Aku Ada Kau Ada? and Hoore Hoore

9:56 AM Yanty Lee 12 Comments

Salam u olls ,

Korang kaki wayang? Ty sejak berkasih dengan En.Cayang la rajin layan wayang , tak kira lah best atau tak ;  genre apa ke ,  luar atau dalam negara punya karya , semua tibai.

Semalam lepas kerja dalam pukul 6 , terus ke IOI MALL mengejar masa untuk menonton wayang filem Aku Ada Kau Ada? 
Lakonan sedondon dari Shaheizy Sam dan Yana Samsudin serta barisan pelakon yang lain Kamal Adli. Okay lah filem yang merupakan muzikal romantik ni. Tak tahan nya , En.Cayang sempat tanya "minat tak K-Pop? Sebabnya gambar ni buat kat Korea". Ok Ty memang tak minat K-Pop dan peduli la dah pun beli janji tak jadi ubat tidur Ty dalam panggung cukup.  Overall  sweet sangat dan kelakar la gelagat bonggok watak Aziz The Greater yang dibawa oleh Kamal Adli. A romantic movie.
Habis je wayang ni selama 1 jam 30 minit macam tu , kami lepak Starbuck  tapi sempat beli tiket wayang lagi. Cerita apa plak? Filem genre muzikal komedi & romantik ini pula dijayakan oleh barisan pelakon yang memegang watak masing-masing dengan menjadi seperti Akim AF7 , Farah Nazirah ,  Kilafairy , Fauziah Nawi , Harun Salim Bachik , Adibah Noor , Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi. Yeah , filem Hoore Hoore yang menyelitkan lagu-lagu daripada Allahyarham Sudirman dalam jalan cerita dan pemilihan lagu dengan scene memang meletops!
Yang pasti "orang besar-besar ni kuit pe!" sangat lah TERBAIK !! Mengisahkan orang berbadan besar tidak semestinya tidak boleh keluar dari dunia mereka untuk berjaya. Masuk Ratu Idola ok! Glamour debab ni , noks.

 Nota Kaki : pergh ... memang tak rugi la tengok wayang semalam. Sesama la support industri tanah air kita.

Selamat menonton korang!

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday - Just So Me

8:37 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam uolls ,


 
 Just So ME.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Langkawi ; 1st day disebelah petang

9:42 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls,

Perjalanan bermula dengan menaiki bot ke Pulau Langkawi dari Kuala Perlis, berehat dulu di bililk. Penginapan di Holiday Villa Beach Resort & Spa,Langkawi.



Selepas Zohor, bergerak keluar untuk mengisi perut tapi sayangnya lauk pauk di sebuah gerai ala Thai tidak dapat dijamah dengan lahapnya.

Kemudian berjalan pula di sekitar kawasan Lapangan Terbang, di situ sempat untuk berhenti dan minum petang. Yang bestnya pekena Laksa dan Pasembur di bawah pohon rendang di tepi laut sambil bertiupnya angin yang menyenangkan.

Setelah melantak lagi, tibalah masa menikmati dan menjelajah apa yang menarik di sini. Cadangan ke Under Water World ditunaikan. Sangat banyak keunikan kehidupan di laut. Teruja sangat. Gambar banyak sangat nak dikongsi. Check out FB je la nanti ye.


Habis saje cuci mata di sana, terus ke Pekan Kuah. Masa untuk membeli belah!! Kiriman dari mummy ku ; set pinggan makan hidang. Dan sempat beli hadiah set cawan buat rakan yang berkahwin Idaman Mahsuri



Dah puas berbelanja sakan, bersakan pula membeli pelbagai jenis cokelat di Haji Ismail Group. Tapi tak banyak diborong lagi. Cuma belikan daddy & mummy sepasang sarung kain pelekat songket dan batik.

Semasa nak pulang ke hotel, di tepi jalan keluar ada pasar malam dan sempatlah berhenti dan berjalan separuh sahaja sebab tak banyak yang menarik sebaliknya jualan yang berulang-ulang. Hanya dapatkan kentang putar yang panjang untuk kudapan di bilik hotel.

Malam dibuai mimpi dengan nyenyak bersama bantal buchuk ku yang ditemani hujan yang menyejukkan lagi suasana. Takut juga tidur seseorang tapi terlalu letih tak sedar bila sebenarnya terlelap.

Nota Kaki : Setiba di Pulau Langkawi, ingin check in tapi yang kelakar ada ke nama tempat Yuyu Zulaikha? Gila glamor ke dikenakan...terpikir perlu ke cari populariti sebegini? Oppssss....
posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aku kah?

7:44 PM Yanty Lee 10 Comments



Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak ,

Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah.

Dan banyak menangis dalam diam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Sampai Bila?

5:41 PM Yanty Lee 0 Comments

Meratapi nasib diri di bilik sauna...
Semalaman tidak lena dibuai mimpi indah...
Mengenangkan nasib bertubi-tubi...
Beginikah berakhirnya kehidupan kelak...
Layanan diterima seumpana kucing kurap....
Dek sabar....
Aku akur dan memboloskan jua...
Mungkin tidak terkena diri sendiri..
Jangan nilai tanpa usul periksa...
Aku pun ada kampung...
Sayangnya....
Kini mimpi aku pula menjadi realiti...
MasyAllah...
Ditipu lagi...
Maaf diungkap tapi hati telah berkecai..
Tertanya pada diri ini..
Sampai bila akan terus dibonekakan..
Sampai bila?

Nota Kaki : Tiada sesiapa lari dari melakukan kesilapan, tapi setiap silap itu berakhir dengan peluang kedua.
posted from Bloggeroid

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Geng Whatsapp Putrajaya; Biar Tak Lawa

6:18 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

Pernah dengar kata-kata ini tak... "Biar muka tak cantik, tapi hati baik"


Okay, mereka adalah rakan dari alam maya dengan gambar yang dicollagekan. Oppss..gambar -beruk mak yeh- buruk Gang Whatsapp Putrajaya yang sangat sporting tapi hampir sehari lebih juga untuk tunggu Kak Fiza & Mieza hantar gambar dia orang.

Semuanya bermula dari abang Ben kalau tak xde susah main game sporting ni..huh. Entah pa pula lepas ni. Kita tunggu dan lihat.

Nak kenal dia orang tengok di sidebbar. Walaupun muka dia orang buruk tapi dia orang sangat friendly.

U guys rawkss...

posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Langkawi; 1st Day - Kuala Perlis

7:20 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Korang dah sampai ke Pulau Langkawi?

Too bad,  this is my first time. Kecik-kecik tak dan berjalan atau bercuti sakan dengan keluarga sebab kedua-dua ibu bapa sibuk dengan kerja masing-masing dan juga tidak senang untuk keana disebabkan abang kurang upaya Ty sorang.So tak adil la kan gi jalan-jalan xbawa dia.

Dan bila dan besar panjang sekarang, juga bekerja;punyai gaji sendiri baru terasa untuk berjalan sikit. Walaupun kebanyakkan adalah atas urusan kerja ataupun ketika menghadiri kursus.

Percutian di Pulau Langkawi.
Huh....mengeluh kerana setiba di Jeti Kuala Perlis sebab environment di sini tidak menyenangkan. Keadaan menunjukkan penambahbaikkan sedang dijalankan tapi jika orang asing datang bercuti akan terasa kenapa seteruk ini. Tak dapat ditunjuk melalui gambar cuba agar setelah siap kelak keadaan menjadi lebih kebaboom.

Mereka terpaksa ke Masjid Kuala Perlis untuk menunaikan solat atas sebab surau di jeti turut dibaiki.



Happy holiday.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Exercise in Office

10:54 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,

Tuesday...
still in mood of blues? Let's make some fun with a little exercise in office.

Definitely not those exercise as picture shown ....

But ......
Do control yourself too.
And .....
Behave yeah , babeh.


Let's start! Follow the step.

1st: Warming up


  
2nd: Stretching

pom cak cak pom cak cak...


3rd: the upper body exercise 



 4rd: lower body exercise (moving to left and back)


 5th: lower body exercise (moving to right and back) 

6th: Head exercise (make sure to do the 2nd part, it works!)


       

7th: whole body exercise 

        

    
       


         

8th: Jumping exercise: The Pose is the key! but remember to jump!

  


9th: relax 
 




over: Well done!

money money come...
money money come.....
 must follow all the step ya...!

Do you feel better now ? Not yet , then try another round.


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

The Right Position Using PC

1:30 PM Yanty Lee 6 Comments

Hello ...

Just sharing to everyone of this good information of daily use for those who working in the office.







Hope we will practice this always.

Also enjoy working too......

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari Ini Dan Esok

10:57 AM Yanty Lee 14 Comments

Salam semua ,

Bangun dari tido pagi ni terus capai Blackberry dan check-on WhatsApp , Geng Putrajaya ber WhatsApp midnight  semalam dan salah sorang ada share sesuatu yang sangat menyentuh hati dan sangat setuju . Walaupun rakan WhatsApp hanya copy & paste dan share.

It's something that I also want to share with others.



Hari ini dia mungkin tidak bertudung , Esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKLHAS menutup auratnya.



Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut , Esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.


Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada ALLAH SWT . Esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.



Oleh itu , kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu . Tugas kita bukan me"NERAKA"kan orang.
Tetapi.....
Mengajak manusia ke jalan-NYA dan saling mendoakannya.


NOTA KAKI : Jangan  HINA permulaan seseorang , kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.


14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Baju Kami Blogger Utagha

8:42 AM Yanty Lee 12 Comments


Salam u olls,

Beberapa bulan yang lalu Syakira Yaakub telah pun menghantar baju yang ditempah ini.Tapi masih elok dalam bungkusan ternyata sibuk sebab tak pakai pun lagi dan buat entry sejurus terimanya. Terima kasih ye,Kiera.




Harga T-Shirt RM26/- untuk short sleeves dan RM30/- untuk long sleeves.

Untuk penambahan url link blog dicajkan RM2/-. Dan juga postage seperti biasa RM6/-.

Tempahan rasanya dah tutup tapi kalau ada yang berminat tanya tauke kelab yang uruskan hal ni,  si Kiera. Kot ada lagi.

Nota Kaki : Bila kah agaknya akan ku memakainya?

Published with Blogger-droid v2.0.4

12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tawau ; 3 hari 2 malam

10:23 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Selepas di Labuan, Rabu;9 Mei pula kami urusetia check out dari hotel dan ke airport Labuan. Kami akan ke Tawau pula untuk urusan temuduga pada 10 Mei yang dijalankan di MRSM Tawau. Kami terpaksa menaiki kapal terbang dari Labuan ke Kota Kinabalu dan transit dari situ untuk ke Tawau.

Setibanya kami, pihak MRSM menjemput kami dengan bus MRSM yang baru. Pergh terasa seperti masih muda ala-ala pelajar lagi gitu. Kami berhenti di gerai Bibiq Corner berhampiran dengan lapangan terbang Tawau untuk makan tengah hari. Hidangan yang jarang sekali dijumpai di KL ; Sup Daging Rusa yang tidak hanyir baunya dan radanya seperti menikmati daging lembu sahaja.



Selepas menghantar panel-panel ke hotel penginapan kami ; Belmont Marco Polo,urusetia ke MRSM untuk setup tempat dan pulang ke bilik hotel masing-masing dengan letihnya.Rehat sebentar sebelum kami keluar makan malam di Gerai Bang Jo & Es Inul . Makan malam aku ; Nasi Ayam Penyet dan rupa-rupanya Nasi Lalap ialah nasi ayam penyet yang cuba extra dari segi sayur dan oleh sebab naanya kami tak ramai berani nak cuba.

Pulang ke hotel,esok bersamaan 10 Mei urusan temuduga berjalan dengan baik-baik sahaja walaupun ada trajedi yang mencabar brlaku. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan lancar.

Dan waktu malam kami berpecah dan bergerak bebas mencari makan malam namun akhirnya setengah kami bertemu di gerai tepi jalan berhampiran hote. Sayangnya Mee Goreng Special yang diorder langsung tidak berjaya aku telan dan habiskan. Sebabnya mee nya sangat masin.



Esok pagi nya kami serbu Pasar Gantung. Tawau. Borong ikan bilis, udang kering, amplang dan kuih cincin. Gambar sekitar di pasar;



    





Dan jam 1 kami ke airport untuk berangkat pulang ke KL yang bertolak dari Tawau pukul 3 lebih dan dijangka tiba 6.45petang. Rasanya perlukan leibih masa untuk kenali Tawau sebab seumpana tidak apa yang menarik dan kami pun pergi atas urusan kerja.

InsyAllah to see you maybe sometimes Tawau.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

3 hari 2 malam di Labuan

4:41 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam semua,

Isnin pagi lepas ; 7hb Mei aku berangkat ke Labuan dengan team urusetia dan juga beberapa panel temuduga dengan menaiki perkhidmatan MAS. Pesawat yang kami naiki bertolak kira-kira jam 9pagi dari KLIA dan kami tiba di Lapangan Terbang Labuan hampir tengah hari.

Temuduga? Temuduga untuk biasiswa luar negara JPA bagi bidang kejuruteraan di negara Korea, Jepun, Jerman dan Perancis.

Pihak pusat temuduga;JKR Labuan yang menjemput kami lalu membawa kami ke sebuah restaurant untuk menikmati makan tengah hari. Hanya minum sahaja kerana masih kenyang dengam breakfast McD bersama Encik Cinta di KLIA dan juga Nasi Lemak di dalam penerbangan.

Selepas ke hotel, Grand Dorsett, team urusetia ke JKR untuk setup kedudukan supaya proses temuduga akan berjalan dengan lancar keesokan harinya. Kami di hantar ke hotel dan kami bercadang untuk berjalan di pusat membeli belah duty free di hadapan hotel; Ujana Kewangan.

Keesokan hari, proses temuduga berakhir dengan jayanya. Dan kami sempat berjalan-jalan di sekitar Labuan. Juga kesempatan memborong cokelat dan aku berbelanja hampir RM214/-.

Waktu malam pula kami semua ke restaurant seefood untuk menikmati makan malam terakhir di Labuan sebelum ke Tawau menjelang pagi esok.













Blurpppp.....alhamdulillah. InsyAllah jika kesempatan masa akan datang lagi. Labuan satu pulau yang sangat indah dan persekitaran juga bersih.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen