Jerantut , Pahang

Monday, December 10, 2012

Salam u olls ,

9 hb November 2012 lepas Ty terpaksa meredah Jerantut , Pahang sebab jadi driver kepada mummy Ty yang bertugas sebagai Ketua Panel Temuduga. Memandangkan kementerian mummy  tak ada sediakan pengangkutan dan penginapan , maka mummy  minta Ty la yang bawakan dia merangkap Ty bercuti singkat selepas sakit hari tu. Actually  Ty masih sakit tapi tabahkan je ke kerja dan tolong mummy. Jadi lepas waktu kerja lah kami bertolak ke Jerantut , Pahang.


Eh ! Ada Taman i-City , Jerantut lah. 
Pada waktu pagi , orang ramai bersenam aerobik , 
pada waktu malam , banyak orang bersantai - bercinta dengan lampu yang warna warni.


Ini Bulatan Mat Kilau .
(gambar kurang jelas sebab cermin kereta kotor - asyik hujan)


Jam apa Ty xpasti cuma berdekatan dengan lalu kereta api.
Mummy yang semangat nak tangkap gambar tru NOTE Ty lately ni.

Agak letih la juga la drive malam tu tapi hotel yang direkemen tu dah murah tapi sangat tak berasa selesa , cuba dah malam jadi terpkasalah bermalam, tambah Ty pun tak sihat sangat. Sabtu pagi nya , lepas hantar mummy ke tempat temuduga dijalankan , Ty dan kakak Ty terus berpindah ke sebuah resort, tapi hanya khabar indah dari rupa sahaja. Nama je gah tapi aduhai hampeh. Lepas check in , Ty dan kakak Ty meredah ke daerah Mentakab. Sebab tak tahu apa nak buat, jadi Ty dengan selamba Ty tanya abang kat receptionist  mana mall yang berdekatan , ada apa dan blah-blah. Wayang? Hanya di Star Mall , Mentakab. Dengan itu , Ty dan kakak patutnya cadang nak layan Ajib Boy sebab pengaruh iklan di tv tapi cerita tu xada sebab tu la kami layan Istanbul Aku Datang macam Ty sempat review.


Star Mall , Mentakab


Kedarah apa la sangat kan dak baru nak baik tak baik la sakit , teman Kak Ros menternak lemak di McD.

Ahad , Ty memang tak kuat nak lawan sakit Ty, doktor pun dah expect  Ty akan demam sebab normally akan demam lepas oral surgery tapi Ty demam teruk malam nya. Jadi lepas breakfast dengan mummy dan hantar ke tempat temuduga, Ty balik ke bilik hotel dan telan segala jenis ubat Ty dan Ty tidur sampai petang.  Masalahnya demam Ty makin panas bukan kebah. Dan mummy tak sampai hati nak Ty drive lik Putrajaya dan bukan mummy tak leh drive, jalan yang gelap nak keluar ke highway dan berliku-liku jadi lepas selesai sesi temuduga , mummy bawa Ty ke Hospital Jerantut. Alhamdulillah , Ty dapat MC lepas Ty refer doktor dan mummy dan kakak pun cuti sebab nak Ty rehat sebelum gerak lik Putrajaya. 

Alhamdulillah , pagi Isnin Ty dah mula kebah , lepas Subuh semua , kami pun terus berkemas barang-barang dan check out dan terus pergi sarapan pagi sebelum terus bertolak ke Putrajaya. Ty memandai je redah pusat bandar dan sekitar Laman Selera Benteng juga la jadi port nak makan pagi dan malam sepanjang kami di sana , sayangnya Ty tak sihat malam Sabtu tu tidak boleh jejalan kat pasar malam di sana.


Ha ni la sign board Laman Selera Benteng tu.

(Abaikan dak gegurl tu yg terinterframe)

Ni pula 2 hantu durian yang orang sibuk makan sarapan pagi , tapi depa kedarah durian , sebab mummy dan sorang mamat mat salleh yang punya borong durian kat sorang pak cik yang berjaya berniaga dari motor  sahaja. Rezeki pak cik tu. Ty memang bukan hantu durian dan Ty dah demam jadi tengok dan tunggu la sampai depa habis makan janji tak de seulas pun diseludup masuk ke dalam kereta. =)


On the way nak balik passed by Kuala Krau , tajam ja mata mummy bila nampak ada pasar pagi sebelah kiri dia , jadi Ty terpaksalah stop dan park dan kami sempat la cuci-cuci mata sikit. Alang-alang dah datang kan , bak kata mummy.


View dari atas jalan raya .


View sekitar pasar pagi di Kuala Krau.

Dan perjalanan dari Jerantut , Pahang ke Putrajaya semuanya selamat. Sebelum terus balik ke rumah , terpaksa pergi beli mesin basuh baju baru memandangkan mesin basuh dah rosak. Sekali la kami ke Wong Solo Ayam Bakar , Bangi untuk makan tengah hari.


So yummy . My fav !

24 comments

  1. assalaamualaikum. dapatkan free domain by joining this ga. free domain for all participants. no winners will be selected. all will get!!! :D

    mujadafewa.blogspot.com/2012/12/giveaway-free-domain-for-all.html

    ReplyDelete
  2. hamboii kemain meredah jerantut eh ..hihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah dah pandai la jln2.... Small the pieces tpi syg xsempat jumpa akk sdgkn ada kt tmpt yg sma...

      Delete
  3. Replies
    1. Haruslah , cuti2 bawa diri yang lara dan sakit.

      Delete
  4. wah...x penah smpi jerantut lg.....cam besar gak bandar dia..ade i city lg..harusla pg jenguk2 sana nnti :)

    ReplyDelete
  5. wahhh...sempat lagi mummy singgah pasar pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DKNA , tu la pasal... klu sepanjang jln de pe2 semua dia nk suh stop.

      Delete
  6. Adooooiii ty..naper lah tak bgtau turun Jerantut..eheh.. relevan orang Jerantut ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorh ye ke? Tapi dah tak tau la bila nak pergi lagi sebab pergi sana pun terpaksa je.

      Delete
  7. jerantut pon ada i-city =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syakir, tu la ayat pertama Ty sebut smp2 Pekan Jerantut.

      Delete
  8. Replies
    1. Agaklah cuti-cuti Msia. Hehe esok Ty terjah ye tpi dgr2 nng nk kurangkn pun PA.

      Delete
  9. Tak sangka pulak dekat jerantut ada i-city jgakkan.. tak payah susah-susah datang shah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bukan besar dan sehebat di Shah Alam. Macam taman permainan yg kecik je la, Hazmin.

      Delete
  10. lama saya tak ke jerantut.. last pergi masa saya praktikal kat kuantan, masa saya buat wiring elektrik kat perpustakaan awam jerantut.. kenangan semua tu..hehehe..

    p/s : jadi bermakna saya telah berjasa kepada warga jerantut sebab kalau tak ada saya, perpustakaan tu takkan berlampu dan berelektrik.hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam je kenangan ni , Boni. Opss

      Haha org Jerantut semua kena cari Boni dan berterima kasih la ni , erk..

      Delete
  11. Jerantut pun dah macam Shah Alam kan Ty...he..he..

    Tak pernah makat situ Ty... mcm Ayam Penyetkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la Ty makan goreng2 je , Xde la semeriah di Shah Alam sis.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.