ais. Tapi bila si dia pergi bayar , tauke tu sangat bermurah hati lagi , hanya bayar RM50/- sahaja dia halalkan sahaja Teh Ais dan Ais Kosong.

Ini la restoran Po'Sen

Selepas berbuka , kami ke Metro Plaza Kajang dan cari surau untuk solat Maghrib baru berjalan sakan cari baju raya Ty dan sampin si dia. Alhamdulillah , si dia belanja Ty baju kebaya biru sama la dengan baju raya dia. Tapi baju hijau nak sama dengan family Ty masih tak jumpa yang berkenan. Haih la..

Singgah Guardian Presint 8 untuk beli syampu dan si dia beli Scott's Emulsion dan balik ke rumah. 

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Baskin Robbins is ON

2:27 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam ,

Ty dapat tahu yang Baskin Robbins's deal masih on . 
What deal?  
Ala kes yang semua orang kecoh - kecoh kan di Facebook atau Twitter
Walaupun  Datuk Lee Chong Wei tewas untuk mendapat pingat emas ,
 tetapi Baskin Robbins masih tetap memberi seluruh rakyat Malaysia ais krim percuma.



Korang yang rajin nak beratur untuk satu scoop ais krim boleh la pergi ke seluruh outlet Baskin Robbins , Malaysia.

 Bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ramadhan ke-15 - Jalan TAR

12:25 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam semua ,

Persiapan untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang dah siap sepenuhnya tak?

Hari Sabtu lepas , Ty hanya banyak tido dari membuat aktiviti di siang hari kecuali lebih  kurang jam 5 Ty bersiap dan mummy juga kakak turut sama sambil menunggu si jantung hati Ty pulang dari pejabat. (Kesiankan baru balik dah kerah kena kerja, well Berkhidmat Untuk Negara lah katakan). Dalam pukul 6 , mummy dah mula masakkan Char Koey Teow untuk buat sebagai lapik perut ketika berbuka nanti sebab 6.30 petang si dia akan datang dan kami akan pergi bershopping raya di Jalan Tar.

Memandangkan Ty yang drive , Ty pun turutkan kata mereka semua yang bersetuju untuk berhenti di R&R Seri Kembangan  dan berbuka sahaja di situ daripada Ty terus memecut Waja mummy Ty ke Kuala Lumpur. Selepas berbuka , Ty masih menjadi pemandu tanpa gaji dan membawa mereka memasuki zon sesak. Gambar Char Koey Teow tak sempat nak ambil , aka MALAS.


Sesampai di area Jalan Tunku Abdul Rahman , plan untuk park kereta di Sogo. Dan merentasi jalan untuk bershopping seleret Jalan TAR - Masjid India. Shopping ke ? Hanya dapat baju melayu untuk 3 jejak di kampung sahaja dan kami 3 jelita langsung tak ada beli apa sebab tak ada yang berjaya memikat hati. Oh si dia dapatkan sepasang baju melayu dan juga jubah untuk emaknya. Sejuk perut maknya ye mengandungkan dia , untunglah maknya , korang ada?

Lepas dah penat berjalan , kami berhenti di Restoran Zam Zam (bersebelahan dengan Hotel Frenz) untuk minor supper dan minum sebenarnya. Apa yang special di situ , Murtabak dan memandang itu sahaja yang tinggal jadi itulah yang kami order  , bolehlah rasanya. Sedap, boleh isi perut.


Lepas sahaja makan Murtabak special ni , kami ke Sogo untuk ambil kereta ,Pergh berbaloi tak bayaran caj kereta dikenakan hanya RM13/- , berbaloi la kot dengan kami yang separuh malam masih di sana. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya , si dia hampir terlupa yang kami hendak bersahur di Bangi. Sempat la terjah McD Bangi  dan makan di sana pula kira-kira jam 3 pagi . Si dia belanja Ty sekeluarga , terima kasih!

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Exclusive Screening Preview to The Expendables 2

10:48 AM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls ,

Ty nak kongsi sesuatu dari MilkADeal , jom tengok apa yang Ty nak kaongsikan.



Saringan Preview eksklusif untuk Expendables 2 di GSC Tropicana City Mall, 15 Ogos 2012.
Kongsi ini dan berpeluang untuk memenangi tiket PERCUMA untuk menyaksikannya.
Terhad kepada hanya 50 Pairs!

 Click on the poster to see the deal

Share as many times as you can

Apa yang akan Korang Dapatkan

Kongsi melalui Facebook atau Twitter untuk peluang memenangi Sepasang tiket 
Preview Saringan Eksklusif The Expendables 2
Menebus tiket anda melalui kaunter MilkADeal 
di GSC Tropicana City Mall, 
15 Ogos 2012 daripada 7:00 dan seterusnya.

Syarat
·       Tarikh Penebusan: 15 Ogos 2012
·       Penebusan Masa: mulai 19:00
·       Perkongsian tanpa had & Penebusan setiap orang
·       Membentangkan baucar bercetak atau memaparkan gambar yang jelas baucer anda  pada telefon bimbit anda untuk menebus

Bagaimana menebus perjanjian ini:-
·       Berkongsi ini berurusan melalui Facebook atau Twitter
·       Dapatkan baucar anda dalam akaun anda iaitu "Baucer Saya" di MilkADeal
·       Kami akan mengumumkan melalui e-mel anda jika anda telah menang.
·       Mengesahkan kehadiran anda dan mencetak baucar memenangi
·       Mendapati tiket-tiket anda di GSC Tropicana City Mall pada 15 Ogos 2012 sebelum 21:00
·       Nikmati tindakan itu!
·       Lihat kaedah-kaedah yang terpakai bagi semua tawaran.


p/s : Kalau tak nak pergi pun tolong2 la kerap post dan share , dapat boleh bagi Ty . Opss!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen