Review Gerimis Mengundang

Tuesday, June 12, 2012

Salam u olls , 

Ahad dua minggu lepas , selepas urusan kerja untuk pendaftaran di UiTM Shah Alam terus ke Staw Centre Point , Klang. 

Masuk je ke dalam mall yang buat julung pertama kalinya dijejaki berasa sangat tidak selamat. Nak tahu kenapa ? Korang yang tak pernah pergi boleh la cuba pergi dan alami. Yang mana pernah pergi dan kerap pula pergi mesti dah biasa dengan keadaan di sana.

Tak pandang apa terus melulu ke tempat membeli tiket wayang , Gerimis Mengundang sebelum perkara-perkara lain mengundang kan? Haha...

Sempat berjalan keluar dari bangunan ini dan singgah sebentar di KFC dan jamu sikit je makanan sebab tak lah lapar sangat. Selepas makan terus masuk semula ke mall dan sempat beli satu jeans sebelum masuk ke panggung wayang.


Cerita ni apa yang Yanty faham , Kamal Adli memegang watak Zamani , seorang pilot di Sabah dan kebetulan perlu membawa sebuah keluarga untuk pergi ke mesyuarat duta - duta gitu, keluarga yang dimaksudkan ialah daripada Kedutaan Indonesia. Dari situ lah Zamani mengenali Mikha (Olivia Jensen Lubis) dan lama kelamaan dia merasakan dirinya yang kosong telah diisi oleh Mikha selepas dia kehilangan kedua - dua orang tuanya ketika masih kecil. Sayu nya apabila Zamani telah meluahkan hasrat nya untuk bersama Mikha , ibu Mikha pula telah memperkenalkan tunang Mikha walaubagaimanapun Mikha telah berterus terang kepada tunangnya dan pergi ke Sabah untuk berjumpa Zamani dan sedihnya Zamani terlibat dalam kemalangan semasa penerbangan ke pedalaman untuk menghantar barang - barangan ke sana. 

Ending cerita ni hero mati. Tak seperti hero heroin yang lain kononnya live happily ever after. Pas tengok cerita ini tak leh bayangkan orang yang kita sayang pergi depan mata kita. Minta simpang la. Melainkanlah dah jadi suami isteri , boleh ke macam tu. Haha.. 
 Nota Kaki : Tak semua yang kita nak , akan kita kecapi buat selamanya.

4 comments

  1. bakal di tonton...thanx sbb sudi sharring

    ReplyDelete
  2. wangi ada ajak g tgk .. tp macam tak best je .. bape bintang bagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.. okla cerita dye xde la kata xlogik tu muncul

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.