Home Sweet Home

4:54 AM Yanty Lee 0 Comments


Yeah , im back to PENANG but nak lik Putrajaya untuk bawa lik mesin basuh baju n tak sabar jumpa hubby busyuk.

Had almost 10 hours journey.

Damn jalan JAMMED!! Bus lak sgt macam siput BABI..

Time to re-charged!

Night ALL!

Muahxx

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

4:42 AM Yanty Lee 2 Comments



Giveaway from Moscow by Miszlullaby

*klik the banner to join*

All steps done N It's time to tag of my bloggers friends , 

They are :

Fadah 

Mialiana

Sarah Sayubi

Hanna

Yuhanis


All the best every one. Do keep in touch!
TARIKH TUTUP: MAYBE 30/8/2011 

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

6:55 PM Yanty Lee 2 Comments


WHY  I  AM  A  BLOGGER?

And the reason are ;
1stly - just for personal lil o.p.e.n diary
2ndly - love to write - craps - etc especially in English;too improve more on my English yet I do also share my writing on Bahasa
3rdly - release my tense after working hours
4th - read others blogger writings 
5th - get lots of  information , thoughts , knowledge , experiences and more ; &
6th - love to make new friends even tho its seems to know YOU guys blogger all over around the world

So , What about YOU?
Lets share and make new friends also do keep in touch as we MALAYSIAN is 1 of the TOP ranking group of BLOGGERs 
Enjoy reading - Have a nice day!
Muahx2

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cemburu dengan Bidadari di Syurga?

3:30 PM Yanty Lee 0 Comments

AMARAN: Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer....

Sekadar menyampaikan........
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ...mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

3:23 PM Yanty Lee 0 Comments


 Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

10:52 PM Yanty Lee 2 Comments


[image[3].png]

Otai Ben Ashaari bikin SEGMEN lagi! 
*terlepas BANYAK sudah segmen kerana K-E-R-J-A*
SEGMEN kali nie sangat the best ;
KENANG MASA SEKOLAH
Yanty akan kongsi suka & duka ketika di sekolah rendah & menengah !

SEKOLAH RENDAH :
  • Darjah 1      : Masih minum botol susu! Oppss kantoi sudah kan?kan? Siap sebelum turun kereta & line up before the bell rings .. 
  • Darjah 2      : Cikgu COMPLAIN kat daddy cool ku yang aku nie sangat pendiam.. GILER,kan?
  • Darjah 3      : Exam PTS? Pernah dengar x? Exam leh lompat nek Darjah 5 terus tu. I xtaw pon ada exam PTS tapi tertiba datang sekolah terus duduk amik periksaan PTS.. LOL
  • Darjah 4      : (tak pass ler PTS bab tu de tangge ni) Tok Yah;nenek tua yg jaga Yanty dari lahir ke dunia nie bawa diri dari rumah sebab perselisihan faham dengan daddy&mummy- satu kehilangan ketika tue. 
  • Darjah 5      : Mula jadi nakal ,lik sekolah je lesap sampai dipanggil balik baru tau mana rumah..main tak ingat dunia. Zaman basikal - badminton - yoyo..mcm2 beb gua bilang sama lu!
  • Darjah 6      : UPSR? Takde ye study langsung , orang lain pulun study tapi I pulun Ko-Kurikulum ; netball,volleyball,olahraga..
SEKOLAH MENENGAH :
  • Tingkatan 1  : Tangkap muat cintan hoho! ....Jeng Jeng Jeng... CINTA MONYET!
  • Tingkatan 2  : Gila Miroslav Klose sampaikan semua buku rampaian dibalut dengan gambar team bola Germany dan lain2 dari keratan akhbar The Star - World Cup 2002!
  • Tingkatan 3  : Sedih 1st sekolah , me alone! Member2 lain terpecah class! I'm in the 3rd class! Classmate yang OMG~~~Asal cikgu meeting je sure aku hilang cari geng.
  • Tingkatan 4  : Menangis kot mechanical pencil transparent ku terjatuh dalam lubang tangki sinki kat lab
  • Tingkatan 5  : "Half-Day" sebab bestfren datang dr KEDAH so daddy pakat amik me kata period pain then lik umah siap2 si bestfren jemput di rumah n lepak di Gurney Plaza tgk movie - Gol N Gincu percaya tak kami berdua je dalam panggung! Terserempak dgn cikgu alamak checkmate sudah!
SEKOLAH MENENGAH EXTRA:
  • Tingkatan 6 Rendah : Sangat baik! Tak de masalah
  • Tingkatan 6 Atas     : EX bf yg GILA n JELES sebab me dah berpunya lain after he left me - serang di sekolah teruk spoilt my reputation at school , OK! DAMN it!
Okay, setakat ni je Yanty dapat kongsi dengan semua.Terlalu banyak kenalan manis & pahit.
HOPE WHO EVER DID DROP BY N READ THIS WILL ENJOY,THANK YOU!
Mungkin in person lebih syiok berce-cerita kenangan semua ni. 
Kadangkala memang terasa 
"I wish to be a student still for not thinking of all this nonsense working n hard tasks of life"
Argh menyesal tak belajar betul2 n study je kat UiTM dari sit for STPM if tak leh dapat tajaan JPA dari pada now me yang in-charge tajaan student , hurm..
No Matter What Life Must Goes On With The Flow & Fate That God Decide For Me , You & Everyone!

OK g-t-g!
b.u.b.y.e
(502  patah perkataan)

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mango : Vote for Sara Yesmin

4:08 PM Yanty Lee 0 Comments


This post is for a friend of mine
She is Sara Yesmin
Do me & she a favor to vote for her

Just click on this banner & follow the steps to vote for her.

 
 
So my ladies & gentlemen do ur part now!
Seems she do only have less than 5 days from now.
Thousand tQ for who are taking part on voting!
Keep In Touch!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Outstation

12:18 PM Yanty Lee 0 Comments


Outstation?
I was out to Shah Alam je pun for the whole last week. Is that outstation? LOL
Out from office for a week , time to relax my mind with other work.
Other work? Yup, it's time for the SPM leavers to be interviewed as they apply for 

 of

As every year everyone are involved for this national agenda and this year is my third all out for this event.
On 2009 , I went to Kuantan,Pahang and I went back to my hometown last year.And this year as I said I was only outstation to Shah Alam. The interview held on 12th-15th April at INTEC,Section 17. So far the interview was goes on smoothly and the interviewers are great and friendly. The food is awesome. Thank you for serving such as a lovely delicious meal for our breakfast-lunch-tea time and our stomach are totally damn fulled. So far no many issues we peps do have even tho our group is the largest among others from whole Malaysia. However I do feel disappointed for some of the students who did apply for this scholarship but yet did not turns up for the interview. Ain't it just a waste? Appeal? No matter what hoping all of the appliers come and gain the interview of experience. Wishing all of them all the best.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Precious Moment Of Putrajaya

12:05 AM Yanty Lee 2 Comments

Sometimes when my mood are OK I just love to snap pictures surrounding me
PUTRAJAYA?
Hey U..yes..It's U the one drop by n reading this entry,
Have u been here, i mean PUTRAJAYA?
What says about this place?
I've been staying & working here seems 2008 'til now
Lets enjoy my shoot ! & Don't forget to comment on my snapzzz yeah!

ketika putrajaya di waktu hampir senja
fokus dari jauh : Masjid Putrajaya
Istana? erk???
rumah sarang serangga
Tasik Masjid Putrajaya
Pelbagai design tiang lampu sekitar Putrajaya
Cun kan waktu senja
Laman Bunga Raya Putrajaya
Pinky Hibiscus
i'm in the middle of the road
cafe baru
The Putrajaya Mosque
The Prime Minister's palace =)
Again different design of lamp post
Not a lamp post yet a camera
GOTCHA!
Wer I work every weekdays sometimes weekends too
xde kerja LOL
Just feel proud coz no editing done but the pic are so nice for me too keep on see it.
That's all for now & will update more soon.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Breakfast ft. ♥

9:35 PM Yanty Lee 0 Comments

i love my love so much & what about u?

Mostly everyday WE went for breakfast together
Weekdays? yup,before he send me to work
Weekends? of course,usually i'll make breakfast from home

Few weeks ago,
this is what i cooked for me , my sis and also my 
the food a just light meal for me but with a lil potion i'm so full til night
seems my also did bought me curry puff filled with fish smashes from his hometown,Terengganu
I did fried them all too as a part for our breakfast together

This is so enjoyment that WE had together having OUR weekends breakfast & the meals

Breakfast ke ni? Ye la!
En.♥ nak makan cucur jugak,Baby nya masak n tunaikan je
karipap isi ikan dr Terengganu dr die

dua cawan kecik ni en.♥ yg gedik nak WE minum guna ni,
sweet kan my en.♥ =)
Hurm , suka tengok my  makan tapi I dah full mampu teman je my makan
Apa pun WE had a great day with the lovely meal together

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kolam Air Panas Selayang

5:20 PM Yanty Lee 0 Comments

Hello Hi 

Last week I & him dating jejalan tapi tak ada arah tuju sangat pun , 
so dari dulu teringin sangat nak pi 
KOLAM AIR PANAS SELAYANG
so I drove and him showing the direction all the way
Alhamdulillah perjalanan kiterorang selamat sampai ke destinasi.
It was my pleasure to be there as for so long wanted to be there


Parking : RM2.00
Berbaloi ke? 
-sebab kiterorang lepak sekejap je bukan pergi berendam pun-
Cayang bawa me dan tunjuk 3 jenis kolam air panas ;
i ) paling panas
ii ) sederhana panas
iii ) kurang panas (ala sejuk ar kot)
Hurm , cayang je yang sempat rendamkan kakinya. I takut! haha...
Lagipun I rasa tak hygienic sebab ntah berapa juta riban yang dah berendam mandi etc.
Rasa geli lak..sebab dari kecik mummy dah ajar tentang kebersihan.
anak misi la katakan everything my be clean !
Tapi paling terpukau untuk tengok is tepi side tu ada beberapa orang sedang bertapa
As cayang kata area tu paling panas.
Cayang & I sempat makan yong tau fu sebelum gerak lik umah.
Ala-ala jalam-jalan cari makan kan?
TQ to my cayang rajin bawa me jalan around KL , N9 , Perak , Melaka
Sejak bersama dengan cayang lah I rajin jejalan meronda-ronda.


0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Award: 100th follower-Yusma Hanis

12:43 AM Yanty Lee 2 Comments



Salam Semua, 
Sekian lama tak tekan keypad untuk mengarut di blog ni tapi terharu 
sebab dah cecah angka ratus blog yang bersawang ni.
Oleh itu , buat follower yang ke - 100th iaitu Yusma Hanis
this is for u !

Buat Yusma Hanis , TQ so much coz being one of my follower!!
KEEP IN TOUCH!

Bukti Yusma Hanis ialah pengikut yang ke-100



 a short sweet chat by her on my shoutbox!

Si gadis ini di Mister Linky dan di tangga yg ke - 117

Siapa dia si gadis bernama Yusma Hanis?

comel kan?

Okay, bloggers out there.. selamat berkenalan dengan si comel ni k.

Muahx!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

♥twinscraftlife's 1st lucky draw♥

12:09 AM Yanty Lee 0 Comments

Good Night everyone!
I was home after had a tiring day working at my working place.
Seems at office I can't get a chance to look awhile on FB/Blog cause I'm busy, so before I when to my own world of dreamland I just drop by and checking on my FB/Blog. And I decided to join this sweet and lovely lucky draw! Interested? Hey,lets join it and who know's U might be the lucky one.Seems to be this is the 1st time the onwer of the blog doing such a lovely lucky draw to the followers. The blog contains a lots of cute & nice item to be sold. For more information, U may drop by there to have a look and get some item to give ME love ones / friends etc. Lets make some havoc at the blog before U missed out anything from them!


~♥ twinscraftlife's 1st lucky draw ~

For more details on this lucky draw,just click on the banner.

Before I end this entry on my LUCKY draw ,
I would love to tag 2 of my LUCKY blogger friends to join me too
Q: Who are they?
A: They are ;
 & 
Who ever too can join me , us , ....!!

Btw,wish me LUCK!!
tQ!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway

11:53 PM Yanty Lee 2 Comments


I was bored tonight and can't really fall to sleep
So i just did on blog-walking to some bloggers on my list
Yeah , she is Yuyu Zulaikha 
One of the famous bloggers too
Okay here I am joining the GiveAway (GA) by her
Hey out there bloggers lets join and who knows fate on your side
Coz Yuyu will pick the GA contestant random tru 
Alright my beautiful and handsome bloggers
To be continued
MUAAAHXXXXX

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Malam Karaoke & Melodrama

6:14 PM Yanty Lee 2 Comments

On the 1st April 2011 , 
JPA just held a lovely great event to all staff and its called as
"Pertandingan Karaoke 'Melodrama' "
 Each and everyone do have their own sport house so do I.
I'm in the G.R.E.E.N house!
Saw the pom-pong  above , hurm yeah I am one of them!
DUSH!! Funny , right?
But I have too..not choice.

This is the program of the night!

And this is my lucky number!
#163#
Unbelieveable OK! 
Never easily I did got a chance on this section in my whole life!
Maybe I shouldn't say "Never-Say-Never"

And this is the prize of my lucky draw!
S-W-E-E-T?
Nah....absolutely wrong!
Yeah , definitely is a JPA's towel!
And even tho The Green House aka Green Hornetz doesn't won any categories on the competition, 
yet WE the cheer boys & girls manage to WON the prize of "Anugerah Sorak Terbaik"!!
*take note!*

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tok - Keq ?

5:50 PM Yanty Lee 2 Comments

Pernah dengar pasal binatang ni?
Hurm, kata nya jual leh dapat beriban-riban , berjuta kot.
Ada yang kata binatang ni leh ubati penyakit AIDS, 
yeker?
Spesis cicak ke ni? Asal sekarang br orang kecoh ha?
Apapun , gua geli geleman okay dengan spesis reptilia!
Masalah nya gambar ni ori gua nya,sebab gua shot kat dalam pantry!!!
Imagine weyh, berapa ekoq lagi ka yg bermaustatin kat tempat kj gua ni..
Gerun jadinya nk g pantry & toilet!
Toilet?Alkisahnya,binatang ni tertiba datang dr mn n jatuh tepat2 sebelah kaki EO gua!
Kalau gua, dah berjurai-jurai kot..Wakakaaka..

 

Camna ar orang leh buat duit dengan binatang ni? 
Tapi member ofis sorang ni memang beli n ntah apa yang dia buat..
i am not busy body to know further more hal orang.
yang dalam pic ni, member tu dah amik..
saiko...saiko...saiko....

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen