Review Baik Giler

Saturday, June 30, 2012

Salam u olls , 


Happy Saturday! Hope u guys had a wonderful weekends with your love ones around.

Khamis lepas ; 28hb Jun 2012 selepas hari ke-dua berkursus di Cyberjaya terus ke Putrajaya dan si dia ingin memindahkan duit kepada mak angkatnya. Dan kami singgah di Kompleks E untuk ke Bank Islam. Selepas selesai urusan , masing-masing balik rumah dan akan berjumpa setelah bersiap dan selepas selesai solat Maghrib.

Sekarang dah tak perlu beratur panjang di kaunter panggung untuk dapatkan tiket semuanya dihujung jari semenjak menggunakan Samsung Galaxy Note. Tiket wayang telah pun di beli hanya tunggu nombor panggung yang berkenan di buka dan cuma perlu scan dari screen handphone. Tapi janji ada duitnya di akaun bank baru lah boleh beli tiket secara online.

Pukul 9 malam , filem yang ditonton  pula merupakan arahan Mansor Akob atau lebih dikenali Manchi ; Baik Giler dengan barisan pelakon seperti Zizan Raja Lawak , Awie , Farawahida , Siti Fazurina , Kenchana Devi , Abon , Sharifah Shahira dan lain - lain. Dan khabarnya filem ini ditunda kerana ditipu hampir 2 tahun



Filem Baik Giler !! ini mengisahkan seorang pemuda,Afik (watak Zizan) yang mengalami trauma dan tekanan selepas adik angkatnya terlibat dalam sebuah kemalangan dan meninggal dunia setelah mereka singgah di sebuah kedai. Semenjak kejadian itu , dia berasa sangat takut dengan kelajuan. Ketika berada di dalam kereta bersama rakan-rakannya yang memandu dengan sangat laju juga menjadi trauma baginya mengingatkan peristiwa yang terjadi kepada adik angkatnya itu. Akibat kedegilan rakan sekerjanya , Kimi (watak Awie) yang memandu dengan laju, Afik telah menyebabkan kepala Kimi terteleng dan ayah Kimi telah mendakwa Afik gila dan pihak hospital mental membawanya ke hospital dan selama 7 hari dia mendapat rawatan di sana ternyata dia tidak gila. Tetapi dia tidak boleh mendengar istilah "baik giler" setelah dia berniat baik menolong orang sekelilingnya. Dia naik berang kerana menganggap mereka mengatakan dia GILA sedangkan dia tidak. Dia juga terasa hati dengan buah hatinya , Suraya (watak Farawahida) kerana dengan tidak sengaja Suraya tersebut dia "baik giler" kerana meminjamkan handphone . Walaubagaimanapun , dia telah mendapat khidmat nasihat dan telah memahami bahawa "baik giler" adalah merupakan Bahasa Slanga atau dikenali sebagai Bahasa Pasar yang di panggil juga sebagai Bahasa Rojak di kalangan masyarakat zaman kini. Dan semenjak itu dia pun boleh menerima kenyataan mengenai istilah "baik giler".

Gila tak cerita ni? Ramai keluar dari panggung yang berbisik - bisik kata "memang gila la cerita ni!" dan si dia cakap pula .. "dengan aku-aku gila". Haha.. Kelakar betul la filem ini dan sebenarnya filem ini nak menceritakan yang kita di zaman moden banyak menggunakan bahasa rojak dan mungkin segelintir masyarakat masih lagi tidak memahami bahasa rojak ini lalu menganggap ia sebagai hinaan atau ayat yang boleh menguris seseorang. 

Oleh itu , berhati - hati lah menggunakan kata - kata dengan sesiapa pun. Jangan terlebih sangat dan menyentuh perasaan mana - mana pihak. Tidak tak pasal je kena tahan wad gila. Tapi kepada sesiapa yang nak pergi tonton filem ni jangan lah pula keluar panggung jadi gila betul plak.

Jom layan filem BAIK GILER !! jangan jadi gila ye , no no no ! 
No Crazy -Crazy ! No Mentally Retarded ! No Mental Disorder ! :-)

10 comments

  1. takut nak tgh kang nanti keluar wayang jadi GILER. haha :p

    ReplyDelete
  2. hihi..mesti best kan..x berkesempatan lagi tengok..gege..awk sy dah follow awk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi sempat leh la pergi tengok. TK ye awak!

      Delete
  3. tggu download je... tak sempat nak ke wayang...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/eqbal-zack-brisbane-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download dah nnt share la ye hehe... Wah Eqbal Zack buat GA erk..Nanti diterjah yer.

      Delete
  4. tak dan lagi nak tgk cite ni. best ehhh. ;)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.