Ramadhan #17 w ❥ - Po' Sen

Thursday, August 9, 2012

Salam u olls ,

Ty just nak share  tempat makan area Kajang yang Ty dah pergi rasanya baru kali ke-2. 
Nama restoran ni unik bagi Ty ; Po'Sen.

Seperti biasa , lepas waktu kerja si dia jemput tetapi agak lambat sebab dia mengambil kesempatan untuk tidur selepas OT di pejabat walaupun Cyberjaya sepatutnya cuti sempena Nuzul Al - Quran. Memandangkan Ty dah decide untuk berbuka di restoran tu jadi lepas dijemput terus ke sana. Kami hanya singgah untuk menempah tempah dahulu. 

Si dia pada mulanya berhajat untuk makan ala carte namun bila memasuki ke dalam restoran ni , rupanya ada set buffet. Bila ditanya buffet berapa harga dikenakan , tauke kedai cakap "saya bagi 25 jelah" .  Dengan muka blur Ty tanya balik dekat si dia, apa? Rupa-rupanya ikutkan set buffet tu sepatutnya berharga RM29/- seorang. Terima kasih la tauke kedai , sungguh murah hati.

Sempat kami survey  tempat nak membeli belah sekitar Kajang , dari area Metro Plaza Kajang  sampai la ke Metro Point. Dan bercadang untuk singgah selepas berbuka dan solat Maghrib nanti. Kami pun terus ke tempat makan dan tauke kedai dah maklumkan kepada semua pelanggan yang menempah buffet dah boleh mula ambil makanan. Si dia dan Ty pun sama-sama ke ruang buffet dan amik makanan.

As usual , Ty mesti nak snap gambar ; 

My plate ; semua nak rasa tapi termegah-megah nak habiskan

Dessert

Sup Tulang fav si dia

Snack?

Air ? Ada dua jenis pilihan sekali dengan set buffet ni ; sirap limau atau teh tarik . Tapi Ty tak suka minum air panas dan terlalu masam jadi Ty order Sky Juice 2 gelas , ok! Si dia pun ada order  Teh Ais. Tapi bila si dia pergi bayar , tauke tu sangat bermurah hati lagi , hanya bayar RM50/- sahaja dia halalkan sahaja Teh Ais dan Ais Kosong.

Ini la restoran Po'Sen

Selepas berbuka , kami ke Metro Plaza Kajang dan cari surau untuk solat Maghrib baru berjalan sakan cari baju raya Ty dan sampin si dia. Alhamdulillah , si dia belanja Ty baju kebaya biru sama la dengan baju raya dia. Tapi baju hijau nak sama dengan family Ty masih tak jumpa yang berkenan. Haih la..

Singgah Guardian Presint 8 untuk beli syampu dan si dia beli Scott's Emulsion dan balik ke rumah. 

2 comments

  1. Baiknya toke kedai tuu . murah rezeki dia. dia berniaga sambil beramal jariah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat generous ok. gi r sana try kat sana pula kak, asyik Old Town je.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.