Tawau ; 3 hari 2 malam

Saturday, May 19, 2012

Salam u olls,

Selepas di Labuan, Rabu;9 Mei pula kami urusetia check out dari hotel dan ke airport Labuan. Kami akan ke Tawau pula untuk urusan temuduga pada 10 Mei yang dijalankan di MRSM Tawau. Kami terpaksa menaiki kapal terbang dari Labuan ke Kota Kinabalu dan transit dari situ untuk ke Tawau.

Setibanya kami, pihak MRSM menjemput kami dengan bus MRSM yang baru. Pergh terasa seperti masih muda ala-ala pelajar lagi gitu. Kami berhenti di gerai Bibiq Corner berhampiran dengan lapangan terbang Tawau untuk makan tengah hari. Hidangan yang jarang sekali dijumpai di KL ; Sup Daging Rusa yang tidak hanyir baunya dan radanya seperti menikmati daging lembu sahaja.



Selepas menghantar panel-panel ke hotel penginapan kami ; Belmont Marco Polo,urusetia ke MRSM untuk setup tempat dan pulang ke bilik hotel masing-masing dengan letihnya.Rehat sebentar sebelum kami keluar makan malam di Gerai Bang Jo & Es Inul . Makan malam aku ; Nasi Ayam Penyet dan rupa-rupanya Nasi Lalap ialah nasi ayam penyet yang cuba extra dari segi sayur dan oleh sebab naanya kami tak ramai berani nak cuba.

Pulang ke hotel,esok bersamaan 10 Mei urusan temuduga berjalan dengan baik-baik sahaja walaupun ada trajedi yang mencabar brlaku. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan lancar.

Dan waktu malam kami berpecah dan bergerak bebas mencari makan malam namun akhirnya setengah kami bertemu di gerai tepi jalan berhampiran hote. Sayangnya Mee Goreng Special yang diorder langsung tidak berjaya aku telan dan habiskan. Sebabnya mee nya sangat masin.



Esok pagi nya kami serbu Pasar Gantung. Tawau. Borong ikan bilis, udang kering, amplang dan kuih cincin. Gambar sekitar di pasar;



    





Dan jam 1 kami ke airport untuk berangkat pulang ke KL yang bertolak dari Tawau pukul 3 lebih dan dijangka tiba 6.45petang. Rasanya perlukan leibih masa untuk kenali Tawau sebab seumpana tidak apa yang menarik dan kami pun pergi atas urusan kerja.

InsyAllah to see you maybe sometimes Tawau.

posted from Bloggeroid

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.